Showing posts with label Habib. Show all posts
Showing posts with label Habib. Show all posts

Saturday, 2 February 2019

Mufti Cium Kaki Habib Untuk Masuk Syurga

Dalam kitab al-Ziyārāt wa al-Awliyā' fi Tuhāmah karya 'Abd Allah Khādim al-'Umarī, sebuah kitab athār sejarah ulama Yaman berkata:


ومن ذلك أن كان استشهر بين الناس أن من قبل قدم الفقيه إسماعيل الحضرمي دخل الجنة 


Maksudnya: "Oleh kerana itu telah popular dalam kalangan orang ramai bahawa sesiapa yang mencium kaki al-Faqīh Ismā'īl al-Hadhramī akan masuk syurga."

FADHILAT SESAT ini diperoleh dari mimpi bertemu Nabi s.a.w:

 حكى الفقيه المحدث العلامة برهان الدين إبراهيم العلوي عن الفقيه المحدث العلامة أحمد بن أبي الخير عن والده الفقيه المحدث العلامة أبي الخير الشماخي أنه سأل الفقيه إسماعيل عن ذلك فقال : قدم علينا بقرية الضحي رجل من أهل الخير، فلما صلينا الجمعة صعد المنبر وقال: يا أيها الناس رأيت النبي صلى الله عليه وسلم في المنام وسمعته يقول : من قبل قدم الفقيه إسماعيل الحضرمي دخل الجنة. قال الفقيه أحمد بن أبي الخير: وكان يقال للرجل المذكور ابن الزعب من أهل حصى، وهؤلاء بنو الزعب قوم أهل ولاية وصلاح

Maksudnya: "Telah diceritakan oleh al-Faqīh al-Muhaddith al-'Allāmah Burhān al-Dīn Ibrāhīm al-'Alawī dari al-Faqīh al-Muhaddith al-'Allāmah Ahmad bin Abī al-Khair dari ayahnya al-Faqīh al-Muhaddith al-'Allāmah Abī al-Khaīr al-Shammākhī bahawasanya beliau pernah bertanya al-Faqīh Ismā'īl berkenaan hal demikian (mencium kaki), katanya: Telah datang pada kami seorang lelaki dari Kampung al-Dhahī dari ahli keluarga al-Khaīr, ketika mana kami selesai solat Jumaat beliau naik atas mimbar dan berkata: Wahai sekalian manusia, aku telah bertemu Nabi s.a.w dalam mimpi dan aku telah mendengar beliau berkata: barang siapa yang mencium kaki al-Faqīh Ismā'īl al-Hadhramī akan masuk syurga. Kata al-Faqīh Ahmad bin Abī al-Khaīr: Lelaki tersebut digelar Ibn al-Za'b  dari penduduk Hasī (wilayah al-Sawma'ah, Yaman) dan Banu al-Za'b adalah penduduk wilayah yang baik-baik."




Mufti Juga Ingin Mencium Kaki Al-Faqīh Ismā'īl al-Hadhramī

Yang lebih aneh, mufti bandar Zabīd di Yaman iaitu Ahmad Sulaimān al-Hakamī, setelah mendengar hadith di atas beliau juga ingin mencium tapak kaki al-Faqīh Ismā'īl al-Hadhramī:


ويروي عن الفقيه أحمد بن سليمان الحكمي المفتي بمدينة زبيد أنه قال لما سمعت حديث تقبيل قدم الفقيه إسماعيل وقع في نفسي من ذلك من شيء ثم اتفق لي أن قصدت الفقيه الى منزله بزبيد لقصد السلام عليه والزيارة، فلما دخلت عليه قال: مرحبا بك جئت لتقبل قدمي، ثم مد رجليه فقبلتها، وقال الإمام اليافعي: وكان الجلة من العلماء يقبلون قدمه 


Maksudnya: "Diriwayatkan dari al-Faqīh Ahmad bin Sulaimān al-Hakamī, mufti bandar Zabīd di Yaman katanya: Bahawasanya ketika mana aku mendengar hadith mencium kaki al-Faqīh Ismā'īl, terdetik dihatiku untuk bertemu al-Faqīh Ismā'īl di rumahnya di Zabīd untuk bertanya khabar dan ziarah. Ketika aku bertemu dengannya, al-Faqīh Ismā'īl berkata: Selamat datang. Engkau datang nak cium kaki aku kan? Kemudian beliau menghulurkan kedua kakinya lalu kucium kedua kakinya itu. Kata al-Imām al-Yāfi'ī: para jemaah ulama terulung kesemuanya mencium kaki beliau."

Petikan kitabal-Ziyārāt wa al-Awliyā' fi Tuhāmah karya 'Abd Allah Khādim al-'Umarī yang menyebut akan kisah ini.







Moga kita dijauhkan dengan sifat ghuluw ini.

DISCLAIMER: Kisah ini tidak memaparkan sisi sebenar seorang sufi/habaib hakiki. Sufi hakiki tidak melakukan & menghikayatkan kisah seperti ini. Banyak kitab menerangkan sisi sebenar seorang sufi yang melazimi sunnah yang betul. Boleh dilihat di dalam Siyar karya al-Zahabi atau dalam kitab Mauqif A'immah al-Harakah al-Salafiyyah min al-Tasawwuf wa al-Sufiyyah: https://bit.ly/2REeVjh

Habib: Hisaplah Lidahku, Nescaya Akan Mewarisi Karomahku

  • Kitab ini ditulis oleh al-'Allāmah 'Abd al-Qādir bin Sheikh bin 'Abd Allah al-'Aīdarūs [wafat 1038H]. Kitab ini membicarakan manaqib atau biografi dan peribadi tokoh ahl al-bait sehingga tahun 900H ke atas.
  • Ketika membicarakan perihal al-Sheikh al-Kabīr al-Walī Shihāb al-Dīn Ahmad Ibn al-Sheikh 'Abd al-Rahmān bin al-Sheikh 'Alī bin al-Sheikh Abī Bakar Ba'alawī [wafat 946H], terdapat kisah beliau telah menyuruh cucunya al-Walīy al-Sālih al-Shahīr Yahya Khatīb supaya menghisap lidahnya!


Maksudnya: "Aku menemui datukku pada suatu hari ketika beliau masih hidup dan ketika itu aku berumur 7 tahun. Beliau memanggilku kemari. Lalu aku datang padanya dan kemudian beliau menjelirkan lidahnya seraya berkata padaku: hisaplah lidah ini! Maka aku menghisapnya untuk jangka masa yang panjang, kemudian beliau berkata padaku: wahai anakku, kamu adalah pewaris rahsiaku (karomahku)."


Antara karomah Shihāb al-Dīn Ahmad Ibn al-Sheikh adalah diceritakan beliau bertemu dengan Imam al-Ghazālī [wafat 505H] secara yaqazah (sedar) dan beliau menerima ijazah kitab dari Imam al-Ghazālī.


DISCLAIMER: Kisah di bawah ini bukanlah mengisahkan sisi sebenar seorang sufi hakiki. Sufi sebenar tidak melakukan & menghikayatkan kisah seperti ini. Banyak kitab menerangkan sisi sebenar seorang sufi yang melazimi sunnah yang betul. Boleh dilihat di dalam Siyar karya al-Zahabi atau dalam kitab Mauqif A'immah al-Harakah al-Salafiyyah min al-Tasawwuf wa al-Sufiyyah: https://bit.ly/2REeVjh

Tuesday, 29 January 2019

Habib Memindahkan Najis Dengan Jelingan Mata & Najis Menjadi Emas

Dalam kitab Tazkir al-Nas, karangan al-Habib Ahmad bin Hasan al-'Attas [wafat 1334H], ketika membicarakan bab "adab memasuki tandas" telah menyebut sebuah kisah ajaib najis dapat dipindahkan ke dalam perut orang lain dengan sekadar jelingan:

وقال رضي الله عنه: بلغنا أن السيد حاتم الأهدل كان حريصاً على مجلس الإخوان في الله، ويشق عليه فراقهم، وكان له مملوك أمَرَه أن يجلس بالباب، فإذا أراد أحد من إخوانه قضاء الحاجة والخلاء، نظر إلى ذلك العبد فينتقل الحدث إليه فيروح العبد إلى الخلاء وينوب عنه

Maksudnya: "Kata penulis RA: telah disampaikan kepada kami bahawasanya al-Sayyid Hatim al-Ahdal tersangat cermat mengendalikan majlis para pengikutnya sehingga jemaah itu sukar untuk terlerai. Beliau mempunyai hamba suruhan yang beliau perintahkan untuk berada (berjaga) di pintu, apabila ada salah seorang pengikutnya ingin membuang najis atau ke tandas, beliau menjeling kepada hamba itu tadi lalu najis pengikutnya itu dipindahkan kepada hamba itu. Maka hamba itu berlalu pergi membawa najis ke tandas dan membuang disitu sebagai ganti kepada pengikut dalam majlis itu."

  • Oleh kerana tidak mahu pengikutnya terlerai di dalam majlis ilmu disebabkan ingin ke tandas, al-Sayyid Hatim al-Ahdal hanya sekadar menjeling, lalu najis pengikutnya itu dipindahkan kepada hambanya seperti "bluetooth" dan hamba itu bertindak sebagai wakil untuk berak di tandas.


Najis Menjadi Ketulan Emas

Begitu juga kisah ajaib berlaku pada al-Habib Hadun bin Hud bin 'Ali bin Hasan al-'Attas dimana tahi beliau bertukas menjadi emas:

ووقع للحبيب هادون بن هود بن علي بن حسن العطاس: أنه لما زار المدينة المشرفة بات ليلة بالحرم، فتحركت عليه بطنه، وذهب ليخرج، فوجد الأبواب مقفلة، فراح إلى ناحية في أخريات الحرم، فوضع الخارج في ثوبه، فلما كان الصباح ذهب إلى خارج المدينة ليرميه، فإذا هو ذهب يتلألأ

Maksudnya: "Pernah terjadi pada al-Habib Hadun bin Hud bin 'Ali bin Hasan al-'Attas bahawasanya ketika mana beliau melawat kota Madinah beliau bermalam satu malam di Tanah Haram. Tiba-tiba perut beliau berkeroncong lalu beliau berlalu pergi untuk menunaikan hajatnya akan tetapi beliau dapati pintu di tempat beliau bermalam terkunci, lalu beliau berangkat ke satu sudut lain di Tanah Haram, di situ beliau memasukkan najis itu kedalam bajunya. Ketika fajar subuh menjelma, beliau menuju diluar kota Madinah untuk membuang najis itu, rupa-rupanya ia adalah emas yang berkilauan."

Keratan kitab Tazkir al-Nas yang merupakan himpunan kata-kata al-Habib al-'Arif bi Allah Ahmad bin Hasan al'Attas

Itulah 2 kisah aneh yang ada dalam kitab ini. Sebenarnya banyak lagi kisah-kisah aneh di dalam kitab ini mahupun kitab lain. Ia dimasukkan atas dasar kisah ini adalah karomah para masyaikh mereka walaupun matan kisah ini sangat mengarut dan batil.


DISCLAIMER: Kisah di atas ini bukanlah mengisahkan sisi sebenar seorang sufi/habaib hakiki. Habaib/Sufi sebenar tidak melakukan & menghikayatkan kisah seperti ini. Banyak kitab menerangkan sisi sebenar seorang sufi yang melazimi sunnah yang betul. Boleh dilihat di dalam Siyar karya al-Zahabi atau dalam kitab Mauqif A'immah al-Harakah al-Salafiyyah min al-Tasawwuf wa al-Sufiyyah: https://bit.ly/2REeVjh

Kisah Batil Habib Menjamin Syurga Muridnya

Al-Habib Muhammad bin Abi Bakar al-Syilliy Ba'alawiy [wafat 1093H] telah menukilkan keramat al-Habib 'Abd Allah bin 'Alawiy Ibn al-Ustaz al-A'zam [wafat 731H] di dalam kitab al-Musyarri' al-Rawi (188/2):

أن رجلا أنشد أبياتا تتعلق بالبعث والحساب، فتواجد صاحب الترجمة وخر مغشيا عليه فلما أفاق قال للرجل: أعد الأبيات، فقال الرجل: بشرط أن تضمن لي الجنة، فقال: ليس ذلك إلي، ولكن اطلب ما شئت من المال، فقال الرجل: ما أريد إلا الجنة، فقال: إن حصل لنا شئ ما كرهنا، ودعا له بالجنة، فحسنت حالة الرجل وانتقل إلى رحمة الله، وشيعه صاحب الترجمة وحضر دفنه، وجلس عند قبره ساعة فتغير وجهه، ثم ضحك واستبشر، فسئل عن ذلك فقال إن الرجل لما سأله الملكان عن ربه قال: شيخي عبدالله باعلوي فتعبت لذلك، فسألاه أيضاً فأجاب بذلك، فقالا: مرحباً بك وشيخك عبدالله باعلوي قال بعضهم: هكذا ينبغي أن يكون الشيخ يحفظ مريدَه حتى بعد موته

Maksudnya: “Bahawasanya seorang lelaki mengalunkan bait-bait syair mengenai hari kebangkitan & hari perhitungan, lalu beliau terserempak dengan al-Habib 'Abd Allah bin 'Alawiy (“al-Habib”) & beliau jatuh pengsan. Ketika beliau sedar, al-Habib berkata kepada lelaki itu: alunkanlah kembali bait-bait syair itu. Jawab lelaki: boleh, dengan syarat engkau jaminkan aku syurga. Al-Habib berkata: itu bukan urusanku, tetapi engkau mintalah harta yang engkau suka. Jawab lelaki itu: aku tidak mahu kecuali syurga! Al-Habib menjawab: Jika demikian, moga berhasil bagi kita sesuatu yang tidak dibenci oleh kita. Lalu al-Habib berdoa untuk lelaki itu akan syurga maka segala urusan lelaki itu baik & beliau kembali ke rahmatullah. Al-Habib mengiringi & menghadiri pengebumiannya. Beliau duduk disisi kuburnya seketika lalu wajahnya berubah, kemudian beliau ketawa & tersenyum. Beliau ditanya kenapa berkeadaan demikian. Jawabnya: sesungguhnya lelaki ini ketika mana beliau disoal oleh 2 malaikat akan tuhannya beliau menjawab: wahai sheikh ‘Abd Allah Ba’alawiy, amat sukar untuk aku menjawabnya. Lalu 2 malaikat itu bertanya lagi soalan yang sama & lelaki itu juga memberikan jawapan yang sama. Maka 2 malaikat itu berkata: selamat datang untuk kamu & juga juga sheikh kamu ‘Abd Allah Ba’alawiy. Sebahagian golongan sufi berkata: hendaklah seorang sheikh itu menjaga muridnya hatta selepas kematiannya.”

Keratan dari kitab al-Musyarri' al-Rawi


Sheikh Idris Mahmud Idris dalam Mazahir al-Inhirafat al-‘Aqadiyyah ‘Inda al-Sufiyyah (630/2) mengkritik kisah keramat di atas dengan berkata kalau demikian halnya maka tidak perlulah kita bersusah payah berjaga malam beribadat membaca serta mempelajari al-Quran & al-Sunnah jika kebolehan sheikh yang mencapai darjat kekuasaan wali boleh membantu kita ke syurga. (Lihat petikan kitab di bawah)




Malahan, ia turut bercanggah dengan hadith sahih riwayat al-Bukhari & Muslim, yang mana orang yang masih hidup tidak mengetahui serta mendengar suasana & azab kubur si mati:


RIWAYAT AL-BUKHARI


إذا وضعت الجنازة فاحتملها الرجال على أعناقهم فإن كانت صالحة قالت قدموني وإن كانت غير صالحة قالت لأهلها يا ويلها أين يذهبون بها يسمع صوتها كل شيء إلا الإنسان ولو سمع الإنسان لصعق

Maksudnya: "Apabila jenazah dibawa & orang ramai mengusungnya di atas bahu mereka. Sekiranya jenazah itu baik, jenazah itu berkata: Segerakanlah aku. Sekiranya jenazah tidak baik, jenazah itu berkata kepada ahli keluarganya: celakalah jenazah ini. Ke mana mereka mahu pergi bersamanya. Setiap makhluk akan mendengar suara ini kecuali manusia. Kalaulah manusia mendengar, nescaya mereka akan terkejut pengsan." [al-Bukhari, Kitab al-Janaiz, hadis no: 1238]

RIWAYAT MUSLIM


إن هذه الأمة تبتلى في قبورها، فلولا أن لا تدافنوا لدعوت الله أن يسمعكم من عذاب القبر الذي أسمع منه

Maksudnya: "Sesungguhnya umat ini diazab di dalam kuburnya. Kalaulah ia tidak terlalu menakutkan kamu untuk mengkebumikan jenazah, sudah tentu aku berdoa kepada Allah SWT agar diperdengarkan bunyi azab kubur sebagaimana yang aku dengar darinya." [Muslim, Kitab al-Jannah, hadis no: 5116]

Sheikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin rahimahullah dalam Majmu’ Fatawa wa Rasail Ibn Uthaimin (482-483/8) berkata:

لو سمع الناس صراخ هؤلاء المعذبين، لكان الإيمان بعذاب القبر من باب الإيمان بالشهادة، لا من باب الإيمان بالغيب، وحينئذ تفوت مصلحة الامتحان، لأن الناس سوف يؤمنون بما شاهدوه قطعا، لكن إذا كان غائبا عنهم، ولم يعلموا به إلا عن طريق الخبر، صار من باب الإيمان بالغيب

Maksudnya: "Kalaulah manusia mendengar jeritan mayat yang diazab, maka sudah tentu beriman dengan azab kubur termasuk dalam bab beriman dengan perkara yang dapat dilihat & bukan beriman dengan perkara ghaib. Ini menyebabkan hilang objektif ujian (beriman dengan perkara ghaib) kerana manusia sudah tentu akan beriman dengan apa yang mereka saksikan. Akan tetapi jika itu perkara ghaib & mereka tidak memahami melainkan dengan jalan wahyu, maka jadilah ia beriman dengan perkara ghaib."

DISCLAIMER: Kisah di atas ini bukanlah mengisahkan sisi sebenar seorang sufi hakiki. Sufi sebenar tidak melakukan & menghikayatkan kisah seperti ini. Banyak kitab menerangkan sisi sebenar seorang sufi yang melazimi sunnah yang betul. Boleh dilihat di dalam Siyar karya al-Zahabi atau dalam kitab Mauqif A'immah al-Harakah al-Salafiyyah min al-Tasawwuf wa al-Sufiyyah: https://bit.ly/2REeVjh

Ibarat salaf لا يفسرها Merujuk Kepada لا يكيفها

Ramai mengatakan "mafhum" ibarat salaf (لا يفسرها) atau seumpamanya pada riwayat ayat sifat adalah indikasi mereka tidak menafsir...