Showing posts with label Syiah. Show all posts
Showing posts with label Syiah. Show all posts

Thursday, 5 September 2019

'Atiyyah Saqr: Hadith Perempuan, Anjing Hitam & Keldai Melintas Membatalkan Solat Bukan Untuk Menghina Wanita

Penulis Pro-Syiah ini mengatakan hadith jika perempuan, anjing & keldai melintas di hadapan orang yang solat maka batal solat tersebut - adalah fitnah terhadap golongan wanita, seolah menyamakan wanita seperti binatang.

Adakah benar solat terbatal? Terdapat khilaf ulama di dalam isu ini. Namun pandangan majoriti ulama mengatakan ia tidak batal. Kata Imam al-Nawawi:

وقال مالك وأبو حنيفة والشافعي رضي الله عنهم وجمهور العلماء من السلف والخلف: لا تبطل الصلاة بمرور شيء من هؤلاء ولا من غيرهم، وتأول هؤلاء هذا الحديث على أن المراد بالقطع نقص الصلاة، لشغل القلب بهذه الأشياء، وليس المراد إبطالها

Maksudnya: "Kata Malik, Abu Hanifah, al-Syafi'i radiyallahu'anhum & jumhur ulama salaf & khalaf: tidak batal solat apabila sesuatu melintasi dari semua perkara (yang disebutkan) & tidak juga perkara (selain yang disebutkan itu). Ulama mentakwil hadith ini bahawa (القطع) bermaksud tidak sempurna solat itu disebabkan perasaan sibuk memikirkan perkara (yang disebutkan), & ia bukan bermaksud batal solat itu."

Ulama al-Azhar iaitu Sheikh 'Atiyyah Saqr rahimahullah turut memberikan pandangan:

وأرى أن الحديث الخاص بهذه الثلاثة لا يقصد منه إبطال الصلاة، بل قد يكون المقصود إبطال الخشوع فيها أو نقصه، لما يحدث للمصلى من خوف من هذين الحيوانين واشتهاء للمرأة. وفيه حث على اتخاذ السترة حتى لا تسمح بمرور هذه الأشياء أمامه

Maksudnya: "Aku berpendapat bahawa hadith khusus mengenai 3 perkara ini (perempuan, anjing & keldai yang melintas) tidak bermaksud batal solat itu. Sebetulnya ia bermaksud tiada kekhusyukan atau tidak sempurna solatnya, kerana perkara itu mengganggu orang yang solat disebabkan khuatir akan 2 haiwan ini dan juga fantasi terhadap wanita. Kerana itu digalakkan meletak sutrah (penghalang) agar tidak membenarkan perkara ini melintas dihadapannya"

Sheikh juga turut menyimpulkan:

ولفت نظرى ما ذكره ابن قدامة أن عائشة قالت معترضة على هذا الحكم: عدلتمونا بالكلاب والحمر، مع أن الرسول كان يصلى وهى معترضة أمامه. وأقول : ليست تسوية فى ألتحقير أبدا، فالفرق كبير، ولكن الموضوع أساسه الاحتياط لعدم الانشغال فى الصلاة رَهَبًا بمثل الكلب الأسود والحمار، ورَغَبًا بمثل المرأة ، وأثرها فى الانشغال لا ينكر، ومقام الرسول يأبى الانشغال بمثل ذلك ، فما كان يبالى كما تذكر الروايات ولكن غيره يتأثر فى أغلب الأحوال على الوجه المذكور

Maksudnya: "Telahku simpulkan pandanganku apa yang disebutkan oleh Ibn Qudamah bahawa 'Aishah berkata beliau tercengang akan hukum ini: kamu menyamakan kami dengan anjing dan keldai, sedangkan Rasulullah pernah solat dan 'Aishah berada di hadapannya. Aku ('Atiyyah Saqr) mengatakan: penyamaan ini sama sekali bukan bertujuan untuk menghina, kerana perbezaannya cukup besar. Akan tetapi asas penyamaan ini adalah agar berhati-hati tanpa sibuk memikirkan dalam solat kerisauan seperti anjing hitam dan keldai serta fikiran berkeinginan pada perempuan. Kesan pada kesibukan memikirkan semua ini tidak dinafikan dan kedudukan Rasulullah tertolak dari menyibukkan diri dengan hal seperti ini, dan Rasulullah langsung tidak berminat memikirkan sebagaimana disebutkan di dalam riwayat, akan tetapi selain Baginda s.a.w ada yang terkesan dalam kebanyakan keadaan sebagaimana yang telah disebutkan."

Mawsu'ah Ahsan al-Kalam fi al-Fatawa wa al-Ahkam karya Sheikh 'Atiyyah Saqr


Saturday, 29 June 2019

Syiah Menurut Pandangan Dar al-Ifta' al-Misriyyah






Pandangan Dar al-Ifta' al-Misriyyah mengenai golongan Syiah Imamiyyah. Mereka telah menyimpulkan kedudukan Syiah sebagaimana berikut:

أن الشيعة الإمامية إخواننا في الدين وهم من جملة المسلمين أهل القبلة، ولكن لا يصح ولا يجوز أن ينسبوا إلى أهل السنة والجماعة، بل هم من طوائف الضلال والابتداع، ولكن مع ذلك فإننا نقول: إن تعميم الأحكام على جميع الشيعة دون تفرقة أو تمييز بينهم بحسب درجتهم في التشيع، ودون تفريق بين علمائهم وعوامهم، ليس من العدل والإنصاف والعلم في شيء

"Bahawasanya Syiah Imamiyyah adalah saudara kita di dalam agama Islam dan mereka dari kalangan orang Islam. Akan tetapi tidak sahih atau tidak boleh untuk menisbahkan mereka kepada Ahlussunnah wa al-Jama'ah, bahkan (lebih tepat) mereka adalah dari puak-puak yang sesat dan menyeleweng. Akan tetapi, bagaimanapun kami katakan: menghukum golongan Syiah secara pukal tanpa membezakan diantara mereka dari sudut darjat mereka pada tasyayyu', tanpa membezakan diantara ulama dan orang biasa dalam kalangan mereka bukanlah suatu keadilan, kesaksamaan dan pengetahuan pada sesuatu."

Huraian panjang mengenai Syiah ini boleh dilihat di laman sesawang Dar al-Ifta' al-Misriyyah.

Wallahualam.


Sunday, 27 January 2019

Syiah Berbaju Sufi


Bahayanya kewujudan Syiah sehingga ada dalam kalangan mereka berbaju Sufi. Ada yang tidak percaya, namun hakikatnya ia benar dan banyak terdapat dalam kitab lama berbahasa Parsi.

Di bawah disertakan tiga tokoh Syiah Sufiyyah yang dicela dan dipuji oleh golongan Syiah iaitu:

  1. Abu Hasyim al-Kufi (wafat 150H)
  2. Jabir bin Hayyan (wafat 208H)
  3. 'Abd al-Karim 'Abdak (wafat 210H)

Kata Abu Nu`aim al-Asbahani (wafat 430H) dalam Hilyah al-Awliya', Abu Hasyim al-Kufi seorang wali yang zuhud. Kata al-Mulla Nur al-Din `Abd al-Rahman bin Ahmad al-Jamiy (wafat 898H) dalam Nafahat al-Uns, Abu Hasyim orang pertama yang menyeru kearah kesufiyan dan al-Jamiy mendakwa Abu Hasyim sezaman dengan Sufyan al-Thawri. Muhammad bin al-Hasan (wafat 1033H), tokoh muhaddith Syiah dalam kitab al-Ithna `Asyariyyah memetik kalam Imam Ja`afar al-Sadiq (wafat 148H) mengenai Abu Hasyim:

إنه فاسد العقيدة جداً وهو الذي ابتدع مذهباً يقال له التصوف وجعله مقراً لعقيدته الخبيثة

Maksudnya: "Sesungguhnya Abu Hasyim teramat rosak aqidah dan beliau yang terawal mengadakan mazhab yang digelar al-tasawwuf dan beliau menjadikan mazhab ini sebagai tempat kekal untuk aqidahnya yang buruk itu."

Kata Muhammad Baqir al-Khawanasari (wafat 1226H) seorang ulama tarikh Syiah dalam Raudhah al-Jannat mengatakan Abu Hasyim yang pertama memulakan pergerakan tasawwuf.

Dr. Fallah bin Ismail bin Ahmad ("DFIA") di dalam thesis beliau yang bertajuk "Hubungan Antara Syiah dan Sufiyyah" berkata:

ويظهر لي أن سبب اختيارهم لأبي هاشم هذا، واتهامه بالكفر وأنواع الزندقة لأنه لم يكن شيعيا، بل لأنه كان سنيا متعصبا، وربما كان معاديا للشيعة والتشيع كما أشاروا إليه، ولإنهم قد وصفوه بأنه كان أمويا. ومعلوم أن الأموية لم تكن مذهبا دينيا حتى يوصف أهله بالزندقة، والكفر، والالحاد، وغير ذلك. ولكن الرافضة يسمون أهل السنة والجماعة بالأمويين تارة، وبالعثمانيين تارة أخرى، الى غير ذلك من الألقاب التي اخترعوها وأطلقوها على من خالفهم

Maksudnya: "Jelas bagiku bahawa sebab kenapa mereka (Syiah) memilih Abu Hasyim untuk ditohmah dengan kekufuran dan kezindiqan kerana Abu Hasyim bukan Syi`i tetapi seorang Sunni yang taksub, dan boleh jadi juga beliau menentang keras Syiah dan sifat al-tasyayyu' sebagaimana golongan Syiah sebutkan pada beliau, dan golongan Syiah turut menyifatkan beliau bermazhab Umawi. Sebagaimana maklum bahawa kerajaan Umawiyyah tiada mazhab agama rasmi sehingga penduduknya disifatkan sebagai zindiq, kufur, tidak bertuhan, dan lain-lain. Akan tetapi, golongan Rafidhah kadang-kadang menamakan Ahli Sunnah wa al-Jama`ah sebagai al-Umawiyyun, kadang-kadang al-Uthmaniyyun, dan pelbagai gelaran yang direka dan dihamburkan ke atas sesiapa yang menyelisihi mereka."

DFIA menyimpulkan Abu Hasyim bukanlah Sufi mahupun Syi`i. Jika beliau Sufi kenapa namanya tidak disebut dalam banyak tabaqat ahli tasawwuf? Jika beliau Syi`i kenapa beliau dicerca oleh golongan Syiah? Namanya tidak disebut dalam mana-mana tarikh ahli tasawwuf kecuali kitab Abu Nu`aim al-Asbahani. Justeru, tidak dapat dikenal pasti adakah beliau Sufi atau Syi`i.

Manakala Jabir bin Hayyan dan `Abd al-Karim `Abdak, DFIA mengatakan, walaupun mereka berdua Syi`i dan terjebak dalam manhaj tasawwuf, yang paling ketara sifat kesufian ialah `Abd al-Karim `Abdak:

جابر بن حيان وعبدك، وهذان شيعتان بإثبات وإقرار الشيعة وغيرهم، بل هما من أعيانهم وأئمتهم المشهورين. ويترجح عندي أن أول من لقب بهذا الوصف منهما، وكان جديرا بذلك الوصف هو عبدك، وإن كانت وفاته عقب وفاة جابر. وذلك لما تقدم ذكره من أن جابرا وإن كان قد وصف ولقب بالصوفي فإن سيرته لم تكن كالصوفية من حيث التزهد والتنسك والخمول والانقطاع، كما هو المشهور عن الصوفية، ثم إنه لم يرد ذكره في غير كتب الشيعة، وأمر مهم وهو أن اشتهاره بالعلوم الأخرى وتصنيفه فيها كان أكثر من اشتهاره وتصنيفه في التصوف

Maksudnya: "Jabir bin Hayyan dan `Abdak, kedua-duanya adalah Syi`i berdasarkan bukti dan iqrar jelas dari golongan Syiah dan lain-lain, bahkan mereka berdua adalah ulama terkemuka dan termasyhur mereka. Dan paling rajih disisiku adalah mereka berdualah yang mula-mula mendapat gelaran ini (Sufi), dan yang paling sesuai gelaran Sufi ini adalah `Abdak, sekalipun beliau wafat selepas Jabir. Ini kerana sebagaimana yang telah disebutkan mengenainya, sekalipun Jabir diberi gelaran al-Sufi, akan tetapi riwayat hidupnya tidak seperti golongan Sufi yang lain dari segi kezuhudan dan kesungguhan dalam mengerjakan ibadah soleh, sebagaimana masyhur dalam kisah golongan ahli Sufi, beliau tidak pula disebut dalam mana-mana kitab kecuali kitab Syiah, dan yang paling penting, beliau terkenal dengan ilmu lain dan karyanya ini lebih banyak terkenal berbanding karyanya mengenai tasawwuf."

Beliau turut menambah:

وأما عبدك فقد كان رأسا في التشيع، ورأسا في التصوف، وقد ذكر أنه كان على رأس جماعة شيعية صوفية، وكان إماما لتلك الجماعة وشيخا. ولقد كان لفظ التصوف يطلق في ذلك الوقت على بعض زهاد الكوفة، وعلى رهط من الثائرين بالاسكندرية. ولقد ذكروا أن عبدك كان يقول الإمامة بالتعيين، وكان أيضا لا يأكل اللحم، مما يدل على غلوه في التشيع والتصوف، نص على ذلك الشيعة وغيرهم

Maksudnya: "Adapun `Abdak, beliau merupakan ketua fahaman Syiah, dan beliau juga ketua bagi gerakan tasawwuf, dan boleh jadi juga beliau ketua bagi jemaah Syiah Sufiyyah, beliau merupakan sheikh dan imam bagi jemaah itu, dan mereka pernah menyebut bahawa `Abdak pernah berkata al-Imamah (Imam Syiah) mestilah dilantik, dan beliau juga tidak memakan daging, sebagai bukti keghuluwwannya terhadap Syiah dan tawassuf, sebagaimana dicatatkan oleh golongan Syiah dan lain-lain."

DFIA menyimpulkan bahawa `Abd al-Karim `Abdak yang paling terkenal memakai gelaran Syiah Sufiyyah kerana kerana beliau berasal dari Kufah dan Kufah merupakan pusat terkemuka Syiah Rafidhah yang ekstremis untuk beribadat.

RUJUKAN:
Al-`Alaqah baina al-Tasyayyu' wa al-Tasawwuf, Dr. Fallah bin Ismail bin Ahmad, Jami`ah al-Islamiyyah bi al-Madinah al-Nabawiyyah, Kuliyyah al-Dakwah wa Usul al-Din, 1990.



Ibarat salaf لا يفسرها Merujuk Kepada لا يكيفها

Ramai mengatakan "mafhum" ibarat salaf (لا يفسرها) atau seumpamanya pada riwayat ayat sifat adalah indikasi mereka tidak menafsir...