"Hanya Wahhabi yang kata bid'ah menziarahi kubur pada Hari Raya. Tiada ulama yang kata ia bid'ah."
Jika ucapan di atas disandarkan kepada Wahhabi, yang kononnya diasaskan oleh Muhammad Ibn 'Abd al-Wahhab [wafat 1206H], maka si fulan perlu menyemak kembali adakah benar tiada ulama membid'ahkan amalan menziarahi kubur pada Hari Raya, sebelum gerakan Wahhabi dilancarkan?
- Ibn al-Haj al-Maliki [wafat 737H]
انظر رحمنا الله تعالى وإياك إلى مكيدة إبليس اللعين كيف يتبع السنن واحدة واحدة ويلقي لمن يقبل منه وسوسته حججا لترك تلك السنة واستعمال غيرها بما يظهر لهم أنه عبادة وهو في الباطن محرم بين، أو بدعة بينة، يرى ذلك ويعلمه من له نور
Maksudnya: "Lihatlah (moga Allah mengasihi kami dan kamu) akan tipu daya iblis terkutuk bagaimana mereka (iblis) mengikuti sunnah satu-persatu dan melemparkan was-was sebagai hujah terhadap orang yang ingin mengamalkan sunnah, agar mereka (manusia) meninggalkan sunnah serta mengamalkan selainnya, kerana bagi mereka secara zahirnya ia adalah ibadat, walhal secara batinnya ia haram yang jelas, atau bid'ah yang jelas. Itulah hakikatnya dan hanya orang yang mempunyai nur mengetahuinya."
Kata Ibn al-Haj, sunnah selepas solat hari raya ialah bersegera pulang menemui ahli keluarga atau jiran tetangga ketika 'Aid al-Fitr, atau bersegera menyembelih binatang sembelihan ketika 'Aid al-Adha:
ألا ترى أن السنة قد وردت في العيد بإسراع الأوبة بعد الصلاة إلى الأهل، وما ذاك إلا لقطع تشوف الأهل لورود صاحب البيت وذكاة الأضحية إن كانت واجتماعهم وفرحهم بذلك في ذلك اليوم
Maksudnya: "Tidakkah kamu lihat bahawasanya telah tercatat sunnah pada hari raya untuk bersegera kembali kepada tetangga selepas solat? Ia tidak lain untuk memastikan kesediaan menerima ketibaan tetangga (pada hari 'Aid al-Fitr) dan menyembelih binatang sembelihan (pada hari 'Aid al-Adha). Berhimpun dan bergembiralah mereka pada hari tersebut."
Kata Ibn al-Haj, adalah sifat iblis menipu manusia sehingga manusia menganggap menziarahi kubur selepas solat hari raya adalah ibadah atau sunnah:
ومن عادته الذميمة أنه لا يأمر بترك سنة حتى يعوض لهم عنها شيئا يخيل إليهم أنه قربة
Maksudnya: "Dan diantara adat kebiasaan tercela iblis/syaitan ialah ia tidak menyuruh meninggalkan sunnah, sehinggalah ia menggantikan untuk mereka (manusia) sesuatu amalan dan mengaburi mereka bahawa ia adalah qurbah (amalan yang mendekatkan diri pada Allah)."
Iblis telah mengubah pemikiran manusia dengan mengatakan menziarahi kuburan pada hari tersebut adalah amalan baik (sunnah) dan menambah kecintaan pada si mati:
عوض لهم عن سرعة الأوبة زيارة القبور قبل أن يرجعوا إلى أهليهم يوم العيد وزين لهم ذلك وأراهم أن زيارة الأقارب من الموتى في ذلك اليوم من باب البر وزيادة الود لهم وأنه من قوة التفجع عليهم، إذ فقدهم في مثل هذا العيد، وفي زيارة القبور في غير هذا اليوم من البدع، والمحرمات ما تقدم ذكره في زيارة القبور
Maksudnya: "(Iblis) telah menggantikan (amalan) untuk mereka agar segera menziarahi kuburan sebelum mereka pulang menemui ahli tetangga pada hari raya dan iblis telah mencantikkan amalan tersebut (sehingga) manusia merasakan amalan menziarahi kuburan saudara-mara yang telah mati pada hari tersebut sejenis amalan kebaikan, menambah kecintaan pada si mati kerana ia suatu ketekadan dialami oleh mereka (yang mana jika ditinggalkan) mereka tidak mendapat manfaat pada hari raya ini, (seakan) menziarahi kuburan selain pada hari raya ini adalah bid'ah, dan ia antara perkara-perkara haram sebagaimana telah dikemukakan mengenai ziarah kuburan."
Kata Ibn al-Haj, ia menjadi makruh dan haram. Makruh apabila meninggalkan sunnah, iaitu melewatkan diri untuk tidak segera pulang menziarahi keluarga dan tetangga. Ia juga menjadi haram kerana pada hari raya lazimnya perempuan akan memakai pakaian tercantik dan berhias menonjolkan diri di kawasan perkuburan untuk tatapan orang ramai.
Kata Ibn al-Haj, ia menjadi makruh dan haram. Makruh apabila meninggalkan sunnah, iaitu melewatkan diri untuk tidak segera pulang menziarahi keluarga dan tetangga. Ia juga menjadi haram kerana pada hari raya lazimnya perempuan akan memakai pakaian tercantik dan berhias menonjolkan diri di kawasan perkuburan untuk tatapan orang ramai.
فكيف به في هذا اليوم الذي فيه النساء يلبسن ويتحلين ابتداء، ويتجملن فيه بغاية الزينة مع عدم الخروج فكيف بهن في الخروج في هذا اليوم فتراهن يوم العيد على القبور متكشفات قد خلعن جلباب الحياء عنهن، فبدل لهم موضع السنة محرما ومكروها، فالمكروه في كونه أخرهم عن سرعة الأوبة إلى الأهل؛ لأنها السنة كما تقدم، والمحرم ما يشاهد الزائر من أحوالهن في المقابر على الصفة المذمومة المتقدمة، ثم انظر رحمنا الله وإياك إلى هذه المفاسد المذكورة كلها لم يقنع الشيطان
Maksudnya: "Bagaimanakah halnya pada hari ini perempuan berpakaian dan berhias, awalnya mencantikkan diri mereka dengan perhiasan paling cantik tanpa menonjolkan diri mereka. Tetapi kenapa pada hari raya mereka keluar mendedahkan diri di kuburan, menanggalkan rasa malu dari diri mereka? Syaitan telah mengubah untuk mereka tempat sunnah sebagai haram dan makruh. Makruh - melewatkan diri dari bersegera pulang menziarahi tetangga, kerana ia sunnah sebagaimana telah disebutkan. Haram - apa yang disaksikan oleh penziarah kubur akan keadaaan perempuan dikawasan perkuburan atas sifat tercela sebagaimana telah disebutkan. Lihatlah (moga Allah mengasihi kami dan kamu) akan perkara mafsadah yang disebutkan tadi, setiap perkara itu masih belum memuaskan syaitan."
Ibn al-Haj juga turut mengatakan ia adalah fitan yang menimpa ramai manusia. Alim-ulama hanya mendiamkan diri. Mereka sekadar manasihati tetapi tidak mengingkari perbuatan tersebut:
وقد يفتتن بهن كثير من الناس، ويسكت لهن العالم وغيره ويعظونهن ولا ينكرون عليهن ذلك فإنا لله وإنا إليه راجعون
Maksudnya: "Ramai orang telah ditimpa fitan (akan perbuatan perempuan tersebut), orang alim dan lain-lain berdiam diri akan perbuatan itu. Mereka menasihati perempuan tersebut tetapi tidak mengingkari akan perbuatan perempuan tersebut. Inna lillahi wa Inna Ilaihi Raji'un."
![]() |
| Kitab Ibn al-Haj al-Maliki yang membicarakan perkara bid'ah yang menular pada zamannya. |
- Muhammad 'Abd al-Salam al-Nasiri [wafat 1239H]
Ulama Maghribi ini berkata dalam kitabnya al-Mazaya fima Hadatha min al-Bid'i Bi Ummi al-Zawaya:
نص الفقهاء على أن زيارة القبور يوم العيد مكروهة، لأن العيد يوم سرور للمسلمين، وزيارة القبور تتنافى السرور المطلوب، لأن رؤيتها تورث الحزن
Maksudnya: "Para fuqaha telah mencatatkan bahawasanya menziarahi kuburan pada hari raya adalah makruh, kerana hari raya hari untuk bergembira bagi orang Islam, (manakala) menziarahi kuburan menidakkan kegembiraan yang dituntut (dalam Islam), kerana menyaksikan (menziarahi) perkuburan itu menyebabkan kesedihan."
- Abu al-'Abbas al-Wansharisi [834H-914H]
Kata ulama Algeria bermazhab Maliki ini di dalam kitabnya al-Mi'yar al-Mu'rib:
تخصيص زيارة قبور القرابات في الأعياد بــدعـــة عظيمة إن كان الاعتقاد أن في ذلك اليوم زيادة على غيره من الأيام وان كان لتفرغه ذلك اليوم من اشغاله فوجد فرغة فلا باس بدلك نص عليه القاضي أبو الوليد بن رشد في "جامع البيان" في زيارة القرابة الأحياء في الأعياد وكذلك الأموات
Maksudnya: "Mengkhususkan ziarah kubur kaum kerabat pada hari perayaan adalah bid'ah besar sekiranya mempercayai ia menambah (sesuatu yang baik) ke dalam agama berbanding hari-hari lain. Sekiranya pada hari itu beliau berkelapangan maka tidak mengapa beliau menziarahi kuburan sebagaimana dicatatkan oleh al-Qadhi Abu al-Walid bin Rushd dalam kitab "Jami' al-Bayan" mengenai ziarah kaum kerabat yang masih hidup dan mati pada hari raya."

No comments:
Post a Comment