Zaman Khilāfah Islāmiyyah dahulu, al-syurthah atau polis tidak hanya bertugas sebagai penjaga keamanan, malah mereka bekerja sebagai polis dalam hal ibadat umat Islam sebagaimana diarahkan oleh pemerintah. Dr. Nāsir al-Ansārī dalam buku beliau Tārīkh Anzimah al-Syurthah fī Misr mengatakan:
فقد جمع أصحاب الشرطة في معظم الولايات الإسلامية مع وظيفة استتباب الأمن، والأخذ على أيدي اللصوص والمفسدين، المحافظةَ على الآداب العامة؛ فقد أمر مزاحم بن خاقان والي مصر (253هـ) صاحب شرطته أزجور التركي بمنع النساء من التبرُّج أو زيارة المقابر، وضرب المخنثين ونَدَّابات الجنائز، كما اهتمَّ صاحب الشرطة بمنع الملاهي، ومحاربة الخمور
Maksudnya: "Pegawai polis telah dihimpunkan di kawasan utama wilayah Islam yang berfungsi untuk menjaga keamanan. Mereka juga digunakan untuk berhadapan para perompak dan orang yang melakukan kerosakan. Mereka juga bertugas memelihara tatasusila orang awam. Pada masa itu, Muzāhim bin Khāqān [wafat 253H] sebagai penguasa kota Mesir telah mengarahkan ketua polis Azjūr al-Turkī bagi melarang perempuan berhias atau menziarahi tanah perkuburan, memukul golongan al-mukhannithīn (lelaki yang menyerupai perempuan), golongan perempuan yang meratapi kematian, sebagaimana ketua polis merasakan ia penting seperti melarang berpoya-poya di tempat hiburan yang melalaikan dan memerangi arak yang memabukkan." [1]
Buku Dr. Nāsir al-Ansārī berjudul Tārīkh Anzimah al-Syurthah fī Misr dengan teks terjemahan di atas. |
Tugas Azjūr al-Turkī sebagai ketua polis bukan setakat itu sahaja, banyak arahan dan larangan yang dikeluarkan oleh beliau demi menjaga kesejahteraan orang ramai. Al-Kindī [wafat 355H] dalam karyanya berjudul al-Wulāh wa al-Qudhāh menyebut:
وأمر أزجور في ولايته على الشرط بمنع النساء من الحمامات والمقابر، وسجن المؤنثين والنوائح، ومنع من الجهر ببسم الله الرحمن الرحيم في الصلوات بالمسجد الجامع، وأمر الحسن بن الربيع إمام المسجد الجامع بتركها وذلك في رجب سنة ثلاث وخمسين، ولم يزل أهل مصر على الجهر بها في المسجد الجامع منذ الإسلام إلى أن منع منها أزجور، وأخذ أهل المسجد الجامع بتمام الصفوف، ووجه بذلك رجلا من العجم يكنى أبا داوه، فكان يقدم الناس من مؤخر المسجد بالسوط، وأمر أهل الحلق بتحويل وجوههم إلى القبلة قبل إقامة الصلاة، ومنع من المساند التي يستند إليها ، ومنع من الحصر التي يجعلها الناس لمجالسهم في المسجد، وأمر أن تصلى التراويح في شهر رمضان خمس تراويح ، ولم تزل أهل مصر يصلون ست تراويح حتى جعلها أزجور خمسا وذلك في شهر رمضان سنة ثلاث وخمسين ومائتين، ومنع أزجور من التثويب ، وأمر بالأذان يوم الجمعة في مؤخر المسجد.
Maksudnya: "Azjūr al-Turkī telah mengarahkan polis di wilayahnya supaya melarang perempuan di kawasan mandi awam dan tanah perkuburan, memenjarakan al-muannithīn (lelaki menyerupai perempuan) dan golongan perempuan yang meratapi kematian, melarang membaca basmalah (بسم الله الرحمن الرحيم) secara jahar ketika solat di masjid, memerintahkan al-Hasan bin al-Rabī' (imam masjid) meninggalkannya (bacaan basmalah secara jahar) dan begitulah yang berlaku pada bulan Rajab tahun 253H, penduduk Mesir berterusan membaca basmalah secara jahar semenjak kemunculan Islam kecuali setelah dilarang oleh Azjūr al-Turkī, beliau juga memerintahkan ahli masjid menyempurnakan saf, oleh itu beliau mengarahkan lelaki puak 'Ajam yang digelar Abū Dāwah supaya mendepankan orang yang berada saf akhir di masjid dengan menggunakan cemeti, beliau juga mengarahkan ahli halaqah ilmu supaya menukar arah ke qiblat sebelum iqamah solat, beliau juga turut melarang orang bersandar di tiang-tiang masjid, melarang juga duduk secara berkelompok yang selalu dilakukan orang ramai di masjid, beliau juga mengarahkan supaya solat tarawih pada bulan Ramadhan sebanyak 5 kali tarawih/rehat (20 rakaat), penduduk Mesir selalu solat 6 kali tarawih/rehat (24 rakaat) sehinggalah Azjūr al-Turkī menjadikannya 5 kali dan begitulah yang berlaku pada bulan Ramadhan tahun 253H. Beliau juga turut melarang al-tathwīb ketika azan subuh dan beliau mengarahkan azan solat Jumaat diadakan di belakang masjid." [2]
Kenapakah Polis Bertindak sedemikian?
Azjūr al-Turkī merupakan ketua polis yang mengikut arahan pemerintah iaitu Muzāhim bin Khāqān. Siapakah Muzāhim bin Khāqān? Kata al-Ziriklī [wafat 1396H] berkata:
Antara tindakan yang dilakukan oleh Azjūr al-Turkī pada zaman beliau dalam kitab al-Wulāh wa Kitāb al-Qudhāh |
Kenapakah Polis Bertindak sedemikian?
Azjūr al-Turkī merupakan ketua polis yang mengikut arahan pemerintah iaitu Muzāhim bin Khāqān. Siapakah Muzāhim bin Khāqān? Kata al-Ziriklī [wafat 1396H] berkata:
مزاحم بن خاقان بن عُرطوج (أو أرطوج) أبو الفوارس: قائد، من ولاة العباسيين. تركي الأصل، بغدادي المنشأ. أرسله المعتز العباسي في جيش كبير من العراق (سنة 252هـ) لإخماد ثورة نشبت في الإسكندرية على أمير مصر (يزيد بن عبد الله) فقدمها وقمع الثورة، فولاه المعتز إمرة الديار المصرية (سنة 253) وتتابعت في أيامه الفتن. وكان شديدا صلبا. وأبطل كثيرا من البدع وعاقب عليها. وتوفي بمصر وهو في الإمارة
Maksudnya: "Muzāhim bin Khāqān bin 'Urthūj (atau Urthūj) Abu al-Fawāris seorang panglima dari kerajaan 'Abbāsiyyah. Berasal dari Turkī, tinggal di Baghdād. Beliau diutuskan oleh pembesar 'Abbāsiyyah dalam satu gerombongan tentera dari 'Irāq pada tahun 252H untuk memerangi pemberontakan yang meletus di Iskandāriyyah di bawah pemerintah Mesir pada masa itu iaitu Yazīd bin `Abd Allah. Beliau berjaya meredakan pemberontakan tersebut. Selepas itu al-Mu'taz melantik beliau menjadi pemerintah Mesir pada 253H, dan berlakulah fitan yang dashyat semasa pemerintahannya. Beliau sangat keras dan tegas. Beliau telah banyak menghapuskan perkara bid'ah serta menghukumnya. Beliau wafat di Mesir ketika zaman pemerintahannya." [3]
- Maka jelas di sini bahawa perkara bid'ah yang berleluasa pada zaman itu memaksa beliau untuk bersifat keras dan tegas memeranginya. Oleh kerana itu Azjūr al-Turkī berkelakuan sedemikian.
Biografi Muzāhim bin Khāqān yang dicatatkan oleh al-Ziriklī. |
Jika dilihat segala kerja dilakukan oleh Azjūr al-Turkī dan anak buahnya, tugas mereka bukan setakat membendung jenayah, malah turut menjaga dari segi ibadat dan sebagainya. Alangkah indah jika polis di negara kita mempunyai sikap seperti ini.
Wallahu'alam.
RUJUKAN
[1] Dr. Nāsir al-Ansārī, Tārīkh Anzimah al-Syurthah fī Misr, Dār al-Syurūq, Cetakan tahun 1990, ms. 47.
[2] Al-Kindi, al-Wulāh wa Kitāb al-Qudhāh, Dār al-Kutub al-'Ilmiyyah, Cetakan tahun 2003, ms. 158.
[3] Al-Ziriklī, al-'Alām Qāmūs Tarājim li Ashhar al-Rijāl wa al-Nisā' min al-'Arab wa al-Musta'ribīn wa al-Mustashriqīn, Dār al-'Ilm al-Malāyīn, Cetakan tahun 2002, Juz. 7, ms. 211.
Wallahu'alam.
RUJUKAN
[1] Dr. Nāsir al-Ansārī, Tārīkh Anzimah al-Syurthah fī Misr, Dār al-Syurūq, Cetakan tahun 1990, ms. 47.
[2] Al-Kindi, al-Wulāh wa Kitāb al-Qudhāh, Dār al-Kutub al-'Ilmiyyah, Cetakan tahun 2003, ms. 158.
[3] Al-Ziriklī, al-'Alām Qāmūs Tarājim li Ashhar al-Rijāl wa al-Nisā' min al-'Arab wa al-Musta'ribīn wa al-Mustashriqīn, Dār al-'Ilm al-Malāyīn, Cetakan tahun 2002, Juz. 7, ms. 211.
No comments:
Post a Comment