Ramai mengatakan "mafhum" ibarat salaf (لا يفسرها) atau seumpamanya pada riwayat ayat sifat adalah indikasi mereka tidak menafsirkannya = tidak mengetahui maknanya, dan lantas disimpulkan mereka tafwidh makna.
Namun, terdapat riwayat yang sahih bahawa mafhum ibarat diatas adalah (لا يكيفها). Ia berdasarkan ucapan Abu 'Ubaid al-Qasim bin Salam [224H] selepas menukilkan hadith mengenai ayat-ayat sifat:
هذه الأحاديث صحاح حملها أصحاب الحديث والفقهاء بعضهم على بعض، وهي عندنا حق لا نشك فيها، ولكن إذا قيل: كيف وضع قدمه؟ وكيف ضحك؟ قلنا: لا يفسر هذا ولا سمعنا أحدا يفسره
"Hadith-hadith sahih ini dipegang oleh golongan hadith dan para fuqaha sesama mereka dan hadith ini adalah benar disisi kami dan tidak kami meraguinya."
"Namun sekiranya ditanya: Bagaimana Allah meletakkan kakiNya? Bagaimana Allah ketawa? Kami katakan: Ini tidak ditafsirkan dan kami tidak pernah mendengar seorangpun mentafsirkannya."
Ibarat salaf (لا يفسرها) diatas merupakan jawapan kepada soalan "kaif" bagi orang yang bertanya secara terperinci, yang mana boleh menjurus kepada tashbih. Justeru, jelas (لا يفسرها) merujuk kepada (لا يكيفها).
Kalaulah kita katakan salaf tidak mentafsirkan ayat sifat, maka ia bertentangan dengan banyak athar sahih lagi mutawatir bahawa salaf menafsirkan ayat sifat seperti istawa dll, hatta huruf al-muqata'ah sekalipun.
Malahan, al-Qawwam al-Sunnah Abu al-Qasim al-Asbahani [535H] turut mengatakan:
قال أهل العلم من أهل السنة: هذه الأحاديث مما لا يدرك حقيقة علمه بالفكر والروية
"Para sarjana dari kalangan Ahli Sunnah mengatakan: Hadith-hadith ini dimana tidak tercapai hakikat ilmunya (hakikat sebenarnya) dengan fikiran dan telahan."
Ini jelas menunjukkan salaf hanya tafwid kaifiyyah, namun memahami makna dan menerima ayat sifat secara zahir dan beriman tanpa mengubah maksudnya.
No comments:
Post a Comment