Penulis Pro-Syiah Bintang Kartika berkata pada status Facebook beliau:
“Bagaimana Imam Bukhari boleh berguru dengan seorang yang ghuluw? Bagaimana Sunnah boleh mempercayai Bukhari sedangkan gurunya ghuluw? Malah Imam-Imam hadis lain turut mengambil periwayatan Khalid dengan banyaknya.”
Komen beliau itu ditulis ketika menjawab artikel saya di sini mengenai isu Muawiyah melarang bertalbiyah di 'Arafah. Saya katakan:
- Kenyataan di atas itu jelas menunjukkan kebodohan dan merupakan ulasan dari golongan ruwaibidhah yang jelas jahil mengenai 'ulum al-hadith khususnya mengenai manhaj al-Bukhari [wafat 256H] & Muslim [wafat 261H].
- Memang benar Khalid bin Makhlad al-Qatawaniy [wafat 213H] merupakan guru al-Bukhari sebagaimana kata Ibn Hajar, tetapi BUKAN SEMUA hadith al-Qatawaniy dikutip al-Bukhari.
Al-Hafiz al-Zaila’i [wafat 762H] dalam Nasb al-Rayah menyebut:
مجرد الكلام في الرجل لا يسقط حديثه، ولو اعتبرنا ذلك لذهب معظم السنة، إذ لم يسلم من كلام الناس، إلا من عصمه الله، بل خرج في "الصحيح" لخلق ممن تكلم فيهم، ومنهم جعفر بن سليمان الضبعي، والحارث بن عبد الأيادي، وأيمن بن نابل الحبشي، وخالد بن مخلد القطواني، وسويد بن سعيد الحدثاني، ويونس بن أبي إسحاق السبيعي، وغيرهم، ولكن صاحبا الصحيح رحمهما الله إذا أخرجا لمن تكلم فيه، فإنهم ينتقون من حديثه ما توبع عليه، وظهرت شواهده، وعلم أن له أصلاً، ولا يروون ما تفرد به، سيما إذا خالفه الثقات
Maksudnya: “Sekadar mengkritik perawi tidak menggugurkan hadithnya. Sekiranya kita menganggap demikian (gugur hadithnya), maka hilanglah sebahagian besar sunnah. Ini kerana perawi selamanya tidak selamat dari kritikan manusia kecuali Allah melindunginya, bahkan telah dinukilkan di dalam al-Sahih (al-Bukhari & Muslim) beberapa orang perawi yang dikritik antaranya Ja’afar bin Sulaiman al-Dhuba’I, al-Harith bin ‘Abd al-Iyadiy, Aiman bin Nabil al-Habasyi, KHALID BIN MAKHLAD AL-QATAWANIY, Suwaid bin Sa’id al-Hadathaniy, Yunus bin Abi Ishaq al-Sabi’i dan selain dari mereka. Akan tetapi Imam al-Bukhari dan Muslim rahimahumallah, apabila mereka menukilkan perawi hadith yang ada kritikan padanya, mereka memilih hadith perawi itu yang mempunyai tawabi’ ke atasnya, terpancar jelas syawahidnya dan diketahui ada asalnya. Mereka tidak meriwayatkan hadith perawi yang menyendiri dengan riwayatnya, apatah lagi jika ia menyelisihi darjat tsiqat.”
Inilah manhaj al-Shaikhan dalam menerima sesuatu hadith dari perawi. Walaupun al-Qatawaniy banyak tohmahan buruk serta menyendiri dalam meriwayatkan hadith, beliau masih dinilai tsiqah & soduq. Justeru dapat disimpulkan al-Shaikhan hanya mengutip hadith:
✓ yang mempunyai tawabi’ dan syawahid yang kuat
✓ yang tidak diriwayatkan perawi secara menyendiri
✓ yang perawinya adalah tsiqah
Oleh sebab itu hadith al-Qatawaniy dalam isu hadith Talbiyah 'Arafah ini tiada dalam al-Sahihan kerana ia tidak memenuhi syarat al-Shaikhan sebagaimana disebut di atas. Adapun al-Hakim dalam al-Mustadrak mengatakan ia mengikut syarat al-Shaikhan, namun menurut ulama hadith, ia hanyalah tasahul al-Hakim dalam menilai hadith al-Shaikhan.
Kitab Nasb al-Rayah bersama ucapan al-Hafiz al-Zaila'i sebagaimana di atas |
Tambahan pula, Ibn Rajab al-Hanbali [wafat 795H] dalam Syarah ‘Ilal al-Tirmizi (776/2) menyebut al-Qatawaniy hanya mengambil hadith dari penduduk Madinah dan Sulaiman bin Bilal sahaja:
القطواني يؤخذ عنه مشيخة المدينة وابن بلال فقط، يريد سليمان بن بلال، ومعنى هذا أنه لا يؤخذ عنه إلا حديثه عن أهل المدينة وسليمان بن بلال منهم لكنه أفرده بالذكر
Maksudnya: “Al-Qatawaniy hanya mengambil hadith dari sheikh-sheikh Madinah dan Ibn Bilal iaitu Sulaiman bin Bilal sahaja. Ini bermakna beliau tidak mengambil hadith kecuali dari penduduk Madinah dan Sulaiman bin Bilal sahaja, akan tetapi beliau menyendiri dalam meriwayatkannya."
Kitab Syarah ‘Ilal al-Tirmizi oleh Ibn Rajab al-Hanbali |
Maka, dalam hadith Talbiyah 'Arafah yang dibincangkan sebelum ini di sini, jika dilihat pada jalur hadith riwayat al-Nasai’i, Ibn Khuzaimah & al-Baihaqiy: al-Qatawaniy mengutip hadith dari ‘Ali bin Salih [wafat 154H] yang bukan penduduk Madinah. Maka atas dasar itu hadith talbiah itu tidak dikutip oleh al-Shaikhan.
Manakala Ibn ‘Abd al-Hadiy [wafat 744H] dalam Tanqih al-Tahqiq fi Ahadith al-Ta’liq (75/1) mengatakan al-Shaikhan juga tidak menukilkan hadith, kecuali hadith itu datang dari Yahya bin Ma’in [wafat 233H]:
واعلم أن كثيرًا ما يروي أصحاب الصحيح حديث الرجل عن شيخ معين لخصوصيته به ومعرفته بحديثه وضبطه له، ولا يخرجون حديثه عن غيره لكونه غير مشهور بالرواية عنه ولا معروف بضبط حديثه أو لغير ذلك
Maksudnya: “Ketahuilah bahawasanya kebanyakan hadith yang diriwayatkan oleh ashab al-Sahih adalah dari Yahya bin Ma’in kerana keistimewaan beliau mengenai pengetahuan perawi dan ilmu hadith serta kejituan ilmu mengenainya. Mereka tidak menukilkan hadith dari orang lain kerana tidak popular dengan periwayatan hadith serta tiada pengetahuan mengenai aspek ketelitian hadith atau lain-lain.”
Kitab Tanqih al-Tahqiq fi Ahadith al-Ta’liq oleh Ibn ‘Abd al-Hadiy |
Atas dasar itu Ibn ‘Abd al-Hadiy rahimahullah terus menyatakan:
فإن صاحبي الصحيح لم يحتجا به إلا في شيخ معين لا في غيره، فلا يكون على شرطهما. وهذا كما يخرج البخاري ومسلم حديث خالد بن مخلد القطواني عن سليمان بن بلال وعلي بن مسهر وغيرهما، ولا يخرجان حديثه عن عبد الله بن المثنى، وإن كان البخاري قد روى لعبد الله بن المثنى من غير رواية خالد عنه
Maksudnya: “Maka sesungguhnya al-Shaikhan tidak berhujah dengan hadith dari orang lain melainkan dari Yahya bin Ma’in kerana (orang lain itu) tidak memenuhi syarat mereka berdua. Oleh kerana itulah al-Bukhari & Muslim menukilkan hadith Khalid bin Makhlad al-Qatawaniy dari Sulaiman bin Bilal, ‘Ali bin Mushir dan selainnya. Mereka tidak menukilkan hadith riwayat al-Qatawaniy dari ‘Abd Allah bin al-Muthanna, kerana sesungguhnya al-Bukhari telah meriwayatkan hadith ‘Abd Allah bin al-Muthanna tanpa melalui jalan riwayat Khalid bin Makhlad al-Qatawaniy.”
Kitab al-Sarim al-Manki fi al-Rad 'ala al-Subki oleh Ibn ‘Abd al-Hadiy rahimahullah |
Berdasarkan hujah di atas dan mengikut pengadilan atau “benchmark” al-Shaikhan terhadap hadith al-Qatawaniy khususnya hadith Talbiyah ‘Arafah, maka jelas terbukti hadith Talbiyah ‘Arafah dari Khalid bin Makhlad al-Qatawaniy ini tidak diriwayatkan oleh al-Shaikhan kerana:
✓al-Qatawaniy hanya mengutip hadith dari penduduk Madinah & Sulaiman bin Bilal. Adapun dalam hadith tidak bertalbiah di 'Arafah beliau mengambil dari ‘Ali bin Salih yang bukan penduduk Madinah.
✓al-Qatawaniy banyak menyendiri dalam meriwayatkan hadith. Maka atas sebab itu beliau mempunyai banyak mungkarul hadith.
Maka hujah orang yang mengatakan hadith tidak bertalbiyah di ‘Arafah kerana takut pada Muawiyah serta membenci Ali adalah hadith kuat kerana al-Qatawaniy itu guru al-Bukhari ADALAH HUJAH TIDAK TEPAT kerana hadith itu tidak diterima disisi al-Shaikhan dan syarat mereka. Ini kerana al-Shaikhan memilih dan menyaring hadith agar sunyi dari hadith mungkar serta sifat bidaah & tasyayyu, sebagaimana diterangkan di atas.
والله أعلم بالصواب
No comments:
Post a Comment