Jika seseorang mengatakan jalan khalaf (Asya'irah-Maturidiyyah) lebih ahkam, dan salaf al-salih mentafwidh makna (menyerah makna) zahir kepada Allah maka kenyataan ini TIDAK TEPAT. Ibn Hajar dalam Fath al-Bari membidas orang yang mengatakan salaf al-salih tidak memahami ayat sifat Allah serta melakukan tafwidh makna:
وقال غيره قول من قال طريقة السلف أسلم وطريقة الخلف أحكم ليس بمستقيم لأنه ظن أن طريقة السلف مجرد الإيمان بألفاظ القرآن والحديث من غير فقه في ذلك وأن طريقة الخلف هي استخراج معاني النصوص المصروفة عن حقائقها بأنواع المجازات فجمع هذا القائل بين الجهل بطريقة السلف والدعوى في طريقة الخلف وليس الأمر كما ظن بل السلف في غاية المعرفة بما يليق بالله تعالى وفي غاية التعظيم له والخضوع لأمره والتسليم لمراده وليس من سلك طريق الخلف واثقا بأن الذي يتأوله هو المراد ولا يمكنه القطع بصحة تأويله
TERJEMAHAN:
"Orang lain berkata dengan ungkapan: Jalan salaf lebih selamat manakala jalan khalaf lebih bijaksana adalah tidak tepat. Dia menyangka jalan salaf hanya beriman dengan lafaz al-Quran dan hadith tanpa memahaminya, dan jalan khalaf ialah menghasilkan makna daripada nas-nas yang mana makna itu telah dipesongkan daripada hakikatnya dengan berbagai majaz."
"Maka jadilah orang yang berkata demikian jahil tentang salaf dan dakwaan khalaf. Tetapi hakikat sebenarnya bukan seperti yang beliau sangka, bahkan para salaflah yang lebih mengetahui apa yang selayaknya bagi Allah Ta'ala, dan mereka (salaf al-salih) yang lebih membesarkan Allah, dan mematuhi perintahNya, dan lebih berserah pada kehendakNya."
"Tidaklah orang yang mengikuti jalan khalaf itu dapat memastikan bahawa apa yang beliau takwil itu adalah kehendak maksud (dikehendaki Allah), dan beliau tidak dapat memastikan kesahihan takwilannya itu."
Salaf Mentafwidh Makna?
Pengtaksub Asya'irah-Maturidiyyah turut mengatakan salaf al-salih membiarkan ayat sifat Allah sebagaimana ia datang dan zahir ayat sifat Allah seperti yad (يد), 'ain (عين) dan lain-lain adalah ghair murad (غير مراد), iaitu makna zahir bukan makna yang dikehendaki. Sesiapa yang mempercayai zahir lughah maka beliau dari golongan musyabbihah.
Ini bererti sebagai contoh yad (يد) pada ayat sifat Allah (يد الله فوق ايديهم) bukan bermakna tangan. Ini juga bermaksud tafwidh makna, iaitu salaf al-salih tidak mengetahui makna yad lalu menyerahkan makna yad itu kepada Allah. Namun, adakah benar ini adalah metod salaf al-salih?
Al-Zahabi di dalam al-'Uluw li al-'Aliy al-Ghaffar mengatakan metod diatas adalah berasal dari golongan mutakhir ahli kalam, dan ia merupakan maqalah muwalladah/muhdathah (ucapan/ungkapan baru yang tidak makruf):
المتأخرون من أهل النظر قالوا مقالة مولدة ما علمت أحدا سبقهم بها قالوا هذه الصفات تمر كما جاءت ولا تأول مع اعتقاد أن ظاهرها غير مراد
.
TERJEMAHAN:
"Golongan mutakhir dari kalangan ahli kalam berkata dengan maqalah muwalladah yang tidak aku ketahui seorangpun (dari kalangan salaf) mengucapkan mengenainya. Kata mereka (ahli kalam): Sifat-sifat ini dibiarkan sebagaimana ia datang tanpa takwil dengan mempercayai bahawa zahir (iaitu makna zahir) bukanlah makna yang dikehendaki."
Ini jelas menunjukkan bahawa makna zahir itu ghair murad merupakan pandangan golongan mutakhir ahli kalam dan ia bukan method salaf al-salih, sebagaimana dijelaskan oleh al-Zahabi.
Al-Zahabi juga turut membahagi makna zahir sifat Allah ini kepada dua puak:
PERTAMA:
لا تأويل لها غير دلالة الخطاب كما قال السلف الاستواء معلوم وكما قال سفيان وغيره قراءتها تفسيرها يعني أنها بينة واضحة في اللغة لا يبتغى بها مضائق التأويل والتحريف وهذا هو مذهب السلف مع اتفاقهم أيضا أنها لا تشبه صفات البشر بوجه إذ الباري لا مثل له لا في ذاته ولا في صفاته
TERJEMAHAN:
"Tiada takwilan bagi sifat Allah melainkan pengertian khitab (nas) sebagaimana kata salaf: istiwa itu maklum, sebagaimana kata Sufyan dan selainnya bahawa bacaannya ialah tafsirannya iaitu terang dan jelas pada bahasa dan tidak perlu disempitkan dengan takwil dan tahrif, dan ini adalah mazhab salaf akan kesepakatan mereka juga tidak mentashbih Allah dengan sifat manusia dengan apa-apa keadaan, kerana Allah tiada satupun menyerupaiNya sama ada pada zatNya dan sifatNya."
KEDUA:
أن ظاهرها هو الذي يتشكل في الخيال من الصفة كما يتشكل في الذهن من وصف البشر فهذا غير مراد فإن الله تعالى فرد صمد ليس له نظير وإن تعددت صفاته فإنها حق ولكن ما لها مثل ولا نظير
TERJEMAHAN:
"Bahawa zahir sifat Allah yang terbayang dalam imaginasi sebagaimana terbayang pada fikiran adalah dari sifat manusia. Maka ini bukanlah makna yang dikehendaki, kerana Allah Ta'ala itu Esa dan tempat bergantung segala makhluk, Allah tiada bandingannya, sekalipun berbilang-bilang sifatNya maka ia adalah benar, akan tetapi tiada satupun keserupaan dan bandingan bagi sifat-sifatNya."
Poin PERTAMA merupakan manhaj sebenar salaf dalam memahami nas iaitu makna zahir nas itu sudah jelas dan terang. Ini bererti salaf memahami dan mengetahui makna zahir sifat Allah.
Poin KEDUA di atas adalah jawapan al-Zahabi kepada ahli kalam apabila disebut sifat Allah seperti yad, mereka akan terbayang bahawa ia sama seperti sifat dan zat makhluk. Ini adalah salah, kerana Allah tidak menyerupai sesuatupun dari makhlukNya.
Ibn Rajab juga turut berkata:
ومن قال: الظاهر منها غير مراد، قيل له: الظاهر ظاهران: ظاهر يليق بالمخلوقين ويختص بهم، فهو غير مراد، وظاهر يليق بذي الجلال والإكرام، فهو مراد، ونفيه تعطيل
TERJEMAHAN:
"Sesiapa berkata: "(Makna) zahir sifat Allah itu bukan makna yang dikehendaki, maka dikatakan kepadanya: Zahir itu ada dua keadaan: (1) Zahir yang selayaknya untuk makhluk dan ia khusus untuk mereka maka ia bukan makna yang dikehendaki. (2) Manakala zahir yang selayaknya untuk Allah al-Jalal wa al-Ikram, maka ia mempunyai makna yang dikehendaki dan Allah ternafi dari segala kekurangan."
Dapat difahami di atas bahawa makna zahir yang selayaknya ada bagi Allah dan ia difahami pengertiannya tanpa tashbih dan ta'til. Ini kerana Allah ternafi dengan makna zahir yang selayaknya untuk makhluk.
Wallahualam.
Dari nukilan asal: https://www.facebook.com/asianmanx/posts/10213928937728990
Dari nukilan asal: https://www.facebook.com/asianmanx/posts/10213928937728990
*Menjawab syubhat-syubhat yang dibuat wahabi.*
ReplyDelete*Wahabi berkata :*
Terdapat perkataan yang populer yang diucapkan oleh Imam Malik rahimahullah, ketika beliau ditanya tentang firman Allah: الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى (Ar Rahman istiwa’ di atas ‘Arsy) . Bagaimanakah Allah istiwa?. Beliau rahimahullah menjawab :
الاسْتِواءُ غَيْرُ مَجْهُولٍ، وَالْكَيْفُ غَيْرُ مَعْقُولٍ، وَالإيمَانُ بِهِ وَاجِبٌ، وَالسُّؤَالُ عَنْهُ بِدْعَةٌ
“Sifat istiwa’ maknanya diketahui, kaifiyahnya tidak diketahui, mengimaninya wajib, bertanya tentang kaifiyahnya termasuk perbuatan bid’ah,“
Perkataan beliau (الاسْتِواءُ غَيْرُ مَجْهُولٍ) artinya makna isiwa’ maklum (diketahui), yakni diketahui maknanya dalam bahasa Arab.
Perkataan beliau (وَالْكَيْفُ غَيْرُ مَعْقُولٍ) maksudnya bahwa kaifiyah istiwa’ Allah tidak diketahui, karena tidak bisa dijangkau oleh akal. Jika dalil naqli dan akal meniadakan untuk mengetahui kaifiyah, maka wajib untuk tidak membicarakan kaifiyah sifat istiwa’ Allah.
Perkataan beliau (وَالإيمَانُ بِهِ وَاجِبٌ) maksudnya adalah beriman dengan sifat tersebut. Karena Allah sendiri yang memberitakan, maka wajib untuk membenarkannya.
Perkataan beliau (وَالسُّؤَالُ عَنْهُ بِدْعَةٌ) maksudnya bertanya tentang kaifiyah istiwa’ adalah termasuk perbuatan bid’ah. Hal ini karena para sahabat yang lebih bersemangat untuk mengenal Allah tidak pernah bertanya hal tersebut.
Perkataan Imam Malik rahimahullah di atas merupakan kaidah yang berlaku bagi seluruh sifat-sifat Allah.
Sumber : https://muslim.or.id/24486-larangan-terhadap-sifat-sifat-allah.html
*Jawaban :*
Al Imam Al Hafidz Adz Dzahabi menjelaskan akidah Imam Malik setelah menuturkan biografi Imam Malik di dalam kitab Siyar A'lam An Nubala :
ﻓَﻘَﻮﻟُﻨَﺎ ﻓِﻲ ﺫَﻟِﻚَ ﻭَﺑَﺎﺑِﻪِ: اﻹِﻗﺮَاﺭُ، ﻭَاﻹِﻣْﺮَاﺭُ، ﻭﺗﻔﻮﻳﺾ ﻣَﻌْﻨَﺎﻩُ ﺇِﻟَﻰ ﻗَﺎﺋِﻠِﻪ اﻟﺼَّﺎﺩِﻕِ اﻟﻤَﻌْﺼُﻮﻡِ.
Penjelasan kami di dalam sifat yang demikian itu dan di dalam babnya : Berikrar, dan membiarkan (tanpa takwil), dan mentafwidh maknanya kepada yang mengatakannya yang shadiq (benar) lagi ma'shum (terjaga dari dosa).
_Kitab Siyar A'lam An Nubala. Al Imam Al Hafidz Adz Dzahabi._
Al Imam Al Hafidz Adz Dzahabi berdalil dengan satu riwayat dari Imam Malik :
ﻭَاﻟﻤَﺤْﻔُﻮْﻅُ ﻋَﻦْ ﻣَﺎﻟِﻚٍ -ﺭَﺣِﻤَﻪُ اﻟﻠﻪُ- ﺭِﻭَاﻳَﺔُ اﻟﻮَﻟِﻴْﺪِ ﺑﻦِ ﻣُﺴْﻠِﻢٍ، ﺃَﻧَّﻪُ ﺳَﺄَﻟﻪُ ﻋَﻦْ ﺃَﺣَﺎﺩِﻳْﺚِ اﻟﺼِّﻔَﺎﺕِ، ﻓَﻘَﺎﻝَ: ﺃَﻣِﺮَّﻫَﺎ ﻛَﻤَﺎ ﺟَﺎءﺕْ، ﺑِﻼَ ﺗَﻔْﺴِﻴْﺮٍ
Dan yang dihafal dari Imam Malik rahimahullah adalah riwayat Al Walid bin Muslim. Al Walid bin Muslim bertanya pada Imam Malik tentang hadits-hadits sifat, lalu Imam Malik berkata : Aku membiarkannya sebagaimana ia telah datang, tanpa menjelaskan makna.
_Kitab Siyar A'lam An Nubala. Al Imam Al Hafidz Adz Dzahabi._
Seandainya Imam Malik tidak mentafwidh makna, niscaya sudah dinukil riwayat darinya yang menjelaskan makna istawa. Dan Faktanya tidak ada satupun riwayat sohih dari Imam Malik yang menjelaskan makna istawa.
Walhasil, perkataan Imam Malik :
الاستواء غير مجهول
tidak seperti yang difahami wahabi, yaitu : Yang diketahui maknanya.
Karena jika diketahui maknanya niscaya Imam Malik menjelaskan maknanya. Dan mustahil Imam Malik menyembunyikan makna yang diketahuinya, karena istawa itu memiliki banyak makna, jika Imam Malik menetapkan satu makna dari makna istawa, niscaya Imam Malik menyampaikannya agar orang tidak salah memahami maknanya.
Tapi faktanya tidak ada satupun perkataan Imam Malik yang menjelaskan makna.
Maka maksud yang tepat dari perkataan Imam Malik adalah yang diketahui dituturkan di dalam Al Qur'an, bukan yang diketahui maknanya.
*Kajian ilmiah Aswaja. Majelis Ta'lim At Tahdzib.*
*Sebarkan di FB, IG, dan grup WA tetangga, agar umat muslim tidak terjerumus akidah sesat wahabi.*
Khusus Ikhwan dapat bergabung dengan pengajian kami :
https://chat.whatsapp.com/EMeqTf9cA6gESdmUnX9zH7