Tuesday, 8 October 2019

PEMURNIAAN TASAWWUF: Al-Nasrābāzī: Tokoh Sufi Sebenar

Di dalam kitab al-Wāfī bī al-Wafayāt karangan Khalīl Ibn Aybak al-Ṣafadi [764H] ada menukilkan tokoh al-wā'iz (pemidato spiritual) dari kalangan sufi yang cukup hebat:

إبراهيم بن محمد بن أحمد بن محمويه أبو القاسم النصراباذي الواعظ الصوفي الزاهد ونصراباذ محلة بنيسابور سمع ابن خزيمة والسراج ويحيى ابن صاعد وابن جوصاء وهذه الطبقة بالعراق والشام ومصر وروى عنه أبو عبد الله الحاكم وجماعة كان يرجع إلى فنون من العلم منها حفظ الحديث وفهمه والتاريخ وعلوم المعاملات والإشارة لقي الشبلي وضرب وأهين وحبس مرة

[TERJEMAHAN]

"Ibrāhim bin Muhammad bin Ahmad bin Mahmawaīh Abū al-Qāsim al-Nasrābāzī seorang pemidato spiritual, sufi dan zahid. Nasrabaz adalah sebuah mahallah di Naisapur. Beliau mendengar (riwayat) dari Ibn Khuzaimah, al-Sirāj, Yahya Ibn Sō'id, dan Ibn Jawsa'. Kumpulan ini berada di 'Iraq, Syam dan Mesir. Turut meriwayatkan dari al-Nasrābāzi ialah Abū 'Abdullah al-Hākim dan sekumpulan ulama. Beliau (banyak) merujuk beberapa jenis seni ilmu seperti Hifz al-Hadith wa Fahimuhu, sejarah, ilmu muamalat serta al-Isyārah. Beliau juga pernah menemui al-Syiblī (Abū Bakar). Beliau dipukul, dihina dan pernah sekali dipenjara."

Namun begitu, beliau juga ada melakukan kesilapan di dalam jawapannya. Lihat sanggahan al-Zahabī terhadap jawapan beliau:


قيل له: تقول الروح ليس مخلوق قال لست أقول ذا ولا أقول إن الروح مخلوق ولكن ما قال الله الروح من أمر ربي فجهدوا به فقال ما أقول إلا ما قال الله قال الشيخ شمس الدين وهذا الكلام زيف وما يشك مسلم في خلق الله الروح وأما سؤال اليهود النبي صلى الله عليه وسلم عن الروح فإنما كان عن ماهيته وكيفيته لا عن خلقه



[TERJEMAHAN]


"Seseorang pernah bertanya beliau: Kamu kata ruh bukan makhluk? Jawab al-Nasrābāzī: Bukan aku berkata demikian dan tidak pula aku katakan bahawa ruh itu makhluk akan tetapi (aku katakan) apa yang Allah kata: (الروح من أمر ربي): Ruh itu adalah urusan Tuhanku. Maka mereka bersungguh-sunguh (bertanya lagi) lalu al-Nasrābāzī berkata: Aku tidak kata kecuali apa yang Allah kata."


"Kata Sheikh Syams al-Dīn (al-Zahabī): Ucapan ini tidak jelas. Seorang muslim tidak mengesyaki bahawa ruh itu ciptaan Allah. Adapun soalan seorang Yahudi kepada Nabi s.a.w mengenai ruh, soalan itu mengenai sifat-sifat ruh serta kaifiatnya, bukan mengenai penciptaannya."



Begitu juga di dalam sebuah kisah lagi:


قيل له: إنك طفت بالناووس وقلت هذا وهذا كمن يكرم الكلب لأنه خلق اله تعالى فعوتب على ذلك سنين قال الشيخ شمس الدين وهذه سقطة أخرى أفتكون قبلة الإسلام مثل قبلة اليهود التي لعن من اتخذها مسجدا وقال الخطيب كان ثقة وتوفي سنة سبع وستين وثلاث مائة


[TERJEMAHAN]


"Seseorang pernah bertanya beliau: Sesungguhnya kamu pernah tawaf perkuburan Nasrani dan kamu berkata begitu-begini seperti seorang yang memuji anjingnya kerana ia adalah ciptaan Allah Ta'ala (akan tetapi) beliau mencaci ke atas anjing itu beberapa tahun kemudian. Kata Sheikh Syams al-Dīn (al-Zahabī): Ini juga suatu kesalahan. Adakah boleh kiblat Islam menjadi seperti kiblat Yahudi yang dilaknat bagi sesiapa yang menjadikannya tempat beribadah?"


"Kata al-Khātib (al-Baghdadī): Beliau tsiqah, wafat pada tahun 367 hijrah."




Akan tetapi, segala kisah di atas di dalam sighah tamridh yang boleh dikatakan kisah lemah. Dan ia terbukti jawapan al-Sulami:



سمعت جدي يقول: منذ عرفت النصراباذي ما عرفت له جاهلية



[TERJEMAHAN]


"Aku pernah mendengar datukku berkata: Semenjak aku mengenali al-Nasrābāzī, tidak aku ketahui (dapati) bahawa beliau seorang yang bersifat jahiliyyah."



Antara ucapan al-Nasrābāzī yang memberi kesan kepada penganut sufi lain dan WAJIB diikuti ialah:



أصل التصوف ملازمة الكتاب والسنة، وترك الأهواء والبدع


[TERJEMAHAN]


"Asal tasawwuf itu melazimi al-Quran dan al-Sunnah, meninggalkan hawa nafsu dan juga bid'ah."



Moga Allah mengampuninya.

No comments:

Post a Comment

Ibarat salaf لا يفسرها Merujuk Kepada لا يكيفها

Ramai mengatakan "mafhum" ibarat salaf (لا يفسرها) atau seumpamanya pada riwayat ayat sifat adalah indikasi mereka tidak menafsir...