Showing posts with label Al-Asma wa al-Sifat. Show all posts
Showing posts with label Al-Asma wa al-Sifat. Show all posts

Monday, 27 April 2020

Ayat Sifat Adalah Ayat Muhkamat

Ibn Rajab al-Hanbali di dalam Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari menukilkan satu riwayat sahih dari Musannaf Abd al-Razzaq di mana Ibn 'Abbas mengecam orang yang tidak boleh menerima hadith ayat sifat neraka tidak penuh selagi mana Allah tidak meletakkan kakiNya:

وقد صح عن ابن عباس أنه أنكر على من أستنكر شيئاً من هذه النصوص، وزعم أن الله منزه عما تدل عليه: فروى عبد الرزاق في ((كتابه)) عن معمر، عن ابن طاوس، عن أبيه، قال: سمعت رجلاً يحدث ابن عباس بحديث أبي هريرة: ((تحاجت الجنة والنار)) ، وفيه: ((فلا تمتلي حتى يضع رجله)) -أو قال: ((قدمه - فيها)) . قال: فقام رجل فانتفض، فقال ابن عباس: ما فرق هؤلاء، يجدون رقة عند محكمة، ويهلكون عند متشابهه. وخَّرجه إسحاق بن راهويه في ((مسنده)) عن عبد الرزاق. ولو كان لذلك عنده تأويل لذكره للناس ولم يسعه كتمانه


"Telah sahih dari Ibn 'Abbas bahawasanya beliau mengecam ke atas sesiapa yang mengingkari sesuatu dari nas-nas (ayat sifat) ini dengan dakwaan Allah Ta'ala tersisih jauh dari apa yang ditetapkan ke atasNya."

"Diriwayatkan dari Abd al-Razzaq dalam kitabnya dari Ma'mar, dari Ibn Towus, dari ayahnya berkata: Aku mendengar seorang lelaki berbicara dengan Ibn Abbas mengenai hadith Abu Hurairah: (syurga dan neraka saling berbantah) - antara halnya - (neraka tidak akan penuh sehingga Allah meletakkan kakiNya).

"Lalu lelaki itu berdiri dan menggigil (seolah mengingkari maknanya). Berkata Ibn 'Abbas: Apa yang membuatkan mereka takut? Mereka terbuka menerima ayat muḥkam dan binasa pada ayat mutasyabih."

"(Kata Ibn Rajab): Ishaq bin Rahawaih meriwayatkan hadith ini di dalam musnadnya dari Abd al-Razzaq. Kalaulah disisinya (Ibn 'Abbas) mempunyai takwilan sudah tentu beliau menyebutkannya kepada orang ramai dan beliau tidak mampu menyembunyikannya."




Dapat difahami bahawa:

  1. Ibn Abbas mengecam orang yang menghadiri majlisnya dari kalangan awam saat mereka berasa takut mendengar hadith sifat Allah dan gementar seakan mengingkarinya.
  2. Mereka tidak meraih keimanan yang wajib mengenai apa yang sahih dari Nabi s.a.w dan apa yang mereka telah ketahui maknanya dari al-Quran, sedangkan makna itu benar tanpa ada keraguan di dalamnya bagi seorang mukmin.
  3. Sebagian mereka mentafsirkan al-Quran dengan makna lain yang tidak dikehendaki Allah sehingga mereka binasa disebabkannya.


Ibn 'Uthaimin di dalam Majmu' Fatawa beliau menukilkan 3 wajah riwayat mengenai cara bacaan dan maksud (ما فرق) pada hadith di atas. (Rujuk kitab di bawah)



Dapat disimpulkan bahawa memang jelas ayat sifat adalah ayat muhkamat, bukan mutasyabihat.

Wallahualam

Saturday, 21 March 2020

Al-Sya'rawi: Istawa, Jalasa, Wajh, & Yad Adalah Sifat Yang Ada Pada Manusia & Allah, Namun Ia Tidak Sama Bagi Allah

Memang banyak ungkapan sifat yang disifatkan Allah pada diriNya diguna pakai juga pada manusia seperti wujud, hayyun, ghaniy, wajh dll. Namun hakikatnya ia tidak sama. Lihat huraian al-Sya'rawi di dalam tafsirnya:

إن صفات الله لا يوجد مثلها في البشر. فليس وجود الإِنسان كوجود الله، وليس غنى الإِنسان كغنى الله، وكذلك لن يكون أبداً كلامك ككلام الله، لأن كل شيء يخص الله إنما نأخذه في إطار {لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ} . وقد بين الحق سبحانه وتعالى أن كلامه لموسى تميز لموسى، ولذلك يقول الحق: {إِنِّي اصطفيتك عَلَى الناس بِرِسَالاَتِي وَبِكَلاَمِي [الأعراف:144] ويجب أن نأخذ كل وصف يوجد في البشر، ويوجد مثله في وصف الله مثل استوى، وجلس ووجه، ويد نأخذ كل ذلك في إطار {لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ}
.

"Sesungguhnya sifat-sifat Allah tidak terdapat sepertinya pada manusia. Kewujudan manusia tidak seperti kewujudan Allah. Kekayaan manusia tidak seperti kekayaan Allah. Begitu juga bicaramu tidak akan sama seperti bicara Allah, kerana sesungguhnya setiap yang dikhususkan Allah [hendaklah diletakkan] pada konteks ayat {لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ}"

"Dan Allah Subhanahu wa Ta'ala telah menerangkan bahawa bicaraNya terhadap Nabi Musa itu berbeza dan khusus untuk Nabi Musa, kerana itu Allah berfirman: Sesungguhnya Aku memilihmu dari manusia lain untuk membawa risalahKu dan untuk berbicara langsung denganKu."

"Dan wajib untuk kita jadikan setiap penyifatan pada manusia, yang terdapat juga pada penyifatan Allah seperti istawa [istiwa], jalasa [duduk], wajh [wajah], dan yad [tangan] hendaklah kita letakkan setiapnya pada konteks ayat {لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ}."


Wednesday, 3 July 2019

Mengithbat Telinga & Mata Pada Allah Bukan Bermaksud Allah Mempunyai Anggota Badan

Antara kesalahan fatal pemahaman golongan anak muda yang baru berjinak di dalam isu al-Asma' wa al-Sifat adalah terlalu mudah menuduh seseorang itu mujassimah, apabila dia mengithbat sifat Allah mempunyai telinga dan mata.

Jom kita lihat apa huraian al-Imam al-Khattabi al-Busti [wafat 388H] dalam kitabnya Ma'alim al-Sunan Syarh Sunan Abi Daud mengenai hadith riwayat Abu Daud, di mana Nabi s.a.w mengisyaratkan jarinya pada telingan dan mata ketika membaca ayat {سميعا بصيرا}:

وضعه اصبعه على أذنه وعينه عند قراءته سميعاً بصيراً، معناه اثبات صفة السمع والبصر لله سبحانه لا إثبات الأذن والعين لأنهما جارحتان والله سبحانه موصوف بصفاته منفي عنه ما لا يليق به من صفات الآدميين ونعوتهم ليس بذي جوارح ولا بذي أجزاء وأبعاض ليس كمثله شيء وهو السميع البصير

Maksudnya: "Nabi s.a.w meletakkan jari pada telinga dan matanya ketika membaca ayat {سميعا بصيرا}, maknanya ialah Baginda mengithbat sifat mendengar dan melihat kepada Allah subhanahu Ta'ala, bukan mengithbatkan telinga dan mata kerana kedua-duanya itu adalah anggota badan, dan Allah subhanahu Ta'ala menyifatkan dengan sifat-sifatNya yang ternafi sifat-sifat yang tidak layak baginya daripada sifat-sifat manusia dan karakteristik mereka. Allah tiada anggota badan, tiada juga sendi-sendi dan bahagian, tiada sesuatupun yang serupa seperti Allah dan Allah maha mendengar lagi maha melihat."

Namun, terdapat ihtimal kenapa al-Khattabi menafikan ithbat 'ain (mata) Allah. Sheikh al-Hasan 'Abd al-Rahman al-'Alawi di dalam kitab al-Imam al-Khattabi wa Manhajuh fi al-'Aqidah ada menyebut:
  1. Beliau menafikan ithbat mata kepada Allah 'Azza wa Jalla kerana ia adalah anggota badan sebagaimana golongan musyabbih mengithbatkannya. Pandangan beliau ini juga adalah benar, dan boleh jadi juga bukan ini beliau kehendaki dan maksudkannya. Kerana sesungguhnya ithbat mata kepada Allah Subhanahu Ta'ala dinyatakan sangat banyak di dalam nas-nas.
  2. Beliau menafikan ithbat mata kepada Allah Jalla wa 'Ala, dan beliau menyifatkan Allah sedemikian (tanpa ithbat). Ini menyelisihi secara total nas-nas syarak yang menunjukkan penetapan sifat ini, mengambil kira iktiqad beliau pada Ahlussunnah wa al-Jama'ah yang mana keseluruhannya mengithbatkan sifat Allah yang selayaknya dengan kesempurnaan dan kebesaran Allah Ta'ala. 

KESIMPULAN
  • Dapat difahami disini bahawa al-Khattabi tidak mengithbatkan mata kepada Allah kerana ia adalah anggota badan, kerana khuatir ia sama seperti apa golongan musyabbih nyatakan. Namun, boleh jadi juga beliau tidak memaksudkan demikian kerana terdapat nas yang cukup banyak mengithbatkan mata kepada Allah, lebih-lebih lagi iktiqad beliau pada Ahlussunnah wa al-Jama'ah yang mana keseluruhannya mengithbatkan sifat Allah yang selayaknya dengan kesempurnaan dan kebesaran Allah Ta'ala. 
  • Sebagai contoh, al-Tabari di dalam tafsirnya mengithbatkan mata kepada Allah pada ayat (بأعيننا) dengan menafsirkan sebagai بعين الله ووحيه كما يأمرك yang bermaksud "Dengan Mata Allah dan wahyuNya sebagaimana Allah memerintahkan kamu." 
  • Bahkan, mengithbat sifat Allah itu tidak menjadi tashbih, sebagaimana kata Abu al-Qasim al-Asfahani [535H] disini


Wallahualam.

Saturday, 29 June 2019

Imam al-Baghawi & Akidahnya Pada al-Asma wa al-Sifat


  • Siapakah al-Baghawi?
Beliau adalah Abu Muhammad al-Husain bin Mas'ud bin Muhammad atau lebih dikenali sebagai al-Farra' al-Baghawi, dan beliau adalah Imam di dalam tafsir dan juga hadith. Beliau wafat pada 516 hijrah.

  • Akidah Imam al-Baghawi Pada al-Asma' wa al-Sifat
Imam al-Baghawi berakidah salaf pada bab al-Asma' wa al-Sifat. Beliau mengithbat sebagaimana Allah mengithbat diriNya di dalam al-Quran. Di dalam kitab Syarh al-Sunnah, terdapat mukaddimah yang bermanfaat di mana beliau telah menerangkan akidah salaf dalam bab al-Asma' wa al-Sifat. Kata al-Baghawi:

والإصبع المذكورة في الحديث صفة من صفات الله عز وجل، وكذلك كل ما جاء به الكتاب أو السنة من هذا القبيل في صفات الله سبحانه وتعالى، كالنفس، والوجه والعين، واليد، والرجل، والإتيان، والمجيء، والنزول إلى السماء الدنيا، والاستواء على العرش، والضحك، والفرح

Maksudnya: "Al-Isba' (jari) yang disebut di dalam hadith adalah salah satu sifat Allah 'azza wa jalla, begitu juga setiap apa yang terdapat pada al-Quran atau al-Sunnah (hadith) melalui perihal ini pada sifat-sifat Allah Ta'ala seperti al-nafs (diri/jiwa), al-wajh (wajah), al-'ain (mata), al-yad (tangan), al-rijl (kaki), al-ityan (datang), al-maji'u (datang), al-nuzul (turun), al-istiwa (istiwa), al-dhahak (ketawa) dan al-farh (gembira)."



Antara ungkapan beliau yang menyimpulkan akidahnya pada akidah salaf:

فهذه ونظائرها صفات لله عز وجل، ورد بها السمع، يجب الإيمان بها، وإمرارها على ظاهرها معرضا فيها عن التأويل، مجتنبا عن التشبيه، معتقدا أن الباري سبحانه وتعالى لا يشبه شيء من صفاته صفات الخلق، كما لا تشبه ذاته ذوات الخلق، قال الله سبحانه وتعالى: {ليس كمثله شيء وهو السميع البصير} [الشورى:11 ]

Maksudnya: Maka inilah padanan sifat-sifat Allah 'azza wa jalla. Apabila disebut al-sam'u (mendengar), maka wajib untuk beriman dengannya, dan membiarkan pada zahirnya tanpa tafsiran yang menjurus kepada takwil, menjauhi dari tashbih, mempercayai bahawa al-Bari (Allah) Subhanahu wa Ta'ala tidak menyerupai sesuatupun sifat-sifatNya pada sifat-sifat makhlukNya. Allah Ta'ala berfirman: {Tiada sesuatupun yang Menyerupai Allah dan Allah Maha Mendengar dan Maha Melihat} [al-Syura:11].

Katanya lagi:

وعلى هذا مضى سلف الأمة وعلماء السنة، تلقوها جميعا بالإيمان والقبول، وتجنبوا فيها عن التمثيل والتأويل، ووكلوا العلم فيها إلى الله عز وجل، كما أخبر الله سبحانه وتعالى عن الراسخين في العلم، فقال عز وجل: {والراسخون في العلم يقولون آمنا به كل من عند ربنا} [آل عمران: 7]. قال سفيان بن عيينة: كل ما وصف الله تعالى به نفسه في كتابه، فتفسيره قراءته، والسكوت عليه، ليس لأحد أن يفسره إلا الله عز وجل ورسله

Maksudnya: "Dan inilah pandangan Salaf al-Ummah dan juga Ulama al-Sunnah, mereka menerima dengan keimanan secara keseluruhannya. Mereka menjauhi sifat-sifat Allah dari tamsil dan takwil dan menyerahkan pengetahuan kepada Allah 'azza wa jalla, sebagaimana Allah Subhanahu wa Ta'ala memberitahu mengenai al-Rasikhin fi al-'Ilm (orang yang kukuh lagi mantap dalam penguasaan ilmu) dengan berfirman: {Dan orang yang kukuh lagi mantap dalam penguasaan ilmu berkata: Kami beriman denganNya, semuanya itu datang dari sisi Tuhan kami} [Ali Imran: 7]. Kata Sufyan bin 'Uyainah [wafat 198H]: Setiap apa yang disifatkan oleh Allah Ta'ala dengan diriNya sendiri pada KitabNya, tafsirannya adalah bacaannya, dan diam ke atas (tafsiran sebenar tersebut). Tiada seorangpun yang layak menafsirkannya kecuali Allah 'azza wa jalla."


Ithbat Sifat & Zat Allah Tidak Bermaksud Tashbih

Ramai orang yang baru berjinak dengan al-Asma' wa al-Sifat keliru apabila mengithbat sifat Allah, mereka mengatakan perbuatan itu adalah tashbih sifat Allah kepada makhluknya. Adakah ia benar?

Cuba lihat ucapan Imam al-Qawwam al-Sunnah Abu al-Qasim al-Asfahani [wafat 535H]. Beliau sendiri mengatakan ithbat itu tidak menjadikan tashbih:

قال أهل السنة: نصف الله بما وصف به نفسه، ونؤمن بذلك إذ كان طريق الشرع الاتباع لا الابتداع، مع تحقيقنا أن صفاته لا يشبهها صفات، وذاته لا يشبهها ذات، وقد نفى الله تعالى عن نفسه التشبيه بقوله: {ليس كمثله شيء}. فمن شبه الله بخلقه فقد كفر، وأثبت لنفسه صفات فقال {وهو السميع البصير}. وليس في إثبات الصفات ما يفضي إلى التشبيه، كما أنه ليس في إثبات الذات ما يفضي إلى التشبيه، وفي قوله: {ليس كمثله شيء} دليل على أنه ليس كذاته ذات، ولا كصفاته صفات


Maksudnya: "Kata Ahlussunnah: Kami menyifatkan dengan apa yang Allah sifatkan dirinya, dan kami beriman dengan perkara itu kerana sesunguhnya jalan syarak adalah ittiba' (mengikut) bukan ibtida' (mengada-adakan), dengan kami menyakini bahawa sifat-sifatNya itu tidak menyerupai sifat-sifat (makhluk), dan zat-zatNya itu tidak menyerupai zat-zat (makhluk). Allah Ta'ala telah menafikan dirinya sendiri dari tashbih melalui firmanNya: {ليس كمثله شيء}. Barang siapa yang menyerupakan Allah dengan ciptaanNya maka dia telah kafir. Allah telah mengithbatkan dirinya sendiri dengan sifat-sifatNya dengan berfirman: {وهو السميع البصير}. Dan bukanlah mengithbatkan sifat-sifat Allah itu menjadi tashbih, sebagaimana juga bukanlah mengithbatkan zat-zat Allah itu menjadi tashbih. Pada firman Allah {ليس كمثله شيء} adalah dalil bahawa zat-zat Allah itu tidak sama seperti zat-zat makhlukNya, tidak juga sifat-sifatNya sama seperti sifat-sifat makhlukNya."

Al-Hujjah fi Bayan al-Mahajjah wa-Sharh `Aqidah Ahl al-Sunnah wa-al-Jama`ah


Kesimpulan:
  • Mengithbat sifat Allah sebagaimana Allah sifatkan diriNya tidak bermaksud tashbih kerana Allah telah menafikan diriNya sama seperti makhluk melalui ayat {ليس كمثله شيء}.
  • Jika ia adalah tashbih, sudah tentu para ulama salaf seperti Abu al-Qasim al-Asfahani tidak berkata sedemikian. 

Ibarat salaf لا يفسرها Merujuk Kepada لا يكيفها

Ramai mengatakan "mafhum" ibarat salaf (لا يفسرها) atau seumpamanya pada riwayat ayat sifat adalah indikasi mereka tidak menafsir...