Sunday, 3 February 2019

Imām Jalāl al-Dīn al-Suyūtī al-Syāfi'ī Membenci Ilmu Mantiq & Kalam

Tokoh al-Asyā'irah, pakar turuq & firaq mutakhir Dr. 'Alī Sāmī al-Nasyār [wafat 1400H] ketika mentahqiq kitab Saun al-Mantiq wa al-Kalām 'an Fann al-Mantiq wa al-Kalām karya Jalāl al-Dīn al-Suyūtī [wafat 911H] menukilkan kalam beliau pada muqaddimah kitab:

وقد كنت في مبادئ الطلب قرأت شيئا في علم المنطق، ثم ألقى الله كراهته في قلبي، وسمعت أن ابن الصلاح أفتى بتحريمه، فتركته بذلك، فعوضني الله تعالى عنه علم الحديث الذي هو أشرف العلوم

Maksudnya: "Ketika seawal pembelajaranku aku telah membaca sesuatu mengenai ilmu mantiq, kemudian Allah melemparkan kebenciannya pada hatiku, dan aku pernah mendengar Ibn al-Salāh berfatwa akan keharamannya, atas sebab itu aku tinggalkannya, lalu Allah Ta'ala gantikanku dengan ilmu hadith yang merupakan semulia ilmu."

Kata pentahqiq kitab Su'ād 'Alī 'Abd al-Rāziq yang juga murid kepada Dr. 'Alī Sāmī al-Nasyār berkata:

وكان الكلام يستند على العقل ويخوض في المسائل الإلهية ويخلط فلسفة اليونان بعقائد المسلمين. ورأى أهل الفقه من ناحية وأهل الحديث من ناحية أخرى أن هذا الكلام المستند على هوى العقل قد أفسد الحياة الإسلامية وفرق المسلمين فرقا وشيعا، فشغلوا به عن كل شيء وما أجمل عبارة إمام دار الهجرة (مالك بن أناس) والتي أوردها السيوطي: والكلام في الدين أكرهه. ولا أحب الكلام إلا فيما تحته عمل

Maksudnya: "Ilmu kalam bersandarkan akal memcelup masuk permasalahan ilahiyyah serta mencampur aduk Falsafah Yunani dengan akidah orang Islam. Dari sudut pandangan fiqh dan ahl al-hadith pula, ilmu kalam ini berlunaskan hawa nafsu akal telah merosakkan kehidupan Islam dan memecahkan orang Islam berpuak-puak dan mereka menyibukkan diri dengannya setiap sesuatu. Betapa cantik ibarat ucapan Imam Dār al-Hijrah (Mālik bin Anas) yang diungkapkan oleh al-Suyūtī: Aku membenci ilmu kalam di dalam agama dan tidaklah aku membenci ilmu kalam kecuali di bawahnya ada amalan."



Maksud Imam Malik akan ucapan (فيما تحته عمل) adalah perkara mubah (مباح) dan masyruk (مشروع) disisinya dan juga ulama di negerinya. Ini kerana ulama di negerinya menafikan dan melarang ilmu kalam seperti apa yang dibawa oleh Jahm bin Safwan, al-Qadariyyah dan lain-lain. (lihat petikan kitab di bawah)



Sungguhpun terdapat isu pada penisbahan sebenar kitab ini pada Imam al-Suyūtī, Dr. 'Alī Sāmī al-Nasyār membuat kesimpulan bahawa ia adalah kitab al-Suyūtī berdasarkan ikrar Hajī Khalīfah [wafat 1068H], seorang sejarawan 'Uthmāniyyah yang tsiqah dalam karya beliau Kasyf al-Zunūn, serta uslub yang digunakan di dalam kitab ini adalah uslub ahl al-hadith.

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment

Ibarat salaf لا يفسرها Merujuk Kepada لا يكيفها

Ramai mengatakan "mafhum" ibarat salaf (لا يفسرها) atau seumpamanya pada riwayat ayat sifat adalah indikasi mereka tidak menafsir...