Sunday, 27 January 2019

Riwayat Sejarah Mengenai Para Nabi, Para Sahabat & Ulama Perlu Diteliti



Benarkah kita boleh menukilkan secara semberono riwayat tarikh mengenai para Nabi, sahabat & ulama yang mempunyai penghinaan, ghuluw dan lain-lain pada mereka tanpa usul periksa?

Sejarawan Islam bermazhab Syāfi'i, beraqidah Asy'arī dan juga mufti dizamannya, al-Sayyīd Ja'afar Ibn al-Sayyīd Hasan al-Barzanjī al-Madanī [wafat 1177H] berkata:

فإذا كان المروي متعلقاً بالنبي صلى الله عليه وسلم أو بأحد من الصحابة رضي الله عنهم، فإنه يجب التدقيق في رواته والاعتناء بنقدهم

Maksudnya: "Apabila sesuatu yang diriwayatkan berkaitan Nabi s.a.w atau salah seorang sahabat radiallahu'anhum, maka sesungguhnya wajib diteliti pada riwayatnya dan diperhatikan kritikan mereka."[1]
  • Ia jelas suatu kaedah untuk berinteraksi dengan riwayat sejarah mengenai Nabi dan para sahabat yang mana kita perlu meneliti setiap riwayat dan kritikannya. Iaitu yang mana sahih dan saqim.

Al-Barzanjī turut menambah:

ويلحق بهذا ما إذا كان الأمر متعلقاً بثلب أحد من العلماء والأئمة ممن ثبتت عدالته أو تنقصهم وتدليس حالهم على الناس – لأن كل من ثبتت عدالته لا يقبل جرحه حتى       يتبين ذلك عليه بأمر لا يحتمل غير جرحه، كما قال ابن حجر في التهذيب

Maksudnya: "Begitu juga apabila suatu perkara berkaitan dengan penghinaan terhadap salah seorang ulama atau para imam yang telah terbukti keadilannya, atau merendah dan menyembunyikan hal sebenar mereka pada orang ramai – kerana sesungguhnya setiap orang yang telah terbukti keadilannya tidak lagi diterima kecelaannya, sehinggalah jelas timbul perkara melainkan kecelaannya sahaja, sebagaimana diungkapkan oleh Ibn Hajar al-'Asqalānī dalam Tahzīb al-Tahzīb." [2]

  • Kaedah ini juga bermanfaat apabila kita terlintas melihat riwayat tarikh yang mengutuk dan mengeji para ulama yang telah terbukti adil, maka tidak boleh dibuang keadilan itu kecuali didatangkan bukti yang nyata. Ini juga kaedah digunakan oleh Imam Ahmad yang dinukilkan oleh al-Sakhāwī dari al-Marwazī. [3] Maka disini kaedah jarh wa ta'dīl terpakai untuk memurnikan riwayat yang mengeji para ulama yang sudah terbukti adil.

Dr. Dhiyā’ al-‘Umarī menukilkan kalam bermanfaat al-Kāfījī [wafat 879H], seorang ulama tarikh dan tafsir:

يجوز للمؤرخ أن يروي في تاريخه قولاً ضعيفاً في باب الترغيب والترهيب والاعتبار مع التنبيه على ضعفه، ولكن لا يجوز له ذلك في ذات الباري عز وجل وفي صفاته ولا في الأحكام

Maksudnya: "Harus bagi sejarawan untuk meriwayatkan qaul dhaif dalam kitab tarikhnya pada bab al-targhīb wa al-tarhīb, dan mengambil pengajaran serta peringatan akan kelemahannya. Akan tetapi (qaul dhaif itu) tidak boleh pada zat Allah 'azzawajal, pada sifatnya serta hukum-hukam." [4]

Semoga bermanfaat.

RUJUKAN

[1] Al-Barzanjī, al-Tiqāt al-Zahr min Natāij al-Rihlah wa al-Safr fī Akhbār al-Qarn al-Hādī 'Asyar, Dar al-Kutb al-'Imiyah, Cetakan tahun 2018, ms. 18.

[2] Ibid.

[3] Mustafa Ismā'īl al-Sulaīmānī, Ittihāf al-Nabīl bi Ajwibah As'ilah 'Ulūm al-Hadīth wa 'Ilal wa al-Jarh wa al-Ta'dīl, Maktabah al-Furqān, Cetakan tahun 2000, juz. 1, ms. 252.


[4] Dr. Dhiyā’ al-‘Umarī, Buhūth fī al-Tārīkh al-Sunnah al-Musyarrifah, Maktabah al-'Ulūm wa al-Hikam, Cetakan tahun 1415H, ms. 275.

No comments:

Post a Comment

Ibarat salaf لا يفسرها Merujuk Kepada لا يكيفها

Ramai mengatakan "mafhum" ibarat salaf (لا يفسرها) atau seumpamanya pada riwayat ayat sifat adalah indikasi mereka tidak menafsir...