Zaman sekarang tak cukup FB sembang politik, ada group WhatsApp politik pula. Bergaduh sampai left group, unfriend dan unfollow rakan-rakan yang dulu rapat bagai isi dan kuku.
Bagi mereka yang berpolitik siang-malam, mari lihat apa kata Sheikh Muhammad Abu Zahrah [wafat 1394H], pengarang kitab Zahrah al-Tafāsir mengenai politik dalam kitab ini:
وهنا يسأل سائل: لماذا اختلف المسلمون بعد النبي ﷺ، وقد تركهم على الحجة الواضحة ليلها كنهارها؟ وترك فيهم ما إن أخذوا به لن يضلوا أبدا، فقد ترك فيهم كتاب الله وسنة رسوله ﷺ؟ والجواب عن ذلك أن أسباب الاختلاف كانت كثيرة، والاختلاف قسمان: اختلاف لم يفرق الأمة، ولم يجعل بأسها بينها شديدا، واختلاف قد فرق الأمة وأذهب وحدتها، وهو الخلاف في السياسة وشئون الحكم.
Maksudnya: "Seseorang bertanya di sini: kenapa orang Islam berikhtilaf selepas kewafatan Nabi ﷺ? Bukankah Baginda telah meninggalkan mereka hujah yang terang malam seperti siang? Bukankah Baginda telah meninggalkan mereka sesuatu jika mereka berpegang dengannya tidak akan sesat selamanya? Bukankah Baginda telah meninggalkan mereka al-Quran dan Sunnah Rasulullah ﷺ? Jawapan bagi soalan ini ialah bahawasanya sebab ikhtilaf itu banyak dan ikhtilaf itu terbahagi kepada dua: (1) ikhtilaf yang tidak memecahkan umat dan tidak menjadikan kerosakan yang dasyhat, (2) ikhtilaf yang memecahkan umat dan membawa kehancuran iaitu khilaf politik dan urusan pemerintahan."
Sheikh Muhammad Abu Zahrah [wafat 1394H] |
Tidak kira dari parti Islam atau tidak, apakah maqasid politik anda hari-hari? Ingin mencela, mengejek atau sebaliknya? Apakah yang anda dapat selepas itu? Fikirkanlah.
Nasihat untuk diri ini dan juga yang lain.
Rujukan:
Tārīkh al-Mazāhib al-Islāmiyyah fī al-Siyāsah wa al-'Aqāid wa Tārīkh al-Mazāhib al-Fiqhīyyah (ms. 12).
No comments:
Post a Comment