Showing posts with label Ibn Rajab. Show all posts
Showing posts with label Ibn Rajab. Show all posts

Monday, 27 April 2020

Ayat Sifat Adalah Ayat Muhkamat

Ibn Rajab al-Hanbali di dalam Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari menukilkan satu riwayat sahih dari Musannaf Abd al-Razzaq di mana Ibn 'Abbas mengecam orang yang tidak boleh menerima hadith ayat sifat neraka tidak penuh selagi mana Allah tidak meletakkan kakiNya:

وقد صح عن ابن عباس أنه أنكر على من أستنكر شيئاً من هذه النصوص، وزعم أن الله منزه عما تدل عليه: فروى عبد الرزاق في ((كتابه)) عن معمر، عن ابن طاوس، عن أبيه، قال: سمعت رجلاً يحدث ابن عباس بحديث أبي هريرة: ((تحاجت الجنة والنار)) ، وفيه: ((فلا تمتلي حتى يضع رجله)) -أو قال: ((قدمه - فيها)) . قال: فقام رجل فانتفض، فقال ابن عباس: ما فرق هؤلاء، يجدون رقة عند محكمة، ويهلكون عند متشابهه. وخَّرجه إسحاق بن راهويه في ((مسنده)) عن عبد الرزاق. ولو كان لذلك عنده تأويل لذكره للناس ولم يسعه كتمانه


"Telah sahih dari Ibn 'Abbas bahawasanya beliau mengecam ke atas sesiapa yang mengingkari sesuatu dari nas-nas (ayat sifat) ini dengan dakwaan Allah Ta'ala tersisih jauh dari apa yang ditetapkan ke atasNya."

"Diriwayatkan dari Abd al-Razzaq dalam kitabnya dari Ma'mar, dari Ibn Towus, dari ayahnya berkata: Aku mendengar seorang lelaki berbicara dengan Ibn Abbas mengenai hadith Abu Hurairah: (syurga dan neraka saling berbantah) - antara halnya - (neraka tidak akan penuh sehingga Allah meletakkan kakiNya).

"Lalu lelaki itu berdiri dan menggigil (seolah mengingkari maknanya). Berkata Ibn 'Abbas: Apa yang membuatkan mereka takut? Mereka terbuka menerima ayat muḥkam dan binasa pada ayat mutasyabih."

"(Kata Ibn Rajab): Ishaq bin Rahawaih meriwayatkan hadith ini di dalam musnadnya dari Abd al-Razzaq. Kalaulah disisinya (Ibn 'Abbas) mempunyai takwilan sudah tentu beliau menyebutkannya kepada orang ramai dan beliau tidak mampu menyembunyikannya."




Dapat difahami bahawa:

  1. Ibn Abbas mengecam orang yang menghadiri majlisnya dari kalangan awam saat mereka berasa takut mendengar hadith sifat Allah dan gementar seakan mengingkarinya.
  2. Mereka tidak meraih keimanan yang wajib mengenai apa yang sahih dari Nabi s.a.w dan apa yang mereka telah ketahui maknanya dari al-Quran, sedangkan makna itu benar tanpa ada keraguan di dalamnya bagi seorang mukmin.
  3. Sebagian mereka mentafsirkan al-Quran dengan makna lain yang tidak dikehendaki Allah sehingga mereka binasa disebabkannya.


Ibn 'Uthaimin di dalam Majmu' Fatawa beliau menukilkan 3 wajah riwayat mengenai cara bacaan dan maksud (ما فرق) pada hadith di atas. (Rujuk kitab di bawah)



Dapat disimpulkan bahawa memang jelas ayat sifat adalah ayat muhkamat, bukan mutasyabihat.

Wallahualam

Saturday, 16 November 2019

Jalan Khalaf Lebih Ahkam Dan Salaf Tafwidh Makna?

Jika seseorang mengatakan jalan khalaf (Asya'irah-Maturidiyyah) lebih ahkam, dan salaf al-salih mentafwidh makna (menyerah makna) zahir kepada Allah maka kenyataan ini TIDAK TEPAT.  Ibn Hajar dalam Fath al-Bari membidas orang yang mengatakan salaf al-salih tidak memahami ayat sifat Allah serta melakukan tafwidh makna:

وقال غيره قول من قال طريقة السلف أسلم وطريقة الخلف أحكم ليس بمستقيم لأنه ظن أن طريقة السلف مجرد الإيمان بألفاظ القرآن والحديث من غير فقه في ذلك وأن طريقة الخلف هي استخراج معاني النصوص المصروفة عن حقائقها بأنواع المجازات فجمع هذا القائل بين الجهل بطريقة السلف والدعوى في طريقة الخلف وليس الأمر كما ظن بل السلف في غاية المعرفة بما يليق بالله تعالى وفي غاية التعظيم له والخضوع لأمره والتسليم لمراده وليس من سلك طريق الخلف واثقا بأن الذي يتأوله هو المراد ولا يمكنه القطع بصحة تأويله

TERJEMAHAN:

"Orang lain berkata dengan ungkapan: Jalan salaf lebih selamat manakala jalan khalaf lebih bijaksana adalah tidak tepat. Dia menyangka jalan salaf hanya beriman dengan lafaz al-Quran dan hadith tanpa memahaminya, dan jalan khalaf ialah menghasilkan makna daripada nas-nas yang mana makna itu telah dipesongkan daripada hakikatnya dengan berbagai majaz."

"Maka jadilah orang yang berkata demikian jahil tentang salaf dan dakwaan khalaf. Tetapi hakikat sebenarnya bukan seperti yang beliau sangka, bahkan para salaflah yang lebih mengetahui apa yang selayaknya bagi Allah Ta'ala, dan mereka (salaf al-salih) yang lebih membesarkan Allah, dan mematuhi perintahNya, dan lebih berserah pada kehendakNya."

"Tidaklah orang yang mengikuti jalan khalaf itu dapat memastikan bahawa apa yang beliau takwil itu adalah kehendak maksud (dikehendaki Allah), dan beliau tidak dapat memastikan kesahihan takwilannya itu."




Salaf Mentafwidh Makna?

Pengtaksub Asya'irah-Maturidiyyah turut mengatakan salaf al-salih membiarkan ayat sifat Allah sebagaimana ia datang dan zahir ayat sifat Allah seperti yad (يد), 'ain (عين) dan lain-lain adalah ghair murad (غير مراد), iaitu makna zahir bukan makna yang dikehendaki. Sesiapa yang mempercayai zahir lughah maka beliau dari golongan musyabbihah.

Ini bererti sebagai contoh yad (يد) pada ayat sifat Allah (يد الله فوق ايديهم) bukan bermakna tangan. Ini juga bermaksud tafwidh makna, iaitu salaf al-salih tidak mengetahui makna yad lalu menyerahkan makna yad itu kepada Allah. Namun, adakah benar ini adalah metod salaf al-salih?

Al-Zahabi di dalam al-'Uluw li al-'Aliy al-Ghaffar mengatakan metod diatas adalah berasal dari golongan mutakhir ahli kalam, dan ia merupakan maqalah muwalladah/muhdathah (ucapan/ungkapan baru yang tidak makruf):


المتأخرون من أهل النظر قالوا مقالة مولدة ما علمت أحدا سبقهم بها قالوا هذه الصفات تمر كما جاءت ولا تأول مع اعتقاد أن ظاهرها غير مراد
.

TERJEMAHAN:

"Golongan mutakhir dari kalangan ahli kalam berkata dengan maqalah muwalladah yang tidak aku ketahui seorangpun (dari kalangan salaf) mengucapkan mengenainya. Kata mereka (ahli kalam): Sifat-sifat ini dibiarkan sebagaimana ia datang tanpa takwil dengan mempercayai bahawa zahir (iaitu makna zahir) bukanlah makna yang dikehendaki."

Ini jelas menunjukkan bahawa makna zahir itu ghair murad merupakan pandangan golongan mutakhir ahli kalam dan ia bukan method salaf al-salih, sebagaimana dijelaskan oleh al-Zahabi.

Al-Zahabi juga turut membahagi makna zahir sifat Allah ini kepada dua puak:

PERTAMA:

لا تأويل لها غير دلالة الخطاب كما قال السلف الاستواء معلوم وكما قال سفيان وغيره قراءتها تفسيرها يعني أنها بينة واضحة في اللغة لا يبتغى بها مضائق التأويل والتحريف وهذا هو مذهب السلف مع اتفاقهم أيضا أنها لا تشبه صفات البشر بوجه إذ الباري لا مثل له لا في ذاته ولا في صفاته


TERJEMAHAN:

"Tiada takwilan bagi sifat Allah melainkan pengertian khitab (nas) sebagaimana kata salaf: istiwa itu maklum, sebagaimana kata Sufyan dan selainnya bahawa bacaannya ialah tafsirannya iaitu terang dan jelas pada bahasa dan tidak perlu disempitkan dengan takwil dan tahrif, dan ini adalah mazhab salaf akan kesepakatan mereka juga tidak mentashbih Allah dengan sifat manusia dengan apa-apa keadaan, kerana Allah tiada satupun menyerupaiNya sama ada pada zatNya dan sifatNya."


KEDUA:

أن ظاهرها هو الذي يتشكل في الخيال من الصفة كما يتشكل في الذهن من وصف البشر فهذا غير مراد فإن الله تعالى فرد صمد ليس له نظير وإن تعددت صفاته فإنها حق ولكن ما لها مثل ولا نظير


TERJEMAHAN:

"Bahawa zahir sifat Allah yang terbayang dalam imaginasi sebagaimana terbayang pada fikiran adalah dari sifat manusia. Maka ini bukanlah makna yang dikehendaki, kerana Allah Ta'ala itu Esa dan tempat bergantung segala makhluk, Allah tiada bandingannya, sekalipun berbilang-bilang sifatNya maka ia adalah benar, akan tetapi tiada satupun keserupaan dan bandingan bagi sifat-sifatNya."


Poin PERTAMA merupakan manhaj sebenar salaf dalam memahami nas iaitu makna zahir nas itu sudah jelas dan terang. Ini bererti salaf memahami dan mengetahui makna zahir sifat Allah.

Poin KEDUA di atas adalah jawapan al-Zahabi kepada ahli kalam apabila disebut sifat Allah seperti yad, mereka akan terbayang bahawa ia sama seperti sifat dan zat makhluk. Ini adalah salah, kerana Allah tidak menyerupai sesuatupun dari makhlukNya.


Ibn Rajab juga turut berkata:

ومن قال: الظاهر منها غير مراد، قيل له: الظاهر ظاهران: ظاهر يليق بالمخلوقين ويختص بهم، فهو غير مراد، وظاهر يليق بذي الجلال والإكرام، فهو مراد، ونفيه تعطيل


TERJEMAHAN:

"Sesiapa berkata: "(Makna) zahir sifat Allah itu bukan makna yang dikehendaki, maka dikatakan kepadanya: Zahir itu ada dua keadaan: (1) Zahir yang selayaknya untuk makhluk dan ia khusus untuk mereka maka ia bukan makna yang dikehendaki. (2) Manakala zahir yang selayaknya untuk Allah al-Jalal wa al-Ikram, maka ia mempunyai makna yang dikehendaki dan Allah ternafi dari segala kekurangan."


Dapat difahami di atas bahawa makna zahir yang selayaknya ada bagi Allah dan ia difahami pengertiannya tanpa tashbih dan ta'til. Ini kerana Allah ternafi dengan makna zahir yang selayaknya untuk makhluk.







Wallahualam.

Dari nukilan asal: https://www.facebook.com/asianmanx/posts/10213928937728990

Ibarat salaf لا يفسرها Merujuk Kepada لا يكيفها

Ramai mengatakan "mafhum" ibarat salaf (لا يفسرها) atau seumpamanya pada riwayat ayat sifat adalah indikasi mereka tidak menafsir...