Tuesday, 29 January 2019

Yahya al-Qattan & 'Ali bin al-Madini: Pengkritik Hadith Yang Berburuk Sangka


Sheikh 'Uthman al-Khamis ada menceritakan terdapat pengkritik hadith mengamalkan kaedah berburuk sangka dalam menilai sesuatu hadith dan perawi. Ibn Hibban [wafat 354H] dalam al-Tsiqat (669/7) menyebut penilaian Yahya al-Qattan [wafat 198H] & 'Ali bin al-Madini [wafat 234H] terhadap hadith Abu Bakar bin 'Ayyash [wafat 193H]:

كان يحيى القطان وعلي بن المديني يسيئان الرأي فيه، وذلك أنه لما كبر سنه ساء حفظه فكان يهم إذا روى، والخطأ والوهم شيئان لا ينفك عنهما البشر، فلو كثر خطاءه حتى كان الغالب على صوابه، لا يستحق مجانبة رواياته، فأما عند الوهم يهم أو الخطأ يخطىء لا يستحق ترك حديثه بعد تقدم عدالته وصحة سماعه

Maksudnya: "Bahawasanya Yahya al-Qattan & 'Ali bin al-Madini berpandangan buruk terhadap Abu Bakar bin 'Ayyash disebabkan umurnya lanjut buruklah hafalannya & beliau pernah kecelaruan ketika meriwayatkan hadith. Kesilapan & kecelaruan adalah dua perkara tidak dapat dipisahkan dari manusia. Jikalau kesilapannya banyak sehingga mengatasi yang betul maka tidak berhak untuk mengambil riwayatnya. Adapun disaat kecelaruan ataupun kesilapan menjejaskannya maka tidak berhak untuk meninggalkan hadithnya selepas dikemukakan keadilan & kesahihan hadith yang didengarinya."


  • Di sini jelas menunjukkan sekalipun Abu Bakar bin 'Ayyash banyak melakukan kesilapan, 'illah (sebab) ini gugur selepas terdapat bukti jelas keadilan dan kesahihan hadith yang didengarinya.


Kitab al-Tsiqat karya Ibn Hibban al-Busti


Dr. Nizar 'Abd al-Qadir Muhammad Rayyan dalam Risalah Universiti Islam Palestin (halaman 199: https://bit.ly/2CSHKUu) menyebut bahawa kaedah Yahya al-Qattan sangat keras dalam menilai perawi:

أن يحي القطان متشدد، فلم يتكلم أحد في أبي بكر بن عياش. وبين ابن حبان رحمه الله أن إساءة الظن بأبي بكر بن عياش لا مسوغ لها، فإن سوء حفظه كان في آخر عمره وهو مرتبط بتحديثه من غير كتاب. وعليه فكلمة يحي في أبي بكر من تشدده في النقد، والله تعالى أعلم

Maksudnya: "Sesungguhnya Yahya al-Qattan amat tegas (penilaiannya), tiada seorangpun yang berkata demikian terhadap Abu Bakar bin 'Ayyash. Ibn Hibban rahimahullah telah menerangkan bahawasanya berburuk sangka terhadap Abu Bakar bin 'Ayyash bukanlah justifikasi yang wajar, kerana keburukan hafalannya itu hanyalah pada akhir usianya yang menyibukkan diri dengan hafalannya itu tanpa sebarang kitab. Maka kata-kata Yahya al-Qattan terhadap Abu Bakar bin 'Ayyash hanyalah ketegasannya ketika mengkritik & hanya Allah Ta'ala yang maha mengetahui."

Berburuk sangka yang dibenarkan Islam ada pada ketikanya wajib, sebagaimana kata Sheikh 'Alwi 'Abd al-Qadir al-Saqqaf dan Imam al-Nawawi [wafat 676H] dalam al-Azkar (341/1):

سوء الظن الواجب وهو ما احتيج لتحقيق مصلحة شرعية، كجرح الشهود ورواة الحديث

Maksudnya: "Berburuk sangka wajib ketika mana berhajat untuk mentahqiqkan maslahah syariah seperti mentarjih pengsaksian dan juga periwayatan hadith." (Rujuk: https://bit.ly/2P2EAVl)

No comments:

Post a Comment

Ibarat salaf لا يفسرها Merujuk Kepada لا يكيفها

Ramai mengatakan "mafhum" ibarat salaf (لا يفسرها) atau seumpamanya pada riwayat ayat sifat adalah indikasi mereka tidak menafsir...