Membicarakan isu pertikaian antara sahabat, sekalipun menyebut perkara baik juga dikhuatiri boleh menyebabkan hasutan, pergolakan dan tidak puas hati.
Kerana itulah para salaf al-salih mengunci mulut mereka jika ditanya mengenai hal ini. Kata Sheikh Ziyab S'ad al-Ghamidi:
أن هذا القول خلاف الأصل المقرر عند عامة السلف والخلف، وهو السكوت عما شجر بين الصحابة رضي الله عنهم، سواء كان الحديث عنهم عن حسن ظنٍ أو سوء ظن لما في ذلك من درء للمفسدة الحاصلة وسدّ للذريعة المفضية للشبه والفتنة كما هو معلوم من الواقع بالضرورة
Maksudnya: "Bahawasanya ucapan ini (menyebut hal kebaikan para sahabat dalam isu fitan) asalnya khilaf sebagaimana ditetapkan disisi salaf dan khalaf, iaitu berdiam diri akan pertelingkahan yang berlaku dalam kalangan sahabat radhiyallahu'anhum, sama ada berbicara mengenai mereka secara husnu zan atau su'u zan, kerana (berdiam diri) itu menyingkirkan mafsadah yang terhasil dan (sebagai) sad li al-zari'ah untuk perkara syubhat dan fitnah, sebagaimana sedia maklum berlaku sekarang."
Rujuk: http://www.albainah.net/Index.aspx?function=Item&id=1699&lang=
Ada benar kata Sheikh Ziyab S'ad al-Ghamidi diatas. Menyebut perihal para sahabat dalam isu fitan secara husnu zan juga boleh mencetuskan provokasi, kerana apa yang kita sebut mungkin baik bagi kita tetapi tidak bagi sesetengah pihak.
Benarlah kata-kata al-'Awwam bin Hawsyab [wafat 148H]:
أدركت من صدر هذه الأمة بعضهم يقول لبعض: اذكروا محاسن أصحاب رسول الله -صلى الله عليه وسلم لتأتلف عليها القلوب، ولا تذكروا ما شجر بينهم فتحرّشوا الناس عليهم
Maksudnya: "Aku telah mengenali ulama terawal umat ini, mereka berkata antara satu sama lain: sebutkanlah kebaikan para sahabat Rasulullah s.a.w, moga-moga hati berasa harmoni. Janganlah kamu menyebut pertelingkahan diantara mereka (dikhuatiri) orang ramai mengobarkan hasutan sesama mereka ke atas para sahabat."
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment