Ramai yang galak berbicara mengenai pertikaian antara para sahabat Nabi s.a.w atas dasar ilmiah & kajian, cuba lihat larangan dari Ibn Battah [387H] ini:
ولا تنظر في كتاب صفين والجمل ووقعة الدار وسائر المنازعات التي جرت بينهم ولا تكتبه لنفسك ولا لغيرك ولا تروه عن أحد ولا تقرأه على غيرك ولا تسمعه ممن يرويه فعلى ذلك اتفق سادات علماء هذه الأمة من النهي عما وصفناه منهم : حماد بن زيد ويونس بن عبيد وسفيان الثوري وسفيان بن عيينة وعبدالله بن إدريس ومالك بن أنس وابن أبي ذئب وابن المنكدر وابن المبارك وشعيب بن حرب وأبو إسحاق الفزاري ويوسف بن أسباط وأحمد بن حنبل وبشر بن الحارث وعبدالوهاب الوراق
Maksudnya: "Janganlah kamu merenung pada kitab kisah peperangan Siffin, Jamal, negara yang berperang, dan seluruh pertikaian yang terjadi antara para sahabat. Janganlah kamu menulis untuk dirimu dan juga orang lain. Janganlah kamu meriwayatkan kisah itu dari orang lain, membacakan kepada orang lain, dan mendengar apa yang diriwayatkannya. Inilah yang disepakati oleh pimpinan ulama umat akan larangan yang telah kami gambarkan. Mereka itu adalah:
- Hammad bin Zaid [179H]
- Yunus bin 'Ubaid [139H/140H]
- Sufyan al-Thawri [161H]
- Sufyan bin 'Uyainah [198H]
- 'Abdullah bin Idris [192H]
- Malik bin Anas [179H]
- Ibn Abi Zi'b [159H]
- Ibn al-Munkadir [130H]
- Ibn Mubarak [181H]
- Syu'aib bin Harb [196H/197H]
- Abu Ishaq al-Fazari [188H]
- Yusuf bin Asbat [195H]
- Ahmad bin Hanbal [241H]
- Bishr bin al-Harith [227H]
- 'Abd al-Wahhab al-Warraq [251H]
كل هؤلاء قد رأوا: النهي عنها والنظر فيها والاستماع إليها وحذروا من طلبها والاهتمام بجمعها
Maksudnya: "Kesemua ulama ini berpandangan: Larangan untuk merenung dan mendengar kisah pertikaian para sahabat, mereka juga mentahzir orang yang meminta untuk mengetahui dan berminat untuk mengumpul kisah pertikaian para sahabat."
Wallahualam.
Al-Ibanad al-Sughra karya Ibn Battah |
NOTA: Larangan Ibn Battah disini merujuk secara spesifik kepada Kitab Siffin & Jamal karangan pelampau Syiah iaitu Nasr bin Muzahim [212H]. Namun ia juga menunjukkan larangan secara umum berdasarkan ijma' para ulama agar menahan diri dari berbicara mengenai pertikaian para sahabat.
No comments:
Post a Comment