Friday, 1 February 2019

Polis Di Zaman Salaf: Melawan Bid'ah & Kemungkaran

Zaman Khilāfah Islāmiyyah dahulu, al-syurthah atau polis tidak hanya bertugas sebagai penjaga keamanan, malah mereka bekerja sebagai polis dalam hal ibadat umat Islam sebagaimana diarahkan oleh pemerintah. Dr. Nāsir al-Ansārī dalam buku beliau Tārīkh Anzimah al-Syurthah fī Misr mengatakan:

فقد جمع أصحاب الشرطة في معظم الولايات الإسلامية مع وظيفة استتباب الأمن، والأخذ على أيدي اللصوص والمفسدين، المحافظةَ على الآداب العامة؛ فقد أمر مزاحم بن خاقان والي مصر (253هـ) صاحب شرطته أزجور التركي بمنع النساء من التبرُّج أو زيارة المقابر، وضرب المخنثين ونَدَّابات الجنائز، كما اهتمَّ صاحب الشرطة بمنع الملاهي، ومحاربة الخمور

Maksudnya: "Pegawai polis telah dihimpunkan di kawasan utama wilayah Islam yang berfungsi untuk menjaga keamanan. Mereka juga digunakan untuk berhadapan para perompak dan orang yang melakukan kerosakan. Mereka juga bertugas memelihara tatasusila orang awam. Pada masa itu, Muzāhim bin Khāqān [wafat 253H] sebagai penguasa kota Mesir telah mengarahkan ketua polis Azjūr al-Turkī bagi melarang perempuan berhias atau menziarahi tanah perkuburan, memukul golongan al-mukhannithīn (lelaki yang menyerupai perempuan), golongan perempuan yang meratapi kematian, sebagaimana ketua polis merasakan ia penting seperti melarang berpoya-poya di tempat hiburan yang melalaikan dan memerangi arak yang memabukkan." [1]


Buku Dr. Nāsir al-Ansārī berjudul Tārīkh Anzimah al-Syurthah fī Misr dengan teks terjemahan di atas.


Tugas Azjūr al-Turkī sebagai ketua polis bukan setakat itu sahaja, banyak arahan dan larangan yang dikeluarkan oleh beliau demi menjaga kesejahteraan orang ramai. Al-Kindī [wafat 355H] dalam karyanya berjudul al-Wulāh wa al-Qudhāh menyebut:

وأمر أزجور في ولايته على الشرط بمنع النساء من الحمامات والمقابر، وسجن المؤنثين والنوائح، ومنع من الجهر ببسم الله الرحمن الرحيم في الصلوات بالمسجد الجامع، وأمر الحسن بن الربيع إمام المسجد الجامع بتركها وذلك في رجب سنة ثلاث وخمسين، ولم يزل أهل مصر على الجهر بها في المسجد الجامع منذ الإسلام إلى أن منع منها أزجور، وأخذ أهل المسجد الجامع بتمام الصفوف، ووجه بذلك رجلا من العجم يكنى أبا داوه، فكان يقدم الناس من مؤخر المسجد بالسوط، وأمر أهل الحلق بتحويل وجوههم إلى القبلة قبل إقامة الصلاة، ومنع من المساند التي يستند إليها ، ومنع من الحصر التي يجعلها الناس لمجالسهم في المسجد، وأمر أن تصلى التراويح في شهر رمضان خمس تراويح ، ولم تزل أهل مصر يصلون ست تراويح حتى جعلها أزجور خمسا وذلك في شهر رمضان سنة ثلاث وخمسين ومائتين، ومنع أزجور من التثويب ، وأمر بالأذان يوم الجمعة في مؤخر المسجد.

Maksudnya: "Azjūr al-Turkī telah mengarahkan polis di wilayahnya supaya melarang perempuan di kawasan mandi awam dan tanah perkuburan, memenjarakan al-muannithīn (lelaki menyerupai perempuan) dan golongan perempuan yang meratapi kematian, melarang membaca basmalah (بسم الله الرحمن الرحيم) secara jahar ketika solat di masjid, memerintahkan al-Hasan bin al-Rabī' (imam masjid) meninggalkannya (bacaan basmalah secara jahar) dan begitulah yang berlaku pada bulan Rajab tahun 253H, penduduk Mesir berterusan membaca basmalah secara jahar semenjak kemunculan Islam kecuali setelah dilarang oleh Azjūr al-Turkī, beliau juga memerintahkan ahli masjid menyempurnakan saf, oleh itu beliau mengarahkan lelaki puak 'Ajam yang digelar Abū Dāwah supaya mendepankan orang yang berada saf akhir di masjid dengan menggunakan cemeti, beliau juga mengarahkan ahli halaqah ilmu supaya menukar arah ke qiblat sebelum iqamah solat, beliau juga turut melarang orang bersandar di tiang-tiang masjid, melarang juga duduk secara berkelompok yang selalu dilakukan orang ramai di masjid, beliau juga mengarahkan supaya solat tarawih pada bulan Ramadhan sebanyak 5 kali tarawih/rehat (20 rakaat), penduduk Mesir selalu solat 6 kali tarawih/rehat (24 rakaat) sehinggalah Azjūr al-Turkī menjadikannya 5 kali dan begitulah yang berlaku pada bulan Ramadhan tahun 253H. Beliau juga turut melarang al-tathwīb ketika azan subuh dan beliau mengarahkan azan solat Jumaat diadakan di belakang masjid." [2]


Antara tindakan yang dilakukan oleh Azjūr al-Turkī pada zaman beliau dalam kitab al-Wulāh wa Kitāb al-Qudhāh 



Kenapakah Polis Bertindak sedemikian?

Azjūr al-Turkī merupakan ketua polis yang mengikut arahan pemerintah iaitu Muzāhim bin Khāqān. Siapakah Muzāhim bin Khāqān? Kata al-Ziriklī [wafat 1396H] berkata:


مزاحم بن خاقان بن عُرطوج (أو أرطوج) أبو الفوارس: قائد، من ولاة العباسيين. تركي الأصل، بغدادي المنشأ. أرسله المعتز العباسي في جيش كبير من العراق (سنة 252هـ) لإخماد ثورة نشبت في الإسكندرية على أمير مصر (يزيد بن عبد الله) فقدمها وقمع الثورة، فولاه المعتز إمرة الديار المصرية (سنة 253) وتتابعت في أيامه الفتن. وكان شديدا صلبا. وأبطل كثيرا من البدع وعاقب عليها. وتوفي بمصر وهو في الإمارة

Maksudnya: "Muzāhim bin Khāqān bin 'Urthūj (atau Urthūj) Abu al-Fawāris seorang panglima dari kerajaan 'Abbāsiyyah. Berasal dari Turkī, tinggal di Baghdād. Beliau diutuskan oleh pembesar 'Abbāsiyyah dalam satu gerombongan tentera dari 'Irāq pada tahun 252H untuk memerangi pemberontakan yang meletus di Iskandāriyyah di bawah pemerintah Mesir pada masa itu iaitu Yazīd bin `Abd Allah. Beliau berjaya meredakan pemberontakan tersebut. Selepas itu al-Mu'taz melantik beliau menjadi pemerintah Mesir pada 253H, dan berlakulah fitan yang dashyat semasa pemerintahannya. Beliau sangat keras dan tegas. Beliau telah banyak menghapuskan perkara bid'ah serta menghukumnya. Beliau wafat di Mesir ketika zaman pemerintahannya." [3]


  • Maka jelas di sini bahawa perkara bid'ah yang berleluasa pada zaman itu memaksa beliau untuk bersifat keras dan tegas memeranginya. Oleh kerana itu Azjūr al-Turkī berkelakuan sedemikian.
Biografi Muzāhim bin Khāqān yang dicatatkan oleh al-Ziriklī.


Jika dilihat segala kerja dilakukan oleh Azjūr al-Turkī dan anak buahnya, tugas mereka bukan setakat membendung jenayah, malah turut menjaga dari segi ibadat dan sebagainya. Alangkah indah jika polis di negara kita mempunyai sikap seperti ini.

Wallahu'alam.

RUJUKAN

[1] Dr. Nāsir al-Ansārī, Tārīkh Anzimah al-Syurthah fī Misr, Dār al-Syurūq, Cetakan tahun 1990, ms. 47.

[2]  Al-Kindi, al-Wulāh wa Kitāb al-Qudhāh, Dār al-Kutub al-'Ilmiyyah, Cetakan tahun 2003, ms. 158.

[3] Al-Ziriklī, al-'Alām Qāmūs Tarājim li Ashhar al-Rijāl wa al-Nisā' min al-'Arab wa al-Musta'ribīn wa al-Mustashriqīn, Dār al-'Ilm al-Malāyīn, Cetakan tahun 2002, Juz. 7, ms. 211.

Kisah 'Alī Mencabut Pintu Kubu Sebagai Perisai Di Peperangan Khaibar

Kisah ini amat popular dalam kalangan Syiah, asatizah dan juga para penulis artikel. Akan tetapi, kisah ini TIDAK SAHIH.

Kisah ini diceritakan oleh al-Suhailī [wafat 581H] dalam al-Raudh al-Unuf, dengan membawa riwayat dari Ibn Ishāq:

قال ابن إسحاق: حدثني عبد الله بن الحسن عن بعض أهله عن أبي رافع مولى رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: خرجنا مع علي بن أبي طالب رضي الله تعالى عنه حين بعثه رسول الله صلى الله عليه وسلم برايته فلما دنا من الحصن خرج إليه أهله فقاتلهم فضربه رجل من يهود فطاح ترسه من يده فتناول علي عليه السلام بابا كان عند الحصن فترس به عن نفسه فلم يزل في يده وهو يقاتل حتى فتح الله عليه ثم ألقاه من يده حين فرغ فلقد رأيتني في نفر سبعة معي، أنا ثامنهم نجهد على أن نقلب ذلك الباب فما نقلبه

Maksudnya: "Kata Ibn Ishāq: Telah menceritakan padaku 'Abd Allah bin al-Hasan, dari sebahagian keluarganya, dari Abū Rāfi' mawla Rasulullah ﷺ berkata: kami telah keluar bersama 'Alī bin Abī Tālib radiyallahu'anhu ketika mana beliau diutuskan oleh Rasulullah ﷺ dengan panjinya. Ketika kami menghampiri sebuah kubu, telah keluar musuh dari kubu itu dan menyerang 'Alī akan tetapi 'Alī berjaya membunuhnya. Seorang Yahudī telah memukul 'Alī hingga perisai 'Alī hancur dari tangannya. Lalu 'Alī 'alaihissalām bingkas mengambil pintu di kubu tersebut sebagai perisai beliau, dan pintu itu berterusan di tangannya ketika berperang sehingga Allah memberikan kemenangan ke atasnya barulah beliau mencampakkannya. Engkau telah melihat 7 golongan dan aku golongan ke-8, kami berusaha membalikkan pintu itu tetapi tidak berjaya." [1]

Al-Zahabī [wafat 748H] dalam Tārīkh al-Islām mengatakan riwayat ini mempunyai sanad terputus:

رواه البكائي، عن ابن إسحاق، عن أبي رافع منقطعا

Maksudnya: "Diriwayatkan oleh al-Bakkā'ī, dari Ibn Ishāq, dari Abū Rāfi' secara terputus (sanadnya)." [2]

Begitu juga kata murid al-Zahabī iaitu Ibn Kathīr [wafat 774H] dalam al-Bidāyah wa al-Nihāyah:

وفي هذا الخبر جهالة وانقطاع ظاهر. ولكن روى الحافظ البيهقي والحاكم من طريق مطلب بن زياد، عن ليث بن أبي سليم، عن أبي جعفر الباقر عن جابر: أن عليا حمل الباب يوم خيبر حتى صعد المسلمون عليه فافتتحوها وأنه جرب بعد ذلك فلم يحمله أربعون رجلا. وفيه ضعف أيضا. وفي رواية ضعيفة عن جابر ثم اجتمع عليه سبعون رجلا وكان جهدهم أن أعادوا الباب

Maksudnya: “Pada khabar (riwayat) ini jahālah (mempunyai perawi majhul) serta jelas terputus (sanad). Akan tetapi al-Hāfiz al-Baihaqī dan al-Hākim melalui jalur Muttalib bin Ziyād, dari Laīth bin Abī Salīm, dari Abū Ja'afar al-Bāqir, dari Jābir: bahawasanya ‘Alī pernah memikul pintu (sebagai perisai) pada peperangan Khaibar sehingga tentera Islam boleh menaiki di atas pintu itu dan mereka telah memenangi peperangan tersebut. Pernah pintu itu cuba dipikul selepas peperangan tersebut oleh 40 orang tetapi tidak berjaya. Dan riwayat ini juga dhaif. Dalam satu riwayat dhaif dari Jābir, seramai 70 orang telah berkumpul berusaha untuk mengulangi (memikul) pintu itu.” [3]



Kata Ibn Hajar al-‘Asqalānī [wafat 852H] bahawa riwayat ini mempunyai perawi bernama Harām bin ‘Uthmān yang dinilai matruk [4], manakalah al-Zahabī dalam Mīzān al-‘Iktidāl mengatakan riwayat dari Abū Ja’afar dari Jābir adalah mungkar [5].

Terdapat banyak lagi kritikan mengenai kisah di atas. Kata Dr. Dhiyā’ al-‘Umarī mengenai kisah di atas menyimpulkan:

ووردت عدة روايات تفيد تترّس علي رضي الله عنه بباب عظيم كان عند حصن ناعم، بعد أن أسقط يهودي ترسه من يده، وكلها روايات ضعيفة، واطّراحها لا ينفي قوة علي وشجاعته، فيكفيه ما ثبت في ذلك وهو كثير

Maksudnya: “Terdapat pelbagai riwayat yang mengisahkan perihal perisai ‘Alī radiyallhu’anhu dari pintu besar Kubu Nā’im, selepas puak Yahudī menjatuhkan perisai dari tangannya, kesemua riwayat itu dhaif. Mencampakkan riwayat ini bukan bermakna menafikan kekuatan dan keberanian beliau, tetapi memadailah dengan riwayat tsabit (sahih) yang banyak mengenai beliau.” [6]

Seruan Terhadap Kisah-Kisah Al-Maghāzī Yang Sahih

Terdapat seruan dari para sarjana Islam untuk merujuk pada al-Maghāzī (kisah-kisah peperangan) yang sahih. Antaranya dari Imam Dār al-Hijrah (Anas bin Mālik) supaya berpegang pada kitab al-Maghāzī karya Musa bin 'Uqbah [wafat 140H], anak murid Imam al-Zuhrī yang merupakan kitab paling sahih mengenai al-maghāzī. Begitu juga kata Ibn Taimiyyah bahawa penduduk Madīnah paling mengetahui mengenai al-Maghāzī, disusuli penduduk Syām dan Irāq. (lihat petikan kitab di bawah)



Justeru, merujuk dan menyemak pada sirah yang sahih dan menukilkannya adalah seruan dan galakan para imam yang perlu kita teladani. Akan tetapi, bukan bermakna ada riwayat yang sahih, maka riwayat yang dhaif ditolak secara mutlak. Dr. Dhiyā’ al-‘Umarī menukilkan kalam bermanfaat al-Kāfiyajī [wafat 879H], seorang ulama tarikh dan tafsir:

يجوز للمؤرخ أن يروي في تاريخه قولاً ضعيفاً في باب الترغيب والترهيب والاعتبار مع التنبيه على ضعفه، ولكن لا يجوز له ذلك في ذات الباري عز وجل وفي صفاته ولا في الأحكام

Maksudnya: "Harus bagi sejarawan untuk meriwayatkan qaul dhaif dalam kitab tarikhnya pada bab al-targhīb wa al-tarhīb, dan mengambil pengajaran serta peringatan akan kelemahannya. Akan tetapi (qaul dhaif itu) tidak boleh pada zat Allah 'azzawajal, pada sifatnya serta hukum-hukam." [7]

Wallahu’alam

Terjemahan artikel asal: 

RUJUKAN:


[1] Al-Suhailī, al-Raudh al-Unuf fi Syarh al-Sīrah al-Nabawiyyah li Ibn Hisyām, Dār al-Ihyā' al-Turāth al-'Arabī Beīrūt, Cetakan tahun 2000, juz. 7, ms. 102.

[2] Al-Zahabī, Tārīkh al-Islām wa Wafayāt al-Masyāhīr al-'Alām, Dār al-Kitāb al-'Arabī Beīrūt, Cetakan 1993, juz. 2, ms. 412.

[3] Ibn Kathīr, al-Bidāyah wa al-Nihāyah, Dār Ihyā’ al-Turāth al-‘Arabī, Cetakan tahun 1988, juz. 4, ms. 216.

[4] Ibn Hajar al-‘Asqalānī, al-Isābah fī Tamyīz al-Sahābah, Dār al-Kutb al’Ilmiyah, Cetakan tahun 1415H, juz. 4, ms. 466.

[5] Al-Zahabī, Mīzān al-‘Iktidāl fī Naqd al-Rijāl, Dār al-Ma’rifah Beīrūt, Cetakan tahun 1963, juz. 3, ms. 113.

[6] Dr. Akram Dhiyā’ al-‘Umarī, al-Sīrah al-Nabawiyyah al-Sahīhah, Maktabah al-‘Ulūm wa al-Hikm, Cetakan tahun 1994, ms. 324.



[7] 
Dr. Dhiyā’ al-‘Umarī, Buhūth fī al-Tārīkh al-Sunnah al-Musyarrifah, Maktabah al-'Ulūm wa al-Hikam, Cetakan tahun 1415H, ms. 275.


Thursday, 31 January 2019

Siapakah al-Balazuri & Karyanya?

Kata Dr. Akram Dhiya' al-'Umari dalam kitab 'Asr al-Khilafah al-Rasyidah, al-Balazuri atau nama sebenarnya Ahmad bin Yahya bin Jabir merupakan tokoh sejarah Islam terkemuka. Beliau wafat pada tahun 279H. Mengenai kitab tulisan beliau:


يعد البلاذري أبرز المؤرخين المسلمين بعد الطبري من حيث سعة المعلومات التي دونها والفترات التاريخية التي غطاها، لكن كتابه: أنساب الأشراف ـ أحسن انتقاء للروايات وأنقى أسانيد وأكثر اتفاقاً مع روايات أهل الثقة والصدق من تأريخ الطبري... وباستقراء مشايخ البلاذري نجد أغلبهم توفي قبل وفاة البلاذري بأكثر من عشرين عاماً تقريباً، مما يدل على أنه صنف كتابه قديماً قبل مرضه، وبمقارنة رواياته بروايات غيره كابن سعد وخليفة نجدها متفقة مع الروايات الحسنة والصحيحة التي أوردتها كتب 
السنة والتاريخ، لذلك فإذا حدث في رواياته ضعف أو شذوذ فهو من قبل الرواة الذين نقل عنهم لا منه هو

Maksudnya: Al-Balazuri dianggap sejarawan terunggul Islam selepas al-Tabari dari segi keluasan maklumat yang direkodkannya serta pelbagai peristiwa sejarah yang dicakupinya. Akan tetapi kitab beliau: Ansab al-Ashraf - adalah sebaik riwayat terpilih serta sanad yang jelas dan kebanyakannya menepati dengan riwayat-riwayat yang tsiqah dan benar dari kitab Tarikh al-Tabari. Apabila penelitian dibuat pada guru al-Balazuri, kita dapati sebahagian besar mereka wafat sebelum wafatnya al-Balazuri lebih kurang 20 tahun. Ini menunjukkan beliau menulis kitabnya terlebih dahulu sebelum beliau sakit. Berdasarkan analisis riwayatnya dengan riwayat selain darinya seperti Ibn Sa'd dan Khalifah, kita dapati riwayatnya menepati riwayat baik dan sahih yang tercatat di dalam kitab al-sunnah dan al-tarikh. Kerana itulah apabila beliau meriwayatkan riwayat yang lemah dan syaz maka ia dari perawi perawi yang beliau nukilkan dari mereka, bukan dari dirinya sendiri. 

Kitab Dr. Akram Dhiya' al-'Umari


  • Maka jelas di sini bahawa kesilapan atau kepalsuan riwayat bukan datang dari penulis kitab, tetapi ia datang dari perawi yang dinukilkan oleh penulis kitab.
  • Ini kerana ulama tarikh hanya menukilkan riwayat di dalam kitab mereka tanpa usul periksa. Begitulah kata-kata Abu al-Mu’aliy al-Alusiy [wafat 1342H] dalam Sab al-‘Azab ‘ala man Sab al-Ashab (421/1):

 لأن المؤرخين ينقلون ما خبث وطاب، ولا يميزون بين الصحيح والموضوع والضعيف، وأكثرهم حاطب ليل، لا يدري ما يجمع 




Maksudnya: "Sesungguhnya para sejarawan sekadar menukilkan kisah buruk dan baik. Mereka tidak mengklasifikasikan mana yang sahih, palsu dan lemah. Kebanyakan kisah/riwayat mereka hanya ditulis dan dikumpulkan tanpa usul periksa akan kesahihannya dan tidak diketahui apa yang dihimpunkan."

Ucapan Abu al-Mu’aliy al-Alusiy

Walau bagaimanapun, peribadi pengarang kitab harus diselidiki juga sekiranya terdapat riwayat fitnah terhadap para anbiya', sahabat atau ulama yang dinukilkan oleh penulis. Ia adalah tabiat biasa bagi seorang penyelidik dan juga pengkritik ketika menilai sesuatu riwayat dengan lebih teliti, lebih-lebih lagi al-Zahabi mengatakan bahawa (وسوس بأخرة لأنه شرب البلاذر للحفظ) - iaitu al-Balazuri tercelaru di akhir hayatnya kerana meminum jus al-balazur (jus buah gajus) atau nama saintifiknya Anacardium sebagai ubat hafazan.






Wallahualam.




Tuesday, 29 January 2019

Habib Memindahkan Najis Dengan Jelingan Mata & Najis Menjadi Emas

Dalam kitab Tazkir al-Nas, karangan al-Habib Ahmad bin Hasan al-'Attas [wafat 1334H], ketika membicarakan bab "adab memasuki tandas" telah menyebut sebuah kisah ajaib najis dapat dipindahkan ke dalam perut orang lain dengan sekadar jelingan:

وقال رضي الله عنه: بلغنا أن السيد حاتم الأهدل كان حريصاً على مجلس الإخوان في الله، ويشق عليه فراقهم، وكان له مملوك أمَرَه أن يجلس بالباب، فإذا أراد أحد من إخوانه قضاء الحاجة والخلاء، نظر إلى ذلك العبد فينتقل الحدث إليه فيروح العبد إلى الخلاء وينوب عنه

Maksudnya: "Kata penulis RA: telah disampaikan kepada kami bahawasanya al-Sayyid Hatim al-Ahdal tersangat cermat mengendalikan majlis para pengikutnya sehingga jemaah itu sukar untuk terlerai. Beliau mempunyai hamba suruhan yang beliau perintahkan untuk berada (berjaga) di pintu, apabila ada salah seorang pengikutnya ingin membuang najis atau ke tandas, beliau menjeling kepada hamba itu tadi lalu najis pengikutnya itu dipindahkan kepada hamba itu. Maka hamba itu berlalu pergi membawa najis ke tandas dan membuang disitu sebagai ganti kepada pengikut dalam majlis itu."

  • Oleh kerana tidak mahu pengikutnya terlerai di dalam majlis ilmu disebabkan ingin ke tandas, al-Sayyid Hatim al-Ahdal hanya sekadar menjeling, lalu najis pengikutnya itu dipindahkan kepada hambanya seperti "bluetooth" dan hamba itu bertindak sebagai wakil untuk berak di tandas.


Najis Menjadi Ketulan Emas

Begitu juga kisah ajaib berlaku pada al-Habib Hadun bin Hud bin 'Ali bin Hasan al-'Attas dimana tahi beliau bertukas menjadi emas:

ووقع للحبيب هادون بن هود بن علي بن حسن العطاس: أنه لما زار المدينة المشرفة بات ليلة بالحرم، فتحركت عليه بطنه، وذهب ليخرج، فوجد الأبواب مقفلة، فراح إلى ناحية في أخريات الحرم، فوضع الخارج في ثوبه، فلما كان الصباح ذهب إلى خارج المدينة ليرميه، فإذا هو ذهب يتلألأ

Maksudnya: "Pernah terjadi pada al-Habib Hadun bin Hud bin 'Ali bin Hasan al-'Attas bahawasanya ketika mana beliau melawat kota Madinah beliau bermalam satu malam di Tanah Haram. Tiba-tiba perut beliau berkeroncong lalu beliau berlalu pergi untuk menunaikan hajatnya akan tetapi beliau dapati pintu di tempat beliau bermalam terkunci, lalu beliau berangkat ke satu sudut lain di Tanah Haram, di situ beliau memasukkan najis itu kedalam bajunya. Ketika fajar subuh menjelma, beliau menuju diluar kota Madinah untuk membuang najis itu, rupa-rupanya ia adalah emas yang berkilauan."

Keratan kitab Tazkir al-Nas yang merupakan himpunan kata-kata al-Habib al-'Arif bi Allah Ahmad bin Hasan al'Attas

Itulah 2 kisah aneh yang ada dalam kitab ini. Sebenarnya banyak lagi kisah-kisah aneh di dalam kitab ini mahupun kitab lain. Ia dimasukkan atas dasar kisah ini adalah karomah para masyaikh mereka walaupun matan kisah ini sangat mengarut dan batil.


DISCLAIMER: Kisah di atas ini bukanlah mengisahkan sisi sebenar seorang sufi/habaib hakiki. Habaib/Sufi sebenar tidak melakukan & menghikayatkan kisah seperti ini. Banyak kitab menerangkan sisi sebenar seorang sufi yang melazimi sunnah yang betul. Boleh dilihat di dalam Siyar karya al-Zahabi atau dalam kitab Mauqif A'immah al-Harakah al-Salafiyyah min al-Tasawwuf wa al-Sufiyyah: https://bit.ly/2REeVjh

Imam al-Bukhari & Perawi Tasyayyu' - SYUBHAT SYIAH BINTANG KARTIKA (SIRI 2)

Penulis Pro-Syiah Bintang Kartika berkata pada status Facebook beliau: 

“Bagaimana Imam Bukhari boleh berguru dengan seorang yang ghuluw? Bagaimana Sunnah boleh mempercayai Bukhari sedangkan gurunya ghuluw? Malah Imam-Imam hadis lain turut mengambil periwayatan Khalid dengan banyaknya.”

Komen beliau itu ditulis ketika menjawab artikel saya di sini mengenai isu Muawiyah melarang bertalbiyah di 'Arafah. Saya katakan: 
  1. Kenyataan di atas itu jelas menunjukkan kebodohan dan merupakan ulasan dari golongan ruwaibidhah yang jelas jahil mengenai 'ulum al-hadith khususnya mengenai manhaj al-Bukhari [wafat 256H] & Muslim [wafat 261H].
  2. Memang benar Khalid bin Makhlad al-Qatawaniy [wafat 213H] merupakan guru al-Bukhari sebagaimana kata Ibn Hajar, tetapi BUKAN SEMUA hadith al-Qatawaniy dikutip al-Bukhari.


Al-Hafiz al-Zaila’i [wafat 762H] dalam Nasb al-Rayah menyebut:

مجرد الكلام في الرجل لا يسقط حديثه، ولو اعتبرنا ذلك لذهب معظم السنة، إذ لم يسلم من كلام الناس، إلا من عصمه الله، بل خرج في "الصحيح" لخلق ممن تكلم فيهم، ومنهم جعفر بن سليمان الضبعي، والحارث بن عبد الأيادي، وأيمن بن نابل الحبشي، وخالد بن مخلد القطواني، وسويد بن سعيد الحدثاني، ويونس بن أبي إسحاق السبيعي، وغيرهم، ولكن صاحبا الصحيح رحمهما الله إذا أخرجا لمن تكلم فيه، فإنهم ينتقون من حديثه ما توبع عليه، وظهرت شواهده، وعلم أن له أصلاً، ولا يروون ما تفرد به، سيما إذا خالفه الثقات

Maksudnya: “Sekadar mengkritik perawi tidak menggugurkan hadithnya. Sekiranya kita menganggap demikian (gugur hadithnya), maka hilanglah sebahagian besar sunnah. Ini kerana perawi selamanya tidak selamat dari kritikan manusia kecuali Allah melindunginya, bahkan telah dinukilkan di dalam al-Sahih (al-Bukhari & Muslim) beberapa orang perawi yang dikritik antaranya Ja’afar bin Sulaiman al-Dhuba’I, al-Harith bin ‘Abd al-Iyadiy, Aiman bin Nabil al-Habasyi, KHALID BIN MAKHLAD AL-QATAWANIY, Suwaid bin Sa’id al-Hadathaniy, Yunus bin Abi Ishaq al-Sabi’i dan selain dari mereka. Akan tetapi Imam al-Bukhari dan Muslim rahimahumallah, apabila mereka menukilkan perawi hadith yang ada kritikan padanya, mereka memilih hadith perawi itu yang mempunyai tawabi’ ke atasnya, terpancar jelas syawahidnya dan diketahui ada asalnya. Mereka tidak meriwayatkan hadith perawi yang menyendiri dengan riwayatnya, apatah lagi jika ia menyelisihi darjat tsiqat.”

Inilah manhaj al-Shaikhan dalam menerima sesuatu hadith dari perawi. Walaupun al-Qatawaniy banyak tohmahan buruk serta menyendiri dalam meriwayatkan hadith, beliau masih dinilai tsiqah & soduq. Justeru dapat disimpulkan al-Shaikhan hanya mengutip hadith:

✓ yang mempunyai tawabi’ dan syawahid yang kuat
✓ yang tidak diriwayatkan perawi secara menyendiri 
✓ yang perawinya adalah tsiqah


Oleh sebab itu hadith al-Qatawaniy dalam isu hadith Talbiyah 'Arafah ini tiada dalam al-Sahihan kerana ia tidak memenuhi syarat al-Shaikhan sebagaimana disebut di atas. Adapun al-Hakim dalam al-Mustadrak mengatakan ia mengikut syarat al-Shaikhan, namun menurut ulama hadith, ia hanyalah tasahul al-Hakim dalam menilai hadith al-Shaikhan.

Kitab Nasb al-Rayah bersama ucapan al-Hafiz al-Zaila'i sebagaimana di atas


Tambahan pula, Ibn Rajab al-Hanbali [wafat 795H] dalam Syarah ‘Ilal al-Tirmizi (776/2) menyebut al-Qatawaniy hanya mengambil hadith dari penduduk Madinah dan Sulaiman bin Bilal sahaja:

القطواني يؤخذ عنه مشيخة المدينة وابن بلال فقط، يريد سليمان بن بلال، ومعنى هذا أنه لا يؤخذ عنه إلا حديثه عن أهل المدينة وسليمان بن بلال منهم لكنه أفرده بالذكر

Maksudnya: “Al-Qatawaniy hanya mengambil hadith dari sheikh-sheikh Madinah dan Ibn Bilal iaitu Sulaiman bin Bilal sahaja. Ini bermakna beliau tidak mengambil hadith kecuali dari penduduk Madinah dan Sulaiman bin Bilal sahaja, akan tetapi beliau menyendiri dalam meriwayatkannya."

Kitab Syarah ‘Ilal al-Tirmizi oleh Ibn Rajab al-Hanbali 


Maka, dalam hadith Talbiyah 'Arafah yang dibincangkan sebelum ini di sini, jika dilihat pada jalur hadith riwayat al-Nasai’i, Ibn Khuzaimah & al-Baihaqiy: al-Qatawaniy mengutip hadith dari ‘Ali bin Salih [wafat 154H] yang bukan penduduk Madinah. Maka atas dasar itu hadith talbiah itu tidak dikutip oleh al-Shaikhan.

Manakala Ibn ‘Abd al-Hadiy [wafat 744H] dalam Tanqih al-Tahqiq fi Ahadith al-Ta’liq (75/1) mengatakan al-Shaikhan juga tidak menukilkan hadith, kecuali hadith itu datang dari Yahya bin Ma’in [wafat 233H]:

واعلم أن كثيرًا ما يروي أصحاب الصحيح حديث الرجل عن شيخ معين لخصوصيته به ومعرفته بحديثه وضبطه له، ولا يخرجون حديثه عن غيره لكونه غير مشهور بالرواية عنه ولا معروف بضبط حديثه أو لغير ذلك

Maksudnya: “Ketahuilah bahawasanya kebanyakan hadith yang diriwayatkan oleh ashab al-Sahih adalah dari Yahya bin Ma’in kerana keistimewaan beliau mengenai pengetahuan perawi dan ilmu hadith serta kejituan ilmu mengenainya. Mereka tidak menukilkan hadith dari orang lain kerana tidak popular dengan periwayatan hadith serta tiada pengetahuan mengenai aspek ketelitian hadith atau lain-lain.”

Kitab Tanqih al-Tahqiq fi Ahadith al-Ta’liq oleh Ibn ‘Abd al-Hadiy


Atas dasar itu Ibn ‘Abd al-Hadiy rahimahullah terus menyatakan:

فإن صاحبي الصحيح لم يحتجا به إلا في شيخ معين لا في غيره، فلا يكون على شرطهما. وهذا كما يخرج البخاري ومسلم حديث خالد بن مخلد القطواني عن سليمان بن بلال وعلي بن مسهر وغيرهما، ولا يخرجان حديثه عن عبد الله بن المثنى، وإن كان البخاري قد روى لعبد الله بن المثنى من غير رواية خالد عنه

Maksudnya: “Maka sesungguhnya al-Shaikhan tidak berhujah dengan hadith dari orang lain melainkan dari Yahya bin Ma’in kerana (orang lain itu) tidak memenuhi syarat mereka berdua. Oleh kerana itulah al-Bukhari & Muslim menukilkan hadith Khalid bin Makhlad al-Qatawaniy dari Sulaiman bin Bilal, ‘Ali bin Mushir dan selainnya. Mereka tidak menukilkan hadith riwayat al-Qatawaniy dari ‘Abd Allah bin al-Muthanna, kerana sesungguhnya al-Bukhari telah meriwayatkan hadith ‘Abd Allah bin al-Muthanna tanpa melalui jalan riwayat Khalid bin Makhlad al-Qatawaniy.”

Kitab al-Sarim al-Manki fi al-Rad 'ala al-Subki oleh Ibn ‘Abd al-Hadiy rahimahullah

Berdasarkan hujah di atas dan mengikut pengadilan atau “benchmark” al-Shaikhan terhadap hadith al-Qatawaniy khususnya hadith Talbiyah ‘Arafah, maka jelas terbukti hadith Talbiyah ‘Arafah dari Khalid bin Makhlad al-Qatawaniy ini tidak diriwayatkan oleh al-Shaikhan kerana:

✓al-Qatawaniy hanya mengutip hadith dari penduduk Madinah & Sulaiman bin Bilal. Adapun dalam hadith tidak bertalbiah di 'Arafah beliau mengambil dari ‘Ali bin Salih yang bukan penduduk Madinah.
✓al-Qatawaniy banyak menyendiri dalam meriwayatkan hadith. Maka atas sebab itu beliau mempunyai banyak mungkarul hadith.

Maka hujah orang yang mengatakan hadith tidak bertalbiyah di ‘Arafah kerana takut pada Muawiyah serta membenci Ali adalah hadith kuat kerana al-Qatawaniy itu guru al-Bukhari ADALAH HUJAH TIDAK TEPAT kerana hadith itu tidak diterima disisi al-Shaikhan dan syarat mereka. Ini kerana al-Shaikhan memilih dan menyaring hadith agar sunyi dari hadith mungkar serta sifat bidaah & tasyayyu, sebagaimana diterangkan di atas.

والله أعلم بالصواب


Yahya al-Qattan & 'Ali bin al-Madini: Pengkritik Hadith Yang Berburuk Sangka


Sheikh 'Uthman al-Khamis ada menceritakan terdapat pengkritik hadith mengamalkan kaedah berburuk sangka dalam menilai sesuatu hadith dan perawi. Ibn Hibban [wafat 354H] dalam al-Tsiqat (669/7) menyebut penilaian Yahya al-Qattan [wafat 198H] & 'Ali bin al-Madini [wafat 234H] terhadap hadith Abu Bakar bin 'Ayyash [wafat 193H]:

كان يحيى القطان وعلي بن المديني يسيئان الرأي فيه، وذلك أنه لما كبر سنه ساء حفظه فكان يهم إذا روى، والخطأ والوهم شيئان لا ينفك عنهما البشر، فلو كثر خطاءه حتى كان الغالب على صوابه، لا يستحق مجانبة رواياته، فأما عند الوهم يهم أو الخطأ يخطىء لا يستحق ترك حديثه بعد تقدم عدالته وصحة سماعه

Maksudnya: "Bahawasanya Yahya al-Qattan & 'Ali bin al-Madini berpandangan buruk terhadap Abu Bakar bin 'Ayyash disebabkan umurnya lanjut buruklah hafalannya & beliau pernah kecelaruan ketika meriwayatkan hadith. Kesilapan & kecelaruan adalah dua perkara tidak dapat dipisahkan dari manusia. Jikalau kesilapannya banyak sehingga mengatasi yang betul maka tidak berhak untuk mengambil riwayatnya. Adapun disaat kecelaruan ataupun kesilapan menjejaskannya maka tidak berhak untuk meninggalkan hadithnya selepas dikemukakan keadilan & kesahihan hadith yang didengarinya."


  • Di sini jelas menunjukkan sekalipun Abu Bakar bin 'Ayyash banyak melakukan kesilapan, 'illah (sebab) ini gugur selepas terdapat bukti jelas keadilan dan kesahihan hadith yang didengarinya.


Kitab al-Tsiqat karya Ibn Hibban al-Busti


Dr. Nizar 'Abd al-Qadir Muhammad Rayyan dalam Risalah Universiti Islam Palestin (halaman 199: https://bit.ly/2CSHKUu) menyebut bahawa kaedah Yahya al-Qattan sangat keras dalam menilai perawi:

أن يحي القطان متشدد، فلم يتكلم أحد في أبي بكر بن عياش. وبين ابن حبان رحمه الله أن إساءة الظن بأبي بكر بن عياش لا مسوغ لها، فإن سوء حفظه كان في آخر عمره وهو مرتبط بتحديثه من غير كتاب. وعليه فكلمة يحي في أبي بكر من تشدده في النقد، والله تعالى أعلم

Maksudnya: "Sesungguhnya Yahya al-Qattan amat tegas (penilaiannya), tiada seorangpun yang berkata demikian terhadap Abu Bakar bin 'Ayyash. Ibn Hibban rahimahullah telah menerangkan bahawasanya berburuk sangka terhadap Abu Bakar bin 'Ayyash bukanlah justifikasi yang wajar, kerana keburukan hafalannya itu hanyalah pada akhir usianya yang menyibukkan diri dengan hafalannya itu tanpa sebarang kitab. Maka kata-kata Yahya al-Qattan terhadap Abu Bakar bin 'Ayyash hanyalah ketegasannya ketika mengkritik & hanya Allah Ta'ala yang maha mengetahui."

Berburuk sangka yang dibenarkan Islam ada pada ketikanya wajib, sebagaimana kata Sheikh 'Alwi 'Abd al-Qadir al-Saqqaf dan Imam al-Nawawi [wafat 676H] dalam al-Azkar (341/1):

سوء الظن الواجب وهو ما احتيج لتحقيق مصلحة شرعية، كجرح الشهود ورواة الحديث

Maksudnya: "Berburuk sangka wajib ketika mana berhajat untuk mentahqiqkan maslahah syariah seperti mentarjih pengsaksian dan juga periwayatan hadith." (Rujuk: https://bit.ly/2P2EAVl)

Kisah Batil Habib Menjamin Syurga Muridnya

Al-Habib Muhammad bin Abi Bakar al-Syilliy Ba'alawiy [wafat 1093H] telah menukilkan keramat al-Habib 'Abd Allah bin 'Alawiy Ibn al-Ustaz al-A'zam [wafat 731H] di dalam kitab al-Musyarri' al-Rawi (188/2):

أن رجلا أنشد أبياتا تتعلق بالبعث والحساب، فتواجد صاحب الترجمة وخر مغشيا عليه فلما أفاق قال للرجل: أعد الأبيات، فقال الرجل: بشرط أن تضمن لي الجنة، فقال: ليس ذلك إلي، ولكن اطلب ما شئت من المال، فقال الرجل: ما أريد إلا الجنة، فقال: إن حصل لنا شئ ما كرهنا، ودعا له بالجنة، فحسنت حالة الرجل وانتقل إلى رحمة الله، وشيعه صاحب الترجمة وحضر دفنه، وجلس عند قبره ساعة فتغير وجهه، ثم ضحك واستبشر، فسئل عن ذلك فقال إن الرجل لما سأله الملكان عن ربه قال: شيخي عبدالله باعلوي فتعبت لذلك، فسألاه أيضاً فأجاب بذلك، فقالا: مرحباً بك وشيخك عبدالله باعلوي قال بعضهم: هكذا ينبغي أن يكون الشيخ يحفظ مريدَه حتى بعد موته

Maksudnya: “Bahawasanya seorang lelaki mengalunkan bait-bait syair mengenai hari kebangkitan & hari perhitungan, lalu beliau terserempak dengan al-Habib 'Abd Allah bin 'Alawiy (“al-Habib”) & beliau jatuh pengsan. Ketika beliau sedar, al-Habib berkata kepada lelaki itu: alunkanlah kembali bait-bait syair itu. Jawab lelaki: boleh, dengan syarat engkau jaminkan aku syurga. Al-Habib berkata: itu bukan urusanku, tetapi engkau mintalah harta yang engkau suka. Jawab lelaki itu: aku tidak mahu kecuali syurga! Al-Habib menjawab: Jika demikian, moga berhasil bagi kita sesuatu yang tidak dibenci oleh kita. Lalu al-Habib berdoa untuk lelaki itu akan syurga maka segala urusan lelaki itu baik & beliau kembali ke rahmatullah. Al-Habib mengiringi & menghadiri pengebumiannya. Beliau duduk disisi kuburnya seketika lalu wajahnya berubah, kemudian beliau ketawa & tersenyum. Beliau ditanya kenapa berkeadaan demikian. Jawabnya: sesungguhnya lelaki ini ketika mana beliau disoal oleh 2 malaikat akan tuhannya beliau menjawab: wahai sheikh ‘Abd Allah Ba’alawiy, amat sukar untuk aku menjawabnya. Lalu 2 malaikat itu bertanya lagi soalan yang sama & lelaki itu juga memberikan jawapan yang sama. Maka 2 malaikat itu berkata: selamat datang untuk kamu & juga juga sheikh kamu ‘Abd Allah Ba’alawiy. Sebahagian golongan sufi berkata: hendaklah seorang sheikh itu menjaga muridnya hatta selepas kematiannya.”

Keratan dari kitab al-Musyarri' al-Rawi


Sheikh Idris Mahmud Idris dalam Mazahir al-Inhirafat al-‘Aqadiyyah ‘Inda al-Sufiyyah (630/2) mengkritik kisah keramat di atas dengan berkata kalau demikian halnya maka tidak perlulah kita bersusah payah berjaga malam beribadat membaca serta mempelajari al-Quran & al-Sunnah jika kebolehan sheikh yang mencapai darjat kekuasaan wali boleh membantu kita ke syurga. (Lihat petikan kitab di bawah)




Malahan, ia turut bercanggah dengan hadith sahih riwayat al-Bukhari & Muslim, yang mana orang yang masih hidup tidak mengetahui serta mendengar suasana & azab kubur si mati:


RIWAYAT AL-BUKHARI


إذا وضعت الجنازة فاحتملها الرجال على أعناقهم فإن كانت صالحة قالت قدموني وإن كانت غير صالحة قالت لأهلها يا ويلها أين يذهبون بها يسمع صوتها كل شيء إلا الإنسان ولو سمع الإنسان لصعق

Maksudnya: "Apabila jenazah dibawa & orang ramai mengusungnya di atas bahu mereka. Sekiranya jenazah itu baik, jenazah itu berkata: Segerakanlah aku. Sekiranya jenazah tidak baik, jenazah itu berkata kepada ahli keluarganya: celakalah jenazah ini. Ke mana mereka mahu pergi bersamanya. Setiap makhluk akan mendengar suara ini kecuali manusia. Kalaulah manusia mendengar, nescaya mereka akan terkejut pengsan." [al-Bukhari, Kitab al-Janaiz, hadis no: 1238]

RIWAYAT MUSLIM


إن هذه الأمة تبتلى في قبورها، فلولا أن لا تدافنوا لدعوت الله أن يسمعكم من عذاب القبر الذي أسمع منه

Maksudnya: "Sesungguhnya umat ini diazab di dalam kuburnya. Kalaulah ia tidak terlalu menakutkan kamu untuk mengkebumikan jenazah, sudah tentu aku berdoa kepada Allah SWT agar diperdengarkan bunyi azab kubur sebagaimana yang aku dengar darinya." [Muslim, Kitab al-Jannah, hadis no: 5116]

Sheikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin rahimahullah dalam Majmu’ Fatawa wa Rasail Ibn Uthaimin (482-483/8) berkata:

لو سمع الناس صراخ هؤلاء المعذبين، لكان الإيمان بعذاب القبر من باب الإيمان بالشهادة، لا من باب الإيمان بالغيب، وحينئذ تفوت مصلحة الامتحان، لأن الناس سوف يؤمنون بما شاهدوه قطعا، لكن إذا كان غائبا عنهم، ولم يعلموا به إلا عن طريق الخبر، صار من باب الإيمان بالغيب

Maksudnya: "Kalaulah manusia mendengar jeritan mayat yang diazab, maka sudah tentu beriman dengan azab kubur termasuk dalam bab beriman dengan perkara yang dapat dilihat & bukan beriman dengan perkara ghaib. Ini menyebabkan hilang objektif ujian (beriman dengan perkara ghaib) kerana manusia sudah tentu akan beriman dengan apa yang mereka saksikan. Akan tetapi jika itu perkara ghaib & mereka tidak memahami melainkan dengan jalan wahyu, maka jadilah ia beriman dengan perkara ghaib."

DISCLAIMER: Kisah di atas ini bukanlah mengisahkan sisi sebenar seorang sufi hakiki. Sufi sebenar tidak melakukan & menghikayatkan kisah seperti ini. Banyak kitab menerangkan sisi sebenar seorang sufi yang melazimi sunnah yang betul. Boleh dilihat di dalam Siyar karya al-Zahabi atau dalam kitab Mauqif A'immah al-Harakah al-Salafiyyah min al-Tasawwuf wa al-Sufiyyah: https://bit.ly/2REeVjh

Ibarat salaf لا يفسرها Merujuk Kepada لا يكيفها

Ramai mengatakan "mafhum" ibarat salaf (لا يفسرها) atau seumpamanya pada riwayat ayat sifat adalah indikasi mereka tidak menafsir...