وكان على حرسه رجل من الموالي يقال له المختار وقيل مالك، ويكنى أبا المخارق مولى لحمير وكان معاوية أول من اتخذ الحرس، وعلى حجابته سعد مولاه وعلى الشرطة قيس بن حمزة، ثم زميل بن عمرو العذري، ثم الضحاك بن قيس الفهري، وكان صاحب أمره سرجون بن منصور الرومي
Maksudnya: "Mu'āwiyah adalah orang pertama yang mengambil pengawal menjaganya dari pengikut setianya yang digelar al-Mukhtār atau Mālik, digelar juga sebagai Abu al-Mukhāriq mawla Himyar dan Mu'āwiyah juga orang pertama yang menjadikan mereka sebagai pengawal peribadi, yang melindunginya bernama S'ad manakala Qais bin Hamzah, Zumail bin 'Amru al-'Uzrī, al-Dhahhāk bin Qais al-Fihrī sebagai polis, manakala penasihatnya Sarjūn bin Mansūr al-Rumī."
Khilafah Umawiyyah amat menitik berat jawatan polis dan pengawal bagi kerajaannya sehingga mereka menilai peribadi yang akan menjadi polis itu. Kata Ziyād bin Abīh [wafat 53H]:
ينبغي أن يكون صاحب الشرطة شديد الصولة، قليل الغفلة، وينبغي أن يكون صاحب الحرس مسنًا، عفيفًا، مأمونًا لا يُطعن عليه
Maksudnya: "Hendaklah pegawai polis itu seorang yang mempunya kekuatan yang hebat dan tidak lalai. Manakala seorang ketua pengawal hendaklah yang berusia, luhur budinya, dipercayai dan tiada kecelaan ke atasnya."
Sehingga al-Hajjāj bin Yūsuf al-Saqafī [wafat 95H], seorang gabenor yang bengis, tidak berhati perut, zalim, tidak adil juga mahukan pengawal atau polis yang berkredibiliti. Kata Ibn Qutaibah [wafat 276H]:
بحث الحجاج بن يوسف الثقفي والي العراق والحجاز في عهد عبد الملك بن مروان عن رجل قادر على تولِّي قيادة الشرطة في الكوفة، فاستشار أهل الرأي والمكانة، فسألوه: أيَّ الرجال تريد؟ فقال: أريده طويل الجلوس، سمين الأمانة، أعجف الخيانة، لا يخفق في الحق على جرَّةٍ، يهون عليه سبال الأشراف في الشفاعة. فقيل له: عليك بعبد الرحمن بن عبيد التميمي. فأرسل إليه يستعمله، فقال له: لستُ أقبلها إلا أن تكفيني عيالك وولدك وحاشيتك. قال: يا غلام، نادِ في الناس: مَنْ طلب إليه منهم حاجة فقد برئت منه الذمة. ولكفاءته، وقدرته على استتباب الأمن قال الشعبي: فكان ربما أقام أربعين ليلة لا يؤتى بأحد، فضمَّ إليه الحجاج شرطة البصرة مع شرطة الكوفة
Maksudnya: "Penguasa Iraq dan Hijaz iaitu al-Hajjāj bin Yūsuf al-Saqafī pada zaman 'Abd al-Malik bin Marwān [wafat 86H] telah mencari calon yang berkeupayaan untuk dilantik menjadi pemimpin pasukan polis di Kufah, maka beliau mandapatkan nasihat daripada pakar yang hebat. Mereka bertanya: lelaki macam mana yang kau mahu? Al-Hajjāj menjawab: aku mahu lelaki penyabar dan cekap, mampu menggalas amanah, mampu menggalas tugas dan tanggungjawab, tidak memandang remeh kebenaran walau sekecil apapun, dan tidak menerima orang tengah atau campur tangan dari pemimpin yang berpengaruh. Kemudian mereka menjawab: kamu ambillah 'Abd al-Rahmān bin 'Ubaid al-Tamīmī. Lalu 'Abd al-Rahmān bin 'Ubaid al-Tamīmī dibawa kepada al-Hajjāj. Maka berkata 'Ubaid kepada al-Hajjāj: aku tidak menerima jawatan ini kecuali kamu memeliharaku dari keluargamu, anak-anakmu, dan pengiringmu. Al-Hajjāj terus menjawab: wahai pemuda, serulah pada orang ramai: sesiapa meminta hajat/hasrat kepadanya (al-Hajjāj) dari kalangan mereka, maka telah terbebas tanggungan darinya. Kerana kemampuan dan keupayaannya menjaga keamanan, kata al-Sya'bī: boleh jadi dia bertugas selama 40 malam dan tiada satupun datang mengadu kepadanya. Melihat kemampuan beliau, al-Hajjāj menggabungkan wilayah polis Basrah dan Kufah dalam wilayah kekuasaan beliau."
No comments:
Post a Comment