Sunday, 27 January 2019

Syiah Berbaju Sufi


Bahayanya kewujudan Syiah sehingga ada dalam kalangan mereka berbaju Sufi. Ada yang tidak percaya, namun hakikatnya ia benar dan banyak terdapat dalam kitab lama berbahasa Parsi.

Di bawah disertakan tiga tokoh Syiah Sufiyyah yang dicela dan dipuji oleh golongan Syiah iaitu:

  1. Abu Hasyim al-Kufi (wafat 150H)
  2. Jabir bin Hayyan (wafat 208H)
  3. 'Abd al-Karim 'Abdak (wafat 210H)

Kata Abu Nu`aim al-Asbahani (wafat 430H) dalam Hilyah al-Awliya', Abu Hasyim al-Kufi seorang wali yang zuhud. Kata al-Mulla Nur al-Din `Abd al-Rahman bin Ahmad al-Jamiy (wafat 898H) dalam Nafahat al-Uns, Abu Hasyim orang pertama yang menyeru kearah kesufiyan dan al-Jamiy mendakwa Abu Hasyim sezaman dengan Sufyan al-Thawri. Muhammad bin al-Hasan (wafat 1033H), tokoh muhaddith Syiah dalam kitab al-Ithna `Asyariyyah memetik kalam Imam Ja`afar al-Sadiq (wafat 148H) mengenai Abu Hasyim:

إنه فاسد العقيدة جداً وهو الذي ابتدع مذهباً يقال له التصوف وجعله مقراً لعقيدته الخبيثة

Maksudnya: "Sesungguhnya Abu Hasyim teramat rosak aqidah dan beliau yang terawal mengadakan mazhab yang digelar al-tasawwuf dan beliau menjadikan mazhab ini sebagai tempat kekal untuk aqidahnya yang buruk itu."

Kata Muhammad Baqir al-Khawanasari (wafat 1226H) seorang ulama tarikh Syiah dalam Raudhah al-Jannat mengatakan Abu Hasyim yang pertama memulakan pergerakan tasawwuf.

Dr. Fallah bin Ismail bin Ahmad ("DFIA") di dalam thesis beliau yang bertajuk "Hubungan Antara Syiah dan Sufiyyah" berkata:

ويظهر لي أن سبب اختيارهم لأبي هاشم هذا، واتهامه بالكفر وأنواع الزندقة لأنه لم يكن شيعيا، بل لأنه كان سنيا متعصبا، وربما كان معاديا للشيعة والتشيع كما أشاروا إليه، ولإنهم قد وصفوه بأنه كان أمويا. ومعلوم أن الأموية لم تكن مذهبا دينيا حتى يوصف أهله بالزندقة، والكفر، والالحاد، وغير ذلك. ولكن الرافضة يسمون أهل السنة والجماعة بالأمويين تارة، وبالعثمانيين تارة أخرى، الى غير ذلك من الألقاب التي اخترعوها وأطلقوها على من خالفهم

Maksudnya: "Jelas bagiku bahawa sebab kenapa mereka (Syiah) memilih Abu Hasyim untuk ditohmah dengan kekufuran dan kezindiqan kerana Abu Hasyim bukan Syi`i tetapi seorang Sunni yang taksub, dan boleh jadi juga beliau menentang keras Syiah dan sifat al-tasyayyu' sebagaimana golongan Syiah sebutkan pada beliau, dan golongan Syiah turut menyifatkan beliau bermazhab Umawi. Sebagaimana maklum bahawa kerajaan Umawiyyah tiada mazhab agama rasmi sehingga penduduknya disifatkan sebagai zindiq, kufur, tidak bertuhan, dan lain-lain. Akan tetapi, golongan Rafidhah kadang-kadang menamakan Ahli Sunnah wa al-Jama`ah sebagai al-Umawiyyun, kadang-kadang al-Uthmaniyyun, dan pelbagai gelaran yang direka dan dihamburkan ke atas sesiapa yang menyelisihi mereka."

DFIA menyimpulkan Abu Hasyim bukanlah Sufi mahupun Syi`i. Jika beliau Sufi kenapa namanya tidak disebut dalam banyak tabaqat ahli tasawwuf? Jika beliau Syi`i kenapa beliau dicerca oleh golongan Syiah? Namanya tidak disebut dalam mana-mana tarikh ahli tasawwuf kecuali kitab Abu Nu`aim al-Asbahani. Justeru, tidak dapat dikenal pasti adakah beliau Sufi atau Syi`i.

Manakala Jabir bin Hayyan dan `Abd al-Karim `Abdak, DFIA mengatakan, walaupun mereka berdua Syi`i dan terjebak dalam manhaj tasawwuf, yang paling ketara sifat kesufian ialah `Abd al-Karim `Abdak:

جابر بن حيان وعبدك، وهذان شيعتان بإثبات وإقرار الشيعة وغيرهم، بل هما من أعيانهم وأئمتهم المشهورين. ويترجح عندي أن أول من لقب بهذا الوصف منهما، وكان جديرا بذلك الوصف هو عبدك، وإن كانت وفاته عقب وفاة جابر. وذلك لما تقدم ذكره من أن جابرا وإن كان قد وصف ولقب بالصوفي فإن سيرته لم تكن كالصوفية من حيث التزهد والتنسك والخمول والانقطاع، كما هو المشهور عن الصوفية، ثم إنه لم يرد ذكره في غير كتب الشيعة، وأمر مهم وهو أن اشتهاره بالعلوم الأخرى وتصنيفه فيها كان أكثر من اشتهاره وتصنيفه في التصوف

Maksudnya: "Jabir bin Hayyan dan `Abdak, kedua-duanya adalah Syi`i berdasarkan bukti dan iqrar jelas dari golongan Syiah dan lain-lain, bahkan mereka berdua adalah ulama terkemuka dan termasyhur mereka. Dan paling rajih disisiku adalah mereka berdualah yang mula-mula mendapat gelaran ini (Sufi), dan yang paling sesuai gelaran Sufi ini adalah `Abdak, sekalipun beliau wafat selepas Jabir. Ini kerana sebagaimana yang telah disebutkan mengenainya, sekalipun Jabir diberi gelaran al-Sufi, akan tetapi riwayat hidupnya tidak seperti golongan Sufi yang lain dari segi kezuhudan dan kesungguhan dalam mengerjakan ibadah soleh, sebagaimana masyhur dalam kisah golongan ahli Sufi, beliau tidak pula disebut dalam mana-mana kitab kecuali kitab Syiah, dan yang paling penting, beliau terkenal dengan ilmu lain dan karyanya ini lebih banyak terkenal berbanding karyanya mengenai tasawwuf."

Beliau turut menambah:

وأما عبدك فقد كان رأسا في التشيع، ورأسا في التصوف، وقد ذكر أنه كان على رأس جماعة شيعية صوفية، وكان إماما لتلك الجماعة وشيخا. ولقد كان لفظ التصوف يطلق في ذلك الوقت على بعض زهاد الكوفة، وعلى رهط من الثائرين بالاسكندرية. ولقد ذكروا أن عبدك كان يقول الإمامة بالتعيين، وكان أيضا لا يأكل اللحم، مما يدل على غلوه في التشيع والتصوف، نص على ذلك الشيعة وغيرهم

Maksudnya: "Adapun `Abdak, beliau merupakan ketua fahaman Syiah, dan beliau juga ketua bagi gerakan tasawwuf, dan boleh jadi juga beliau ketua bagi jemaah Syiah Sufiyyah, beliau merupakan sheikh dan imam bagi jemaah itu, dan mereka pernah menyebut bahawa `Abdak pernah berkata al-Imamah (Imam Syiah) mestilah dilantik, dan beliau juga tidak memakan daging, sebagai bukti keghuluwwannya terhadap Syiah dan tawassuf, sebagaimana dicatatkan oleh golongan Syiah dan lain-lain."

DFIA menyimpulkan bahawa `Abd al-Karim `Abdak yang paling terkenal memakai gelaran Syiah Sufiyyah kerana kerana beliau berasal dari Kufah dan Kufah merupakan pusat terkemuka Syiah Rafidhah yang ekstremis untuk beribadat.

RUJUKAN:
Al-`Alaqah baina al-Tasyayyu' wa al-Tasawwuf, Dr. Fallah bin Ismail bin Ahmad, Jami`ah al-Islamiyyah bi al-Madinah al-Nabawiyyah, Kuliyyah al-Dakwah wa Usul al-Din, 1990.



No comments:

Post a Comment

Ibarat salaf لا يفسرها Merujuk Kepada لا يكيفها

Ramai mengatakan "mafhum" ibarat salaf (لا يفسرها) atau seumpamanya pada riwayat ayat sifat adalah indikasi mereka tidak menafsir...