Adakah salaf al-salih mengithbat sifat Allah tanpa mengetahui maknanya?
Jika jawapan di atas YA, kenapa Imam Malik mengatakan istiwa (sifat fi'liyyah) itu maklum (i.e. diketahui dan difahami)? Lebih baik Imam Malik mengatakan istiwa itu majhul jika salaf tidak tahu maknanya.
Inilah kekeliruan yang cuba dijelaskan oleh Ibn Taimiyyah:
فقول ربيعة ومالك: الاستواء غير مجهول والكيف غير معقول والإيمان به واجب موافق لقول الباقين أمرّوها كما جاءت بلا كيف، فإنما نفوا علم الكيفية، ولم ينفوا حقيقة الصفة
.
Maksudnya: "Ucapan Rabi'ah dan Imam Malik: Istiwa itu diketahui, tetapi caranya tidak boleh difikiri, dan beriman dengannya itu wajib adalah bertepatan dengan ucapan salaf yang lain iaitu membiarkan (i.e. ayat sifat) pada asalnya sebagaimana ia datang tanpa takyif (i.e. membagaimana), kerana sesungguhnya salaf tidak menafikan hakikat sifat, tetapi menafikan ilmu kaifiyyah."
Ibn Taimiyyah menerangkan bahawa para salaf al-salih mengetahui hakikat sifat Allah (i.e. Allah mempunyai mata, tangan, etc), namun para salaf al-salih tidak mengetahui kaifiyyah sifat tersebut (i.e. bagaimana rupa-bentuk mata Allah & bagaimana Allah melihat, etc). Kalaulah salaf al-salih tidak memahami hakikat sifat Allah, sudah tentu mereka akan katakan istiwa itu majhul:
ولو كان القوم قد آمنوا باللفظ المجرد من غير فهم لمعناه على ما يليق بالله لما قالوا: الاستواء حينئذ لا يكون معلوماً بل مجهولاً بمنزلة حروف المعجم، وأيضاً فإنه لا يحتاج إلى نفي علم الكيفية إذا لم يفهم عن اللفظ معنى، وإنما يحتاج إلى نفي علم الكيفية، إذا أثبت الصفات
Maksudnya: "Kalaulah suatu kaum itu telah beriman secara melulu tanpa memahami makna yang selayaknya bagi Allah, tentulah mereka berkata: Istiwa tidak maklum bahkan majhul pada sudut huruf al-mu'jam (i.e. ejaan dan makna), maka tiada keperluan untuk menafikan ilmu kaifiyyat apabila tidak memahami makna lafaz. Sesungguhnya kerana itulah perlu menafikan ilmu kaifiyyat setelah thabit (i.e. mengetahui makna) sifat-sifat Allah."
Ibn Taimiyyah turut mengatakan untuk apa menafikan ilmu kaifiyyah sifat Allah jikalau makna sifat Allah tidak diketahui dari segi bahasa pada sesuatu ucapan?
وأيضاً فقولهم: أمروها كما جاءت يقتضي إبقاء دلالتها على ما هي عليه، فإنها جاءت ألفاظ دالة على معاني، فلو كانت دلالتها منتفية، لكان الواجب أن يقال: أمروا لفظها مع اعتقاد أن المفهوم منها غير المراد, أو أمروا لفظها مع اعتقاد أن الله لا يوصف بما دلت عليه حقيقة, وحينئذ فلا تكون قد أمرت كما جاءت, ولا يقال حينئذ بلا كيف، إذ نفي الكيف عما ليس بثابت لغو من القول
Maksudnya: "Begitu juga kata salaf al-salih: Membiarkan ayat-ayat sifat pada asalnya sebagaimana ia datang adalah tanda mengekalkan pengertian pada keadaan yang asal kerana sesungguhnya lafaz ayat sifat itu datang dengan makna. Kalaulah pengertian lafaz ayat sifat itu tidak thabit (i.e. tiada makna), sudah tentu wajib untuk dikatakan: Membiarkan lafaz ayat sifat dengan mempercayai bahawa bukan ini mafhum yang dimaksudkan, atau membiarkan lafaz ayat sifat dengan mempercayai bahawa Allah tidak menyifatkan ayat sifat itu ke atasnya secara hakiki. Justeru tiada gunanya membiarkan ayat sifat pada asalnya serta mengatakan tidak boleh takyif, tatkala mengaplikasikan penafian takyif pada perkataan yang tidak thabit pada bahasa dari ucapan itu."
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment