Showing posts with label Fitan. Show all posts
Showing posts with label Fitan. Show all posts

Tuesday, 11 June 2019

Pertelingkahan Para Sahabat: Diam Sekalipun Hendak Menyebut Perkara Kebaikan

Membicarakan isu pertikaian antara sahabat, sekalipun menyebut perkara baik juga dikhuatiri boleh menyebabkan hasutan, pergolakan dan tidak puas hati.

Kerana itulah para salaf al-salih mengunci mulut mereka jika ditanya mengenai hal ini. Kata Sheikh Ziyab S'ad al-Ghamidi:

أن هذا القول خلاف الأصل المقرر عند عامة السلف والخلف، وهو السكوت عما شجر بين الصحابة رضي الله عنهم، سواء كان الحديث عنهم عن حسن ظنٍ أو سوء ظن لما في ذلك من درء للمفسدة الحاصلة وسدّ للذريعة المفضية للشبه والفتنة كما هو معلوم من الواقع بالضرورة

Maksudnya: "Bahawasanya ucapan ini (menyebut hal kebaikan para sahabat dalam isu fitan) asalnya khilaf sebagaimana ditetapkan disisi salaf dan khalaf, iaitu berdiam diri akan pertelingkahan yang berlaku dalam kalangan sahabat radhiyallahu'anhum, sama ada berbicara mengenai mereka secara husnu zan atau su'u zan, kerana (berdiam diri) itu menyingkirkan mafsadah yang terhasil dan (sebagai) sad li al-zari'ah untuk perkara syubhat dan fitnah, sebagaimana sedia maklum berlaku sekarang."

Rujuk: http://www.albainah.net/Index.aspx?function=Item&id=1699&lang=

Ada benar kata Sheikh Ziyab S'ad al-Ghamidi diatas. Menyebut perihal para sahabat dalam isu fitan secara husnu zan juga boleh mencetuskan provokasi, kerana apa yang kita sebut mungkin baik bagi kita tetapi tidak bagi sesetengah pihak.

Benarlah kata-kata al-'Awwam bin Hawsyab [wafat 148H]:

أدركت من صدر هذه الأمة بعضهم يقول لبعض: اذكروا محاسن أصحاب رسول الله -صلى الله عليه وسلم لتأتلف عليها القلوب، ولا تذكروا ما شجر بينهم فتحرّشوا الناس عليهم

Maksudnya: "Aku telah mengenali ulama terawal umat ini, mereka berkata antara satu sama lain: sebutkanlah kebaikan para sahabat Rasulullah s.a.w, moga-moga hati berasa harmoni. Janganlah kamu menyebut pertelingkahan diantara mereka (dikhuatiri) orang ramai mengobarkan hasutan sesama mereka ke atas para sahabat."



Wallahualam.

Sunday, 24 March 2019

Ijma': Wajib Menahan Diri Berbicara Isu Fitan

Ramai orang ingin membicarakan isu fitan antara 'Ali dan Mu'awiyah. Ijma' Ahli Sunnah Wal Jama'ah dalam hal ini adalah menahan diri dari menyebut peristiwa fitan tersebut, KECUALI pada hal kebaikan sahaja. Kata Abu Nu'aim al-Asbahani [wafat 430H] dalam kitabnya al-Imamah wa al-Rad 'Ala al-Rafidhah:

فالإمساك عن ذكر أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم وذكر زللهم ونشر محاسنهم ومناقبهم وصرف أمورهم إلى أجمل الوجوه، من أمارات المؤمنين المتبعين لهم بإحسان الذين مدحهم الله تعالى فقال: {والذين جاءوا من بعدهم يقولون ربنا اغفر لنا ولإخواننا} الآية مع ما أمر النبي صلى الله عليه وسلم بإكرام أصحابه وأوصى بحقهم وصيانتهم وإجلالهم

Maksudnya: "Menahan diri dari menyebut (kisah fitan) dan kesilapan para sahabat Rasulullah s.a.w, menyebarkan kebaikan serta manaqib mereka dan menjadikan urusan mereka sebaik-baik tujuan adalah antara perkara dituntut dari orang beriman yang mengikuti para sahabat dengan baik. Allah 'Azza wa Jal telah memuji mereka dengan berfirman:{orang-orang Islam yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: "wahai tuhan kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami}. - Ayat ini menunjukkan perintah Nabi s.a.w untuk memuliakan para sahabatnya dan berpesan akan kebenaran mereka serta melindungi dan menghormati mereka."


Beliau juga turut menambah selepas membahaskan hadith (إذا ذُكر أصحابي فأمسكوا):


لم يأمرهم بالإمساك عن ذكر محاسنهم وفضائلهم، إنما أمروا بالإمساك عن ذكر أفعالهم وما يفرط منهم في ثورة الغضب وعارض الموجدة

Maksudnya: "Rasulullah s.a.w tidak menyuruh mereka menahan diri dari menyebut kebaikan dan keutamaan para sahabat, akan tetapi mereka diperintahkan untuk menahan diri dari menyebut akan perbuatan sahabat dan apa jua perkara melampaui batas yang mencetuskan kemarahan dan keberangan."

Abu Nu'aim juga turut memberi amaran keras dengan berkata:


فمن سبهم وأبغضهم وحمل ما كان من تأويلهم وحروبهم على غير الجميل الحسن، فهو العادل عن أمر الله تعالى وتأديبه ووصيته فيهم، لا يبسط لسانه فيهم إلا من سوء طويته في النبي صلى الله عليه وسلم وصحابته والإسلام والمسلمين

Maksudnya: "Sesiapa yang mencela dan membenci para sahabat dan menjuruskan takwilan dan peperangan mereka pada sesuatu yang tidak elok maka beliau telah menyimpang dari perintah Allah Ta'ala serta didikan dan pesanan (Nabi s.a.w) mengenai para sahabat, tiada yang menyenangkan lisannya berbicara mengenai para sahabat (akan perkara tidak elok itu) kecuali dari niat hati yang jahat pada Nabi s.a.w, para sahabatnya, agama Islam dan kaum Muslimin."

Kitab Abu Nu'aim al-Asbahani
Memang sudah ada yang membicarakan siapakah yang betul dan salah dalam isu ini. Sheikh al-Muhaddith 'Abdullah bin 'Abd al-Rahman al-Sa'd ketika menjawab kenyataan puak ruwaibidhah iaitu Hassan Farhan al-Maliki berkata:

الكلام فيما شجر بين الصحابة إذا كان بعلم وإخلاص وتحر للحق فلا محظور فيه بل هو فرض كفاية إذا قام به بعض أهل العلم من أهل العدل والإنصاف سقط عن الباقين لكن لا يجوز لهم تركه

Maksudnya: "Kata Hassan Farhan al-Maliki: Berbicara mengenai isu pengtikaian antara sahabat jika dilakukan secara berilmiah, ikhlas serta penelitian untuk kebenaran maka tidaklah dilarang, bahkan ia fardhu kifayah jika dilakukan oleh sebahagian ahli ilmu yang adil dan jujur, (jika ini dilakukan) maka gugurlah kewajipan terhadap orang lain, akan tetapi mereka tidak boleh meninggalkannya." Rujuk: https://www.goodreads.com/review/show/2374310956

Maqalah Hassan Farhan al-Maliki yang disebarkan melalui internet yang turut disokong oleh golongan pencela sahabat Nabi s.a.w.

Komen Sheikh 'Abdullah bin 'Abd al-Rahman al-Sa'd mengenai kenyataan Hassan Farhan al-Maliki dalam Sal al-Sinan fi al-Za'b 'Ala Mu'awiyah bin Abi Sufyan:


وهو بهذا القول يخالف إجماع أهل السنة واتفاقهم على وجوب الإمساك عن الكلام فيما شجر بين الصحابة رضي الله عنهم
والآثار المروية فيما وقع بين الصحابة رضي الله عنهم تنقسم إلى ثلاثة أقسام :منها ما هو كذب .ومنها ما قد زيد فيه ونقص وغير من وجهته .والصحيح منها هم فيه معذورون أما مجتهدون مصيبون وإما مجتهدون مخطئون


Maksudnya: "Beliau (Hassan Farhan al-Maliki ) dengan kenyataan ini menyelisihi ijma' Ahli Sunnah Wa al-Jama'ah dan kesepakatan mereka (ulama) akan kewajiban menahan diri dari berbicara pertikaian antara sahabat radiyallahu'anhum, manakala athar yang diriwayatkan berlaku antara sahabat radiyallu'anhum terbahagi kepada tiga: (1) riwayat palsu, (2) riwayat tokok tambah yang tidak jelas. (3) Dan yang sahih para sahabat itu diampuni sama ada yang berijtihad itu betul atau salah."

Imam al-Zahabi juga turut memberi pesanan yang berguna:

كما تقرر الكف عن كثير مما شجر بينهم، وقتالهم رضي الله عنهم أجمعين وما زال يمر بنا ذلك في الدواوين والكتب والأجزاء، ولكن أكثر ذلك منقطع وضعيف وبعضه كذب فينبغي طيه وإخفاؤه بل إعدامه لتصفوا القلوب، وتتوفر على حب الصحابة والترضي عنهم، وكتمان ذلك متعين عن العامة وآحاد العلماء

Maksudnya: "Sebagaimana telah diputuskan menahan diri dari berbicara akan kebanyakan pertikaian antara sahabat. Peperangan/pembunuhan para sahabat radiyallahu'anhum ajmain senantiasa terlintas pada kita di dalam syair, kitab dan pelbagai bentuk lagi, akan tetapi kebanyakannya (riwayat) terputus, dhaif dan sebahagiannya palsu. Maka hendaklah menyembunyikannya bahkan melupuskannya supaya kamu membentuk hati, dan rasa cinta para sahabat itu melimpah sebagai tanda meredhai mereka, (namun) menyembunyikan hal tersebut tidak diikuti orang awam dan segelintir ulama."



Wallahualam









Ibarat salaf لا يفسرها Merujuk Kepada لا يكيفها

Ramai mengatakan "mafhum" ibarat salaf (لا يفسرها) atau seumpamanya pada riwayat ayat sifat adalah indikasi mereka tidak menafsir...