Showing posts with label Ibn Taimiyyah. Show all posts
Showing posts with label Ibn Taimiyyah. Show all posts

Wednesday, 23 October 2019

Imam al-Alusi: Tiada Salah Penggunaan Lafaz Jihah Kerana Ia Adalah Amrun Iktibari, Bukan Amrun Wujudi

Syihab al-Din Al-Alusi [1270H] tokoh tafsir sufi dalam Ruh al-Ma'ani membidas golongan yang berkata langit adalah kiblat doa. Beliau membawa sebuah kisah antara Abu Ja'far al-Hamdani [531H] dan Imam al-Haramain [478H]:
وذكر محمد بن طاهر المقدسي أن الشيخ أبا جعفر الهمداني حضر مجلس إمام الحرمين وهو يتكلم في نفي صفة العلو ويقول: كان الله تعالى ولا عرش وهو الآن على ما كان فقال الشيخ أبو جعفر: أخبرنا يا أستاذ عن هذه الضرورة التي نجدها في قلوبنا فإنه ما قال عارف قط يا الله إلا وجد في قلبه ضرورة بطلب العلو لا يلتفت يمنة ولا يسرة فكيف تدفع هذه الضرورة عن أنفسنا؟ قال: فلطم الإمام على رأسه ونزل وأظنه قال وبكى وقال حيرني الهمداني

TERJEMAHAN:

"Muhammad bin Tahir al-Maqdisi telah menyebut bahawa Sheikh Abu Ja'far al-Hamdani telah menghadiri majlis Imam al-Haramain ketika mana beliau sedang berbicara mengenai penafian sifat al-'Uluw. Katanya: Allah Ta'ala dahulu wujud tetapi 'arasy belum wujud dan Allah kekal wujud sebagaimana sekarang. Kata Sheikh Abu Ja'far: Beritahulah kami wahai ustaz mengenai hajat yang ada dalam hati kami, ketika mana tidaklah seorang hamba yang Arif berkata "Ya Allah" melainkan wujud dihatinya suatu hajat yang bertumpu kepada al-'uluw (tinggi/atas) dan dia tidak berpaling ke arah kanan dan kiri. Lalu bagaimana kita boleh menyingkirkan hajat ini dari diri kita? (Mendengar hujah itu) Imam al-Haramain memukul kepalanya dan turun (dari mimbar) dan aku merasakan beliau berkata: Imam al-Haramain menangis dan berkata: al-Hamdani membuatku bingung tidak terjawab."

  • Kisah di atas jelas menunjukkan Imam al-Haramain tidak boleh menolak hujah bahawa ia adalah fitrah seorang hamba yang berdoa mengadap ke langit meminta dari Allah. Al-Alusi turut menambah bahawa siapa yang mengatakan kiblat doa adalah selain kiblat solat maka dia telah melakukan bid'ah dan ia tidak pernah diucapkan oleh para salaf.

  • Adapun bagi orang yang menunduk kepala ketika berdoa, ia bukanlah tanda Allah di bumi, tetapi ia adalah tanda khudu' (rendah diri) kerana Allah di atasnya dan ini ia boleh dapati bagi orang yang sujud membaca tasbih (سبحان ربي الأعلى) dan bukan seperti Bishr al-Marisi yang membaca (سبحان ربي الأسفل).

  • Al-Alusi juga turut membidas hujah lemah golongan yang berkata nisbah al-fawqiyyah itu bukan merujuk kepada al-'uluw, tetapi merujuk kepada makna kedudukan "lebih baik" atau "afdhal" seperti kedudukan pemerintah "lebih baik" atau "afdhal" dari menteri, dinar "lebih baik" atau "afdhal" dari dirham dan lain-lain.


Malahan, al-Alusi turut menggunakan hujah sama seperti Ibn Taimiyyah [728H] yang mengatakan al-jihah adalah sesuatu yang wujud dan tidak wujud. Bahkan tiada masalah menggunakan istilah al-jihah bagi menetapkan sifat al-'uluw Allah Ta'ala:

وأما لفظ الجهة فقد يراد به ما هو موجود وقد يراد به ما هو معدوم ومن المعلوم أنه لا موجود إلا الخالق والمخلوق

"Adapun lafaz al-jihah (arah) ia boleh dimaksudkan kepada sesuatu yang wujud dan tidak wujud. Adalah maklum bahawa tiada sesuatupun yang wujud kecuali Allah dan makhluk."
فإذا أريد بالجهة أمر موجود غير الله تعالى كان مخلوقا والله تعالى لا يحصره شيء ولا يحيط به شيء من المخلوقات تعالى عن ذلك

"Sekiranya lafaz al-jihah ingin dirujuk kepada sesuatu yang wujud selain Allah Ta'ala maka ia adalah makhluk, sedangkan Allah Ta'ala tiada suatupun yang dapat membatasiNya dan meliputiNya dari segala makhluk, Maha Suci Allah dari hal ini."
وإن أريد بالجهة أمر عدمي وهو ما فوق العالم فليس هناك إلا الله تعالى وحده فإذا قيل: إنه تعالى في جهة بهذا الاعتبار فهو صحيح عندهم، ومعنى ذلك أنه فوق العالم حيث انتهت المخلوقات

"Sekiranya lafaz al-jihah itu merujuk kepada sesuatu yang tidak wujud - "amrun 'adami" (أمر عدمي) iaitu apa yang ada di atas alam tiada di sana melainkan Allah Ta'ala sahaja, justeru apabila dikatakan: Bahawa Allah Ta'ala berada pada arah yang khusus ini maka ia sahih disisi mereka. Makna tersebut ialah bahawa Allah di atas alam yang mana sudah tiada segala makhluk."
ونفاة لفظ الجهة الذين يريدون بذلك نفي العلو يذكرون من أدلتهم أن الجهات كلها مخلوقة وأنه سبحانه كان قبل الجهات وأنه من قال: إنه تعالى في جهة يلزمه القول بقدم شيء من العالم وأنه جل شأنه كان مستغنيا عن الجهة ثم صار فيها

"Golongan menafikan lafaz al-jihah yang ingin menafikan ketinggian Allah. Mereka menyebut diantara dalil-dalil mereka bahawa al-jihah itu kesemuanya adalah makhluk, dan Maha Suci Allah itu wujud sebelum al-jihah itu wujud. Dan sesiapa yang berkata: Sesungguhnya Allah Ta'ala ada pada sesuatu arah - maka beliau menetapkan ucapan itu bahawa ada sesuatu yang Qadim (azali) di alam ini dan Allah tidak memerlukan al-jihah akan tetapi Dia kemudiannya berjihah."

وهذه الألفاظ ونحوها تنزل على أنه عز اسمه ليس في شيء من المخلوقات سواء سمى جهة أم لم يسم وهو كلام حق ولكن الجهة ليست أمرا وجوديا بل هي أمر اعتباري ولا محذور في ذلك

"Lafaz-lafaz ini dan seumpamanya menunjukkan betapa mulia NamaNya dan Dia tidak menyerupai sesuatu dari sekalian makhluk sama ada dinamakan jihah ataupun tidak dan ini merupakan ucapan yang benar. Namun, al-jihah bukanlah amrun wujudi (sesuatu yang wujud) bahkan ia adalah amrun iktibari (sesuatu yang wujud pada nama sahaja) dan tiada larangan (untuk menggunakannya)."

Walaubagaimanapun, al-Alusi berpegang pada manhaj tafwidh makna dan kaifiyyah, yang mana para salaf hanya tafwidh kaifiyyah sahaja kerana makna sifat Allah sudah jelas bagi mereka. Lihat huraian:

https://www.facebook.com/asianmanx/posts/10213928937728990
https://www.facebook.com/asianmanx/posts/10213862004055690
https://www.facebook.com/asianmanx/posts/10213971323628611


Wallahualam.








Thursday, 26 September 2019

Salaf al-Salih Ithbat Sifat Allah Tanpa Mengetahui Maknanya?

Adakah salaf al-salih mengithbat sifat Allah tanpa mengetahui maknanya? 

Jika jawapan di atas YA, kenapa Imam Malik mengatakan istiwa (sifat fi'liyyah) itu maklum (i.e. diketahui dan difahami)? Lebih baik Imam Malik mengatakan istiwa itu majhul jika salaf tidak tahu maknanya. 

Inilah kekeliruan yang cuba dijelaskan oleh Ibn Taimiyyah:


فقول ربيعة ومالك: الاستواء غير مجهول والكيف غير معقول والإيمان به واجب موافق لقول الباقين أمرّوها كما جاءت بلا كيف، فإنما نفوا علم الكيفية، ولم ينفوا حقيقة الصفة
.

Maksudnya: "Ucapan Rabi'ah dan Imam Malik: Istiwa itu diketahui, tetapi caranya tidak boleh difikiri, dan beriman dengannya itu wajib adalah bertepatan dengan ucapan salaf yang lain iaitu membiarkan (i.e. ayat sifat) pada asalnya sebagaimana ia datang tanpa takyif (i.e. membagaimana), kerana sesungguhnya salaf tidak menafikan hakikat sifat, tetapi menafikan ilmu kaifiyyah."


Ibn Taimiyyah menerangkan bahawa para salaf al-salih mengetahui hakikat sifat Allah (i.e. Allah mempunyai mata, tangan, etc), namun para salaf al-salih tidak mengetahui kaifiyyah sifat tersebut (i.e. bagaimana rupa-bentuk mata Allah & bagaimana Allah melihat, etc). Kalaulah salaf al-salih tidak memahami hakikat sifat Allah, sudah tentu mereka akan katakan istiwa itu majhul:

ولو كان القوم قد آمنوا باللفظ المجرد من غير فهم لمعناه على ما يليق بالله لما قالوا: الاستواء حينئذ لا يكون معلوماً بل مجهولاً بمنزلة حروف المعجم، وأيضاً فإنه لا يحتاج إلى نفي علم الكيفية إذا لم يفهم عن اللفظ معنى، وإنما يحتاج إلى نفي علم الكيفية، إذا أثبت الصفات

Maksudnya: "Kalaulah suatu kaum itu telah beriman secara melulu tanpa memahami makna yang selayaknya bagi Allah, tentulah mereka berkata: Istiwa tidak maklum bahkan majhul pada sudut huruf al-mu'jam (i.e. ejaan dan makna), maka tiada keperluan untuk menafikan ilmu kaifiyyat apabila tidak memahami makna lafaz. Sesungguhnya kerana itulah perlu menafikan ilmu kaifiyyat setelah thabit (i.e. mengetahui makna) sifat-sifat Allah."


Ibn Taimiyyah turut mengatakan untuk apa menafikan ilmu kaifiyyah sifat Allah jikalau makna sifat Allah tidak diketahui dari segi bahasa pada sesuatu ucapan?

 وأيضاً فقولهم: أمروها كما جاءت يقتضي إبقاء دلالتها على ما هي عليه، فإنها جاءت ألفاظ دالة على معاني، فلو كانت دلالتها منتفية، لكان الواجب أن يقال: أمروا لفظها مع اعتقاد أن المفهوم منها غير المراد, أو أمروا لفظها مع اعتقاد أن الله لا يوصف بما دلت عليه حقيقة, وحينئذ فلا تكون قد أمرت كما جاءت, ولا يقال حينئذ بلا كيف، إذ نفي الكيف عما ليس بثابت لغو من القول


Maksudnya: "Begitu juga kata salaf al-salih: Membiarkan ayat-ayat sifat pada asalnya sebagaimana ia datang adalah tanda mengekalkan pengertian pada keadaan yang asal kerana sesungguhnya lafaz ayat sifat itu datang dengan makna. Kalaulah pengertian lafaz ayat sifat itu tidak thabit (i.e. tiada makna), sudah tentu wajib untuk dikatakan: Membiarkan lafaz ayat sifat dengan mempercayai bahawa bukan ini mafhum yang dimaksudkan, atau membiarkan lafaz ayat sifat dengan mempercayai bahawa Allah tidak menyifatkan ayat sifat itu ke atasnya secara hakiki. Justeru tiada gunanya membiarkan ayat sifat pada asalnya serta mengatakan tidak boleh takyif, tatkala mengaplikasikan penafian takyif pada perkataan yang tidak thabit pada bahasa dari ucapan itu."





Wallahualam.

Monday, 9 September 2019

Anak Murid Tokoh Asyā'irah Kurun Ke-20 Membersihkan Ibn Taimiyyah Dari Gelaran Tajsīm

Suhair Muhammad Mukhtār, anak murid kepada tokoh ulama Asyā'irah sekitar kurun ke-20 iaitu Dr. 'Alī Sāmī al-Nasyār [1400H] telah membersihkan nama Ibn Taimiyyah [728H] dari akidah tajsīm yang dituduh terhadapnya di dalam kajian master's degree beliau berjudul al-Tajsīm 'Inda al-Muslimīn "Mazhab al-Karrāmiyyah":

وإنني لا أوافق الميلي في قوله هذا القول على ابن تيمية، لا بناء على ترهات ودفاع في غير محله، ولكن بناء على نصوص من كتب ابن تيمية تدل دلالة واضحة على أنه بريء كل البراءة مما نسب إليه من شبهة التجسيم، إذ لا يمكن لسني مثله، دافع عن الكتاب والسنة دفاعا مريرا، إلى أن خافه الفقهاء والصوفية، فدسوا له عند الحكام حتى سجن، أن يقول بمثل هذا القول


[TERJEMAHAN]

"Sesungguhnya aku tidak bersetuju apa yang diucapkan oleh al-Mīlī [1248H] akan ucapan ini terhadap Ibn Taimiyyah, ia bukanlah sebagai alasan untuk memburuk dan hujahan yang bukan pada tempatnya."

"Akan tetapi berdasarkan alasan nas-nas dari kitab-kitab Ibn Taimiyyah telah menunjukkan dalil yang jelas bahawa beliau terbebas dari segala kesalahan yang disandarkan kepadanya dari syubhat al-tajsīm, kerana mana mungkin seorang sunni sepertinya yang mempertahankan al-Quran dan al-Sunnah dengan utuh (boleh berkata sedemikian).

"Sehinggakan beliau ditakuti oleh para fuqaha dan sufi. Mereka telah merencanakan fitnah terhadap Ibn Taimiyyah disisi pemerintah sehingga beliau dipenjarakan, (demi menunjukkan) bahawa Ibn Taimiyyah lah yang berkata dengan ucapan sedemikian."

[TAMAT]

Al-Mīlī diatas bernama 'Alī bin Muhammad al-Mīlī al-Malikī, berasal dari Mila, Algeria. Beliau terkenal dengan kitab al-Suyūf al-Hindiyyah lī Qat'i 'Ånāq al-Najdiyyah yang mana beliau banyak menyerang Ibn Taimiyyah dan golongan wahhabi lain dengan akidah tajsīm.

Malah, Suhair Muhammad Mukhtār turut mengatakan persekitaran Ibn Taimiyyah dari segi pelajaran agamanya tidak terdedah kepada ajaran tajsīm dan tashbīh, bahkan tafaqquh kepada ajaran Islam:


وقبل ذكر نصوص ابن تيمية، يجب الإشارة إلى أن الأسرة التي عاش فيها ابن تيمية لم تكن محاطة بالتشبيه والتجسيم، بل كانت أسرة متدينة ومتفقهة في الدين الإسلامي. ولذا نشأ فيها ابن تيمية محبا لهذا الدين، غيورا عليه. ومن البديهي، أن يتأثر ابن تيمية بالأسرة التي نشأ فيها والبيئة التي تربي عليها، لأن الإنسان نتاج طبيعي للأسرة والبيئة


[TERJEMAHAN]

"Sebelum menyebut nas-nas Ibn Taimiyyah, wajib untuk dinyatakan bahawa usrah yang ditempuhi oleh Ibn Taimiyyah tidak terjebak dengan tashbih dan tajsīm, bahkan usrahnya berunsur keagamaan dan tafaqquh pada agama Islam."

"Atas sebab itu Ibn Taimiyyah hidup dengan mencintai agama ini dan bersemangat mengenainya. Ternyata bahawa impak usrah dan biah yang ditempuhinya memtarbiah Ibn Taimiyyah, kerana tabiat insan terhasil berdasarkan usrah dan biah."

[TAMAT]

Bagi orang yang selalu menyesatkan Ibn Taimiyyah, dan menggelar beliau mujassimah dan sebagainya, berapa banyakkah kitab Ibn Taimiyyah kamu habiskan dan fahamkan apa yang dimaksudnya?

Jika Suhair Muhammad Mukhtar yang muyul kepada Asya'irah menyuruh kita berhati-hati dan membersihkan Ibn Taimiyyah dari gelaran tersebut, kenapa kita sibuk menggelarnya mujassimah (i.e. kafir)?

Master's Degree Suhair Muhammad Mukhtar, seorang pelajar perempuan di Universiti al-Azhar

Ibarat salaf لا يفسرها Merujuk Kepada لا يكيفها

Ramai mengatakan "mafhum" ibarat salaf (لا يفسرها) atau seumpamanya pada riwayat ayat sifat adalah indikasi mereka tidak menafsir...