Menempelkan logo capal di kepala atau kopiah adalah budaya penduduk Maghribī yang asalnya untuk mengambil berkat, tetapi lama-kelamaan mereka menjadikannya sebagai tamīmah (tangkal).
Pengkaji manuskrip lakaran capal dari Bandar Fes, Maghribī iaitu Dr. Muhammad ‘Abd al-Hafīz Khibtah al-Hasanī dalam maqalahnya berjudul Suwar al-Ni'āl al-Nabawiyyah baina al-Mashriq wa al-Maghrib berkata:
“Banyaknya lakaran yang menyempurnakan rupa bentuk capal ini jika diteliti mempunyai asas, ia digunakan oleh penduduk Maghribī dalam segala urusan harian hidup mereka bertujuan untuk mengambil berkat dengan lakaran capal itu, sebagaimana diperoleh manfaat itu yang disebut dan dicatat dalam salah satu syarah kitab Dalāil al-Khairāt karya al-Jazūlī, dinukilkan oleh Abū Hāmid al-Fāsī."
"Kata Abū Hāmid al-Fāsī : kebanyakan orang ramai membuat lakaran capal yang mulia itu dari kertas dan lain-lain, mereka meletakkan lakaran capal itu diatas kepala, rumah dan juga barangan mereka sebagai tangkal.”
[Tamat Petikan]
Sila lihat terjemahan di atas |
Lukisan tangkal berlogo capal yang popular pada zaman tersebut |
Pengkaji juga turut mengatakan al-Maqqarī [986H-1041H] yang terkenal dengan kitab Fath al-Muta'āl fī Madh al-Ni'āl, di dalam kitab beliau yang lain berjudul Azhār al-Riyādh secara melampau menceritakan faedah lakaran capal seperti menghalang sihir, memudahkan wanita bersalin dan yang paling melampau adalah kapal tidak akan tenggelam!
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment