Penulis Pro-Syiah ini mengatakan hadith jika perempuan, anjing & keldai melintas di hadapan orang yang solat maka batal solat tersebut - adalah fitnah terhadap golongan wanita, seolah menyamakan wanita seperti binatang.
Adakah benar solat terbatal? Terdapat khilaf ulama di dalam isu ini. Namun pandangan majoriti ulama mengatakan ia tidak batal. Kata Imam al-Nawawi:
وقال مالك وأبو حنيفة والشافعي رضي الله عنهم وجمهور العلماء من السلف والخلف: لا تبطل الصلاة بمرور شيء من هؤلاء ولا من غيرهم، وتأول هؤلاء هذا الحديث على أن المراد بالقطع نقص الصلاة، لشغل القلب بهذه الأشياء، وليس المراد إبطالها
Maksudnya: "Kata Malik, Abu Hanifah, al-Syafi'i radiyallahu'anhum & jumhur ulama salaf & khalaf: tidak batal solat apabila sesuatu melintasi dari semua perkara (yang disebutkan) & tidak juga perkara (selain yang disebutkan itu). Ulama mentakwil hadith ini bahawa (القطع) bermaksud tidak sempurna solat itu disebabkan perasaan sibuk memikirkan perkara (yang disebutkan), & ia bukan bermaksud batal solat itu."
Ulama al-Azhar iaitu Sheikh 'Atiyyah Saqr rahimahullah turut memberikan pandangan:
وأرى أن الحديث الخاص بهذه الثلاثة لا يقصد منه إبطال الصلاة، بل قد يكون المقصود إبطال الخشوع فيها أو نقصه، لما يحدث للمصلى من خوف من هذين الحيوانين واشتهاء للمرأة. وفيه حث على اتخاذ السترة حتى لا تسمح بمرور هذه الأشياء أمامه
Maksudnya: "Aku berpendapat bahawa hadith khusus mengenai 3 perkara ini (perempuan, anjing & keldai yang melintas) tidak bermaksud batal solat itu. Sebetulnya ia bermaksud tiada kekhusyukan atau tidak sempurna solatnya, kerana perkara itu mengganggu orang yang solat disebabkan khuatir akan 2 haiwan ini dan juga fantasi terhadap wanita. Kerana itu digalakkan meletak sutrah (penghalang) agar tidak membenarkan perkara ini melintas dihadapannya"
Sheikh juga turut menyimpulkan:
ولفت نظرى ما ذكره ابن قدامة أن عائشة قالت معترضة على هذا الحكم: عدلتمونا بالكلاب والحمر، مع أن الرسول كان يصلى وهى معترضة أمامه. وأقول : ليست تسوية فى ألتحقير أبدا، فالفرق كبير، ولكن الموضوع أساسه الاحتياط لعدم الانشغال فى الصلاة رَهَبًا بمثل الكلب الأسود والحمار، ورَغَبًا بمثل المرأة ، وأثرها فى الانشغال لا ينكر، ومقام الرسول يأبى الانشغال بمثل ذلك ، فما كان يبالى كما تذكر الروايات ولكن غيره يتأثر فى أغلب الأحوال على الوجه المذكور
Maksudnya: "Telahku simpulkan pandanganku apa yang disebutkan oleh Ibn Qudamah bahawa 'Aishah berkata beliau tercengang akan hukum ini: kamu menyamakan kami dengan anjing dan keldai, sedangkan Rasulullah pernah solat dan 'Aishah berada di hadapannya. Aku ('Atiyyah Saqr) mengatakan: penyamaan ini sama sekali bukan bertujuan untuk menghina, kerana perbezaannya cukup besar. Akan tetapi asas penyamaan ini adalah agar berhati-hati tanpa sibuk memikirkan dalam solat kerisauan seperti anjing hitam dan keldai serta fikiran berkeinginan pada perempuan. Kesan pada kesibukan memikirkan semua ini tidak dinafikan dan kedudukan Rasulullah tertolak dari menyibukkan diri dengan hal seperti ini, dan Rasulullah langsung tidak berminat memikirkan sebagaimana disebutkan di dalam riwayat, akan tetapi selain Baginda s.a.w ada yang terkesan dalam kebanyakan keadaan sebagaimana yang telah disebutkan."
Mawsu'ah Ahsan al-Kalam fi al-Fatawa wa al-Ahkam karya Sheikh 'Atiyyah Saqr |
No comments:
Post a Comment