Dalam kitab Tazkir al-Nas, karangan al-Habib Ahmad bin Hasan al-'Attas [wafat 1334H], ketika membicarakan bab "adab memasuki tandas" telah menyebut sebuah kisah ajaib najis dapat dipindahkan ke dalam perut orang lain dengan sekadar jelingan:
وقال رضي الله عنه: بلغنا أن السيد حاتم الأهدل كان حريصاً على مجلس الإخوان في الله، ويشق عليه فراقهم، وكان له مملوك أمَرَه أن يجلس بالباب، فإذا أراد أحد من إخوانه قضاء الحاجة والخلاء، نظر إلى ذلك العبد فينتقل الحدث إليه فيروح العبد إلى الخلاء وينوب عنه
Maksudnya: "Kata penulis RA: telah disampaikan kepada kami bahawasanya al-Sayyid Hatim al-Ahdal tersangat cermat mengendalikan majlis para pengikutnya sehingga jemaah itu sukar untuk terlerai. Beliau mempunyai hamba suruhan yang beliau perintahkan untuk berada (berjaga) di pintu, apabila ada salah seorang pengikutnya ingin membuang najis atau ke tandas, beliau menjeling kepada hamba itu tadi lalu najis pengikutnya itu dipindahkan kepada hamba itu. Maka hamba itu berlalu pergi membawa najis ke tandas dan membuang disitu sebagai ganti kepada pengikut dalam majlis itu."
- Oleh kerana tidak mahu pengikutnya terlerai di dalam majlis ilmu disebabkan ingin ke tandas, al-Sayyid Hatim al-Ahdal hanya sekadar menjeling, lalu najis pengikutnya itu dipindahkan kepada hambanya seperti "bluetooth" dan hamba itu bertindak sebagai wakil untuk berak di tandas.
Najis Menjadi Ketulan Emas
Begitu juga kisah ajaib berlaku pada al-Habib Hadun bin Hud bin 'Ali bin Hasan al-'Attas dimana tahi beliau bertukas menjadi emas:
ووقع للحبيب هادون بن هود بن علي بن حسن العطاس: أنه لما زار المدينة المشرفة بات ليلة بالحرم، فتحركت عليه بطنه، وذهب ليخرج، فوجد الأبواب مقفلة، فراح إلى ناحية في أخريات الحرم، فوضع الخارج في ثوبه، فلما كان الصباح ذهب إلى خارج المدينة ليرميه، فإذا هو ذهب يتلألأ
Maksudnya: "Pernah terjadi pada al-Habib Hadun bin Hud bin 'Ali bin Hasan al-'Attas bahawasanya ketika mana beliau melawat kota Madinah beliau bermalam satu malam di Tanah Haram. Tiba-tiba perut beliau berkeroncong lalu beliau berlalu pergi untuk menunaikan hajatnya akan tetapi beliau dapati pintu di tempat beliau bermalam terkunci, lalu beliau berangkat ke satu sudut lain di Tanah Haram, di situ beliau memasukkan najis itu kedalam bajunya. Ketika fajar subuh menjelma, beliau menuju diluar kota Madinah untuk membuang najis itu, rupa-rupanya ia adalah emas yang berkilauan."
Keratan kitab Tazkir al-Nas yang merupakan himpunan kata-kata al-Habib al-'Arif bi Allah Ahmad bin Hasan al'Attas |
Itulah 2 kisah aneh yang ada dalam kitab ini. Sebenarnya banyak lagi kisah-kisah aneh di dalam kitab ini mahupun kitab lain. Ia dimasukkan atas dasar kisah ini adalah karomah para masyaikh mereka walaupun matan kisah ini sangat mengarut dan batil.
DISCLAIMER: Kisah di atas ini bukanlah mengisahkan sisi sebenar seorang sufi/habaib hakiki. Habaib/Sufi sebenar tidak melakukan & menghikayatkan kisah seperti ini. Banyak kitab menerangkan sisi sebenar seorang sufi yang melazimi sunnah yang betul. Boleh dilihat di dalam Siyar karya al-Zahabi atau dalam kitab Mauqif A'immah al-Harakah al-Salafiyyah min al-Tasawwuf wa al-Sufiyyah: https://bit.ly/2REeVjh
No comments:
Post a Comment