Monday, 28 January 2019

Orang Takut Untuk Bertalbiyah Kerana Muawiyah? - SYUBHAT SYIAH BINTANG KARTIKA (SIRI 1)

Bintang Kartika mendakwa orang tidak bertalbiyah kerana takut pada Muawiyah dan meninggalkan sunnah kerana membenci ‘Ali. Mari kita lihat hadith di bawah:

أخبرنا أحمد بن عثمان بن حكيم الأودي، قال: حدثنا خالد بن مخلد، قال: حدثنا علي بن صالح، عن ميسرة بن حبيب، عن المنهال بن عمرو، عن سعيد بن جبير، قال: كنت مع ابن عباس بعرفات، فقال: ما لي لا أسمع الناس يلبون؟ قلت: يخافون من معاوية، فخرج ابن عباس، من فسطاطه، فقال: لبيك اللهم لبيك، لبيك فإنهم قد تركوا السنة من بغض علي

Maksudnya: “Telah dikhabarkan kepada kami oleh Ahmad bin ‘Uthman bin Hakim al-Audiy, berkata: telah menceritakan pada kami oleh Khalid bin Makhlad, berkata: telah menceritakan pada kami oleh ‘Ali bin Solih, dari Maisarah bin Habib, dari al-Minhal bin ‘Amru, dari Sa’id bin Jubair, berkata: ketika aku bersama Ibnu ‘Abbas di Arafah, beliau bertanya: kenapa aku tidak mendengar orang bertalbiyah? Aku menjawab: kerana mereka takut kepada Muawiyah. Seusai mendengar jawapan itu Ibn ‘Abbas keluar dari khemahnya dan bertalbiyah: (لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ) seraya berkata: sesungguhnya mereka telah meninggalkan sunnah kerana benci terhadap 'Ali.”

Hadith di atas disahihkan oleh al-Albani dalam Sahih wa Dhaif Sunan al-Nasa’i (78/7) dan al-Hakim dalam al-Mustadrak (636/1). Hadith ini diriwayatkan oleh:

  1. Al-Nasa’i: Sunan al-Nasa’i (253/5) dan al-Sunan al-Kubra (151/4)
  2. Ibn Khuzaimah: Sahih Ibn Khuzaimah (260/4)
  3. Al-Baihaqi: al-Sunan al-Kubra (183/5), dan juga lain-lain.


Hadith di atas diriwayatkan melalui jalur yang sama iaitu Khalid bin Makhlad al-Qatawani [wafat 213H], berasal dari Qatawan, Kufah. Ada kritikan ulama terhadap beliau, dan majoriti ahli nuqqad menilai beliau sebagai tasyayyu’ (berfahaman Syiah):

  1. Ibn Sa'd, Al-Tabaqat al-Kubra (120/1): “soduq tetapi tasyayyu’ dan banyak menyendiri”
  2. Yahya bin Ma'in, Tarikh Ibn Ma’in (104/1): “tidak mengapa pada dirinya”
  3. Al-'Ijliy, Tarikh al-Tsiqat (141/1): “tsiqah, sedikit tasyayyu’”
  4. Ibn 'Adiy, Al-Kamil fi Dhu’afa’ al-Rijal (462/3): “mempunyai banyak hadith mungkar”


Terdapat banyak lagi penilaian ulama hadith terhadap beliau. Justeru, lafaz hadith (يخافون من معاوية) di atas boleh dipertikaikan kerana Khalid bin Makhlad al-Qatawani berfahaman Syiah, malah tidak pelik kalau lafaz ini ada disebabkan kemunculan perawi seperti beliau. 

Manakala riwayat al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra (183/5) juga mempunyai ‘illah dan boleh dipertikaikan, kerana disana terdapat perawi bernama ‘Abd Allah bin Muhammad bin al-Hasan bin al-Syarqi. Kata al-Zahabi dalam al-Mughni fi al-Dhu’afa’ (356/1): “ulama hadith berbicara mengenainya kerana beliau seorang penagih minuman yang memabukkan”Justeru, lafaz laknat (اللهم العنهم) "semoga Allah melaknat mereka" (merujuk kepada mereka yang meninggalkan sunnah talbiyah) dalam hadith al-Baihaqi adalah tidak sahih.

Manakala, di dalam Musannaf Ibn Abi Syaibah (328/3), dengan sanad seperti matahari (اسناده كالشمس) sebagaimana kata Badr al-Din al-‘Aini dalam ‘Umdah al-Qari Syarah Sahih al-Bukhari (171/9):

أبو بكر قال: حدثنا عبد الرحمن بن مهدي، عن سفيان، عن عبد الرحمن بن القاسم، عن أبيه قال: خرج معاوية ليلة النفر، فسمع صوت تلبية، فقال: من هذا؟ قالوا: عائشة اعتمرت من التنعيم، فذكرت ذلك لعائشة فقالت: لو سألني لأخبرته

Maksudnya: “Berkata Abu Bakar: telah menceritakan pada kami oleh ‘Abd al-Rahman bin Mahdiy, dari Sufyan, dari ‘Abd al-Rahman bin al-Qasim, dari ayahnya berkata: Muawiyah telah keluar pada malam Nafar (sekembalinya dari Mina ke Makkah) lalu beliau terdengar suara orang bertalbiyah, lalu beliau bertanya siapakah itu? Jawab mereka: Itulah ‘Aisyah yang mengerjakan ‘umrah dari Tan’im. Aku menyebutkan hal ini kepada ‘Aisyah dan beliau menjawab: kalaulah dia (Muawiyah) bertanya padaku sudah tentu aku memberitahunya.”

Athar ini jelas menunjukkan kalaulah Muawiyah melarang orang ramai bertalbiyah, sudah tentu beliau akan melarang ‘Aisyah atau paling tidak menyanggah perbuatan 'Aisyah. Manakala 'Aisyah disaat tahu larangan bertalbiyah sudah tentu beliau tidak melakukannya. Ini jelas menunjukkan tidak bertalbiyah kerana takut pada Muawiyah hanyalah sekadar tanggapan atau andaian yang salah disisi golongan mubtadi' semata-mata. Tambahan pula, tiada satupun athar yang mempunyai ucapan Muawiyah melarang bertalbiyah.

Keratan syubhat Bintang Kartika terhadap sahabat Nabi s.a.w iaitu Muawiyah bin Abi Sufyan. Boleh lihat status asal beliau di Facebook.


Ibn Taimiyyah Mengakui kebenaran Muawiyah Menyuruh Sa'd Mencela Ali?

Bintang Kartika turut mendakwa Ibn Taimiyyah mengakui kebenaran Muawiyah menyuruh sahabat mencela ‘Ali. Apabila dilihat dalam kitab Minhaj al-Sunnah al-Nabawiyyah (42/5), tiada satupun perkataan dari Ibn Taimiyyah mengatakan beliau mengakui kebenaran kisah itu, tetapi beliau sekadar menukilkan hadith sahih dari Imam Muslim yang agak panjang mengenai kisah tersebut. Teks hadith sebagaimana berikut:

حدثنا قتيبة بن سعيد، ومحمد بن عباد - وتقاربا في اللفظ - قالا: حدثنا حاتم وهو ابن إسماعيل - عن بكير بن مسمار، عن عامر بن سعد بن أبي وقاص، عن أبيه، قال: أمر معاوية بن أبي سفيان سعدا فقال: ما منعك أن تسب أبا التراب؟ فقال: أما ما ذكرت ثلاثا قالهن له رسول الله صلى الله عليه وسلم فلن أسبه، لأن تكون لي واحدة منهن أحب إلي من حمر النعم، سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول له، خلفه في بعض مغازيه، فقال له علي: يا رسول الله خلفتني مع النساء والصبيان؟ فقال له رسول الله صلى الله عليه وسلم: «أما ترضى أن تكون مني بمنزلة هارون من موسى؟ إلا أنه لا نبوة بعدي وسمعته يقول يوم خيبر لأعطين الراية رجلا يحب الله ورسوله، ويحبه الله ورسوله قال فتطاولنا لها فقال: ادعوا لي عليا فأتي به أرمد، فبصق في عينه ودفع الراية إليه، ففتح الله عليه، ولما نزلت هذه الآية: {فقل تعالوا ندع أبناءنا وأبناءكم} [آل عمران: 61] دعا رسول الله صلى الله عليه وسلم عليا وفاطمة وحسنا وحسينا فقال: اللهم هؤلاء أهلي

Di sinilah kesalahan fatal Bintang Kartika. Beliau hanya menukilkan maksud matan hadith tanpa melihat syarahan matan hadith tersebut. Mari kita lihat apa kata Imam al-Nawawi dalam Syarah al-Nawawi ‘ala Muslim (175/15):

فقول معاوية هذا ليس فيه تصريح بأنه أمر سعدا بسبه وإنما سأله عن السبب المانع له من السب كأنه يقول هل امتنعت تورعا أو خوفا أو غير ذلك فإن كان تورعا وإجلالا له عن السب فأنت مصيب محسن وإن كان غير ذلك فله جواب آخر ولعل سعدا قد كان في طائفة يسبون فلم يسب معهم وعجز عن الإنكار وأنكر عليهم فسأله هذا السؤال قالوا ويحتمل تأويلا آخر أن معناه ما منعك أن تخطئه في رأيه واجتهاده وتظهر للناس حسن رأينا واجتهادنا وأنه أخطأ قوله

Maksudnya: "Kata-kata Muawiyah ini bukanlah arahan jelas bahawa beliau menyuruh Sa'd mencela ‘Ali, akan tetapi Muawiyah sekadar bertanya apakah sebab yang menghalang Sa'd untuk mencela Ali, seakan beliau bertanya: adakah sikap wara’ (menahan diri) atau takut atau lain-lain yang menghalangmu? Sekiranya sikap wara’ dan memuliakannya dari mencelanya, maka tindakanmu itu baik serta tepat, sekiranya sebaliknya maka jawapannya adalah sebaliknya. Boleh jadi Sa'd pernah berada bersama satu puak yang mencela ‘Ali tetapi beliau tidak mencela bersama mereka dan beliau tidak berupaya untuk menyanggah dan mengingkari perbuatan mereka, maka sebab itulah Muawiyah bertanya soalan ini kepada Sa'd. Ulama juga mempunyai takwilan lain pada matan hadith (ما منعك أن تسب أبا التراب؟) yang bermaksud: “apakah yang menghalangmu untuk menyalahinya pada pandangan dan ijtihadnya, supaya ditonjolkan kepada orang ramai betapa bagus pandangan dan ijtihad kita dan sesungguhnya ‘Ali salah pada pandangannya?”

Maka jelas disini TIADA SURUHAN dari Muawiyah supaya Sa'd mencela ‘Ali. Sebaliknya, beliau sekadar bertanyakan sebab apakah yang menghalangnya berbuat demikian.

TALBIYAH 'ARAFAH ADALAH MASALAH KHILAF FIQHIYYAH

Suka saya katakan isu Talbiyah 'Arafah adalah isu khilaf fiqhiyyah pada ketika itu. Bahkan jika ingin sabitkan Muawiyah melarangnya, tiada bukti jelas dan nyata bahawa Muawiyah melarang bertalbiyah. Yang lebih pelik, ia adalah kurun pertama yang mana Nabi s.a.w sebut sebaik-baik kurun. Kalaulah Muawiyah menghalang bertalbiah, takkan tiada satupun dari kalangan sahabat menasihati atau menegurnya?

Al-Sindiy [wafat 1138H] dalam Hasyiah al-Sindiy ‘Ala Sunan al-Nasa’i (252/5) mengatakan:

وَبِهَذَا ظهر منشا الْخلاف بَين الْعلمَاء فِي التَّلْبِيَة فِي عَرَفَات وَظهر أَن الْحق مَعَ أَي الْفَرِيقَيْنِ

Maksudnya: “Dan atas sebab ini telah timbul khilaf di kalangan ulama mengenai isu talbiah di ‘Arafah dan jelas kebenaran juga telah bersama bagi kedua-dua pihak.”

  • Maka jelas di sini isu Talbiyah 'Arafah adalah isu khilaf fiqhiyyah dan kedua-dua pihak sama ada yang setuju bertalbiyah ataupun tidak adalah benar.

Al-‘Allamah Sheikh Adam ibn Musa al-Atyubi al-Wallawiy dalam Zakhirah al-‘Uqba fi Syarh al-Mujtaba (347/25) mengatakan sangkaan Ibn 'Abbas (تركوا السنة من بغض علي) itu tidak tepat:

يعني أنه كان يتقيّد بالسنة، فكان يلبّي يوم عرفة. وهذا الذي قاله ابن عباس رضي اللَّه تعالى عنه يحتمل أن يكون لما رأى معاوية رضي اللَّه تعالى عنه ترك التلبية بعرفة ظنّ أن تركه لبغض عليّ رضي اللَّه تعالى عنه، والظن قد يخطىء. والذي يظهر أن معاوية إنما تركه لعدم علمه بسنية التلبية فيها. واللَّه تعالى أعلم بالصواب

Maksudnya: “Bahawasanya ia membawa maksud Ibn ‘Abbas RA seorang yang mengamati sunnah, kerana itulah beliau bertalbiyah pada hari ‘Arafah. Dan apa yang diungkapkan oleh Ibn ‘Abbas RA yang mana ketika beliau berpandangan Muawiyah RA meninggalkan talbiyah di ‘Arafah atas dasar sangkaan beliau meninggalkannya kerana membenci ‘Ali RA, dan sangkaan itu kadangkala salah. Dan apa yang jelas disini ialah Muawiyah meninggalkannya kerana tiada pengetahuannya mengenai sunnah talbiyah, dan hanya Allah Taala yang lebih tahu yang betul.”


Kitab Zakhirah al-‘Uqba fi Syarh al-Mujtaba karya al-‘Allamah Sheikh Adam ibn Musa al-Atyubi al-Wallawiy

  • Ini adalah benar walaupun Ibn ‘Abbas hebat & masyhur dengan fatwanya, beliau masih lagi seorang manusia yang melakukan kesilapan. Sebagai contoh fatwa beliau yang mengharuskan mut’ah - yang beliau menarik balik selepas dikhabarkan Nabi s.a.w mengharamkannya sebagaimana dalam Sunan al-Tirmizi (421/3) dan lain-lain. Maka disini jelas pendapat yang bersandarkan pada sangkaan atau syak bukan dalil kukuh, kerana mungkin Ibn ‘Abbas tidak mengetahui situasi sebenar kenapa orang tidak bertalbiah ketika itu.


Ini juga turut di tegaskan oleh Dr. Rasyid Benkiran, khatib Masjid Huzaifah bin al-Yaman di Kenitra, Maghribi:

لم يأت في الحديث ما يبين سبب ترك معاوية للتلبية وأقرب إلى العقل والمنطق أنه جهل هذه السنة كما جهل عديد من الصحابة بعض السنن ولا يقدح في معاوية بسبب هذا الأمر

Maksudnya: “Tidak terdapat sebab yang diterangkan di dalam hadith kenapa Muawiyah meninggalkan talbiah, dan yang paling dekat pada akal dan perbicaraan bahawasanya Muawiyah jahil mengenai sunnah talbiah ini sebagaimana jahilnya sebilangan sahabat terhadap sunnah-sunnah lain, dan tidak perlulah untuk memburukkan Muawiyah disebabkan perkara ini.” (Rujuk: http://howiyapress.com/12252-2/)

PENUTUP

Jika Bintang Kartika ini seorang sunni dan dari Ahli Sunnah wa al-Jama'ah, maka sewajarnya beliau meniliti kata-kata Ibn Hajar dalam Fath al-Bari (34/13):

واتفق أهل السنة على وجوب منع الطعن على أحد من الصحابة بسبب ما وقع لهم من ذلك ولو عرف المحق منهم لأنهم لم يقاتلوا في تلك الحروب إلا عن اجتهاد وقد عفا الله تعالى عن المخطئ في الاجتهاد بل ثبت أنه يؤجر أجرا واحدا وأن المصيب يؤجر أجرين

Maksudnya: “Telah sepakat Ahli Sunnah bahawasanya WAJIB untuk tidak mencela/mencaci mana-mana sahabat atas sebab apa yang telah berlaku pada mereka, sekalipun diketahui pihak yang benar dari kalangan mereka, kerana sesungguhnya mereka tidak berbunuhan di dalam peperangan itu kecuali disebabkan ijtihad, dan Allah mengampunkan orang yang tersalah dalam berijtihad, bahkan telah tsabit (hadith) diberikan satu pahala jika tersilap ijtihad, manakala dua pahala sekiranya ijtihadnya tepat.”

Jauhilah Syiah Rafidhah si pencela sahabat Nabi s.a.w!

No comments:

Post a Comment

Ibarat salaf لا يفسرها Merujuk Kepada لا يكيفها

Ramai mengatakan "mafhum" ibarat salaf (لا يفسرها) atau seumpamanya pada riwayat ayat sifat adalah indikasi mereka tidak menafsir...