Tuesday, 5 February 2019

Sulaimān 'Abd al-Malik Memotong Kemaluan al-Mukhannath?

Kisah ini ada disebut dalam al-Muntazam fī Tārīkh al-Mulūk wa al-Umam, sebuah kitab karangan Ibn al-Jawzī [wafat 597H]. Ia berlaku pada era Khilāfah Umawiyyah, di zaman pemerintahan Sulaimān bin 'Abd al-Malik [wafat 99H]. Adakah benar kejadian tersebut berlaku? Di bawah adalah sanad yang dinukilkan oleh Ibn al-Jawzī dalam kitabnya:


أخبرنا ابن ناصر الحافظ، قال: أخبرنا ثابت بن بندار، وأحمد بن علي بن سوار، وأبو الفضل محمد بن عبد الله الناقد، قالوا: أخبرنا أبو الحسين محمد بن عبد الواحد بن رزقه، قال: أخبرنا أبو سعيد الحسن بن عبد الله السيرافي، قال  حدثني محمد بن يحيى، عن معن بن عبد الرحمن بن أبي الزناد، عن أبيه، قال

Kitab Ibn al-Jawzī berjudul al-Muntazam fī Tārīkh al-Mulūk wa al-Umam



Manakala Ibn Kathīr [wafat 774H] di dalam al-Bidāyah wa al-Nihāyah turut menyebut kisah ini tanpa sanad yang jelas akan tindakan yang dilakukan oleh Sulaimān bin `Abd al-Malik:


وفي رواية أنه خصى أحدهم، ثمّ سأل عن أصل الغناء فقيل، فكتب إلى عامله بها وهو أبو بكر بن محمد بن حزم يأمره أن يخصي من عنده من المغنين المخنثين



Maksudnya: "Sulaimān bin 'Abd al-Malik telah mengasikan (memotong kemaluan) salah seorang dari kalangan mereka, kemudian beliau bertanya akan asal usul al-ghinā' (nyanyian) itu lalu dikatakan ia berasal dari kota Madinah. Maka beliau telah menulis surat kepada 'amilnya iaitu Abū Bakar bin Muhammad bin Hazm supaya mengasikan sesiapa dari kalangan al-mukhannath (lelaki menyerupai perempuan) yang bernyanyi." (lihat petikan kitab di bawah)





SENARAI PERAWI


  1. Ibn Nāsir al-Hafiz [wafat 550H]
  2. Tsābit bin Bandār [wafat 498H]
  3. Ahmad bin 'Ali bin Siwār [wafat 496H]
  4. Abū al-Fadhl Muhammad bin 'Abd Allah al-Nāqid [wafat 497H]
  5. Abū al-Husain Muhammad bin 'Abd al-Wāhid bin Rizqah
  6. Abū Said al-Hasan bin 'Abd Allah al-Sīrāfī [wafat 368H]
  7. Muhammad bin Yahya
  8. Ma'n bin 'Abd al-Rahmān bin Abi al-Zinād, dari bapanya.


Di dalam 8 perawi dalam riwayat ini, ada 4 perawi yang bermasalah sebagaimana bertanda merah di atas:



Abu al-Fadhl Muhammad bin 'Abd Allah al-Nāqid [wafat 497H]
Nama penuh beliau Muhammad bin 'Abd Allah bin Muhammad, Abū al-Fadhl al-Baghdādī al-Nāqid al-Simsārī. Kata al-Zahabī [wafat 748H] di dalam Tārīkh al-Islām wa Wafayāt al-Masyāhir al-'Alām bahawa beliau adalah Syiah. Umum mengetahui bahawa Syiah amat membenci Khilāfah Umawiyyah. Justeru riwayat dari beliau mengenai kisah buruk ini tertolak. (lihat petikan kitab di bawah)




Manakala Abū al-Husain Muhammad bin 'Abd al-Wāhid bin Rizqah, Muhammad bin Yahya dan Ma'n bin 'Abd al-Rahmān bin Abi al-Zinād, dari bapanya TIDAK DITEMUI TERJEMAHAN LENGKAP mengenai mereka. Dapat disimpulkan mereka adalah perawi majhul.



KESIMPULAN

Kisah ini TIDAK SAHIH kerana ia melibatkan keperibadian Sulaimān bin 'Abd al-Malik yang mulia dan baik di mata masyarakat pada ketika itu. Al-Tabarī [wafat 310H] telah menukilkan kata-kata mereka dalam Tarīkh al-Tabarī:


كان الناس يقولون: سُلَيْمَان مفتاح الخير، ذهب عنهم الحجاج، فولي سُلَيْمَان، فأطلق الأسارى، وخلى أهل السجون، وأحسن إلى الناس، واستخلف عمر بن عبد العزيز


Maksudnya: "Ramai orang berkata Sulaimān adalah kunci kebaikan. Selepas belalunya zaman pemerintahan al-Hajjāj, maka  Sulaimān telah ditauliahkan sebagai khalifah dan beliau telah membebaskan tahanan perang, banduan penjara dan berbuat baik kepada orang ramai, dan beliau juga turut melantik `Umar bin 'Abd al-'Azīz (sebagai penggantinya)." (lihat petikan kitab di bawah)



Imam al-Suyūthī [wafat 911H] turut memuji beliau di dalam Tarīkh al-Khulafa':


ومن محاسنه: أن عمر بن العزيز كان له كالوزير، فكان يمتثل أوامره في الخير، فعزل عمال الحجاج، وأخرج من كان في سجن العراق وأحيا الصلاة لأول مواقيتها، وكان بنو أمية أماتوها بالتأخير. قال ابن سيرين: يرحم الله سليمان افتتح خلافته بإحيائه الصلاة لمواقيتها، واختتمها باستخلافه عمر بن عبد العزيز


Maksudnya: "Antara kebaikan-kebaikan Sulaimān ialah bahawasanya 'Umar bin 'Abd al-'Azīz baginya seperti wazir (semasa hayatnya), dan beliau (Sulaimān) menyerupai 'Umar bin 'Abd al-'Azīz pada perkara-perkara kebaikan, menjauhkan diri dari amalan-amalan al-Hajjāj, melepaskan tahanan penjara di 'Iraq, menghidupkan solat di awal waktunya, kerana Bani Umayyah pada ketika itu mematikannya (iaitu melambatkan solat). Kata Ibn Sīrīn: moga Allah merahmati  Sulaimān. Beliau telah memulakan pemerintahannya dengan menghidupkan solat pada waktunya dan beliau mengakhirinya dengan melantik 'Umar bin 'Abd al-'Azīz (sebagai penggantinya)." (lihat petikan kitab di bawah)




Ahmad Subhi Mansur, seorang pakar sejarawan dan juga Quranist turut mengkritik dari SUDUT PERADABAN akan kisah ini. Kata beliau, mengasi/membuang kemaluan tidak dikenali pada zaman Umawiyyah:

فلم يكن العقاب بالخصاء معروفا فى العصر الأموى، ولم يكن الخصيان معروفين وقتها. أصبح هذا وذاك معروفا ومألوفا فى العصر العباسى الثانى، ثم انتشر وازدهر فى العصرين المملوكى والعثمانى أى إن ابن الجوزى فى روايته الوهمية تلك قد عاقب المطرب المغنى بعقوبة لم يكن يعرفها عصر سليمان بن عبد الملك، بل لم يعرفها سفاح بنى أمية وهو الحجاج بن يوسف قبل سليمان


Maksudnya: "Hukuman mengasi/membuang kemaluan belum pernah dikenali pada zaman Umawiyyah, dan mengasi/membuang kemaluan tidaklah pula terkenal pada waktu itu. Mengasi/membuang kemaluan ini muncul, terkenal dan biasa diamalkan pada zaman `Abbāsiyyah ke-2, kemudian tersebar dan berkembang pada dua zaman iaitu al-Mamlūkiyyah dan al-`Uthmāniyyah. Ibn al-Jawzī telah tersalah akan riwayatnya mengenai hukuman terhadap penyanyi dengan hukuman yang belum pernah dikenali pada zaman Sulaimān bin `Abd al-Malik, bahkan belum pernah dikenali pada zaman pertumpahan darah Banī Umayyah sebelum Sulaimān iaitu pada zaman al-Hajjāj bin Yūsuf al-Saqafī."

Ini jelas menunjukkan hatta pada zaman al-Hajjāj yang keras dan bengis pada rakyat pun tiada hukuman sedemikian dilakukan pada orang ramai, mana mungkin ia dilakukan pada zaman Sulaimān yang baik pada rakyat dizamannya?

Ahmad Subhi Mansur turut menambah:

ونعرف إن سليمان قد اكتسب شهرته من الرفق بالناس ونشر الأمن والعفو فكيف لمن كان بمثل هذا الرفق ب (الرعية) أن يأمر بخصى رجل لمجرد أن يغنى وحيدا فى ناحية من المعسكر؟ لو حتى إفترضنا أن سليمان قد نهى عن الغناء فعصاه هذا الرجل فلا نتصور فى شخصية مثل سليمان يسمع نصائح عمر بن عبد العزيز أن يعاقب هذا العاصى بتلك العقوبة التى لم تكن مألوفة وقتها

Maksudnya: "Kita tahu bahawa Sulaimān telah mencapai kemasyhuran kerana keramahannya dengan orang ramai, menyebarkan keamanan dan seorang yang pemaaf, lalu bagaimana seorang yang melakukan kebaikan kepada rakyat telah memerintahkan untuk mengasi/membuang kemaluan lelaki disebabkan beliau menyanyi berseorangan di salah satu tempat perkhemahan? Kalaulah kita kata Sulaiman telah melarang sebarang nyanyian dan lelaki itu telah melakukan kesalahan maka kita tidak dapat gambarkan peribadi  Sulaimān yang mendengar nasihat-nasihat `Umar bin `Abd al-`Aziz untuk menghukum pesalah itu dengan hukuman itu yang belum pernah biasa dilakukan pada waktu itu."


Ini jelas menunjukkan adalah tidak logik Sulaimān melakukan sedemikian disaat 'Umar bin 'Abd al-'Azīz yang menjadi tulang belakang menasihati beliau pada perkara kebaikan, melakukan kekejaman dengan memotong kemaluan itu.

Ibn al-Athīr [wafat 630H] juga merupakan pakar ilmuan sejarah berprolifik selepas Ibn al-Jawzī, tetapi beliau tidak menyebut kisah mengasi/membuang kemaluan itu di dalam kitabnya. Kata Ahmad Subhi Mansur:

هذا المؤرخ العظيم ابن الأثير مولود عام 555 وقد مات عام 630، أى كان شابا وقت أن كان ابن الجوزى فى قمة شهرته العلمية، وكان عمره 42 سنة عند موت ابن الجوزى، ومع ذلك جاء تاريخه (الكامل) أكثر دقة ومصداقية من الشيخ الامام ابن الجوزى. ولقد نقل ابن الأثير احداث عصر الخليفة الأموى سليمان بن عبد الملك عمن سبقه من المؤرخين. ولكنه أهمل تلك الحادثة، مما يدل على عدم أقتناعه بها

Maksudnya: "Ilmuan sejarah terkenal iaitu Ibn al-Athīr yang dilahirkan pada tahun 555H dan wafat pada tahun 630H adalah seorang pemuda ketika zaman kemuncak kemasyhuran ilmu Ibn al-Jawzi. Umur Ibn al-Athīr pada waktu itu ialah 42 tahun ketika wafatnya Ibn al-Jawzi, dan pada waktu itulah telah muncul kitab al-Kāmil yang lebih terperinci, kritis dan berkredibiliti berbanding karya Imam Ibn al-Jawzi. Ibn al-Athīr telah menukilkan kisah-kisah pada zaman Khalifah `Umawiyyah iaitu Sulaimān bin `Abd al-Malik dari ilmuan sejarah yang terdahulu. Akan tetapi beliau mengabaikan kisah ini yang menunjukkan bahawa beliau tidak percaya dan tidak berpuas hati akan kisahnya."


Ahmad Subhi Mansur turut mengkritik dari segi matan iaitu soalan tidak logik seperti dari manakah asal al-ghinā' dan di manakah ia banyak berlaku ((أين أصله؟ وأكثر ما يكون؟)) yang disoalkan oleh Sulaimān mengenai  al-ghinā', sedangkan al-ghinā' amat popular di Madinah selepas zaman Yazid bin Mu'āwiyah (26H-64H). Kata beliau:

 إن سليمان لم يكن يعرف وقتها بشهرة المدينة بأرباب الغناء حتى يسأل هذا السؤال. لقد كان معروفا أن سياسة الأمويين بعد عصر يزيد بن معاوية هو إلهاء أبناء وأحفاد كبار الصحابة فى المدينة بالغناء والمجون حتى لا تتكرر ثوراتهم. فأغرقوا المدينة بالأموال وبالجوارى وشعراء المجون وأرباب الغناء من الرجال والنساء

Maksudnya: "Bahawasanya Sulaimān tidak tahu pada waktu itu Madinah amat popular dengan pemujaan al-ghinā' sehingga beliau bertanya soalan: (أين أصله؟ وأكثر ما يكون؟). Pemerintahan kerajaan Umawiyyah selepas zaman Yazid bin Mu`āwiyah telah melalaikan penduduk dan para kibar sahabat di Madinah dengan al-ghinā' dan perkara melalaikan sehingga kemunculan perkara ini berulang-ulang. Mereka membanjiri Madinah dengan harta benda, perhambaan, syair, perkara melalaikan dan pemujaan al-ghinā'  dari kalangan lelaki dan perempuan."

NOTA: Kritikan penuh dari Ahmad Subhi Mansur mengenai kisah di atas boleh dilihat di sini


Justeru, kemunculan al-ghinā' sejak dari tahun 26H-64H, manakala pemerintahan Sulaimān dari 96H-99H. Ini jelas menunjukkan al-ghinā' sudah lama muncul. Adalah mustahil beliau tidak tahu mengenainya. Maka perkara penting di sini jelas:


  • Kisah ini jelas tidak sahih dari segi sanad, matan, status tokoh dan keadaan zaman tersebut yang mana ada banyak kecacatan dan keraguan sebagaimana diterangkan diatas.
  • Walaupun Ibn al-Jawzī membawakan sanad kisah di atas, ia adalah sesuatu yang janggal kerana ia hanya diriwayatkan oleh beliau sahaja secara bersendirian. Tambahan pula, ilmuan sejarah lain sebelumnya yang tsiqah tidak menukilkan kisah itu sepertinya. Begitu juga ulama selepasnya seperti al-Athīr dan Ibn Kathīr, masing-masing meriwayatkan sighah tamrīdh.
  • Walaupun Ahmad Subhi Mansur seorang anti hadith dan quranist yang mana banyak pandangan beliau untuk menyerang ahl al-athār atau golongan muhaddithin iaitu Ibn al-Jawzī dalam kes ini, perlu diingatkan juga beliau merupakan tokoh sirah tamadun Islam yang terkenal dan kita tidak boleh menolak hasil dapatan beliau yang kritis ini demi membela tokoh seperti Sulaimān bin 'Abd al-Malik yang berperibadi elok. Adapun mengenai fikrah anti hadith beliau itu perlu ditolak sewajarnya.



Wallahu'alam


#LajnahBuhuthMakanKeliling
#LGBT #BAPUK #PONDAN

No comments:

Post a Comment

Ibarat salaf لا يفسرها Merujuk Kepada لا يكيفها

Ramai mengatakan "mafhum" ibarat salaf (لا يفسرها) atau seumpamanya pada riwayat ayat sifat adalah indikasi mereka tidak menafsir...