Syihab al-Din Al-Alusi [1270H] tokoh tafsir sufi dalam Ruh al-Ma'ani membidas golongan yang berkata langit adalah kiblat doa. Beliau membawa sebuah kisah antara Abu Ja'far al-Hamdani [531H] dan Imam al-Haramain [478H]:
وذكر محمد بن طاهر المقدسي أن الشيخ أبا جعفر الهمداني حضر مجلس إمام الحرمين وهو يتكلم في نفي صفة العلو ويقول: كان الله تعالى ولا عرش وهو الآن على ما كان فقال الشيخ أبو جعفر: أخبرنا يا أستاذ عن هذه الضرورة التي نجدها في قلوبنا فإنه ما قال عارف قط يا الله إلا وجد في قلبه ضرورة بطلب العلو لا يلتفت يمنة ولا يسرة فكيف تدفع هذه الضرورة عن أنفسنا؟ قال: فلطم الإمام على رأسه ونزل وأظنه قال وبكى وقال حيرني الهمداني
TERJEMAHAN:
"Muhammad bin Tahir al-Maqdisi telah menyebut bahawa Sheikh Abu Ja'far al-Hamdani telah menghadiri majlis Imam al-Haramain ketika mana beliau sedang berbicara mengenai penafian sifat al-'Uluw. Katanya: Allah Ta'ala dahulu wujud tetapi 'arasy belum wujud dan Allah kekal wujud sebagaimana sekarang. Kata Sheikh Abu Ja'far: Beritahulah kami wahai ustaz mengenai hajat yang ada dalam hati kami, ketika mana tidaklah seorang hamba yang Arif berkata "Ya Allah" melainkan wujud dihatinya suatu hajat yang bertumpu kepada al-'uluw (tinggi/atas) dan dia tidak berpaling ke arah kanan dan kiri. Lalu bagaimana kita boleh menyingkirkan hajat ini dari diri kita? (Mendengar hujah itu) Imam al-Haramain memukul kepalanya dan turun (dari mimbar) dan aku merasakan beliau berkata: Imam al-Haramain menangis dan berkata: al-Hamdani membuatku bingung tidak terjawab."
- Kisah di atas jelas menunjukkan Imam al-Haramain tidak boleh menolak hujah bahawa ia adalah fitrah seorang hamba yang berdoa mengadap ke langit meminta dari Allah. Al-Alusi turut menambah bahawa siapa yang mengatakan kiblat doa adalah selain kiblat solat maka dia telah melakukan bid'ah dan ia tidak pernah diucapkan oleh para salaf.
- Adapun bagi orang yang menunduk kepala ketika berdoa, ia bukanlah tanda Allah di bumi, tetapi ia adalah tanda khudu' (rendah diri) kerana Allah di atasnya dan ini ia boleh dapati bagi orang yang sujud membaca tasbih (سبحان ربي الأعلى) dan bukan seperti Bishr al-Marisi yang membaca (سبحان ربي الأسفل).
- Al-Alusi juga turut membidas hujah lemah golongan yang berkata nisbah al-fawqiyyah itu bukan merujuk kepada al-'uluw, tetapi merujuk kepada makna kedudukan "lebih baik" atau "afdhal" seperti kedudukan pemerintah "lebih baik" atau "afdhal" dari menteri, dinar "lebih baik" atau "afdhal" dari dirham dan lain-lain.
Malahan, al-Alusi turut menggunakan hujah sama seperti Ibn Taimiyyah [728H] yang mengatakan al-jihah adalah sesuatu yang wujud dan tidak wujud. Bahkan tiada masalah menggunakan istilah al-jihah bagi menetapkan sifat al-'uluw Allah Ta'ala:
وأما لفظ الجهة فقد يراد به ما هو موجود وقد يراد به ما هو معدوم ومن المعلوم أنه لا موجود إلا الخالق والمخلوق
فإذا أريد بالجهة أمر موجود غير الله تعالى كان مخلوقا والله تعالى لا يحصره شيء ولا يحيط به شيء من المخلوقات تعالى عن ذلك
وإن أريد بالجهة أمر عدمي وهو ما فوق العالم فليس هناك إلا الله تعالى وحده فإذا قيل: إنه تعالى في جهة بهذا الاعتبار فهو صحيح عندهم، ومعنى ذلك أنه فوق العالم حيث انتهت المخلوقات
ونفاة لفظ الجهة الذين يريدون بذلك نفي العلو يذكرون من أدلتهم أن الجهات كلها مخلوقة وأنه سبحانه كان قبل الجهات وأنه من قال: إنه تعالى في جهة يلزمه القول بقدم شيء من العالم وأنه جل شأنه كان مستغنيا عن الجهة ثم صار فيها
وهذه الألفاظ ونحوها تنزل على أنه عز اسمه ليس في شيء من المخلوقات سواء سمى جهة أم لم يسم وهو كلام حق ولكن الجهة ليست أمرا وجوديا بل هي أمر اعتباري ولا محذور في ذلك
"Lafaz-lafaz ini dan seumpamanya menunjukkan betapa mulia NamaNya dan Dia tidak menyerupai sesuatu dari sekalian makhluk sama ada dinamakan jihah ataupun tidak dan ini merupakan ucapan yang benar. Namun, al-jihah bukanlah amrun wujudi (sesuatu yang wujud) bahkan ia adalah amrun iktibari (sesuatu yang wujud pada nama sahaja) dan tiada larangan (untuk menggunakannya)."
Walaubagaimanapun, al-Alusi berpegang pada manhaj tafwidh makna dan kaifiyyah, yang mana para salaf hanya tafwidh kaifiyyah sahaja kerana makna sifat Allah sudah jelas bagi mereka. Lihat huraian:
https://www.facebook.com/asianmanx/posts/10213862004055690
https://www.facebook.com/asianmanx/posts/10213971323628611
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment