Tuesday, 12 February 2019

Kisah Ulama Meninggalkan Solat

Hal ini pernah berlaku pada ulama terdahulu iaitu al-Faqih al-Usuliy al-Saif al-Āmidī yang wafat pada tahun 631 hijrah. Beliau merupakan ulama usul yang terkenal bermazhab Hanbali dan kemudian bermazhab Syafi'i. Beliau telah ditohmah kerana TIDAK SOLAT! Ia dinaqalkan oleh al-Zahabi di dalam Siyar 'Alām al-Nubalā':



Maksudnya: "Al-Qadhi Taqiy al-Din Sulaiman bin Hamzah pernah menceritakan dari gurunya Ibn Abi 'Umar bahawa beliau pernah berkata: kami selalu berulang-alik berjumpa al-Saif, kami berasa sangsi adakah dia solat atau tidak? Ketika dia tidur, kami menandakan dakwat pada kakinya dan kesan dakwat itu kekal selama dua hari di kakinya. Maka kami tahulah bahawa dia tidak berwudhu (tidak solat), kami memohon keselamatan dalam agama kepada Allah"


Kisah di atas turut disahihkan oleh al-Zahabi di dalam Mizan al-Iktidal (366/22) dan Tarikh al-Islam (76/46) bersandarkan kata-kata al-Qadhi Taqiy al-Din Sulaiman bin Hamzah, iaitu guru al-Zahabi sendiri.

Mizan al-Iktidal (366/22)

Tarikh al-Islam (76/46)

Namun, adakah benar al-Saif al-Āmidī tidak solat? Jawapannya TIDAK BENAR! Sheikh 'Abd Razaq 'Afifi ketika mentahqiqkan kitab al-Ihkam fi Usul al-Ahkam karya al-Saif al-Āmidī telah menyanggah dakwaan al-Zahabi pada muqaddimah kitab dengan berkata:

Al-Ihkam fi Usul al-Ahkam karya al-Saif al-Āmidī

Maksudnya: "Dakwat itu boleh jadi kekal berhari-hari pada anggota badan walaupun wudhu dan basuhan telah dibuat berkali-kali, lebih-lebih lagi (pada keadaan) menggosok anggota badan itu tidak wajib menurut pandangan seseorang ketika bersuci, bahkan memadai dengan mengalirkan air pada basuhan dan wudhunya."




Berdasarkan teks diatas, Sheikh 'Abd Razaq 'Afifi mengatakan dakwat akan kekal sekalipun banyak wudhu atau basuhan dibuat. Apatah lagi dalam situasi seseorang yang berpendapat tidak wajib membasuh & menggosok anggota wudhu itu, maka sudah tentu dakwat itu mengambil masa lama untuk hilang.

Namun, adakah benar al-Saif al-Āmidī berpegang dengan pendapat wudhu di bahagian kaki hanya wajib di sapu (المسح) dan tidak wajib dibasuh (الغسل)? Jawapannya BENAR! Ini dapat dilihat di dalam kitab beliau, al-Ihkam fi Usul al-Ahkam (58/3):



Maksudnya: "Dan sejauh-jauh takwilan yang mereka perkatakan mengenai kewajiban membasuh kedua belah kaki ketika berwudhu pada firman Allah Taala: {وامسحوا برءوسكم وأرجلكم إلى الكعبين} yang membawa maksud "membasuh" adalah terlalu jauh tersasar. Kenapa meninggalkan amalan dituntut Allah yang secara jelas ada hubungan bersamaan antara kepala dan kaki pada sapuan tanpa darurat?"

Sekalipun pandangan al-Saif al-Āmidī mengenai sapuan air dikaki ketika berwudhu adalah marjuh dan menyelishi pandangan ijmak ulama, namun pembelaan inilah diperlukan bagi menjawab tohmahan beliau telah meninggalkan solat. Mana mungkin dakwat itu akan hilang dengan cepat kalau beliau berpegang dengan pandangan ini? 

Wallahu'alam


Tuesday, 5 February 2019

Abū Hātim bin Khāmūsh: Hanya Hanabilah Dibenarkan di Kota Ray, Iran

Zaman sekarang, isu halal atau haram parti Islam baru terletak pada al-Qaradhāwī, sebagaimana dakwaan sebuah parti Islam lain.

Zaman dahulu, isu halal atau haram sebuah mazhab terletak pada Abū Hātim bin Khāmūsh [wafat 421H/430H], muhaddith kota Ray, Iran. Jika mazhab itu menyelisihi ahl al-sunnah wa al-jama'ah, ia dilarang memasuki kota Ray.

Inilah yang ditempuhi oleh 'Abd Allah al-Ansārī al-Harawī [wafat 481H], muhaddith kota Khurasān, ketika beliau ingin bertemu Abū Hātim bin Khāmūsh dengan berkata:

كان مقدم أهل السنة بالري، وذلك أن السلطان محمود بن سبكتكين لما دخل الري، وقتل بها الباطنية، منع الكل من الوعظ غير أبي حاتم، وكان من دخل الري يعرض عليه اعتقاده ، فإن رضيه ، أذن له في الكلام على الناس، وإلا فمنعه قال: فلما قربت من الري كان معي رجل في الطريق من أهلها، فسألني عن مذهبي، فقلت: حنبلي، فقال: مذهب ما سمعت به! وهذه بدعة! وأخذ بثوبي، وقال: لا أفارقك إلى الشيخ أبي حاتم. فقلت: خيرة، فذهب بي إلى داره، وكان له ذلك اليوم مجلس عظيم، فقال: هذا سألته عن مذهبه، فذكر مذهبا لم أسمع به قط. قال: وما قال؟ فقال: قال: أنا حنبلي. فقال: دعه، فكل من لم يكن حنبليا، فليس بمسلم. فقلت في نفسي: الرجل كما وصف لي. ولزمته أياما، وانصرفت

Maksudnya: "Abū Hātim bin Khāmūsh adalah pelopor ahl al-sunnah di kota Ray, Iran. Ini kerana Sultān Mahmūd bin Subuktikin ketika menawan kota Ray, beliau telah membunuh puak Bātiniyyah di sana, dan melarang semua pidato kecuali Abū Hātim bin Khāmūsh. Dan beliau (Abū Hātim bin Khāmūsh) ketika sesiapa ingin memasuki kota Ray, beliau terlebih dahulu menguji iktiqad mereka. Jika beliau berpuas hati, beliau izinkan berpidato pada orang ramai. Jika tidak, beliau melarangnya. Ketika aku menghampiri kota Ray, aku disapa oleh seorang lelaki dari penduduk itu dijalanan, dia bertanya apakah mazhabku? Aku menjawab: Hanbali. Lelaki itu berkata: mazhab apa ini aku tak pernah dengar pun! Ini bida'ah! Lelaki itu menarik bajuku dan berkata: aku tidak akan lepaskanmu sehingga bertemu Sheikh Abū Hātim. Aku menjawab: baiklah. Lalu aku pergi besamanya kerumah Abū Hātim, yang kebetulan pada hari itu ada majlis yang besar. Lelaki itu berkata: inilah dia lelaki yang aku bertanya akan mazhabnya, sambil beliau menyebut dua mazhab yang sedikitpun aku tidak pernah dengar. Abū Hātim berkata: apa jawapannya. Lelaki itu berkata: Hanbali. Abū Hātim berkata: lepaskan beliau, bagi tiap orang yang tidak bermazhab Hanbali, maka dia bukan muslim. Aku berkata pada diri sendiri: lelaki ini (Abū Hātim) seperti aku. Lalu aku menetap besamanya beberapa hari dan kemudian beredar."

Kitab Zam al-Kalām wa Ahlih oleh Sheikh al-Islām 'Abd Allah al-Ansārī al-Harawī [wafat 481H]

  • Maksud teks "bagi tiap orang yang tidak bermazhab Hanbali, maka dia bukan muslim" adalah khusus pada waktu itu dan tempat itu (Ray, Iran). Ini kerana, sebelum kedatangan Sultān Mahmūd bin Subuktikin, puak Bātiniyyah menguasai kawasan itu, sehinggalah beliau berjaya menawan dan membunuh mereka. Oleh kerana kesemua puak Bātiniyyah sudah tiada dan yang ada hanyalah mazhab Hanbali sebagaimana diinginkan Sultān Mahmūd bin Subuktakin, maka sebab itulah Abū Hātim berkata jika bukan Hanbali di kota Ray, maka sudah tentulah puak Batiniyyah atau serpihannya.


Wallahu'alam

Sulaimān 'Abd al-Malik Memotong Kemaluan al-Mukhannath?

Kisah ini ada disebut dalam al-Muntazam fī Tārīkh al-Mulūk wa al-Umam, sebuah kitab karangan Ibn al-Jawzī [wafat 597H]. Ia berlaku pada era Khilāfah Umawiyyah, di zaman pemerintahan Sulaimān bin 'Abd al-Malik [wafat 99H]. Adakah benar kejadian tersebut berlaku? Di bawah adalah sanad yang dinukilkan oleh Ibn al-Jawzī dalam kitabnya:


أخبرنا ابن ناصر الحافظ، قال: أخبرنا ثابت بن بندار، وأحمد بن علي بن سوار، وأبو الفضل محمد بن عبد الله الناقد، قالوا: أخبرنا أبو الحسين محمد بن عبد الواحد بن رزقه، قال: أخبرنا أبو سعيد الحسن بن عبد الله السيرافي، قال  حدثني محمد بن يحيى، عن معن بن عبد الرحمن بن أبي الزناد، عن أبيه، قال

Kitab Ibn al-Jawzī berjudul al-Muntazam fī Tārīkh al-Mulūk wa al-Umam



Manakala Ibn Kathīr [wafat 774H] di dalam al-Bidāyah wa al-Nihāyah turut menyebut kisah ini tanpa sanad yang jelas akan tindakan yang dilakukan oleh Sulaimān bin `Abd al-Malik:


وفي رواية أنه خصى أحدهم، ثمّ سأل عن أصل الغناء فقيل، فكتب إلى عامله بها وهو أبو بكر بن محمد بن حزم يأمره أن يخصي من عنده من المغنين المخنثين



Maksudnya: "Sulaimān bin 'Abd al-Malik telah mengasikan (memotong kemaluan) salah seorang dari kalangan mereka, kemudian beliau bertanya akan asal usul al-ghinā' (nyanyian) itu lalu dikatakan ia berasal dari kota Madinah. Maka beliau telah menulis surat kepada 'amilnya iaitu Abū Bakar bin Muhammad bin Hazm supaya mengasikan sesiapa dari kalangan al-mukhannath (lelaki menyerupai perempuan) yang bernyanyi." (lihat petikan kitab di bawah)





SENARAI PERAWI


  1. Ibn Nāsir al-Hafiz [wafat 550H]
  2. Tsābit bin Bandār [wafat 498H]
  3. Ahmad bin 'Ali bin Siwār [wafat 496H]
  4. Abū al-Fadhl Muhammad bin 'Abd Allah al-Nāqid [wafat 497H]
  5. Abū al-Husain Muhammad bin 'Abd al-Wāhid bin Rizqah
  6. Abū Said al-Hasan bin 'Abd Allah al-Sīrāfī [wafat 368H]
  7. Muhammad bin Yahya
  8. Ma'n bin 'Abd al-Rahmān bin Abi al-Zinād, dari bapanya.


Di dalam 8 perawi dalam riwayat ini, ada 4 perawi yang bermasalah sebagaimana bertanda merah di atas:



Abu al-Fadhl Muhammad bin 'Abd Allah al-Nāqid [wafat 497H]
Nama penuh beliau Muhammad bin 'Abd Allah bin Muhammad, Abū al-Fadhl al-Baghdādī al-Nāqid al-Simsārī. Kata al-Zahabī [wafat 748H] di dalam Tārīkh al-Islām wa Wafayāt al-Masyāhir al-'Alām bahawa beliau adalah Syiah. Umum mengetahui bahawa Syiah amat membenci Khilāfah Umawiyyah. Justeru riwayat dari beliau mengenai kisah buruk ini tertolak. (lihat petikan kitab di bawah)




Manakala Abū al-Husain Muhammad bin 'Abd al-Wāhid bin Rizqah, Muhammad bin Yahya dan Ma'n bin 'Abd al-Rahmān bin Abi al-Zinād, dari bapanya TIDAK DITEMUI TERJEMAHAN LENGKAP mengenai mereka. Dapat disimpulkan mereka adalah perawi majhul.



KESIMPULAN

Kisah ini TIDAK SAHIH kerana ia melibatkan keperibadian Sulaimān bin 'Abd al-Malik yang mulia dan baik di mata masyarakat pada ketika itu. Al-Tabarī [wafat 310H] telah menukilkan kata-kata mereka dalam Tarīkh al-Tabarī:


كان الناس يقولون: سُلَيْمَان مفتاح الخير، ذهب عنهم الحجاج، فولي سُلَيْمَان، فأطلق الأسارى، وخلى أهل السجون، وأحسن إلى الناس، واستخلف عمر بن عبد العزيز


Maksudnya: "Ramai orang berkata Sulaimān adalah kunci kebaikan. Selepas belalunya zaman pemerintahan al-Hajjāj, maka  Sulaimān telah ditauliahkan sebagai khalifah dan beliau telah membebaskan tahanan perang, banduan penjara dan berbuat baik kepada orang ramai, dan beliau juga turut melantik `Umar bin 'Abd al-'Azīz (sebagai penggantinya)." (lihat petikan kitab di bawah)



Imam al-Suyūthī [wafat 911H] turut memuji beliau di dalam Tarīkh al-Khulafa':


ومن محاسنه: أن عمر بن العزيز كان له كالوزير، فكان يمتثل أوامره في الخير، فعزل عمال الحجاج، وأخرج من كان في سجن العراق وأحيا الصلاة لأول مواقيتها، وكان بنو أمية أماتوها بالتأخير. قال ابن سيرين: يرحم الله سليمان افتتح خلافته بإحيائه الصلاة لمواقيتها، واختتمها باستخلافه عمر بن عبد العزيز


Maksudnya: "Antara kebaikan-kebaikan Sulaimān ialah bahawasanya 'Umar bin 'Abd al-'Azīz baginya seperti wazir (semasa hayatnya), dan beliau (Sulaimān) menyerupai 'Umar bin 'Abd al-'Azīz pada perkara-perkara kebaikan, menjauhkan diri dari amalan-amalan al-Hajjāj, melepaskan tahanan penjara di 'Iraq, menghidupkan solat di awal waktunya, kerana Bani Umayyah pada ketika itu mematikannya (iaitu melambatkan solat). Kata Ibn Sīrīn: moga Allah merahmati  Sulaimān. Beliau telah memulakan pemerintahannya dengan menghidupkan solat pada waktunya dan beliau mengakhirinya dengan melantik 'Umar bin 'Abd al-'Azīz (sebagai penggantinya)." (lihat petikan kitab di bawah)




Ahmad Subhi Mansur, seorang pakar sejarawan dan juga Quranist turut mengkritik dari SUDUT PERADABAN akan kisah ini. Kata beliau, mengasi/membuang kemaluan tidak dikenali pada zaman Umawiyyah:

فلم يكن العقاب بالخصاء معروفا فى العصر الأموى، ولم يكن الخصيان معروفين وقتها. أصبح هذا وذاك معروفا ومألوفا فى العصر العباسى الثانى، ثم انتشر وازدهر فى العصرين المملوكى والعثمانى أى إن ابن الجوزى فى روايته الوهمية تلك قد عاقب المطرب المغنى بعقوبة لم يكن يعرفها عصر سليمان بن عبد الملك، بل لم يعرفها سفاح بنى أمية وهو الحجاج بن يوسف قبل سليمان


Maksudnya: "Hukuman mengasi/membuang kemaluan belum pernah dikenali pada zaman Umawiyyah, dan mengasi/membuang kemaluan tidaklah pula terkenal pada waktu itu. Mengasi/membuang kemaluan ini muncul, terkenal dan biasa diamalkan pada zaman `Abbāsiyyah ke-2, kemudian tersebar dan berkembang pada dua zaman iaitu al-Mamlūkiyyah dan al-`Uthmāniyyah. Ibn al-Jawzī telah tersalah akan riwayatnya mengenai hukuman terhadap penyanyi dengan hukuman yang belum pernah dikenali pada zaman Sulaimān bin `Abd al-Malik, bahkan belum pernah dikenali pada zaman pertumpahan darah Banī Umayyah sebelum Sulaimān iaitu pada zaman al-Hajjāj bin Yūsuf al-Saqafī."

Ini jelas menunjukkan hatta pada zaman al-Hajjāj yang keras dan bengis pada rakyat pun tiada hukuman sedemikian dilakukan pada orang ramai, mana mungkin ia dilakukan pada zaman Sulaimān yang baik pada rakyat dizamannya?

Ahmad Subhi Mansur turut menambah:

ونعرف إن سليمان قد اكتسب شهرته من الرفق بالناس ونشر الأمن والعفو فكيف لمن كان بمثل هذا الرفق ب (الرعية) أن يأمر بخصى رجل لمجرد أن يغنى وحيدا فى ناحية من المعسكر؟ لو حتى إفترضنا أن سليمان قد نهى عن الغناء فعصاه هذا الرجل فلا نتصور فى شخصية مثل سليمان يسمع نصائح عمر بن عبد العزيز أن يعاقب هذا العاصى بتلك العقوبة التى لم تكن مألوفة وقتها

Maksudnya: "Kita tahu bahawa Sulaimān telah mencapai kemasyhuran kerana keramahannya dengan orang ramai, menyebarkan keamanan dan seorang yang pemaaf, lalu bagaimana seorang yang melakukan kebaikan kepada rakyat telah memerintahkan untuk mengasi/membuang kemaluan lelaki disebabkan beliau menyanyi berseorangan di salah satu tempat perkhemahan? Kalaulah kita kata Sulaiman telah melarang sebarang nyanyian dan lelaki itu telah melakukan kesalahan maka kita tidak dapat gambarkan peribadi  Sulaimān yang mendengar nasihat-nasihat `Umar bin `Abd al-`Aziz untuk menghukum pesalah itu dengan hukuman itu yang belum pernah biasa dilakukan pada waktu itu."


Ini jelas menunjukkan adalah tidak logik Sulaimān melakukan sedemikian disaat 'Umar bin 'Abd al-'Azīz yang menjadi tulang belakang menasihati beliau pada perkara kebaikan, melakukan kekejaman dengan memotong kemaluan itu.

Ibn al-Athīr [wafat 630H] juga merupakan pakar ilmuan sejarah berprolifik selepas Ibn al-Jawzī, tetapi beliau tidak menyebut kisah mengasi/membuang kemaluan itu di dalam kitabnya. Kata Ahmad Subhi Mansur:

هذا المؤرخ العظيم ابن الأثير مولود عام 555 وقد مات عام 630، أى كان شابا وقت أن كان ابن الجوزى فى قمة شهرته العلمية، وكان عمره 42 سنة عند موت ابن الجوزى، ومع ذلك جاء تاريخه (الكامل) أكثر دقة ومصداقية من الشيخ الامام ابن الجوزى. ولقد نقل ابن الأثير احداث عصر الخليفة الأموى سليمان بن عبد الملك عمن سبقه من المؤرخين. ولكنه أهمل تلك الحادثة، مما يدل على عدم أقتناعه بها

Maksudnya: "Ilmuan sejarah terkenal iaitu Ibn al-Athīr yang dilahirkan pada tahun 555H dan wafat pada tahun 630H adalah seorang pemuda ketika zaman kemuncak kemasyhuran ilmu Ibn al-Jawzi. Umur Ibn al-Athīr pada waktu itu ialah 42 tahun ketika wafatnya Ibn al-Jawzi, dan pada waktu itulah telah muncul kitab al-Kāmil yang lebih terperinci, kritis dan berkredibiliti berbanding karya Imam Ibn al-Jawzi. Ibn al-Athīr telah menukilkan kisah-kisah pada zaman Khalifah `Umawiyyah iaitu Sulaimān bin `Abd al-Malik dari ilmuan sejarah yang terdahulu. Akan tetapi beliau mengabaikan kisah ini yang menunjukkan bahawa beliau tidak percaya dan tidak berpuas hati akan kisahnya."


Ahmad Subhi Mansur turut mengkritik dari segi matan iaitu soalan tidak logik seperti dari manakah asal al-ghinā' dan di manakah ia banyak berlaku ((أين أصله؟ وأكثر ما يكون؟)) yang disoalkan oleh Sulaimān mengenai  al-ghinā', sedangkan al-ghinā' amat popular di Madinah selepas zaman Yazid bin Mu'āwiyah (26H-64H). Kata beliau:

 إن سليمان لم يكن يعرف وقتها بشهرة المدينة بأرباب الغناء حتى يسأل هذا السؤال. لقد كان معروفا أن سياسة الأمويين بعد عصر يزيد بن معاوية هو إلهاء أبناء وأحفاد كبار الصحابة فى المدينة بالغناء والمجون حتى لا تتكرر ثوراتهم. فأغرقوا المدينة بالأموال وبالجوارى وشعراء المجون وأرباب الغناء من الرجال والنساء

Maksudnya: "Bahawasanya Sulaimān tidak tahu pada waktu itu Madinah amat popular dengan pemujaan al-ghinā' sehingga beliau bertanya soalan: (أين أصله؟ وأكثر ما يكون؟). Pemerintahan kerajaan Umawiyyah selepas zaman Yazid bin Mu`āwiyah telah melalaikan penduduk dan para kibar sahabat di Madinah dengan al-ghinā' dan perkara melalaikan sehingga kemunculan perkara ini berulang-ulang. Mereka membanjiri Madinah dengan harta benda, perhambaan, syair, perkara melalaikan dan pemujaan al-ghinā'  dari kalangan lelaki dan perempuan."

NOTA: Kritikan penuh dari Ahmad Subhi Mansur mengenai kisah di atas boleh dilihat di sini


Justeru, kemunculan al-ghinā' sejak dari tahun 26H-64H, manakala pemerintahan Sulaimān dari 96H-99H. Ini jelas menunjukkan al-ghinā' sudah lama muncul. Adalah mustahil beliau tidak tahu mengenainya. Maka perkara penting di sini jelas:


  • Kisah ini jelas tidak sahih dari segi sanad, matan, status tokoh dan keadaan zaman tersebut yang mana ada banyak kecacatan dan keraguan sebagaimana diterangkan diatas.
  • Walaupun Ibn al-Jawzī membawakan sanad kisah di atas, ia adalah sesuatu yang janggal kerana ia hanya diriwayatkan oleh beliau sahaja secara bersendirian. Tambahan pula, ilmuan sejarah lain sebelumnya yang tsiqah tidak menukilkan kisah itu sepertinya. Begitu juga ulama selepasnya seperti al-Athīr dan Ibn Kathīr, masing-masing meriwayatkan sighah tamrīdh.
  • Walaupun Ahmad Subhi Mansur seorang anti hadith dan quranist yang mana banyak pandangan beliau untuk menyerang ahl al-athār atau golongan muhaddithin iaitu Ibn al-Jawzī dalam kes ini, perlu diingatkan juga beliau merupakan tokoh sirah tamadun Islam yang terkenal dan kita tidak boleh menolak hasil dapatan beliau yang kritis ini demi membela tokoh seperti Sulaimān bin 'Abd al-Malik yang berperibadi elok. Adapun mengenai fikrah anti hadith beliau itu perlu ditolak sewajarnya.



Wallahu'alam


#LajnahBuhuthMakanKeliling
#LGBT #BAPUK #PONDAN

Monday, 4 February 2019

Perbezaan Politik Membawa Pergaduhan

Zaman sekarang tak cukup FB sembang politik, ada group WhatsApp politik pula. Bergaduh sampai left group, unfriend dan unfollow rakan-rakan yang dulu rapat bagai isi dan kuku.
Bagi mereka yang berpolitik siang-malam, mari lihat apa kata Sheikh Muhammad Abu Zahrah [wafat 1394H], pengarang kitab Zahrah al-Tafāsir mengenai politik dalam kitab ini:
وهنا يسأل سائل: لماذا اختلف المسلمون بعد النبي ﷺ، وقد تركهم على الحجة الواضحة ليلها كنهارها؟ وترك فيهم ما إن أخذوا به لن يضلوا أبدا، فقد ترك فيهم كتاب الله وسنة رسوله ﷺ؟ والجواب عن ذلك أن أسباب الاختلاف كانت كثيرة، والاختلاف قسمان: اختلاف لم يفرق الأمة، ولم يجعل بأسها بينها شديدا، واختلاف قد فرق الأمة وأذهب وحدتها، وهو الخلاف في السياسة وشئون الحكم.
Maksudnya: "Seseorang bertanya di sini: kenapa orang Islam berikhtilaf selepas kewafatan Nabi ﷺ? Bukankah Baginda telah meninggalkan mereka hujah yang terang malam seperti siang? Bukankah Baginda telah meninggalkan mereka sesuatu jika mereka berpegang dengannya tidak akan sesat selamanya? Bukankah Baginda telah meninggalkan mereka al-Quran dan Sunnah Rasulullah ﷺ? Jawapan bagi soalan ini ialah bahawasanya sebab ikhtilaf itu banyak dan ikhtilaf itu terbahagi kepada dua: (1) ikhtilaf yang tidak memecahkan umat dan tidak menjadikan kerosakan yang dasyhat, (2) ikhtilaf yang memecahkan umat dan membawa kehancuran iaitu khilaf politik dan urusan pemerintahan."
Sheikh Muhammad Abu Zahrah [wafat 1394H]

Tidak kira dari parti Islam atau tidak, apakah maqasid politik anda hari-hari? Ingin mencela, mengejek atau sebaliknya? Apakah yang anda dapat selepas itu? Fikirkanlah.
Nasihat untuk diri ini dan juga yang lain.


Rujukan

Tārīkh al-Mazāhib al-Islāmiyyah fī al-Siyāsah wa al-'Aqāid wa Tārīkh al-Mazāhib al-Fiqhīyyah (ms. 12).

Sunday, 3 February 2019

Imām Jalāl al-Dīn al-Suyūtī al-Syāfi'ī Membenci Ilmu Mantiq & Kalam

Tokoh al-Asyā'irah, pakar turuq & firaq mutakhir Dr. 'Alī Sāmī al-Nasyār [wafat 1400H] ketika mentahqiq kitab Saun al-Mantiq wa al-Kalām 'an Fann al-Mantiq wa al-Kalām karya Jalāl al-Dīn al-Suyūtī [wafat 911H] menukilkan kalam beliau pada muqaddimah kitab:

وقد كنت في مبادئ الطلب قرأت شيئا في علم المنطق، ثم ألقى الله كراهته في قلبي، وسمعت أن ابن الصلاح أفتى بتحريمه، فتركته بذلك، فعوضني الله تعالى عنه علم الحديث الذي هو أشرف العلوم

Maksudnya: "Ketika seawal pembelajaranku aku telah membaca sesuatu mengenai ilmu mantiq, kemudian Allah melemparkan kebenciannya pada hatiku, dan aku pernah mendengar Ibn al-Salāh berfatwa akan keharamannya, atas sebab itu aku tinggalkannya, lalu Allah Ta'ala gantikanku dengan ilmu hadith yang merupakan semulia ilmu."

Kata pentahqiq kitab Su'ād 'Alī 'Abd al-Rāziq yang juga murid kepada Dr. 'Alī Sāmī al-Nasyār berkata:

وكان الكلام يستند على العقل ويخوض في المسائل الإلهية ويخلط فلسفة اليونان بعقائد المسلمين. ورأى أهل الفقه من ناحية وأهل الحديث من ناحية أخرى أن هذا الكلام المستند على هوى العقل قد أفسد الحياة الإسلامية وفرق المسلمين فرقا وشيعا، فشغلوا به عن كل شيء وما أجمل عبارة إمام دار الهجرة (مالك بن أناس) والتي أوردها السيوطي: والكلام في الدين أكرهه. ولا أحب الكلام إلا فيما تحته عمل

Maksudnya: "Ilmu kalam bersandarkan akal memcelup masuk permasalahan ilahiyyah serta mencampur aduk Falsafah Yunani dengan akidah orang Islam. Dari sudut pandangan fiqh dan ahl al-hadith pula, ilmu kalam ini berlunaskan hawa nafsu akal telah merosakkan kehidupan Islam dan memecahkan orang Islam berpuak-puak dan mereka menyibukkan diri dengannya setiap sesuatu. Betapa cantik ibarat ucapan Imam Dār al-Hijrah (Mālik bin Anas) yang diungkapkan oleh al-Suyūtī: Aku membenci ilmu kalam di dalam agama dan tidaklah aku membenci ilmu kalam kecuali di bawahnya ada amalan."



Maksud Imam Malik akan ucapan (فيما تحته عمل) adalah perkara mubah (مباح) dan masyruk (مشروع) disisinya dan juga ulama di negerinya. Ini kerana ulama di negerinya menafikan dan melarang ilmu kalam seperti apa yang dibawa oleh Jahm bin Safwan, al-Qadariyyah dan lain-lain. (lihat petikan kitab di bawah)



Sungguhpun terdapat isu pada penisbahan sebenar kitab ini pada Imam al-Suyūtī, Dr. 'Alī Sāmī al-Nasyār membuat kesimpulan bahawa ia adalah kitab al-Suyūtī berdasarkan ikrar Hajī Khalīfah [wafat 1068H], seorang sejarawan 'Uthmāniyyah yang tsiqah dalam karya beliau Kasyf al-Zunūn, serta uslub yang digunakan di dalam kitab ini adalah uslub ahl al-hadith.

Wallahualam.

Imam al-Syāfi'ī Tidak Mencela Ilmu Kalam

  • Kata Ibn Khumaīr al-Sabtīy [wafat 614H] dalam kitabnya Muqaddimāt al-Marāsyid ila 'Ilm al-'Aqā'id, riwayat yang mengatakan Imam al-Syāfi'i rahimahullah pernah mencela ilmu kalam kemungkinan besar beliau tidak berkata demikian.
  • SEKIRANYA SAHIH dari beliau, celaan itu khusus untuk golongan mubtadi' mutakallimīn seperti Hafs al-Fard, al-Ju'al al-Kāghadī, Syaitān al-Tāq, Ghailān al-Dimashq, Wāsil bin 'Atā' al-Ghazzāl, al-Ja'd bin Dirham, 'Amru bin 'Ubaīd dan Ma'bad al-Juhanī.
  • Ibn Khumaīr al-Sabtīy turut berkata mana mungkin Imam al-Syāfi'i mencela ilmu kalam sedangkan beliau turut menulis kitab mengenai ilmu kalam bagi menjawab golongan atheis dan juga kaum al-Barāhimah.
  • Begitu juga Imam Abū Hanīfah rahimahullah yang menulis kitab al-'Ālim wa al-Muta'allim bagi membidas golongan ahli hawa dan juga Imam Mālik yang turut mempelajari ilmu kalam selama 15 tahun dari Ibn Hurmuz.


Keratan kitab Ibn Khumaīr al-Sabtīy



Wallahualam.

Saturday, 2 February 2019

Mufti Cium Kaki Habib Untuk Masuk Syurga

Dalam kitab al-Ziyārāt wa al-Awliyā' fi Tuhāmah karya 'Abd Allah Khādim al-'Umarī, sebuah kitab athār sejarah ulama Yaman berkata:


ومن ذلك أن كان استشهر بين الناس أن من قبل قدم الفقيه إسماعيل الحضرمي دخل الجنة 


Maksudnya: "Oleh kerana itu telah popular dalam kalangan orang ramai bahawa sesiapa yang mencium kaki al-Faqīh Ismā'īl al-Hadhramī akan masuk syurga."

FADHILAT SESAT ini diperoleh dari mimpi bertemu Nabi s.a.w:

 حكى الفقيه المحدث العلامة برهان الدين إبراهيم العلوي عن الفقيه المحدث العلامة أحمد بن أبي الخير عن والده الفقيه المحدث العلامة أبي الخير الشماخي أنه سأل الفقيه إسماعيل عن ذلك فقال : قدم علينا بقرية الضحي رجل من أهل الخير، فلما صلينا الجمعة صعد المنبر وقال: يا أيها الناس رأيت النبي صلى الله عليه وسلم في المنام وسمعته يقول : من قبل قدم الفقيه إسماعيل الحضرمي دخل الجنة. قال الفقيه أحمد بن أبي الخير: وكان يقال للرجل المذكور ابن الزعب من أهل حصى، وهؤلاء بنو الزعب قوم أهل ولاية وصلاح

Maksudnya: "Telah diceritakan oleh al-Faqīh al-Muhaddith al-'Allāmah Burhān al-Dīn Ibrāhīm al-'Alawī dari al-Faqīh al-Muhaddith al-'Allāmah Ahmad bin Abī al-Khair dari ayahnya al-Faqīh al-Muhaddith al-'Allāmah Abī al-Khaīr al-Shammākhī bahawasanya beliau pernah bertanya al-Faqīh Ismā'īl berkenaan hal demikian (mencium kaki), katanya: Telah datang pada kami seorang lelaki dari Kampung al-Dhahī dari ahli keluarga al-Khaīr, ketika mana kami selesai solat Jumaat beliau naik atas mimbar dan berkata: Wahai sekalian manusia, aku telah bertemu Nabi s.a.w dalam mimpi dan aku telah mendengar beliau berkata: barang siapa yang mencium kaki al-Faqīh Ismā'īl al-Hadhramī akan masuk syurga. Kata al-Faqīh Ahmad bin Abī al-Khaīr: Lelaki tersebut digelar Ibn al-Za'b  dari penduduk Hasī (wilayah al-Sawma'ah, Yaman) dan Banu al-Za'b adalah penduduk wilayah yang baik-baik."




Mufti Juga Ingin Mencium Kaki Al-Faqīh Ismā'īl al-Hadhramī

Yang lebih aneh, mufti bandar Zabīd di Yaman iaitu Ahmad Sulaimān al-Hakamī, setelah mendengar hadith di atas beliau juga ingin mencium tapak kaki al-Faqīh Ismā'īl al-Hadhramī:


ويروي عن الفقيه أحمد بن سليمان الحكمي المفتي بمدينة زبيد أنه قال لما سمعت حديث تقبيل قدم الفقيه إسماعيل وقع في نفسي من ذلك من شيء ثم اتفق لي أن قصدت الفقيه الى منزله بزبيد لقصد السلام عليه والزيارة، فلما دخلت عليه قال: مرحبا بك جئت لتقبل قدمي، ثم مد رجليه فقبلتها، وقال الإمام اليافعي: وكان الجلة من العلماء يقبلون قدمه 


Maksudnya: "Diriwayatkan dari al-Faqīh Ahmad bin Sulaimān al-Hakamī, mufti bandar Zabīd di Yaman katanya: Bahawasanya ketika mana aku mendengar hadith mencium kaki al-Faqīh Ismā'īl, terdetik dihatiku untuk bertemu al-Faqīh Ismā'īl di rumahnya di Zabīd untuk bertanya khabar dan ziarah. Ketika aku bertemu dengannya, al-Faqīh Ismā'īl berkata: Selamat datang. Engkau datang nak cium kaki aku kan? Kemudian beliau menghulurkan kedua kakinya lalu kucium kedua kakinya itu. Kata al-Imām al-Yāfi'ī: para jemaah ulama terulung kesemuanya mencium kaki beliau."

Petikan kitabal-Ziyārāt wa al-Awliyā' fi Tuhāmah karya 'Abd Allah Khādim al-'Umarī yang menyebut akan kisah ini.







Moga kita dijauhkan dengan sifat ghuluw ini.

DISCLAIMER: Kisah ini tidak memaparkan sisi sebenar seorang sufi/habaib hakiki. Sufi hakiki tidak melakukan & menghikayatkan kisah seperti ini. Banyak kitab menerangkan sisi sebenar seorang sufi yang melazimi sunnah yang betul. Boleh dilihat di dalam Siyar karya al-Zahabi atau dalam kitab Mauqif A'immah al-Harakah al-Salafiyyah min al-Tasawwuf wa al-Sufiyyah: https://bit.ly/2REeVjh

Habib: Hisaplah Lidahku, Nescaya Akan Mewarisi Karomahku

  • Kitab ini ditulis oleh al-'Allāmah 'Abd al-Qādir bin Sheikh bin 'Abd Allah al-'Aīdarūs [wafat 1038H]. Kitab ini membicarakan manaqib atau biografi dan peribadi tokoh ahl al-bait sehingga tahun 900H ke atas.
  • Ketika membicarakan perihal al-Sheikh al-Kabīr al-Walī Shihāb al-Dīn Ahmad Ibn al-Sheikh 'Abd al-Rahmān bin al-Sheikh 'Alī bin al-Sheikh Abī Bakar Ba'alawī [wafat 946H], terdapat kisah beliau telah menyuruh cucunya al-Walīy al-Sālih al-Shahīr Yahya Khatīb supaya menghisap lidahnya!


Maksudnya: "Aku menemui datukku pada suatu hari ketika beliau masih hidup dan ketika itu aku berumur 7 tahun. Beliau memanggilku kemari. Lalu aku datang padanya dan kemudian beliau menjelirkan lidahnya seraya berkata padaku: hisaplah lidah ini! Maka aku menghisapnya untuk jangka masa yang panjang, kemudian beliau berkata padaku: wahai anakku, kamu adalah pewaris rahsiaku (karomahku)."


Antara karomah Shihāb al-Dīn Ahmad Ibn al-Sheikh adalah diceritakan beliau bertemu dengan Imam al-Ghazālī [wafat 505H] secara yaqazah (sedar) dan beliau menerima ijazah kitab dari Imam al-Ghazālī.


DISCLAIMER: Kisah di bawah ini bukanlah mengisahkan sisi sebenar seorang sufi hakiki. Sufi sebenar tidak melakukan & menghikayatkan kisah seperti ini. Banyak kitab menerangkan sisi sebenar seorang sufi yang melazimi sunnah yang betul. Boleh dilihat di dalam Siyar karya al-Zahabi atau dalam kitab Mauqif A'immah al-Harakah al-Salafiyyah min al-Tasawwuf wa al-Sufiyyah: https://bit.ly/2REeVjh

Hadith Palsu & Tiada Asal Di Meja Penceramah - Siri I

Penceramah: TG Sheikh Dr. Shuhadak Mahmud Al-Ja'fari
Lokasi: Surau Taman Pinang Gading, Seremban
Tarikh: 28/7/2018





Hadith: 

من صلى خلف مغفور له غفر له

Maksudnya: "Barang siapa yang solat di belakang orang yang diampunkan dosanya, maka dosanya juga turut diampunkan."


Huraian:

  • Ustaz ini mendakwa beliau mengambil hadith ini dari al-'Allāmah Sheikh Nuruddin al-Makkī. Apabila disemak di dalam mana-mana kitab hadith, tidak ditemui asalnya.
  • Akan tetapi, matan hadith ini terdapat di dalam kitab al-Madkhal, sebuah kitab fiqh mazhab Malikī karya Ibn al-Hāj al-Malikī [wafat 737H] tanpa menyebut jelas sama ada ia adalah qaul Nabi ﷺ ataupun tidak. Namun jelas berdasarkan petikan kitab, boleh jadi ia adalah kalam dari penulis kitab ketika menghuraikan fadhilat solat berjemaah. (lihat petikan kitab di bawah)


Sheikh Hasan Muhammad al-Mashshāth [wafat 1399H], seorang ulama mazhab Malikī di dalam kitabnya Is'āf Ahl al-Islām, halaman 52, turut menukilkan hadith ini di dalam kitabnya dan menerangkannya sebagaimana berikut:

(من صلى خلف مغفور له غفر له)
ذكر العراقي في تخريج أحاديث الإحياء حديث أبي الدرداء، أن هذه أمة منظور إليها من بين الأمم، وإن الله إذا نظر لعبد في الصلاة غفر له ولمن وراءه من الناس. قال العراقي ولم أجده بهذه اللفظة وروى ابن عساكر في تاريخ دمشق عن كعب الأخبار نحوه


Maksudnya: "(من صلى خلف مغفور له غفر له)Al-'Irāqī telah menyebut di dalam takhrij hadith al-Ihyā', hadith dari Abū al-Dardā', bahawa umat ini dipandang di antara umat-umat lain, dan sesungguhnya Allah apabila melihat hambanya ketika bersolat, diampunkan dosanya dan juga dosa orang yang solat dibelakangnya dalam kalangan orang ramai. Kata al-`Irāqī: aku tidak temui lafaz hadith ini, dan diriwayatkan juga oleh Ibn 'Asākir dalam Tārikh Dimashq dari Ka'ab dengan khabar yang sama." (lihat petikan kitab di bawah)



Apabila disemak di dalam kitab Ihyā' 'Ulūm al-Dīn, maksud hadith seakan sama tetapi tidak dari segi matannya. Imam al-Ghazālī juga tidak menyebut sanadnya dengan jelas malah matan hadith itu juga berterabur, dengan sekadar menyebut Nabi ﷺ dan beberapa perawi pernah berkata sedemikian, yang juga dinilai oleh al-'Irāqī dan al-Subkī sebagai tiada asalnya. (lihat petikan kitab di bawah)


Kata tokoh muhaddith beraqidah al-Asyā'irah masakini iaitu Sheikh Salāh al-Dīn al-Idlibī ketika ditanya mengenai hadith ini melalui Facebook rasmi beliau menjawab: tidak wujud hadith ini dari Nabi ﷺ, para sahabat dan tabi'in dan makna hadith ini mungkar. (lihat screenshot jawapan beliau)




KESIMPULAN


Hadith ini jelas TIADA ASALNYA di dalam mana-mana kitab hadith. Malah matannya juga mungkar. Bagaimana mungkin seseorang makmum itu tahu imam di hadapannya telah diampuni dosanya? Ia sesuatu perkara yang tidak masuk akal dan memerlukan kepada dalil syarak. Begitu juga mengenai hadith yang hampir sama: "Barang siapa yang makan bersama orang yang diampunkan dosanya, maka dosanya juga turut diampunkan." Kata Ibn Kathīr hadith ini juga tiada asalnya. Ia diriwayatkan oleh orang salih melalui mimpi mereka bertemu Nabi ﷺ. (lihat petikan kitab di bawah)



Sekalipun hadith itu dinukilkan oleh ulama hebat, salih dan bertaqwa, selagi mana ia tiada dalam kitab hadith, maka secara automatik hadith itu tertolak. Inilah yang disebut oleh Mur’ī al-Karmī al-Hanbalī [wafat 1033H] dalam al-Fawāid al-Maudhū’ah yang menukilkan kalam al-Suyūthī:

وأما الآن فالعمدة على الكتب المدونة فمن جاء بحديث غير موجود فيها فهو رد عليه وإن كان من أتقى المتقين

Maksudnya: “Adapun sekarang ini, yang dibuat pedoman (rujukan) adalah kitab-kitab yang telah dibukukan. Maka barang siapa yang mendatangkan hadith yang tidak wujud dalam kitab-kitab yang dibukukan, maka hadith tersebut dikembalikan kepada yang membawanya (ditolak) walaupun dia seorang yang paling bertaqwa." (lihat petikan kitab di bawah)



Wallahu`alam
Lajnah Buhuth Makan Keliling

Friday, 1 February 2019

Asyā'irah v Hanābilah: Al-Bāqilānī Menyorok Ketika keluar Tandas

Inilah aura yang ada pada Sheikh al-Syāfi’iyyah Abū Hamid al-Isfarāyīnī [wafat 406H] dan Sheikh al-Hanābilah Abū ‘Abd Allah bin Hāmid [wafat 403H] sehingga digeruni oleh tokoh hebat al-Asyā’irah. Antaranya al-Bāqilānīy [wafat 402H] menyorokkan dirinya dari al-Isfarāyīnī kerana takut terserempak dengannya:

إن إمام الشافعية أبا حامد الإسفراييني وشيخ الجنابلة أبا عبد الله بن حامد قاما على أبي بكر الباقلاني الأشعري، وأنكرا عليه ما كان ينشره من فكر الأشعري المخالف لمذهب أهل السنة. وكان الإسفراييني يُطارده في مجالسه العلمية، وشوارع بغداد، حتى أصبح يخرج إلى الحمام متنكرا خوفا من الإسفراييني، بسبب مذهبه في كلام الله تعالى

Maksudnya: “Bahawasanya Imam al-Syāfi’iyyah Abū Hāmid al-Isfarāyīnī dan Sheikh al-Hanābilah Abū ‘Abd Allah bin Hāmid menentang Abū Bakar al-Bāqilānī al-Ash’arī, dan mereka berdua menyanggah apa yang telah disebarkan dari pandangan al-Asyā’irah yang menyelisihi mazhab ahli sunnah. Al-Isfarāyīnī pernah memburu al-Bāqilānī di dalam majlis ilmunya dan juga jalan-jalan di Baghdad, sehingga pernah terjadi al-Bāqilānī keluar dari tandas dalam keadaan menyamar kerana takut terserempak dengan al-Isfarāyīnī disebabkan mazhabnya pada permasalahan Kalam Allah Ta’ala.” [1]

Kitab Dr. Khalid Kabir 'Allāl yang merujuk kitab Ibn Taimiyyah iaitu al-'Aqīdah al-Isfahāniyyah & Bayān Talbis al-Jahmiyyah


Al-Zahabī [wafat 748H] turut menukilkan kalam al-Khatīb al-Baghdādī [wafat 493H] akan kehebatan al-Isfarāyīnī:

قال الخطيب: حدثونا عن أبي حامد، وكان ثقة، حضرت تدريسه في مسجد ابن المبارك، وسمعت من يذكر أنه كان يحضر درسه سبع مائة فقيه، وكان الناس يقولون: لو رآه الشافعي، لفرح به

Maksudnya: “Kata al-Khatīb: mereka telah menceritakan kami mengenai Abū Hāmid (al-Isfarāyīnī). Beliau seorang yang tsiqah. Aku pernah menghadiri majlis pelajarannya di Masjid Ibn al-Mubārak, dan aku telah mendengar seseorang menyebut bahawasanya majlis pelajarannya dihadiri 700 orang faqih, dan orang ramai berkata: kalaulah Imam al-Syāfi'i melihatnya sudah tentu beliau berbangga.” [2]

Antara pesanan al-Isfarāyīnī mengenai perdebatan ilmu Kalam Allah ini sebagaimana diceritakan oleh Abū Hayyān al-Tauhīdī [wafat 414H] dalam risalahnya:

سمعت الشيخ أبا حامد يقول لطاهر العباداني: لا تعلق كثيرا مما تسمع منا في مجالس الجدل، فإن الكلام يجري فيها على ختل الخصم ومغالطته ودفعه ومغالبته، فلسنا نتكلم لوجه الله خالصا، ولو أردنا، لكان خطونا إلى الصمت أسرع من تطاولنا في الكلام، وإن كنا في كثير من هذا نبوء بغضب الله، فإنا نطمع في سعة رحمة الله

Maksudnya: “Aku telah mendengar Sheikh Abū Hāmid (al-Isfarāyīnī) berkata pada Tāhir al-‘Abbādānī: janganlah kamu mengulas (menulis) terlalu banyak akan apa yang kamu dengar dari kami di dalam majlis perdebatan, kerana sesungguhnya perdebatan mengundang permusuhan, falasi, hasutan dan pergaduhan. Kita berdebat bukan semata-mata kerana Allah secara mutlak, sekalipun kita menginginkannya sudah tentu kita terdiam lebih cepat berbanding lamanya ketika kita berdebat. Sekiranya kita banyak berdebat ini menganjur kemurkaan Allah (ketahuilah sebenarnya) kita mendambakan keluasan rahmat Allah.” [3]

Walau bagaimanapun, ucapan al-Isfarāyīnī dari Abū Hayyān ini tidak boleh dipegang sebagaimana kata al-Zahabī di dalam Siyar al-'Alām al-Nubalā'


Rujukan

[1] Dr. Khālid Kabir ‘Allāl, al-Azmah al-‘Aqīdah Baina al-Asyā’irah wa Ahl al-Hadīth, Universiti Algeria, Cetakan Pertama 2005 Dār al-Imām Mālik, ms. 12.

[2] Al-Zahabī, Siyar al-'Alām al-Nubalā', Muassasah al-Risālah, Cetakan tahun 1985, Juz. 17, ms. 195.

[3] Muhammad al-Khudharī Bak, Tārīkh al-Tashr'ī  al-Islāmī, Dār al-Kutub al-'Ilmiyyah, Cetakan tahun 2018, ms. 230. 

Ibarat salaf لا يفسرها Merujuk Kepada لا يكيفها

Ramai mengatakan "mafhum" ibarat salaf (لا يفسرها) atau seumpamanya pada riwayat ayat sifat adalah indikasi mereka tidak menafsir...