Inilah aura yang ada pada Sheikh al-Syāfi’iyyah Abū Hamid al-Isfarāyīnī [wafat 406H] dan Sheikh al-Hanābilah Abū ‘Abd Allah bin Hāmid [wafat 403H] sehingga digeruni oleh tokoh hebat al-Asyā’irah. Antaranya al-Bāqilānīy [wafat 402H] menyorokkan dirinya dari al-Isfarāyīnī kerana takut terserempak dengannya:
إن إمام الشافعية أبا حامد الإسفراييني وشيخ الجنابلة أبا عبد الله بن حامد قاما على أبي بكر الباقلاني الأشعري، وأنكرا عليه ما كان ينشره من فكر الأشعري المخالف لمذهب أهل السنة. وكان الإسفراييني يُطارده في مجالسه العلمية، وشوارع بغداد، حتى أصبح يخرج إلى الحمام متنكرا خوفا من الإسفراييني، بسبب مذهبه في كلام الله تعالى
Maksudnya: “Bahawasanya Imam al-Syāfi’iyyah Abū Hāmid al-Isfarāyīnī dan Sheikh al-Hanābilah Abū ‘Abd Allah bin Hāmid menentang Abū Bakar al-Bāqilānī al-Ash’arī, dan mereka berdua menyanggah apa yang telah disebarkan dari pandangan al-Asyā’irah yang menyelisihi mazhab ahli sunnah. Al-Isfarāyīnī pernah memburu al-Bāqilānī di dalam majlis ilmunya dan juga jalan-jalan di Baghdad, sehingga pernah terjadi al-Bāqilānī keluar dari tandas dalam keadaan menyamar kerana takut terserempak dengan al-Isfarāyīnī disebabkan mazhabnya pada permasalahan Kalam Allah Ta’ala.” [1]
Kitab Dr. Khalid Kabir 'Allāl yang merujuk kitab Ibn Taimiyyah iaitu al-'Aqīdah al-Isfahāniyyah & Bayān Talbis al-Jahmiyyah |
Al-Zahabī [wafat 748H] turut menukilkan kalam al-Khatīb al-Baghdādī [wafat 493H] akan kehebatan al-Isfarāyīnī:
قال الخطيب: حدثونا عن أبي حامد، وكان ثقة، حضرت تدريسه في مسجد ابن المبارك، وسمعت من يذكر أنه كان يحضر درسه سبع مائة فقيه، وكان الناس يقولون: لو رآه الشافعي، لفرح به
Maksudnya: “Kata al-Khatīb: mereka telah menceritakan kami mengenai Abū Hāmid (al-Isfarāyīnī). Beliau seorang yang tsiqah. Aku pernah menghadiri majlis pelajarannya di Masjid Ibn al-Mubārak, dan aku telah mendengar seseorang menyebut bahawasanya majlis pelajarannya dihadiri 700 orang faqih, dan orang ramai berkata: kalaulah Imam al-Syāfi'i melihatnya sudah tentu beliau berbangga.” [2]
Antara pesanan al-Isfarāyīnī mengenai perdebatan ilmu Kalam Allah ini sebagaimana diceritakan oleh Abū Hayyān al-Tauhīdī [wafat 414H] dalam risalahnya:
سمعت الشيخ أبا حامد يقول لطاهر العباداني: لا تعلق كثيرا مما تسمع منا في مجالس الجدل، فإن الكلام يجري فيها على ختل الخصم ومغالطته ودفعه ومغالبته، فلسنا نتكلم لوجه الله خالصا، ولو أردنا، لكان خطونا إلى الصمت أسرع من تطاولنا في الكلام، وإن كنا في كثير من هذا نبوء بغضب الله، فإنا نطمع في سعة رحمة الله
Maksudnya: “Aku telah mendengar Sheikh Abū Hāmid (al-Isfarāyīnī) berkata pada Tāhir al-‘Abbādānī: janganlah kamu mengulas (menulis) terlalu banyak akan apa yang kamu dengar dari kami di dalam majlis perdebatan, kerana sesungguhnya perdebatan mengundang permusuhan, falasi, hasutan dan pergaduhan. Kita berdebat bukan semata-mata kerana Allah secara mutlak, sekalipun kita menginginkannya sudah tentu kita terdiam lebih cepat berbanding lamanya ketika kita berdebat. Sekiranya kita banyak berdebat ini menganjur kemurkaan Allah (ketahuilah sebenarnya) kita mendambakan keluasan rahmat Allah.” [3]
Walau bagaimanapun, ucapan al-Isfarāyīnī dari Abū Hayyān ini tidak boleh dipegang sebagaimana kata al-Zahabī di dalam Siyar al-'Alām al-Nubalā'
|
Rujukan
[1] Dr. Khālid Kabir ‘Allāl, al-Azmah al-‘Aqīdah Baina al-Asyā’irah wa Ahl al-Hadīth, Universiti Algeria, Cetakan Pertama 2005 Dār al-Imām Mālik, ms. 12.
[2] Al-Zahabī, Siyar al-'Alām al-Nubalā', Muassasah al-Risālah, Cetakan tahun 1985, Juz. 17, ms. 195.
[3] Muhammad al-Khudharī Bak, Tārīkh al-Tashr'ī al-Islāmī, Dār al-Kutub al-'Ilmiyyah, Cetakan tahun 2018, ms. 230.
No comments:
Post a Comment