Suhair Muhammad Mukhtār, anak murid kepada tokoh ulama Asyā'irah sekitar kurun ke-20 iaitu Dr. 'Alī Sāmī al-Nasyār [1400H] telah membersihkan nama Ibn Taimiyyah [728H] dari akidah tajsīm yang dituduh terhadapnya di dalam kajian master's degree beliau berjudul al-Tajsīm 'Inda al-Muslimīn "Mazhab al-Karrāmiyyah":
وإنني لا أوافق الميلي في قوله هذا القول على ابن تيمية، لا بناء على ترهات ودفاع في غير محله، ولكن بناء على نصوص من كتب ابن تيمية تدل دلالة واضحة على أنه بريء كل البراءة مما نسب إليه من شبهة التجسيم، إذ لا يمكن لسني مثله، دافع عن الكتاب والسنة دفاعا مريرا، إلى أن خافه الفقهاء والصوفية، فدسوا له عند الحكام حتى سجن، أن يقول بمثل هذا القول
[TERJEMAHAN]
"Sesungguhnya aku tidak bersetuju apa yang diucapkan oleh al-Mīlī [1248H] akan ucapan ini terhadap Ibn Taimiyyah, ia bukanlah sebagai alasan untuk memburuk dan hujahan yang bukan pada tempatnya."
"Akan tetapi berdasarkan alasan nas-nas dari kitab-kitab Ibn Taimiyyah telah menunjukkan dalil yang jelas bahawa beliau terbebas dari segala kesalahan yang disandarkan kepadanya dari syubhat al-tajsīm, kerana mana mungkin seorang sunni sepertinya yang mempertahankan al-Quran dan al-Sunnah dengan utuh (boleh berkata sedemikian).
"Sehinggakan beliau ditakuti oleh para fuqaha dan sufi. Mereka telah merencanakan fitnah terhadap Ibn Taimiyyah disisi pemerintah sehingga beliau dipenjarakan, (demi menunjukkan) bahawa Ibn Taimiyyah lah yang berkata dengan ucapan sedemikian."
[TAMAT]
Al-Mīlī diatas bernama 'Alī bin Muhammad al-Mīlī al-Malikī, berasal dari Mila, Algeria. Beliau terkenal dengan kitab al-Suyūf al-Hindiyyah lī Qat'i 'Ånāq al-Najdiyyah yang mana beliau banyak menyerang Ibn Taimiyyah dan golongan wahhabi lain dengan akidah tajsīm.
Malah, Suhair Muhammad Mukhtār turut mengatakan persekitaran Ibn Taimiyyah dari segi pelajaran agamanya tidak terdedah kepada ajaran tajsīm dan tashbīh, bahkan tafaqquh kepada ajaran Islam:
وقبل ذكر نصوص ابن تيمية، يجب الإشارة إلى أن الأسرة التي عاش فيها ابن تيمية لم تكن محاطة بالتشبيه والتجسيم، بل كانت أسرة متدينة ومتفقهة في الدين الإسلامي. ولذا نشأ فيها ابن تيمية محبا لهذا الدين، غيورا عليه. ومن البديهي، أن يتأثر ابن تيمية بالأسرة التي نشأ فيها والبيئة التي تربي عليها، لأن الإنسان نتاج طبيعي للأسرة والبيئة
[TERJEMAHAN]
"Sebelum menyebut nas-nas Ibn Taimiyyah, wajib untuk dinyatakan bahawa usrah yang ditempuhi oleh Ibn Taimiyyah tidak terjebak dengan tashbih dan tajsīm, bahkan usrahnya berunsur keagamaan dan tafaqquh pada agama Islam."
"Atas sebab itu Ibn Taimiyyah hidup dengan mencintai agama ini dan bersemangat mengenainya. Ternyata bahawa impak usrah dan biah yang ditempuhinya memtarbiah Ibn Taimiyyah, kerana tabiat insan terhasil berdasarkan usrah dan biah."
[TAMAT]
Bagi orang yang selalu menyesatkan Ibn Taimiyyah, dan menggelar beliau mujassimah dan sebagainya, berapa banyakkah kitab Ibn Taimiyyah kamu habiskan dan fahamkan apa yang dimaksudnya?
Jika Suhair Muhammad Mukhtar yang muyul kepada Asya'irah menyuruh kita berhati-hati dan membersihkan Ibn Taimiyyah dari gelaran tersebut, kenapa kita sibuk menggelarnya mujassimah (i.e. kafir)?
Master's Degree Suhair Muhammad Mukhtar, seorang pelajar perempuan di Universiti al-Azhar |
No comments:
Post a Comment