Showing posts with label Jahmiyyah. Show all posts
Showing posts with label Jahmiyyah. Show all posts

Sunday, 13 October 2019

Salaf Memahami Ayat Sifat Secara Zahir

Jawapan Imam al-Tirmizi, murid kepada Imam al-Bukhari jelas menunjukkan golongan salaf memahami ayat sifat Allah pada zahir ayat. Jika sebaliknya, mana mungkin golongan Jahmiyyah mengatakan ianya tashbih?

Di dalam Sunan al-Tirmizi, beliau ada menukilkan pandangannya selepas menyarahkan hadith di bawah:

إِنَّ اللَّهَ يَقْبَلُ الصَّدَقَةَ وَيَأْخُذُهَا بِيَمِينِهِ فَيُرَبِّيهَا لِأَحَدِكُمْ كَمَا يُرَبِّي أَحَدُكُمْ مُهْرَهُ، حَتَّى إِنَّ اللُّقْمَةَ لَتَصِيرُ مِثْلَ أُحُدٍ

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah menerima amalan sedekah dan mengambilnya dengan tangan kananNya. Lalu Allah mengembangkan pahalanya untuk salah seorang dari kamu, sebagaimana kamu membiakkan seekor anak kuda. Sehingga sedekah yang hanya sebiji boleh berkembang hingga sebesar gunung Uhud.” [Hadith Hasan Sahih]

Selepas menukilkan hadith di atas, beliau seterusnya memberikan komentar:

وقد قال غير واحد من أهل العلم في هذا الحديث وما يشبه هذا من الروايات من الصفات: ونزول الرب تبارك وتعالى كل ليلة إلى السماء الدنيا، قالوا: قد تثبت الروايات في هذا ويؤمن بها ولا يتوهم ولا يقال: كيف [ص:42] هكذا روي عن مالك، وسفيان بن عيينة، وعبد الله بن المبارك أنهم قالوا في هذه الأحاديث: أمروها بلا كيف، وهكذا قول أهل العلم من أهل السنة والجماعة، وأما الجهمية فأنكرت هذه الروايات وقالوا: هذا تشبيه، وقد ذكر الله عز وجل في غير موضع من كتابه اليد والسمع والبصر، فتأولت الجهمية هذه الآيات ففسروها على غير ما فسر أهل العلم، وقالوا: إن الله لم يخلق آدم بيده، وقالوا: إن معنى اليد هاهنا القوة، وقال إسحاق بن إبراهيم:إنما يكون التشبيه إذا قال: يد كيد، أو مثل يد، أو سمع كسمع، أو مثل سمع، فإذا قال: سمع كسمع، أو مثل سمع، فهذا التشبيه، وأما إذا قال كما قال الله تعالى يد، وسمع، وبصر، ولا يقول كيف، ولا يقول مثل سمع، ولا كسمع، فهذا لا يكون تشبيها، وهو كما قال الله تعالى في كتابه: {ليس كمثله شيء وهو السميع البصير} الشورى: 11


TERJEMAHAN:


"Telah berkata ramai dari kalangan sarjana mengenai hadith ini dan hadith lain yang sama mengenai hadith ini bahawa ia dari hadith-hadith sifat Allah: Turunnya Allah Tabarak wa Ta'ala pada setiap malam ke langit dunia, kata para salaf: Telah thabit riwayat-riwayat mengenai hadith ini untuk diimani dan bukan untuk dikhayalkan/dibayangkan dan tidak boleh berkata "Kaif" (bagaimana). Inilah yang diriwayatkan oleh Malik, Sufyan bin 'Uyainah, 'Abd Allah bin al-Mubarak yang mana mereka berkata mengenai hadith-hadith ini: membiarkan ayat-ayat sifat tanpa menyoal kaif (bagaimana). Inilah ucapan para sarjana dari Ahli Sunnah Wa al-Jama'ah."

"Adapun Jahmiyyah, mereka menafikan riwayat-riwayat ini, kata mereka: Ini tashbih, Allah 'Azza wa Jalla telah menyebut pada banyak tempat dari kitabNya perkataan "al-yad", "al-sam'u", dan "al-basr", namun golongan Jahmiyyah mentakwil ayat-ayat ini dan mereka menafsirkannya selain dari apa yang para sarjana (Ahli Sunnah) tafsirkan, kata mereka (Jahmiyyah): Sesungguhnya Allah tidak menciptakan Adam dengan tanganNya, kata mereka: Sesungguhnya makna "al-yad" disini adalah kekuatan."

"Kata Ishaq bin Ibrahim: Sesungguhnya tashbih terjadi apabila berkata: Tangan Allah seperti tangan makhluk, atau pendengaran Allah seperti pendengaran makhluk, maka ini adalah tashbih. Adapun jika mengatakan apa yang Allah Ta'ala kata seperti Allah ada tangan, pendengaran, penglihatan tanpa menyoal kaif  (bagaimana), dan tidak pula mengatakan seperti pendengaran makhluk, ini bukanlah tashbih sebagaimana Allah berfirman di dalam kitabnya: Tiada satupun yang menyerupai Allah dan Allah Maha Mendengar dan Maha Melihat. Al-Syura:11."





Ibarat salaf لا يفسرها Merujuk Kepada لا يكيفها

Ramai mengatakan "mafhum" ibarat salaf (لا يفسرها) atau seumpamanya pada riwayat ayat sifat adalah indikasi mereka tidak menafsir...