- Kata Ibn Khumaīr al-Sabtīy [wafat 614H] dalam kitabnya Muqaddimāt al-Marāsyid ila 'Ilm al-'Aqā'id, riwayat yang mengatakan Imam al-Syāfi'i rahimahullah pernah mencela ilmu kalam kemungkinan besar beliau tidak berkata demikian.
- SEKIRANYA SAHIH dari beliau, celaan itu khusus untuk golongan mubtadi' mutakallimīn seperti Hafs al-Fard, al-Ju'al al-Kāghadī, Syaitān al-Tāq, Ghailān al-Dimashq, Wāsil bin 'Atā' al-Ghazzāl, al-Ja'd bin Dirham, 'Amru bin 'Ubaīd dan Ma'bad al-Juhanī.
- Ibn Khumaīr al-Sabtīy turut berkata mana mungkin Imam al-Syāfi'i mencela ilmu kalam sedangkan beliau turut menulis kitab mengenai ilmu kalam bagi menjawab golongan atheis dan juga kaum al-Barāhimah.
- Begitu juga Imam Abū Hanīfah rahimahullah yang menulis kitab al-'Ālim wa al-Muta'allim bagi membidas golongan ahli hawa dan juga Imam Mālik yang turut mempelajari ilmu kalam selama 15 tahun dari Ibn Hurmuz.
Keratan kitab Ibn Khumaīr al-Sabtīy
No comments:
Post a Comment