Hal ini pernah berlaku pada ulama terdahulu iaitu al-Faqih al-Usuliy al-Saif al-Āmidī yang wafat pada tahun 631 hijrah. Beliau merupakan ulama usul yang terkenal bermazhab Hanbali dan kemudian bermazhab Syafi'i. Beliau telah ditohmah kerana TIDAK SOLAT! Ia dinaqalkan oleh al-Zahabi di dalam Siyar 'Alām al-Nubalā':
Maksudnya: "Al-Qadhi Taqiy al-Din Sulaiman bin Hamzah pernah menceritakan dari gurunya Ibn Abi 'Umar bahawa beliau pernah berkata: kami selalu berulang-alik berjumpa al-Saif, kami berasa sangsi adakah dia solat atau tidak? Ketika dia tidur, kami menandakan dakwat pada kakinya dan kesan dakwat itu kekal selama dua hari di kakinya. Maka kami tahulah bahawa dia tidak berwudhu (tidak solat), kami memohon keselamatan dalam agama kepada Allah"
Kisah di atas turut disahihkan oleh al-Zahabi di dalam Mizan al-Iktidal (366/22) dan Tarikh al-Islam (76/46) bersandarkan kata-kata al-Qadhi Taqiy al-Din Sulaiman bin Hamzah, iaitu guru al-Zahabi sendiri.
|
Mizan al-Iktidal (366/22) |
|
Tarikh al-Islam (76/46) |
Namun, adakah benar al-Saif al-Āmidī tidak solat? Jawapannya TIDAK BENAR! Sheikh 'Abd Razaq 'Afifi ketika mentahqiqkan kitab al-Ihkam fi Usul al-Ahkam karya al-Saif al-Āmidī telah menyanggah dakwaan al-Zahabi pada muqaddimah kitab dengan berkata:
|
Al-Ihkam fi Usul al-Ahkam karya al-Saif al-Āmidī
Maksudnya: "Dakwat itu boleh jadi kekal berhari-hari pada anggota badan walaupun wudhu dan basuhan telah dibuat berkali-kali, lebih-lebih lagi (pada keadaan) menggosok anggota badan itu tidak wajib menurut pandangan seseorang ketika bersuci, bahkan memadai dengan mengalirkan air pada basuhan dan wudhunya."
Berdasarkan teks diatas, Sheikh 'Abd Razaq 'Afifi mengatakan dakwat akan kekal sekalipun banyak wudhu atau basuhan dibuat. Apatah lagi dalam situasi seseorang yang berpendapat tidak wajib membasuh & menggosok anggota wudhu itu, maka sudah tentu dakwat itu mengambil masa lama untuk hilang.
Namun, adakah benar al-Saif al-Āmidī berpegang dengan pendapat wudhu di bahagian kaki hanya wajib di sapu (المسح) dan tidak wajib dibasuh (الغسل)? Jawapannya BENAR! Ini dapat dilihat di dalam kitab beliau, al-Ihkam fi Usul al-Ahkam (58/3):
Maksudnya: "Dan sejauh-jauh takwilan yang mereka perkatakan mengenai kewajiban membasuh kedua belah kaki ketika berwudhu pada firman Allah Taala: {وامسحوا برءوسكم وأرجلكم إلى الكعبين} yang membawa maksud "membasuh" adalah terlalu jauh tersasar. Kenapa meninggalkan amalan dituntut Allah yang secara jelas ada hubungan bersamaan antara kepala dan kaki pada sapuan tanpa darurat?"
Sekalipun pandangan al-Saif al-Āmidī mengenai sapuan air dikaki ketika berwudhu adalah marjuh dan menyelishi pandangan ijmak ulama, namun pembelaan inilah diperlukan bagi menjawab tohmahan beliau telah meninggalkan solat. Mana mungkin dakwat itu akan hilang dengan cepat kalau beliau berpegang dengan pandangan ini?
Wallahu'alam
|
No comments:
Post a Comment