Saturday, 29 June 2019

Ithbat Sifat & Zat Allah Tidak Bermaksud Tashbih

Ramai orang yang baru berjinak dengan al-Asma' wa al-Sifat keliru apabila mengithbat sifat Allah, mereka mengatakan perbuatan itu adalah tashbih sifat Allah kepada makhluknya. Adakah ia benar?

Cuba lihat ucapan Imam al-Qawwam al-Sunnah Abu al-Qasim al-Asfahani [wafat 535H]. Beliau sendiri mengatakan ithbat itu tidak menjadikan tashbih:

قال أهل السنة: نصف الله بما وصف به نفسه، ونؤمن بذلك إذ كان طريق الشرع الاتباع لا الابتداع، مع تحقيقنا أن صفاته لا يشبهها صفات، وذاته لا يشبهها ذات، وقد نفى الله تعالى عن نفسه التشبيه بقوله: {ليس كمثله شيء}. فمن شبه الله بخلقه فقد كفر، وأثبت لنفسه صفات فقال {وهو السميع البصير}. وليس في إثبات الصفات ما يفضي إلى التشبيه، كما أنه ليس في إثبات الذات ما يفضي إلى التشبيه، وفي قوله: {ليس كمثله شيء} دليل على أنه ليس كذاته ذات، ولا كصفاته صفات


Maksudnya: "Kata Ahlussunnah: Kami menyifatkan dengan apa yang Allah sifatkan dirinya, dan kami beriman dengan perkara itu kerana sesunguhnya jalan syarak adalah ittiba' (mengikut) bukan ibtida' (mengada-adakan), dengan kami menyakini bahawa sifat-sifatNya itu tidak menyerupai sifat-sifat (makhluk), dan zat-zatNya itu tidak menyerupai zat-zat (makhluk). Allah Ta'ala telah menafikan dirinya sendiri dari tashbih melalui firmanNya: {ليس كمثله شيء}. Barang siapa yang menyerupakan Allah dengan ciptaanNya maka dia telah kafir. Allah telah mengithbatkan dirinya sendiri dengan sifat-sifatNya dengan berfirman: {وهو السميع البصير}. Dan bukanlah mengithbatkan sifat-sifat Allah itu menjadi tashbih, sebagaimana juga bukanlah mengithbatkan zat-zat Allah itu menjadi tashbih. Pada firman Allah {ليس كمثله شيء} adalah dalil bahawa zat-zat Allah itu tidak sama seperti zat-zat makhlukNya, tidak juga sifat-sifatNya sama seperti sifat-sifat makhlukNya."

Al-Hujjah fi Bayan al-Mahajjah wa-Sharh `Aqidah Ahl al-Sunnah wa-al-Jama`ah


Kesimpulan:
  • Mengithbat sifat Allah sebagaimana Allah sifatkan diriNya tidak bermaksud tashbih kerana Allah telah menafikan diriNya sama seperti makhluk melalui ayat {ليس كمثله شيء}.
  • Jika ia adalah tashbih, sudah tentu para ulama salaf seperti Abu al-Qasim al-Asfahani tidak berkata sedemikian. 

No comments:

Post a Comment

Ibarat salaf لا يفسرها Merujuk Kepada لا يكيفها

Ramai mengatakan "mafhum" ibarat salaf (لا يفسرها) atau seumpamanya pada riwayat ayat sifat adalah indikasi mereka tidak menafsir...