Tuesday, 11 June 2019

Pertelingkahan Para Sahabat: Diam Sekalipun Hendak Menyebut Perkara Kebaikan

Membicarakan isu pertikaian antara sahabat, sekalipun menyebut perkara baik juga dikhuatiri boleh menyebabkan hasutan, pergolakan dan tidak puas hati.

Kerana itulah para salaf al-salih mengunci mulut mereka jika ditanya mengenai hal ini. Kata Sheikh Ziyab S'ad al-Ghamidi:

أن هذا القول خلاف الأصل المقرر عند عامة السلف والخلف، وهو السكوت عما شجر بين الصحابة رضي الله عنهم، سواء كان الحديث عنهم عن حسن ظنٍ أو سوء ظن لما في ذلك من درء للمفسدة الحاصلة وسدّ للذريعة المفضية للشبه والفتنة كما هو معلوم من الواقع بالضرورة

Maksudnya: "Bahawasanya ucapan ini (menyebut hal kebaikan para sahabat dalam isu fitan) asalnya khilaf sebagaimana ditetapkan disisi salaf dan khalaf, iaitu berdiam diri akan pertelingkahan yang berlaku dalam kalangan sahabat radhiyallahu'anhum, sama ada berbicara mengenai mereka secara husnu zan atau su'u zan, kerana (berdiam diri) itu menyingkirkan mafsadah yang terhasil dan (sebagai) sad li al-zari'ah untuk perkara syubhat dan fitnah, sebagaimana sedia maklum berlaku sekarang."

Rujuk: http://www.albainah.net/Index.aspx?function=Item&id=1699&lang=

Ada benar kata Sheikh Ziyab S'ad al-Ghamidi diatas. Menyebut perihal para sahabat dalam isu fitan secara husnu zan juga boleh mencetuskan provokasi, kerana apa yang kita sebut mungkin baik bagi kita tetapi tidak bagi sesetengah pihak.

Benarlah kata-kata al-'Awwam bin Hawsyab [wafat 148H]:

أدركت من صدر هذه الأمة بعضهم يقول لبعض: اذكروا محاسن أصحاب رسول الله -صلى الله عليه وسلم لتأتلف عليها القلوب، ولا تذكروا ما شجر بينهم فتحرّشوا الناس عليهم

Maksudnya: "Aku telah mengenali ulama terawal umat ini, mereka berkata antara satu sama lain: sebutkanlah kebaikan para sahabat Rasulullah s.a.w, moga-moga hati berasa harmoni. Janganlah kamu menyebut pertelingkahan diantara mereka (dikhuatiri) orang ramai mengobarkan hasutan sesama mereka ke atas para sahabat."



Wallahualam.

Sunday, 2 June 2019

Mazhab Maliki: Mengkhususkan Ziarah Kubur Pada Hari Raya Adalah Bid'ah

Kata si fulan mengenai amalan menziarahi kubur pada Hari Raya:


"Hanya Wahhabi yang kata bid'ah menziarahi kubur pada Hari Raya. Tiada ulama yang kata ia bid'ah."


Jika ucapan di atas disandarkan kepada Wahhabi, yang kononnya diasaskan oleh Muhammad Ibn 'Abd al-Wahhab [wafat 1206H], maka si fulan perlu menyemak kembali adakah benar tiada ulama membid'ahkan amalan menziarahi kubur pada Hari Raya, sebelum gerakan Wahhabi dilancarkan?

Sebenarnya, jika kita semak nukilan para ulama, sudah ada ulama sebelum Muhammad Ibn 'Abd al-Wahhab yang membid'ahkan amalan ini. Jom kita semak:


  • Ibn al-Haj al-Maliki [wafat 737H]
Ulama bermazhab Maliki ini berkata di dalam kitabnya al-Madkhal:

انظر رحمنا الله تعالى وإياك إلى مكيدة إبليس اللعين كيف يتبع السنن واحدة واحدة ويلقي لمن يقبل منه وسوسته حججا لترك تلك السنة واستعمال غيرها بما يظهر لهم أنه عبادة وهو في الباطن محرم بين، أو بدعة بينة، يرى ذلك ويعلمه من له نور

Maksudnya: "Lihatlah (moga Allah mengasihi kami dan kamu) akan tipu daya iblis terkutuk  bagaimana mereka (iblis) mengikuti sunnah satu-persatu dan melemparkan was-was sebagai hujah terhadap orang yang ingin mengamalkan sunnah, agar mereka (manusia) meninggalkan sunnah serta mengamalkan selainnya, kerana bagi mereka secara zahirnya ia adalah ibadat, walhal secara batinnya ia haram yang jelas, atau bid'ah yang jelas. Itulah hakikatnya dan hanya orang yang mempunyai nur mengetahuinya."

Kata Ibn al-Haj, sunnah selepas solat hari raya ialah bersegera pulang menemui ahli keluarga atau jiran tetangga ketika 'Aid al-Fitr, atau bersegera menyembelih binatang sembelihan ketika 'Aid al-Adha:

ألا ترى أن السنة قد وردت في العيد بإسراع الأوبة بعد الصلاة إلى الأهل، وما ذاك إلا لقطع تشوف الأهل لورود صاحب البيت وذكاة الأضحية إن كانت واجتماعهم وفرحهم بذلك في ذلك اليوم

Maksudnya: "Tidakkah kamu lihat bahawasanya telah tercatat sunnah pada hari raya untuk bersegera kembali kepada tetangga selepas solat? Ia tidak lain untuk memastikan kesediaan menerima ketibaan tetangga (pada hari 'Aid al-Fitr) dan menyembelih binatang sembelihan (pada hari 'Aid al-Adha). Berhimpun dan bergembiralah mereka pada hari tersebut."

Kata Ibn al-Haj, adalah sifat iblis menipu manusia sehingga manusia menganggap menziarahi kubur selepas solat hari raya adalah ibadah atau sunnah:

ومن عادته الذميمة أنه لا يأمر بترك سنة حتى يعوض لهم عنها شيئا يخيل إليهم أنه قربة

Maksudnya: "Dan diantara adat kebiasaan tercela iblis/syaitan ialah ia tidak menyuruh meninggalkan sunnah, sehinggalah ia menggantikan untuk mereka (manusia) sesuatu amalan dan mengaburi mereka bahawa ia adalah qurbah (amalan yang mendekatkan diri pada Allah)."

Iblis telah mengubah pemikiran manusia dengan mengatakan menziarahi kuburan pada hari tersebut adalah amalan baik (sunnah) dan menambah kecintaan pada si mati:

عوض لهم عن سرعة الأوبة زيارة القبور قبل أن يرجعوا إلى أهليهم يوم العيد وزين لهم ذلك وأراهم أن زيارة الأقارب من الموتى في ذلك اليوم من باب البر وزيادة الود لهم وأنه من قوة التفجع عليهم، إذ فقدهم في مثل هذا العيد، وفي زيارة القبور في غير هذا اليوم من البدع، والمحرمات ما تقدم ذكره في زيارة القبور

Maksudnya: "(Iblis) telah menggantikan (amalan) untuk mereka agar segera menziarahi kuburan sebelum mereka pulang menemui ahli tetangga pada hari raya dan iblis telah mencantikkan amalan tersebut (sehingga) manusia merasakan amalan menziarahi kuburan saudara-mara yang telah mati pada hari tersebut sejenis amalan kebaikan, menambah kecintaan pada si mati kerana ia suatu ketekadan dialami oleh mereka (yang mana jika ditinggalkan) mereka tidak mendapat manfaat pada hari raya ini, (seakan) menziarahi kuburan selain pada hari raya ini adalah bid'ah, dan ia antara perkara-perkara haram sebagaimana telah dikemukakan mengenai ziarah kuburan."

Kata Ibn al-Haj, ia menjadi makruh dan haram. Makruh apabila meninggalkan sunnah, iaitu melewatkan diri untuk tidak segera pulang menziarahi keluarga dan tetangga. Ia juga menjadi haram kerana pada hari raya lazimnya perempuan akan memakai pakaian tercantik dan berhias menonjolkan diri di kawasan perkuburan untuk tatapan orang ramai.


فكيف به في هذا اليوم الذي فيه النساء يلبسن ويتحلين ابتداء، ويتجملن فيه بغاية الزينة مع عدم الخروج فكيف بهن في الخروج في هذا اليوم فتراهن يوم العيد على القبور متكشفات قد خلعن جلباب الحياء عنهن، فبدل لهم موضع السنة محرما ومكروها، فالمكروه في كونه أخرهم عن سرعة الأوبة إلى الأهل؛ لأنها السنة كما تقدم، والمحرم ما يشاهد الزائر من أحوالهن في المقابر على الصفة المذمومة المتقدمة، ثم انظر رحمنا الله وإياك إلى هذه المفاسد المذكورة كلها لم يقنع الشيطان

Maksudnya: "Bagaimanakah halnya pada hari ini perempuan berpakaian dan berhias, awalnya mencantikkan diri mereka dengan perhiasan paling cantik tanpa menonjolkan diri mereka. Tetapi kenapa pada hari raya mereka keluar mendedahkan diri di kuburan, menanggalkan rasa malu dari diri mereka? Syaitan telah mengubah untuk mereka tempat sunnah sebagai haram dan makruh. Makruh - melewatkan diri dari bersegera pulang menziarahi tetangga, kerana ia sunnah sebagaimana telah disebutkan. Haram -  apa yang disaksikan oleh penziarah kubur akan keadaaan perempuan dikawasan perkuburan atas sifat tercela sebagaimana telah disebutkan. Lihatlah (moga Allah mengasihi kami dan kamu) akan perkara mafsadah yang disebutkan tadi, setiap perkara itu masih belum memuaskan syaitan." 


Ibn al-Haj juga turut mengatakan ia adalah fitan yang menimpa ramai manusia. Alim-ulama hanya mendiamkan diri. Mereka sekadar manasihati tetapi tidak mengingkari perbuatan tersebut:

وقد يفتتن بهن كثير من الناس، ويسكت لهن العالم وغيره ويعظونهن ولا ينكرون عليهن ذلك فإنا لله وإنا إليه راجعون

Maksudnya: "Ramai orang telah ditimpa fitan (akan perbuatan perempuan tersebut), orang alim dan lain-lain berdiam diri akan perbuatan itu. Mereka menasihati perempuan tersebut tetapi tidak mengingkari akan perbuatan perempuan tersebut. Inna lillahi wa Inna Ilaihi Raji'un."

Kitab Ibn al-Haj al-Maliki yang membicarakan perkara bid'ah yang menular pada zamannya.

  • Muhammad 'Abd al-Salam al-Nasiri [wafat 1239H]
Ulama Maghribi ini berkata dalam kitabnya al-Mazaya fima Hadatha min al-Bid'i Bi Ummi al-Zawaya:

نص الفقهاء على أن زيارة القبور يوم العيد مكروهة، لأن العيد يوم سرور للمسلمين، وزيارة القبور تتنافى السرور المطلوب، لأن رؤيتها تورث الحزن

Maksudnya: "Para fuqaha telah mencatatkan bahawasanya menziarahi kuburan pada hari raya adalah makruh, kerana hari raya hari untuk bergembira bagi orang Islam, (manakala) menziarahi kuburan menidakkan kegembiraan yang dituntut (dalam Islam), kerana menyaksikan (menziarahi) perkuburan itu menyebabkan kesedihan."

  • Abu al-'Abbas al-Wansharisi [834H-914H]
Kata ulama Algeria bermazhab Maliki ini di dalam kitabnya al-Mi'yar al-Mu'rib:



تخصيص زيارة قبور القرابات في الأعياد بــدعـــة عظيمة إن كان الاعتقاد أن في ذلك اليوم زيادة على غيره من الأيام وان كان لتفرغه ذلك اليوم من اشغاله فوجد فرغة فلا باس بدلك نص عليه القاضي أبو الوليد بن رشد في "جامع البيان" في زيارة القرابة الأحياء في الأعياد وكذلك الأموات

Maksudnya: "Mengkhususkan ziarah kubur kaum kerabat pada hari perayaan adalah bid'ah besar sekiranya mempercayai ia menambah (sesuatu yang baik) ke dalam agama berbanding hari-hari lain. Sekiranya pada hari itu beliau berkelapangan maka tidak mengapa beliau menziarahi kuburan sebagaimana dicatatkan oleh al-Qadhi Abu al-Walid bin Rushd dalam kitab "Jami' al-Bayan" mengenai ziarah kaum kerabat yang masih hidup dan mati pada hari raya."


Monday, 27 May 2019

Keramat Wali: Mengeluarkan Orang Dari Perut Buaya & Berjalan Di bawah 'Arash Allah Sambil Berbicara Dengan Allah

Al-Qadhi Yusuf al-Nabhani menukilkan kisah keramat wali sufi bernama Muhammad bin Ahmad al-Farghali mengeluarkan anak perempuan dari perut buaya.

وخطف التمساح بنت مخيمر النقيب فجاء وهو يبكي إلى الشيخ فقال له: اذهب إلى الموضع الذي خطفها منه، وناد بأعلى صوتك يا تمساح تعال كلم الفرغل فخرج التمساح من البحر، وطلع كالمركب، وهو ماش، والخلق بين يديه جارية يميناً وشمالا إلى أن وقف على باب الدار فأمر الشيخ رضي الله عنه الحداد بقلع جميع أسنانه، وأمره بلفظها من بطنه فلفظ البنت حية مدهوشة، وأخذ على التمساح العهد أن لا يعود يخطف أحداً من بلده ما دام يعيش، ورجع التمساح ودموعه تسيل حتى نزل البحر

Maksudnya:

"Seekor buaya telah menyambar anak perempuan ketua pemerah arak. Pemerah arak itu dalam keadaan menangis menemui al-Farghali (memberitahu hal tersebut)."

"Kata al-Farghali: Pergilah ke tempat di mana anakmu disambar oleh buaya itu dan serulah dengan suara tinggimu: wahai buaya kemarilah, ucap al-Farghali. Lalu buaya itu keluar dari laut, ia muncul seperti kapal saat ia berjalan. Orang ramai dihadapannya melarikan diri ke kanan dan kiri, sehinggalah buaya itu berhenti di hadapan pintu rumah."

"Al-Farghali menyuruh tukang besi mencabut kesemua gigi buaya itu, serta memerintahkan buaya mengeluarkan anak perempuan itu dari perutnya. Sang buaya mengeluarkan anak perempuan itu dan anak perempuan itu hidup dan keluar dalam keadaan kehairanan. Al-Farghali membuat perjanjian dengan buaya itu agar tidak lagi menyambar sesiapapun di negeri itu selama mana beliau (al-Farghali) masih hidup. Sang buaya kembali ke lautan dengan air matanya bercucuran."

Al-Farghali juga pernah berjalan dan berbicara dengan Allah di bawah 'ArashNya:

وكان رضي الله عنه يقول: كثيراً كنت أمشي بين يدي الله تعالى تحت العرش. وقال لي: كذا وقلت له: كذا فكذبه شخص من القضاة فدعا عليه بالخرس فخرس حتى مات، وكان آخر عمره مقعداً، ويتكلم على أخبار سائر الأقاليم من أطراف الأرض، ويبدلون له كل يوم

Maksudnya:

"Al-Farghali radiyallahu 'anhu berkata: Aku selalu berjalan di hadapan Allah Ta'ala di bawah 'Arash. Allah berkata padaku begitu begini dan aku pula berkata begitu begini. Salah seorang dari kalangan Qadhi mendustakan kisah al-Farghali dan beliau berdoa agar al-Farghali menjadi bisu. Doa itu dimakbulkan dan al-Farghali bisu sehingga dia mati. Pada akhir umurnya beliau lumpuh, beliau bercakap mengenai kisah-kisah dari seluruh pelosok dunia. Penduduk kawasan itu selalu membawanya satu tempat ke suatu tempat lain setiap hari."



Siapakah al-Qadhi Yusuf al-Nabhani? Kata al-Zirikli beliau adalah Yusuf bin Ismail bin Yusuf al-Nabhani [1265H-1350H], seorang penyair, penulis dan juga dari golongan berstatus qadhi. Kata al-Zirikli lagi:

خلط فيها الصالح بالطالح، وحمل على أعلام الإسلام، كابن تيمية وابن قيم الجوزية، حملات شعواء وتناول بمثلها الإمام الآلوسي المفسر، والشيخ محمد عبده والسيد جمال الدين الأفغاني وآخرين

Maksudnya:

"Karya-karyanya bercampuk aduk dengan yang elok dan tidak elok. ia digunakan untuk menyerang tokoh Islam seperti Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim al-Jawziyyah dengan serangan yang teramat garang, beliau juga turut menyerang tokoh tafsir seperti al-Imam al-Alusi, Sheikh Muhammad 'Abduh dan al-Sayyid Jamal al-Din al-Afghani serta ramai lagi."

Adalah teramat pelik seorang tokoh bertaraf qadhi seperti beliau meriwayatkan kisah ini TANPA sebarang komentar.

Wallahualam

عجائب وغرائب الصوفية
الصوفية في الميزان
أولياء الله وأولياء الشيطان

Friday, 24 May 2019

Lakaran Capal Adalah Tangkal

Menempelkan logo capal di kepala atau kopiah adalah budaya penduduk Maghribī yang asalnya untuk mengambil berkat, tetapi lama-kelamaan mereka menjadikannya sebagai tamīmah (tangkal).

Pengkaji manuskrip lakaran capal dari Bandar Fes, Maghribī iaitu Dr. Muhammad ‘Abd al-Hafīz Khibtah al-Hasanī dalam maqalahnya berjudul Suwar al-Ni'āl al-Nabawiyyah baina al-Mashriq wa al-Maghrib berkata:

“Banyaknya lakaran yang menyempurnakan rupa bentuk capal ini jika diteliti mempunyai asas, ia digunakan oleh penduduk Maghribī dalam segala urusan harian hidup mereka bertujuan untuk mengambil berkat dengan lakaran capal itu, sebagaimana diperoleh manfaat itu yang disebut dan dicatat dalam salah satu syarah kitab Dalāil al-Khairāt karya al-Jazūlī, dinukilkan oleh Abū Hāmid al-Fāsī."

"Kata Abū Hāmid al-Fāsī : kebanyakan orang ramai membuat lakaran capal yang mulia itu dari kertas dan lain-lain, mereka meletakkan lakaran capal itu diatas kepala, rumah dan juga barangan mereka sebagai tangkal.”

[Tamat Petikan]


Sila lihat terjemahan di atas

Lukisan tangkal berlogo capal yang popular pada zaman tersebut

Pengkaji juga turut mengatakan al-Maqqarī [986H-1041H] yang terkenal dengan kitab Fath al-Muta'āl fī Madh al-Ni'āl, di dalam kitab beliau yang lain berjudul Azhār al-Riyādh secara melampau menceritakan faedah lakaran capal seperti menghalang sihir, memudahkan wanita bersalin dan yang paling melampau adalah kapal tidak akan tenggelam!

Wallahualam.

Larangan Menceritakan Pertikaian Para Sahabat Nabi s.a.w

Ramai yang galak berbicara mengenai pertikaian antara para sahabat Nabi s.a.w atas dasar ilmiah & kajian, cuba lihat larangan dari Ibn Battah [387H] ini:

ولا تنظر في كتاب صفين والجمل ووقعة الدار وسائر المنازعات التي جرت بينهم ولا تكتبه لنفسك ولا لغيرك ولا تروه عن أحد ولا تقرأه على غيرك ولا تسمعه ممن يرويه فعلى ذلك اتفق سادات علماء هذه الأمة من النهي عما وصفناه منهم : حماد بن زيد ويونس بن عبيد وسفيان الثوري وسفيان بن عيينة وعبدالله بن إدريس ومالك بن أنس وابن أبي ذئب وابن المنكدر وابن المبارك وشعيب بن حرب وأبو إسحاق الفزاري ويوسف بن أسباط وأحمد بن حنبل وبشر بن الحارث وعبدالوهاب الوراق

Maksudnya: "Janganlah kamu merenung pada kitab kisah peperangan Siffin, Jamal, negara yang berperang, dan seluruh pertikaian yang terjadi antara para sahabat. Janganlah kamu menulis untuk dirimu dan juga orang lain. Janganlah kamu meriwayatkan kisah itu dari orang lain, membacakan kepada orang lain, dan mendengar apa yang diriwayatkannya. Inilah yang disepakati oleh pimpinan ulama umat akan larangan yang telah kami gambarkan. Mereka itu adalah:

  1. Hammad bin Zaid [179H]
  2. Yunus bin 'Ubaid [139H/140H]
  3. Sufyan al-Thawri [161H]
  4. Sufyan bin 'Uyainah [198H]
  5. 'Abdullah bin Idris [192H]
  6. Malik bin Anas [179H]
  7. Ibn Abi Zi'b [159H]
  8. Ibn al-Munkadir [130H]
  9. Ibn Mubarak [181H]
  10. Syu'aib bin Harb [196H/197H]
  11. Abu Ishaq al-Fazari [188H]
  12. Yusuf bin Asbat [195H]
  13. Ahmad bin Hanbal [241H]
  14. Bishr bin al-Harith [227H]
  15. 'Abd al-Wahhab al-Warraq [251H]


كل هؤلاء قد رأوا: النهي عنها والنظر فيها والاستماع إليها وحذروا من طلبها والاهتمام بجمعها

Maksudnya: "Kesemua ulama ini berpandangan: Larangan untuk merenung dan mendengar kisah pertikaian para sahabat, mereka juga mentahzir orang yang meminta untuk mengetahui dan berminat untuk mengumpul kisah pertikaian para sahabat."

Wallahualam.

Al-Ibanad al-Sughra karya Ibn Battah



NOTA: Larangan Ibn Battah disini merujuk secara spesifik kepada Kitab Siffin & Jamal karangan pelampau Syiah iaitu Nasr bin Muzahim [212H]. Namun ia juga menunjukkan larangan secara umum berdasarkan ijma' para ulama agar menahan diri dari berbicara mengenai pertikaian para sahabat.

Sunday, 24 March 2019

Ijma': Wajib Menahan Diri Berbicara Isu Fitan

Ramai orang ingin membicarakan isu fitan antara 'Ali dan Mu'awiyah. Ijma' Ahli Sunnah Wal Jama'ah dalam hal ini adalah menahan diri dari menyebut peristiwa fitan tersebut, KECUALI pada hal kebaikan sahaja. Kata Abu Nu'aim al-Asbahani [wafat 430H] dalam kitabnya al-Imamah wa al-Rad 'Ala al-Rafidhah:

فالإمساك عن ذكر أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم وذكر زللهم ونشر محاسنهم ومناقبهم وصرف أمورهم إلى أجمل الوجوه، من أمارات المؤمنين المتبعين لهم بإحسان الذين مدحهم الله تعالى فقال: {والذين جاءوا من بعدهم يقولون ربنا اغفر لنا ولإخواننا} الآية مع ما أمر النبي صلى الله عليه وسلم بإكرام أصحابه وأوصى بحقهم وصيانتهم وإجلالهم

Maksudnya: "Menahan diri dari menyebut (kisah fitan) dan kesilapan para sahabat Rasulullah s.a.w, menyebarkan kebaikan serta manaqib mereka dan menjadikan urusan mereka sebaik-baik tujuan adalah antara perkara dituntut dari orang beriman yang mengikuti para sahabat dengan baik. Allah 'Azza wa Jal telah memuji mereka dengan berfirman:{orang-orang Islam yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: "wahai tuhan kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami}. - Ayat ini menunjukkan perintah Nabi s.a.w untuk memuliakan para sahabatnya dan berpesan akan kebenaran mereka serta melindungi dan menghormati mereka."


Beliau juga turut menambah selepas membahaskan hadith (إذا ذُكر أصحابي فأمسكوا):


لم يأمرهم بالإمساك عن ذكر محاسنهم وفضائلهم، إنما أمروا بالإمساك عن ذكر أفعالهم وما يفرط منهم في ثورة الغضب وعارض الموجدة

Maksudnya: "Rasulullah s.a.w tidak menyuruh mereka menahan diri dari menyebut kebaikan dan keutamaan para sahabat, akan tetapi mereka diperintahkan untuk menahan diri dari menyebut akan perbuatan sahabat dan apa jua perkara melampaui batas yang mencetuskan kemarahan dan keberangan."

Abu Nu'aim juga turut memberi amaran keras dengan berkata:


فمن سبهم وأبغضهم وحمل ما كان من تأويلهم وحروبهم على غير الجميل الحسن، فهو العادل عن أمر الله تعالى وتأديبه ووصيته فيهم، لا يبسط لسانه فيهم إلا من سوء طويته في النبي صلى الله عليه وسلم وصحابته والإسلام والمسلمين

Maksudnya: "Sesiapa yang mencela dan membenci para sahabat dan menjuruskan takwilan dan peperangan mereka pada sesuatu yang tidak elok maka beliau telah menyimpang dari perintah Allah Ta'ala serta didikan dan pesanan (Nabi s.a.w) mengenai para sahabat, tiada yang menyenangkan lisannya berbicara mengenai para sahabat (akan perkara tidak elok itu) kecuali dari niat hati yang jahat pada Nabi s.a.w, para sahabatnya, agama Islam dan kaum Muslimin."

Kitab Abu Nu'aim al-Asbahani
Memang sudah ada yang membicarakan siapakah yang betul dan salah dalam isu ini. Sheikh al-Muhaddith 'Abdullah bin 'Abd al-Rahman al-Sa'd ketika menjawab kenyataan puak ruwaibidhah iaitu Hassan Farhan al-Maliki berkata:

الكلام فيما شجر بين الصحابة إذا كان بعلم وإخلاص وتحر للحق فلا محظور فيه بل هو فرض كفاية إذا قام به بعض أهل العلم من أهل العدل والإنصاف سقط عن الباقين لكن لا يجوز لهم تركه

Maksudnya: "Kata Hassan Farhan al-Maliki: Berbicara mengenai isu pengtikaian antara sahabat jika dilakukan secara berilmiah, ikhlas serta penelitian untuk kebenaran maka tidaklah dilarang, bahkan ia fardhu kifayah jika dilakukan oleh sebahagian ahli ilmu yang adil dan jujur, (jika ini dilakukan) maka gugurlah kewajipan terhadap orang lain, akan tetapi mereka tidak boleh meninggalkannya." Rujuk: https://www.goodreads.com/review/show/2374310956

Maqalah Hassan Farhan al-Maliki yang disebarkan melalui internet yang turut disokong oleh golongan pencela sahabat Nabi s.a.w.

Komen Sheikh 'Abdullah bin 'Abd al-Rahman al-Sa'd mengenai kenyataan Hassan Farhan al-Maliki dalam Sal al-Sinan fi al-Za'b 'Ala Mu'awiyah bin Abi Sufyan:


وهو بهذا القول يخالف إجماع أهل السنة واتفاقهم على وجوب الإمساك عن الكلام فيما شجر بين الصحابة رضي الله عنهم
والآثار المروية فيما وقع بين الصحابة رضي الله عنهم تنقسم إلى ثلاثة أقسام :منها ما هو كذب .ومنها ما قد زيد فيه ونقص وغير من وجهته .والصحيح منها هم فيه معذورون أما مجتهدون مصيبون وإما مجتهدون مخطئون


Maksudnya: "Beliau (Hassan Farhan al-Maliki ) dengan kenyataan ini menyelisihi ijma' Ahli Sunnah Wa al-Jama'ah dan kesepakatan mereka (ulama) akan kewajiban menahan diri dari berbicara pertikaian antara sahabat radiyallahu'anhum, manakala athar yang diriwayatkan berlaku antara sahabat radiyallu'anhum terbahagi kepada tiga: (1) riwayat palsu, (2) riwayat tokok tambah yang tidak jelas. (3) Dan yang sahih para sahabat itu diampuni sama ada yang berijtihad itu betul atau salah."

Imam al-Zahabi juga turut memberi pesanan yang berguna:

كما تقرر الكف عن كثير مما شجر بينهم، وقتالهم رضي الله عنهم أجمعين وما زال يمر بنا ذلك في الدواوين والكتب والأجزاء، ولكن أكثر ذلك منقطع وضعيف وبعضه كذب فينبغي طيه وإخفاؤه بل إعدامه لتصفوا القلوب، وتتوفر على حب الصحابة والترضي عنهم، وكتمان ذلك متعين عن العامة وآحاد العلماء

Maksudnya: "Sebagaimana telah diputuskan menahan diri dari berbicara akan kebanyakan pertikaian antara sahabat. Peperangan/pembunuhan para sahabat radiyallahu'anhum ajmain senantiasa terlintas pada kita di dalam syair, kitab dan pelbagai bentuk lagi, akan tetapi kebanyakannya (riwayat) terputus, dhaif dan sebahagiannya palsu. Maka hendaklah menyembunyikannya bahkan melupuskannya supaya kamu membentuk hati, dan rasa cinta para sahabat itu melimpah sebagai tanda meredhai mereka, (namun) menyembunyikan hal tersebut tidak diikuti orang awam dan segelintir ulama."



Wallahualam









Saturday, 9 March 2019

Pemerintah Yang Zalim Juga Mahukan Polis Yang Jujur

Tahukah anda, orang pertama yang menjadikan pengawal peribadi adalah Mu'āwiyah bin Abī Sufyān [wafat 60H]. Ibn Kathīr [wafat 744H] menyebut:

وكان على حرسه رجل من الموالي يقال له المختار وقيل مالك، ويكنى أبا المخارق مولى لحمير وكان معاوية أول من اتخذ الحرس، وعلى حجابته سعد مولاه وعلى الشرطة قيس بن حمزة، ثم زميل بن عمرو العذري، ثم الضحاك بن قيس الفهري، وكان صاحب أمره سرجون بن منصور الرومي

Maksudnya: "Mu'āwiyah adalah orang pertama yang mengambil pengawal menjaganya dari pengikut setianya yang digelar al-Mukhtār atau Mālik, digelar juga sebagai Abu al-Mukhāriq mawla Himyar dan Mu'āwiyah juga orang pertama yang menjadikan mereka sebagai pengawal peribadi, yang melindunginya bernama S'ad manakala Qais bin Hamzah, Zumail bin 'Amru al-'Uzrī, al-Dhahhāk bin Qais al-Fihrī sebagai polis, manakala penasihatnya Sarjūn bin Mansūr al-Rumī." 





Khilafah Umawiyyah amat menitik berat jawatan polis dan pengawal bagi kerajaannya sehingga mereka menilai peribadi yang akan menjadi polis itu. Kata Ziyād bin Abīh [wafat 53H]:

ينبغي أن يكون صاحب الشرطة شديد الصولة، قليل الغفلة، وينبغي أن يكون صاحب الحرس مسنًا، عفيفًا، مأمونًا لا يُطعن عليه

Maksudnya: "Hendaklah pegawai polis itu seorang yang mempunya kekuatan yang hebat dan tidak lalai. Manakala seorang ketua pengawal hendaklah yang berusia, luhur budinya, dipercayai dan tiada kecelaan ke atasnya."



Sehingga al-Hajjāj bin Yūsuf al-Saqafī [wafat 95H], seorang gabenor yang bengis, tidak berhati perut, zalim, tidak adil juga mahukan pengawal atau polis yang berkredibiliti. Kata Ibn Qutaibah [wafat 276H]:

بحث الحجاج بن يوسف الثقفي والي العراق والحجاز في عهد عبد الملك بن مروان عن رجل قادر على تولِّي قيادة الشرطة في الكوفة، فاستشار أهل الرأي والمكانة، فسألوه: أيَّ الرجال تريد؟ فقال: أريده طويل الجلوس، سمين الأمانة، أعجف الخيانة، لا يخفق في الحق على جرَّةٍ، يهون عليه سبال الأشراف في الشفاعة. فقيل له: عليك بعبد الرحمن بن عبيد التميمي. فأرسل إليه يستعمله، فقال له: لستُ أقبلها إلا أن تكفيني عيالك وولدك وحاشيتك. قال: يا غلام، نادِ في الناس: مَنْ طلب إليه منهم حاجة فقد برئت منه الذمة. ولكفاءته، وقدرته على استتباب الأمن قال الشعبي: فكان ربما أقام أربعين ليلة لا يؤتى بأحد، فضمَّ إليه الحجاج شرطة البصرة مع شرطة الكوفة

Maksudnya: "Penguasa Iraq dan Hijaz iaitu al-Hajjāj bin Yūsuf al-Saqafī pada zaman 'Abd al-Malik bin Marwān [wafat 86H] telah mencari calon yang berkeupayaan untuk dilantik menjadi pemimpin pasukan polis di Kufah, maka beliau mandapatkan nasihat daripada pakar yang hebat. Mereka bertanya: lelaki macam mana yang kau mahu? Al-Hajjāj menjawab: aku mahu lelaki penyabar dan cekap, mampu menggalas amanah, mampu menggalas tugas dan tanggungjawab, tidak memandang remeh kebenaran walau sekecil apapun, dan tidak menerima orang tengah atau campur tangan dari pemimpin yang berpengaruh. Kemudian mereka menjawab: kamu ambillah 'Abd al-Rahmān bin 'Ubaid al-Tamīmī. Lalu 'Abd al-Rahmān bin 'Ubaid al-Tamīmī dibawa kepada al-Hajjāj. Maka berkata 'Ubaid kepada al-Hajjāj: aku tidak menerima jawatan ini kecuali kamu memeliharaku dari keluargamu, anak-anakmu, dan pengiringmu. Al-Hajjāj terus menjawab: wahai pemuda, serulah pada orang ramai: sesiapa meminta hajat/hasrat kepadanya (al-Hajjāj) dari kalangan mereka, maka telah terbebas tanggungan darinya. Kerana kemampuan dan keupayaannya menjaga keamanan, kata al-Sya'bī: boleh jadi dia bertugas selama 40 malam dan tiada satupun datang mengadu kepadanya. Melihat kemampuan beliau, al-Hajjāj menggabungkan wilayah polis Basrah dan Kufah dalam wilayah kekuasaan beliau."



Ibarat salaf لا يفسرها Merujuk Kepada لا يكيفها

Ramai mengatakan "mafhum" ibarat salaf (لا يفسرها) atau seumpamanya pada riwayat ayat sifat adalah indikasi mereka tidak menafsir...