Showing posts with label Karomah. Show all posts
Showing posts with label Karomah. Show all posts

Monday, 27 May 2019

Keramat Wali: Mengeluarkan Orang Dari Perut Buaya & Berjalan Di bawah 'Arash Allah Sambil Berbicara Dengan Allah

Al-Qadhi Yusuf al-Nabhani menukilkan kisah keramat wali sufi bernama Muhammad bin Ahmad al-Farghali mengeluarkan anak perempuan dari perut buaya.

وخطف التمساح بنت مخيمر النقيب فجاء وهو يبكي إلى الشيخ فقال له: اذهب إلى الموضع الذي خطفها منه، وناد بأعلى صوتك يا تمساح تعال كلم الفرغل فخرج التمساح من البحر، وطلع كالمركب، وهو ماش، والخلق بين يديه جارية يميناً وشمالا إلى أن وقف على باب الدار فأمر الشيخ رضي الله عنه الحداد بقلع جميع أسنانه، وأمره بلفظها من بطنه فلفظ البنت حية مدهوشة، وأخذ على التمساح العهد أن لا يعود يخطف أحداً من بلده ما دام يعيش، ورجع التمساح ودموعه تسيل حتى نزل البحر

Maksudnya:

"Seekor buaya telah menyambar anak perempuan ketua pemerah arak. Pemerah arak itu dalam keadaan menangis menemui al-Farghali (memberitahu hal tersebut)."

"Kata al-Farghali: Pergilah ke tempat di mana anakmu disambar oleh buaya itu dan serulah dengan suara tinggimu: wahai buaya kemarilah, ucap al-Farghali. Lalu buaya itu keluar dari laut, ia muncul seperti kapal saat ia berjalan. Orang ramai dihadapannya melarikan diri ke kanan dan kiri, sehinggalah buaya itu berhenti di hadapan pintu rumah."

"Al-Farghali menyuruh tukang besi mencabut kesemua gigi buaya itu, serta memerintahkan buaya mengeluarkan anak perempuan itu dari perutnya. Sang buaya mengeluarkan anak perempuan itu dan anak perempuan itu hidup dan keluar dalam keadaan kehairanan. Al-Farghali membuat perjanjian dengan buaya itu agar tidak lagi menyambar sesiapapun di negeri itu selama mana beliau (al-Farghali) masih hidup. Sang buaya kembali ke lautan dengan air matanya bercucuran."

Al-Farghali juga pernah berjalan dan berbicara dengan Allah di bawah 'ArashNya:

وكان رضي الله عنه يقول: كثيراً كنت أمشي بين يدي الله تعالى تحت العرش. وقال لي: كذا وقلت له: كذا فكذبه شخص من القضاة فدعا عليه بالخرس فخرس حتى مات، وكان آخر عمره مقعداً، ويتكلم على أخبار سائر الأقاليم من أطراف الأرض، ويبدلون له كل يوم

Maksudnya:

"Al-Farghali radiyallahu 'anhu berkata: Aku selalu berjalan di hadapan Allah Ta'ala di bawah 'Arash. Allah berkata padaku begitu begini dan aku pula berkata begitu begini. Salah seorang dari kalangan Qadhi mendustakan kisah al-Farghali dan beliau berdoa agar al-Farghali menjadi bisu. Doa itu dimakbulkan dan al-Farghali bisu sehingga dia mati. Pada akhir umurnya beliau lumpuh, beliau bercakap mengenai kisah-kisah dari seluruh pelosok dunia. Penduduk kawasan itu selalu membawanya satu tempat ke suatu tempat lain setiap hari."



Siapakah al-Qadhi Yusuf al-Nabhani? Kata al-Zirikli beliau adalah Yusuf bin Ismail bin Yusuf al-Nabhani [1265H-1350H], seorang penyair, penulis dan juga dari golongan berstatus qadhi. Kata al-Zirikli lagi:

خلط فيها الصالح بالطالح، وحمل على أعلام الإسلام، كابن تيمية وابن قيم الجوزية، حملات شعواء وتناول بمثلها الإمام الآلوسي المفسر، والشيخ محمد عبده والسيد جمال الدين الأفغاني وآخرين

Maksudnya:

"Karya-karyanya bercampuk aduk dengan yang elok dan tidak elok. ia digunakan untuk menyerang tokoh Islam seperti Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim al-Jawziyyah dengan serangan yang teramat garang, beliau juga turut menyerang tokoh tafsir seperti al-Imam al-Alusi, Sheikh Muhammad 'Abduh dan al-Sayyid Jamal al-Din al-Afghani serta ramai lagi."

Adalah teramat pelik seorang tokoh bertaraf qadhi seperti beliau meriwayatkan kisah ini TANPA sebarang komentar.

Wallahualam

عجائب وغرائب الصوفية
الصوفية في الميزان
أولياء الله وأولياء الشيطان

Saturday, 2 February 2019

Habib: Hisaplah Lidahku, Nescaya Akan Mewarisi Karomahku

  • Kitab ini ditulis oleh al-'Allāmah 'Abd al-Qādir bin Sheikh bin 'Abd Allah al-'Aīdarūs [wafat 1038H]. Kitab ini membicarakan manaqib atau biografi dan peribadi tokoh ahl al-bait sehingga tahun 900H ke atas.
  • Ketika membicarakan perihal al-Sheikh al-Kabīr al-Walī Shihāb al-Dīn Ahmad Ibn al-Sheikh 'Abd al-Rahmān bin al-Sheikh 'Alī bin al-Sheikh Abī Bakar Ba'alawī [wafat 946H], terdapat kisah beliau telah menyuruh cucunya al-Walīy al-Sālih al-Shahīr Yahya Khatīb supaya menghisap lidahnya!


Maksudnya: "Aku menemui datukku pada suatu hari ketika beliau masih hidup dan ketika itu aku berumur 7 tahun. Beliau memanggilku kemari. Lalu aku datang padanya dan kemudian beliau menjelirkan lidahnya seraya berkata padaku: hisaplah lidah ini! Maka aku menghisapnya untuk jangka masa yang panjang, kemudian beliau berkata padaku: wahai anakku, kamu adalah pewaris rahsiaku (karomahku)."


Antara karomah Shihāb al-Dīn Ahmad Ibn al-Sheikh adalah diceritakan beliau bertemu dengan Imam al-Ghazālī [wafat 505H] secara yaqazah (sedar) dan beliau menerima ijazah kitab dari Imam al-Ghazālī.


DISCLAIMER: Kisah di bawah ini bukanlah mengisahkan sisi sebenar seorang sufi hakiki. Sufi sebenar tidak melakukan & menghikayatkan kisah seperti ini. Banyak kitab menerangkan sisi sebenar seorang sufi yang melazimi sunnah yang betul. Boleh dilihat di dalam Siyar karya al-Zahabi atau dalam kitab Mauqif A'immah al-Harakah al-Salafiyyah min al-Tasawwuf wa al-Sufiyyah: https://bit.ly/2REeVjh

Tuesday, 29 January 2019

Habib Memindahkan Najis Dengan Jelingan Mata & Najis Menjadi Emas

Dalam kitab Tazkir al-Nas, karangan al-Habib Ahmad bin Hasan al-'Attas [wafat 1334H], ketika membicarakan bab "adab memasuki tandas" telah menyebut sebuah kisah ajaib najis dapat dipindahkan ke dalam perut orang lain dengan sekadar jelingan:

وقال رضي الله عنه: بلغنا أن السيد حاتم الأهدل كان حريصاً على مجلس الإخوان في الله، ويشق عليه فراقهم، وكان له مملوك أمَرَه أن يجلس بالباب، فإذا أراد أحد من إخوانه قضاء الحاجة والخلاء، نظر إلى ذلك العبد فينتقل الحدث إليه فيروح العبد إلى الخلاء وينوب عنه

Maksudnya: "Kata penulis RA: telah disampaikan kepada kami bahawasanya al-Sayyid Hatim al-Ahdal tersangat cermat mengendalikan majlis para pengikutnya sehingga jemaah itu sukar untuk terlerai. Beliau mempunyai hamba suruhan yang beliau perintahkan untuk berada (berjaga) di pintu, apabila ada salah seorang pengikutnya ingin membuang najis atau ke tandas, beliau menjeling kepada hamba itu tadi lalu najis pengikutnya itu dipindahkan kepada hamba itu. Maka hamba itu berlalu pergi membawa najis ke tandas dan membuang disitu sebagai ganti kepada pengikut dalam majlis itu."

  • Oleh kerana tidak mahu pengikutnya terlerai di dalam majlis ilmu disebabkan ingin ke tandas, al-Sayyid Hatim al-Ahdal hanya sekadar menjeling, lalu najis pengikutnya itu dipindahkan kepada hambanya seperti "bluetooth" dan hamba itu bertindak sebagai wakil untuk berak di tandas.


Najis Menjadi Ketulan Emas

Begitu juga kisah ajaib berlaku pada al-Habib Hadun bin Hud bin 'Ali bin Hasan al-'Attas dimana tahi beliau bertukas menjadi emas:

ووقع للحبيب هادون بن هود بن علي بن حسن العطاس: أنه لما زار المدينة المشرفة بات ليلة بالحرم، فتحركت عليه بطنه، وذهب ليخرج، فوجد الأبواب مقفلة، فراح إلى ناحية في أخريات الحرم، فوضع الخارج في ثوبه، فلما كان الصباح ذهب إلى خارج المدينة ليرميه، فإذا هو ذهب يتلألأ

Maksudnya: "Pernah terjadi pada al-Habib Hadun bin Hud bin 'Ali bin Hasan al-'Attas bahawasanya ketika mana beliau melawat kota Madinah beliau bermalam satu malam di Tanah Haram. Tiba-tiba perut beliau berkeroncong lalu beliau berlalu pergi untuk menunaikan hajatnya akan tetapi beliau dapati pintu di tempat beliau bermalam terkunci, lalu beliau berangkat ke satu sudut lain di Tanah Haram, di situ beliau memasukkan najis itu kedalam bajunya. Ketika fajar subuh menjelma, beliau menuju diluar kota Madinah untuk membuang najis itu, rupa-rupanya ia adalah emas yang berkilauan."

Keratan kitab Tazkir al-Nas yang merupakan himpunan kata-kata al-Habib al-'Arif bi Allah Ahmad bin Hasan al'Attas

Itulah 2 kisah aneh yang ada dalam kitab ini. Sebenarnya banyak lagi kisah-kisah aneh di dalam kitab ini mahupun kitab lain. Ia dimasukkan atas dasar kisah ini adalah karomah para masyaikh mereka walaupun matan kisah ini sangat mengarut dan batil.


DISCLAIMER: Kisah di atas ini bukanlah mengisahkan sisi sebenar seorang sufi/habaib hakiki. Habaib/Sufi sebenar tidak melakukan & menghikayatkan kisah seperti ini. Banyak kitab menerangkan sisi sebenar seorang sufi yang melazimi sunnah yang betul. Boleh dilihat di dalam Siyar karya al-Zahabi atau dalam kitab Mauqif A'immah al-Harakah al-Salafiyyah min al-Tasawwuf wa al-Sufiyyah: https://bit.ly/2REeVjh

Ibarat salaf لا يفسرها Merujuk Kepada لا يكيفها

Ramai mengatakan "mafhum" ibarat salaf (لا يفسرها) atau seumpamanya pada riwayat ayat sifat adalah indikasi mereka tidak menafsir...