Al-Habib Muhammad bin Abi Bakar al-Syilliy Ba'alawiy [wafat 1093H] telah menukilkan keramat al-Habib 'Abd Allah bin 'Alawiy Ibn al-Ustaz al-A'zam [wafat 731H] di dalam kitab al-Musyarri' al-Rawi (188/2):
أن رجلا أنشد أبياتا تتعلق بالبعث والحساب، فتواجد صاحب الترجمة وخر مغشيا عليه فلما أفاق قال للرجل: أعد الأبيات، فقال الرجل: بشرط أن تضمن لي الجنة، فقال: ليس ذلك إلي، ولكن اطلب ما شئت من المال، فقال الرجل: ما أريد إلا الجنة، فقال: إن حصل لنا شئ ما كرهنا، ودعا له بالجنة، فحسنت حالة الرجل وانتقل إلى رحمة الله، وشيعه صاحب الترجمة وحضر دفنه، وجلس عند قبره ساعة فتغير وجهه، ثم ضحك واستبشر، فسئل عن ذلك فقال إن الرجل لما سأله الملكان عن ربه قال: شيخي عبدالله باعلوي فتعبت لذلك، فسألاه أيضاً فأجاب بذلك، فقالا: مرحباً بك وشيخك عبدالله باعلوي قال بعضهم: هكذا ينبغي أن يكون الشيخ يحفظ مريدَه حتى بعد موته
Maksudnya: “Bahawasanya seorang lelaki mengalunkan bait-bait syair mengenai hari kebangkitan & hari perhitungan, lalu beliau terserempak dengan al-Habib 'Abd Allah bin 'Alawiy (“al-Habib”) & beliau jatuh pengsan. Ketika beliau sedar, al-Habib berkata kepada lelaki itu: alunkanlah kembali bait-bait syair itu. Jawab lelaki: boleh, dengan syarat engkau jaminkan aku syurga. Al-Habib berkata: itu bukan urusanku, tetapi engkau mintalah harta yang engkau suka. Jawab lelaki itu: aku tidak mahu kecuali syurga! Al-Habib menjawab: Jika demikian, moga berhasil bagi kita sesuatu yang tidak dibenci oleh kita. Lalu al-Habib berdoa untuk lelaki itu akan syurga maka segala urusan lelaki itu baik & beliau kembali ke rahmatullah. Al-Habib mengiringi & menghadiri pengebumiannya. Beliau duduk disisi kuburnya seketika lalu wajahnya berubah, kemudian beliau ketawa & tersenyum. Beliau ditanya kenapa berkeadaan demikian. Jawabnya: sesungguhnya lelaki ini ketika mana beliau disoal oleh 2 malaikat akan tuhannya beliau menjawab: wahai sheikh ‘Abd Allah Ba’alawiy, amat sukar untuk aku menjawabnya. Lalu 2 malaikat itu bertanya lagi soalan yang sama & lelaki itu juga memberikan jawapan yang sama. Maka 2 malaikat itu berkata: selamat datang untuk kamu & juga juga sheikh kamu ‘Abd Allah Ba’alawiy. Sebahagian golongan sufi berkata: hendaklah seorang sheikh itu menjaga muridnya hatta selepas kematiannya.”
Keratan dari kitab al-Musyarri' al-Rawi |
Sheikh Idris Mahmud Idris dalam Mazahir al-Inhirafat al-‘Aqadiyyah ‘Inda al-Sufiyyah (630/2) mengkritik kisah keramat di atas dengan berkata kalau demikian halnya maka tidak perlulah kita bersusah payah berjaga malam beribadat membaca serta mempelajari al-Quran & al-Sunnah jika kebolehan sheikh yang mencapai darjat kekuasaan wali boleh membantu kita ke syurga. (Lihat petikan kitab di bawah)
Malahan, ia turut bercanggah dengan hadith sahih riwayat al-Bukhari & Muslim, yang mana orang yang masih hidup tidak mengetahui serta mendengar suasana & azab kubur si mati:
RIWAYAT AL-BUKHARI
إذا وضعت الجنازة فاحتملها الرجال على أعناقهم فإن كانت صالحة قالت قدموني وإن كانت غير صالحة قالت لأهلها يا ويلها أين يذهبون بها يسمع صوتها كل شيء إلا الإنسان ولو سمع الإنسان لصعق
Maksudnya: "Apabila jenazah dibawa & orang ramai mengusungnya di atas bahu mereka. Sekiranya jenazah itu baik, jenazah itu berkata: Segerakanlah aku. Sekiranya jenazah tidak baik, jenazah itu berkata kepada ahli keluarganya: celakalah jenazah ini. Ke mana mereka mahu pergi bersamanya. Setiap makhluk akan mendengar suara ini kecuali manusia. Kalaulah manusia mendengar, nescaya mereka akan terkejut pengsan." [al-Bukhari, Kitab al-Janaiz, hadis no: 1238]
RIWAYAT MUSLIM
إن هذه الأمة تبتلى في قبورها، فلولا أن لا تدافنوا لدعوت الله أن يسمعكم من عذاب القبر الذي أسمع منه
Maksudnya: "Sesungguhnya umat ini diazab di dalam kuburnya. Kalaulah ia tidak terlalu menakutkan kamu untuk mengkebumikan jenazah, sudah tentu aku berdoa kepada Allah SWT agar diperdengarkan bunyi azab kubur sebagaimana yang aku dengar darinya." [Muslim, Kitab al-Jannah, hadis no: 5116]
Sheikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin rahimahullah dalam Majmu’ Fatawa wa Rasail Ibn Uthaimin (482-483/8) berkata:
لو سمع الناس صراخ هؤلاء المعذبين، لكان الإيمان بعذاب القبر من باب الإيمان بالشهادة، لا من باب الإيمان بالغيب، وحينئذ تفوت مصلحة الامتحان، لأن الناس سوف يؤمنون بما شاهدوه قطعا، لكن إذا كان غائبا عنهم، ولم يعلموا به إلا عن طريق الخبر، صار من باب الإيمان بالغيب
Maksudnya: "Kalaulah manusia mendengar jeritan mayat yang diazab, maka sudah tentu beriman dengan azab kubur termasuk dalam bab beriman dengan perkara yang dapat dilihat & bukan beriman dengan perkara ghaib. Ini menyebabkan hilang objektif ujian (beriman dengan perkara ghaib) kerana manusia sudah tentu akan beriman dengan apa yang mereka saksikan. Akan tetapi jika itu perkara ghaib & mereka tidak memahami melainkan dengan jalan wahyu, maka jadilah ia beriman dengan perkara ghaib."
DISCLAIMER: Kisah di atas ini bukanlah mengisahkan sisi sebenar seorang sufi hakiki. Sufi sebenar tidak melakukan & menghikayatkan kisah seperti ini. Banyak kitab menerangkan sisi sebenar seorang sufi yang melazimi sunnah yang betul. Boleh dilihat di dalam Siyar karya al-Zahabi atau dalam kitab Mauqif A'immah al-Harakah al-Salafiyyah min al-Tasawwuf wa al-Sufiyyah: https://bit.ly/2REeVjh
No comments:
Post a Comment