يعد البلاذري أبرز المؤرخين المسلمين بعد الطبري من حيث سعة المعلومات التي دونها والفترات التاريخية التي غطاها، لكن كتابه: أنساب الأشراف ـ أحسن انتقاء للروايات وأنقى أسانيد وأكثر اتفاقاً مع روايات أهل الثقة والصدق من تأريخ الطبري... وباستقراء مشايخ البلاذري نجد أغلبهم توفي قبل وفاة البلاذري بأكثر من عشرين عاماً تقريباً، مما يدل على أنه صنف كتابه قديماً قبل مرضه، وبمقارنة رواياته بروايات غيره كابن سعد وخليفة نجدها متفقة مع الروايات الحسنة والصحيحة التي أوردتها كتب
السنة والتاريخ، لذلك فإذا حدث في رواياته ضعف أو شذوذ فهو من قبل الرواة الذين نقل عنهم لا منه هو
Maksudnya: Al-Balazuri dianggap sejarawan terunggul Islam selepas al-Tabari dari segi keluasan maklumat yang direkodkannya serta pelbagai peristiwa sejarah yang dicakupinya. Akan tetapi kitab beliau: Ansab al-Ashraf - adalah sebaik riwayat terpilih serta sanad yang jelas dan kebanyakannya menepati dengan riwayat-riwayat yang tsiqah dan benar dari kitab Tarikh al-Tabari. Apabila penelitian dibuat pada guru al-Balazuri, kita dapati sebahagian besar mereka wafat sebelum wafatnya al-Balazuri lebih kurang 20 tahun. Ini menunjukkan beliau menulis kitabnya terlebih dahulu sebelum beliau sakit. Berdasarkan analisis riwayatnya dengan riwayat selain darinya seperti Ibn Sa'd dan Khalifah, kita dapati riwayatnya menepati riwayat baik dan sahih yang tercatat di dalam kitab al-sunnah dan al-tarikh. Kerana itulah apabila beliau meriwayatkan riwayat yang lemah dan syaz maka ia dari perawi perawi yang beliau nukilkan dari mereka, bukan dari dirinya sendiri.
Kitab Dr. Akram Dhiya' al-'Umari |
- Maka jelas di sini bahawa kesilapan atau kepalsuan riwayat bukan datang dari penulis kitab, tetapi ia datang dari perawi yang dinukilkan oleh penulis kitab.
- Ini kerana ulama tarikh hanya menukilkan riwayat di dalam kitab mereka tanpa usul periksa. Begitulah kata-kata Abu al-Mu’aliy al-Alusiy [wafat 1342H] dalam Sab al-‘Azab ‘ala man Sab al-Ashab (421/1):
لأن المؤرخين ينقلون ما خبث وطاب، ولا يميزون بين الصحيح والموضوع والضعيف، وأكثرهم حاطب ليل، لا يدري ما يجمع
Maksudnya: "Sesungguhnya para sejarawan sekadar menukilkan kisah buruk dan baik. Mereka tidak mengklasifikasikan mana yang sahih, palsu dan lemah. Kebanyakan kisah/riwayat mereka hanya ditulis dan dikumpulkan tanpa usul periksa akan kesahihannya dan tidak diketahui apa yang dihimpunkan."
No comments:
Post a Comment