Dalam kitab al-Ziyārāt wa al-Awliyā' fi Tuhāmah karya 'Abd Allah Khādim al-'Umarī, sebuah kitab athār sejarah ulama Yaman berkata:
ومن ذلك أن كان استشهر بين الناس أن من قبل قدم الفقيه إسماعيل الحضرمي دخل الجنة
Maksudnya: "Oleh kerana itu telah popular dalam kalangan orang ramai bahawa sesiapa yang mencium kaki al-Faqīh Ismā'īl al-Hadhramī akan masuk syurga."
FADHILAT SESAT ini diperoleh dari mimpi bertemu Nabi s.a.w:
حكى الفقيه المحدث العلامة برهان الدين إبراهيم العلوي عن الفقيه المحدث العلامة أحمد بن أبي الخير عن والده الفقيه المحدث العلامة أبي الخير الشماخي أنه سأل الفقيه إسماعيل عن ذلك فقال : قدم علينا بقرية الضحي رجل من أهل الخير، فلما صلينا الجمعة صعد المنبر وقال: يا أيها الناس رأيت النبي صلى الله عليه وسلم في المنام وسمعته يقول : من قبل قدم الفقيه إسماعيل الحضرمي دخل الجنة. قال الفقيه أحمد بن أبي الخير: وكان يقال للرجل المذكور ابن الزعب من أهل حصى، وهؤلاء بنو الزعب قوم أهل ولاية وصلاح
Maksudnya: "Telah diceritakan oleh al-Faqīh al-Muhaddith al-'Allāmah Burhān al-Dīn Ibrāhīm al-'Alawī dari al-Faqīh al-Muhaddith al-'Allāmah Ahmad bin Abī al-Khair dari ayahnya al-Faqīh al-Muhaddith al-'Allāmah Abī al-Khaīr al-Shammākhī bahawasanya beliau pernah bertanya al-Faqīh Ismā'īl berkenaan hal demikian (mencium kaki), katanya: Telah datang pada kami seorang lelaki dari Kampung al-Dhahī dari ahli keluarga al-Khaīr, ketika mana kami selesai solat Jumaat beliau naik atas mimbar dan berkata: Wahai sekalian manusia, aku telah bertemu Nabi s.a.w dalam mimpi dan aku telah mendengar beliau berkata: barang siapa yang mencium kaki al-Faqīh Ismā'īl al-Hadhramī akan masuk syurga. Kata al-Faqīh Ahmad bin Abī al-Khaīr: Lelaki tersebut digelar Ibn al-Za'b dari penduduk Hasī (wilayah al-Sawma'ah, Yaman) dan Banu al-Za'b adalah penduduk wilayah yang baik-baik."
Mufti Juga Ingin Mencium Kaki Al-Faqīh Ismā'īl al-Hadhramī
Yang lebih aneh, mufti bandar Zabīd di Yaman iaitu Ahmad Sulaimān al-Hakamī, setelah mendengar hadith di atas beliau juga ingin mencium tapak kaki al-Faqīh Ismā'īl al-Hadhramī:
ويروي عن الفقيه أحمد بن سليمان الحكمي المفتي بمدينة زبيد أنه قال لما سمعت حديث تقبيل قدم الفقيه إسماعيل وقع في نفسي من ذلك من شيء ثم اتفق لي أن قصدت الفقيه الى منزله بزبيد لقصد السلام عليه والزيارة، فلما دخلت عليه قال: مرحبا بك جئت لتقبل قدمي، ثم مد رجليه فقبلتها، وقال الإمام اليافعي: وكان الجلة من العلماء يقبلون قدمه
Maksudnya: "Diriwayatkan dari al-Faqīh Ahmad bin Sulaimān al-Hakamī, mufti bandar Zabīd di Yaman katanya: Bahawasanya ketika mana aku mendengar hadith mencium kaki al-Faqīh Ismā'īl, terdetik dihatiku untuk bertemu al-Faqīh Ismā'īl di rumahnya di Zabīd untuk bertanya khabar dan ziarah. Ketika aku bertemu dengannya, al-Faqīh Ismā'īl berkata: Selamat datang. Engkau datang nak cium kaki aku kan? Kemudian beliau menghulurkan kedua kakinya lalu kucium kedua kakinya itu. Kata al-Imām al-Yāfi'ī: para jemaah ulama terulung kesemuanya mencium kaki beliau."
Petikan kitabal-Ziyārāt wa al-Awliyā' fi Tuhāmah karya 'Abd Allah Khādim al-'Umarī yang menyebut akan kisah ini. |
Moga kita dijauhkan dengan sifat ghuluw ini.
No comments:
Post a Comment