Saturday, 29 June 2019

Imam al-Baghawi & Akidahnya Pada al-Asma wa al-Sifat


  • Siapakah al-Baghawi?
Beliau adalah Abu Muhammad al-Husain bin Mas'ud bin Muhammad atau lebih dikenali sebagai al-Farra' al-Baghawi, dan beliau adalah Imam di dalam tafsir dan juga hadith. Beliau wafat pada 516 hijrah.

  • Akidah Imam al-Baghawi Pada al-Asma' wa al-Sifat
Imam al-Baghawi berakidah salaf pada bab al-Asma' wa al-Sifat. Beliau mengithbat sebagaimana Allah mengithbat diriNya di dalam al-Quran. Di dalam kitab Syarh al-Sunnah, terdapat mukaddimah yang bermanfaat di mana beliau telah menerangkan akidah salaf dalam bab al-Asma' wa al-Sifat. Kata al-Baghawi:

والإصبع المذكورة في الحديث صفة من صفات الله عز وجل، وكذلك كل ما جاء به الكتاب أو السنة من هذا القبيل في صفات الله سبحانه وتعالى، كالنفس، والوجه والعين، واليد، والرجل، والإتيان، والمجيء، والنزول إلى السماء الدنيا، والاستواء على العرش، والضحك، والفرح

Maksudnya: "Al-Isba' (jari) yang disebut di dalam hadith adalah salah satu sifat Allah 'azza wa jalla, begitu juga setiap apa yang terdapat pada al-Quran atau al-Sunnah (hadith) melalui perihal ini pada sifat-sifat Allah Ta'ala seperti al-nafs (diri/jiwa), al-wajh (wajah), al-'ain (mata), al-yad (tangan), al-rijl (kaki), al-ityan (datang), al-maji'u (datang), al-nuzul (turun), al-istiwa (istiwa), al-dhahak (ketawa) dan al-farh (gembira)."



Antara ungkapan beliau yang menyimpulkan akidahnya pada akidah salaf:

فهذه ونظائرها صفات لله عز وجل، ورد بها السمع، يجب الإيمان بها، وإمرارها على ظاهرها معرضا فيها عن التأويل، مجتنبا عن التشبيه، معتقدا أن الباري سبحانه وتعالى لا يشبه شيء من صفاته صفات الخلق، كما لا تشبه ذاته ذوات الخلق، قال الله سبحانه وتعالى: {ليس كمثله شيء وهو السميع البصير} [الشورى:11 ]

Maksudnya: Maka inilah padanan sifat-sifat Allah 'azza wa jalla. Apabila disebut al-sam'u (mendengar), maka wajib untuk beriman dengannya, dan membiarkan pada zahirnya tanpa tafsiran yang menjurus kepada takwil, menjauhi dari tashbih, mempercayai bahawa al-Bari (Allah) Subhanahu wa Ta'ala tidak menyerupai sesuatupun sifat-sifatNya pada sifat-sifat makhlukNya. Allah Ta'ala berfirman: {Tiada sesuatupun yang Menyerupai Allah dan Allah Maha Mendengar dan Maha Melihat} [al-Syura:11].

Katanya lagi:

وعلى هذا مضى سلف الأمة وعلماء السنة، تلقوها جميعا بالإيمان والقبول، وتجنبوا فيها عن التمثيل والتأويل، ووكلوا العلم فيها إلى الله عز وجل، كما أخبر الله سبحانه وتعالى عن الراسخين في العلم، فقال عز وجل: {والراسخون في العلم يقولون آمنا به كل من عند ربنا} [آل عمران: 7]. قال سفيان بن عيينة: كل ما وصف الله تعالى به نفسه في كتابه، فتفسيره قراءته، والسكوت عليه، ليس لأحد أن يفسره إلا الله عز وجل ورسله

Maksudnya: "Dan inilah pandangan Salaf al-Ummah dan juga Ulama al-Sunnah, mereka menerima dengan keimanan secara keseluruhannya. Mereka menjauhi sifat-sifat Allah dari tamsil dan takwil dan menyerahkan pengetahuan kepada Allah 'azza wa jalla, sebagaimana Allah Subhanahu wa Ta'ala memberitahu mengenai al-Rasikhin fi al-'Ilm (orang yang kukuh lagi mantap dalam penguasaan ilmu) dengan berfirman: {Dan orang yang kukuh lagi mantap dalam penguasaan ilmu berkata: Kami beriman denganNya, semuanya itu datang dari sisi Tuhan kami} [Ali Imran: 7]. Kata Sufyan bin 'Uyainah [wafat 198H]: Setiap apa yang disifatkan oleh Allah Ta'ala dengan diriNya sendiri pada KitabNya, tafsirannya adalah bacaannya, dan diam ke atas (tafsiran sebenar tersebut). Tiada seorangpun yang layak menafsirkannya kecuali Allah 'azza wa jalla."


Syiah Menurut Pandangan Dar al-Ifta' al-Misriyyah






Pandangan Dar al-Ifta' al-Misriyyah mengenai golongan Syiah Imamiyyah. Mereka telah menyimpulkan kedudukan Syiah sebagaimana berikut:

أن الشيعة الإمامية إخواننا في الدين وهم من جملة المسلمين أهل القبلة، ولكن لا يصح ولا يجوز أن ينسبوا إلى أهل السنة والجماعة، بل هم من طوائف الضلال والابتداع، ولكن مع ذلك فإننا نقول: إن تعميم الأحكام على جميع الشيعة دون تفرقة أو تمييز بينهم بحسب درجتهم في التشيع، ودون تفريق بين علمائهم وعوامهم، ليس من العدل والإنصاف والعلم في شيء

"Bahawasanya Syiah Imamiyyah adalah saudara kita di dalam agama Islam dan mereka dari kalangan orang Islam. Akan tetapi tidak sahih atau tidak boleh untuk menisbahkan mereka kepada Ahlussunnah wa al-Jama'ah, bahkan (lebih tepat) mereka adalah dari puak-puak yang sesat dan menyeleweng. Akan tetapi, bagaimanapun kami katakan: menghukum golongan Syiah secara pukal tanpa membezakan diantara mereka dari sudut darjat mereka pada tasyayyu', tanpa membezakan diantara ulama dan orang biasa dalam kalangan mereka bukanlah suatu keadilan, kesaksamaan dan pengetahuan pada sesuatu."

Huraian panjang mengenai Syiah ini boleh dilihat di laman sesawang Dar al-Ifta' al-Misriyyah.

Wallahualam.


Cabar-Mencabar, Doa & Mengata Di Mana Kesudahannya?

Epik klasik pergaduhan antara al-`Asya'irah dan al-Hanabilah amat sesuai dijadikan rujukan dalam menyelusuri isu taksub pandangan agama dan politik.

Al-Zahabi menukilkan di dalam Siyar pertelingkahan antara Ibn Nujayyah al-Hanbali [wafat 599H] dan al-Syihab Muhammad bin Mahmud al-Thusiy al-`Asy'ariy [wafat 596H]. Kata al-Zahabi, dari Abu Syamah:

كان يجري بينه وبين الشهاب الطوسي العجائب، لأنه كان حنبليا، وكان الشهاب أشعريا واعظا. جلس ابن نجية يوما في جامع القرافة، فوقع عليه وعلى جماعة سقف، فعمل الطوسي فصلا ذكر فيه: فخر عليهم السقف من فوقهم، جاء يوما كلب يشق الصفوف في مجلس ابن نجية، فقال: هذا من هناك، وأشار إلى جهة الطوسي

Maksudnya: "Pernah terjadi pertelingkahan antara Ibn Nujayyah dan al-Syihab al-Thusiy yang cukup luar biasa, kerana Ibn Nujayyah adalah Hanbali manakala al-Syihab adalah pemidato `Asy'ariy. Pada suatu hari Ibn Nujayyah mengadakan majlis ilmu di masjid al-Qarafah lalu bumbung masjid jatuh menimpa ke atasnya dan juga para jemaah. Melihat kejadian itu, al-Thusiy lantas membaca firman Allah [al-Nahl:26]: 'maka Allah telah menggugurkan bumbung jatuh menimpa ke atas mereka'. Manakala di hari lain pula ada seekor anjing menyalak dan meleraikan saf majlis Ibn Nujayyah, lalu beliau (Ibn Nujayyah) berkata: anjing ini datang dari sana, sambil mengisyaratkan kearah al-Thusiy."



Ibn Nujayyah adalah ulama kegemaran pemerintah pada waktu itu iaitu Salah al-Din al-Ayubi [wafat 589H]. Ia jelas disebut oleh Abu Syamah dalam Siyar:

كان كبير القدر، معظما عند صلاح الدين، وهو الذي نم على الفقيه عمارة اليمني وأصحابه بما كانوا عزموا عليه من قلب الدولة، فشنقهم صلاح الدين وكان صلاح الدين يكاتبه، ويحضره مجلسه، وكذلك ولده الملك العزيز من بعده

Maksudnya: "Ibn Nujayyah memiliki darjat kemulian besar yang dihormati disisi Salah al-Din. Beliaulah yang mendedahkan kepada Salah al-Din mengenai al-Faqih `Imarah al-Yamani dan konconya ketika mana mereka ingin merencana penggulingan ke atas Salah al-Din di ibu negara. Salah al-Din telah menggantung mereka selepas berhubung dengan Ibn Nujayyah mengenai perkara itu. Salah al-Din juga turut menghadiri majlis ilmu Ibn Nujayyah dan begitu juga selepasnya iaitu anaknya al-Malik al-`Aziz."

PEMERINTAH YANG ADIL PUN TIDAK DAPAT MENYELESAIKANNYA

Sungguhpun Salah al-Din beriktiqad `Asy'ariy menurut kata kebanyakan ulama, beliau adalah pemerintah yang adil dan tidak taksub. Beliau juga meminati Ibn Nujayyah yang bermazhab Hanbali sebagaimana disebut di atas. Akan tetapi, isu ketaksuban dan pertikaian tetap berterusan sekalipun dibawah pimpinan adil beliau. Dalam al-Suluk (200/1) karya al-Maqrizi [wafat 845H] menyebut:

جرت فتنة بين الأشاعرة والحنابلة، سببها إنكار الحنابلة على الشهاب الطوسي تكلمه في مسألة من مسائل الكلام في مجلس وعظه، وترافعوا إلى الملك المظفر بمخيمه، فرسم برفع كراسي وعظ الفريقين، وقد أطلق كل من الفريقين لسانه في الآخر

Maksudnya: "Telah terjadi fitnah diantara al-`Asya'irah dan al-Hanabilah atas sebab golongan al-Hanabilah menyangkal ucapan al-Thusiy mengenai permasalahan kalam di majlis pidatonya. Mereka membawa perkara ini kepada Salah al-Din di khemahnya, lalu Salah al-Din memerintahkan supaya dihentikan pidato bagi dua belah pihak, akan tetapi akhirnya dua belah pihak hanya membiarkan sahaja arahan itu."



Jadi, apakah kesudahannya? Mudah sahaja, jangan taksub!

Ithbat Sifat & Zat Allah Tidak Bermaksud Tashbih

Ramai orang yang baru berjinak dengan al-Asma' wa al-Sifat keliru apabila mengithbat sifat Allah, mereka mengatakan perbuatan itu adalah tashbih sifat Allah kepada makhluknya. Adakah ia benar?

Cuba lihat ucapan Imam al-Qawwam al-Sunnah Abu al-Qasim al-Asfahani [wafat 535H]. Beliau sendiri mengatakan ithbat itu tidak menjadikan tashbih:

قال أهل السنة: نصف الله بما وصف به نفسه، ونؤمن بذلك إذ كان طريق الشرع الاتباع لا الابتداع، مع تحقيقنا أن صفاته لا يشبهها صفات، وذاته لا يشبهها ذات، وقد نفى الله تعالى عن نفسه التشبيه بقوله: {ليس كمثله شيء}. فمن شبه الله بخلقه فقد كفر، وأثبت لنفسه صفات فقال {وهو السميع البصير}. وليس في إثبات الصفات ما يفضي إلى التشبيه، كما أنه ليس في إثبات الذات ما يفضي إلى التشبيه، وفي قوله: {ليس كمثله شيء} دليل على أنه ليس كذاته ذات، ولا كصفاته صفات


Maksudnya: "Kata Ahlussunnah: Kami menyifatkan dengan apa yang Allah sifatkan dirinya, dan kami beriman dengan perkara itu kerana sesunguhnya jalan syarak adalah ittiba' (mengikut) bukan ibtida' (mengada-adakan), dengan kami menyakini bahawa sifat-sifatNya itu tidak menyerupai sifat-sifat (makhluk), dan zat-zatNya itu tidak menyerupai zat-zat (makhluk). Allah Ta'ala telah menafikan dirinya sendiri dari tashbih melalui firmanNya: {ليس كمثله شيء}. Barang siapa yang menyerupakan Allah dengan ciptaanNya maka dia telah kafir. Allah telah mengithbatkan dirinya sendiri dengan sifat-sifatNya dengan berfirman: {وهو السميع البصير}. Dan bukanlah mengithbatkan sifat-sifat Allah itu menjadi tashbih, sebagaimana juga bukanlah mengithbatkan zat-zat Allah itu menjadi tashbih. Pada firman Allah {ليس كمثله شيء} adalah dalil bahawa zat-zat Allah itu tidak sama seperti zat-zat makhlukNya, tidak juga sifat-sifatNya sama seperti sifat-sifat makhlukNya."

Al-Hujjah fi Bayan al-Mahajjah wa-Sharh `Aqidah Ahl al-Sunnah wa-al-Jama`ah


Kesimpulan:
  • Mengithbat sifat Allah sebagaimana Allah sifatkan diriNya tidak bermaksud tashbih kerana Allah telah menafikan diriNya sama seperti makhluk melalui ayat {ليس كمثله شيء}.
  • Jika ia adalah tashbih, sudah tentu para ulama salaf seperti Abu al-Qasim al-Asfahani tidak berkata sedemikian. 

Thursday, 27 June 2019

Teguran Suci Murni Buat Penulis Artikel



Penulis artikel ini berbicara tentang non-muslim dilindungi di bawah negara Islam, dengan menaqalkan hadith berikut:


من آذى ذميا فقد آذاني ومن آذاني فقد آذى الله


Maksudnya: "Sesiapa yang menyakiti zimmi, maka dia telah menyakitiku, sesiapa yang menyakitiku, maka dia telah menyakiti Allah." - Riwayat al-Tabarani [wafat 360H]


Hadith di atas dihukumi tiada asalnya oleh al-Albani [wafat 1420H]. Kata al-Albani:


من آذى ذميا فقد آذاني ومن آذاني فقد آذى الله الطبراني في الأوسط لا أصل له بهذا اللفظ لاعند الطبراني ولا عند غيره وإنما اصل الحديث من آذى مسلما


Maksudnya: "Sesiapa yang menyakiti zimmi, maka dia telah menyakitiku, sesiapa yang menyakitiku, maka dia telah menyakiti Allah. (Hadith ini diriwayatkan oleh) al-Tabarani dalam kitab (Mu'jam) al-Awsat, (ia dihukumi) tiada asalnya dengan lafaz ini, sama ada dari al-Tabarani mahupun dari yang lain. Akan tetapi (lafaz asal) hadith ini ialah sesiapa yang menyakiti muslim (من آذى مسلما)." [Ghayah al-Maram (269/1)]

Kitab al-Albani - Ghayah al-Maram


Mu'jam al-Awsat karya al-Tabarani. Yang ada hanyalah lafaz (من آذى مسلما). Tiada lafaz (من آذى ذميا)



  • Ini jelas menunjukkan lafaz (من آذى ذميا) tiada dalam al-Awsat karya al-Tabarani, tetapi yang ada hanyalah lafaz (من آذى مسلما) sebagaimana komentar al-Albani di atas.
  • Justeru, ini akan mengubah naratif atau tujuan asal artikel yang penulis cuba sampaikan mengenai non-muslim dilindungi di bawah negara Islam. Akan tetapi, sekalipun lafaz (من آذى ذميا) itu tiada, tidak bermakna non-muslim tidak dilindungi hak mereka. Sila baca no.7 (KESIMPULAN) di bawah. 


Antara ulama yang mengkritik lafaz hadith (من آذى ذميا فقد آذاني) ialah:

  1. Ibn Taimiyyah: ia adalah pendustaan ke atas Nabi ﷺ dan tidak pernah diriwayatkan oleh mana-mana ahli ilmu (Majmu' al-Fatawa, 653/28).
  2. Ibn al-Qayyim: batil (al-Mannar al-Munif, ms 98).
  3. Al-Qawuqji [wafat 1305H]: maudhu (al-Lu'lu' al-Mausu', ms 173).
  4. Abu Hafs Al-Qazwini [wafat 750H], muhaddith Iraq, telah mengkategorikan lafaz hadith (من آذى ذميا فقد آذاني) di dalam kitabnya Masyaikhah Al-Qazwini (106/1) sebagai masyhur di kalangan penglipur lara tetapi tiada asalnya, dan ini juga pandangan Imam Ahmad.


Terdapat juga lafaz hadith yang lain dengan mafhum yang sama tetapi sanad dan matan yang berbeza seperti dibawah:


(مَن آذَى ذمِّيًا فأنا خصمُه، ومَن كنتُ خصمُه خصمتُه يومَ القيامةِ)


Maksudnya: "Sesiapa yang menyakiti zimmi maka aku adalah musuhnya, dan sesiapa yang aku memusuhinya (di dunia ini) maka aku akan memusuhinya di hari kiamat."


Komen ulama mengenai hadith di atas:

  1. Kata al-Albani dalam Dhaif al-Jami' (5314): Dhaif. Manakala di dalam Ghayah al-Marram (470) sebagai mungkar.
  2. Kata Ibn al-Jawzi dalam al-Maudhu`at (2/633) sebagai hadith tiada asalnya.
  3. Kata al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad (8/367) sebagai mungkarul isnad.
  4. Kata al-Sakhawi dalam al-Ajubah al-Mardhiyyah (2/435) sebagai hadith marfu tetapi sanadnya direka (ikhtilaq).
  5. Kata Muhammad Jarullah al-So'di dalam al-Nawafih al-`Atirah (343) sebagai dhaif. Dikatakan juga ia hadith maudhu.
  6. Kata Imam Ahmad dalam Tanqih Tahqiq al-Ta'liq (2/267) sebagai hadith yang tiada asalnya.
  7. Kata al-Zahabi dalam Tartib al-Maudhu`at (193) sebagai hadith yang ditohmah kesahihannya, begitu juga dalam Mizan al-`Iktidal (2/381).
  8. Kata al-Zurqani dalam Mukhtasar al-Maqasid (960) sebagai hadith hasan.
  9. Kata al-Syaukani dalam al-Fawaid al-Majmu`ah (213) sebagai hadith maudhu'.
  10. Kata Sheikh Ahmad Syakir dalam al-Ba`ith al-Hasith (2/457) sebagai hadith tiada asalnya tetapi makna dan isnadnya diterima.


Terdapat juga hadith lain yang menunjukkan sesiapa yang menzalimi atau membunuh kafir zimmi akan menjadi musuh Nabi s.a.w dengan lafaz berbeza tetapi mafhum yang sama di bawah:


(من ظلم ذِمِّيًا مُؤَدِّيًا لجِزيتِه مُوفيًا لعهدِه فأنا خَصمُه يومَ القيامةِ)


Maksudnya: "Sesiapa yang menzalimi zimmi supaya mereka membayar jizyah dan menepati janji maka aku adalah musunya di hari kiamat."

  1. Kata al-Sakhawi dalam al-Ajubah al-Mardhiyyah (1/19) bahawa isnadnya palsu.
  2. Kata Ibn `Iraq al-Kinani dalam Tanzih al-Syari`ah (2/182) sebagai hadith maudhu.
  3. Kata Ibn Taimiyyah dalam Majmu' al-Fatawa (18/128) sebagai hadith dhaif.



KISAH PERTIKAIAN BAJU BESI ANTARA SAYYIDUNA ALI & SEORANG YAHUDI

Penulis juga turut membawa kisah pertikaian hak milik baju besi antara Sayyiduna Ali & seorang Yahudi di dalam point no.5 artikel beliau.

Kisah ini sudah dihuraikan oleh Sheikh Muhammad al-Amin bahawa ianya kisah dhaif (https://bit.ly/2Q6GWPQ)

Mari kita lihat huraiannya:

Kisah ini disebut oleh al-Juraqaniy [wafat 543H] di dalam kitabnya al-Abatil wa al-Manakir wa al-Sahhah wa al-Mashahir (197/2) katanya:

باطل تفرد به أبو سمير وهو منكر الحديث، قال محمد بن سليمان: محمد بن إسماعيل البخاري يقول: حكيم بن حزام أبو سمير البصري منكر الحديث يرى القدر، و قال عبد الرحمن بن أبي حاتم الرازي: سمعت أبي يقول: حكيم بن حزام متروك الحديث
وفي ترجمة أبي سمير حكيم ابن خذام في ميزان الاعتدال للإمام الذهبي ذكر أن أبا حاتم قال: إنه متروك الحديث. وقال البخاري منكر الحديث يرى القدر. وقال القواريري: وكان من عباد الله الصالحين

Maksudnya: "(Kisah ini) batil kerana disana ada perawi bernama Abu Sumair yang meriwayatkan hadith secara berseorang dan ianya mungkarul hadith. Kata Muhammad bin Sulaiman: Muhammad bin Ismail al-Bukhari berkata: Hakim bin Hizam Abu Sumair al-Basri mungkarul hadith dan dia berfahaman Qadariyah. Kata `Abd al-Rahman bin Abi Hatim al-Razi: aku telah mendengar ayahku berkata: Hakim bin Hizam matrukul hadith. Di dalam biografi Abu Sumair Hakim Ibn Khizam dalam kitab Mizan al-I'tidal karya Imam al-Zahabi menyebut bahawa Abu Hatim berkata: beliau adalah matrukul hadith. Kata al-Bukhari: mungkarul hadith dan beliau berfahaman Qadariyah. Kata al-Qawaririy: beliau adalah antara hamba Allah yang solih."








Kisah ini juga turut diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqiy dalam al-Sunan al-Kubra (136/10). Kata beliau:

وروي من وجه آخر أيضا ضعيف عن الأعمش عن إبراهيم التيمي


Maksudnya: "Hadith ini turut diriwayatkan dalam bentuk yang lain secara dhaif dari al-A'mash dari Ibrahim al-Taimiy."


Komentar Sheikh Muhammad al-Amin mengenai riwayat al-Baihaqiy:

هذا إسناد ضعيف فيه عمرو بن شمر وجابر الجعفي. أولا: عمرو بن شَمِر الجعفي الكوفي الشيعي. قال الذهبي: قال الجوزجاني زائغ كذاب، قال ابن حبان: رافضي يشتم الصحابة وقال عنه البخاري منكر الحديث، و قال يحي لا يكتب حديثه. ثانيا: جابر بن يزيد بن الحارث الجعفي الكوفي أحد علماء الشيعة. قال عنه النسائي: متروك، وقال ابن معين لا يكتب حديثه ولا كرامة، وقال أبو داود ليس عندي بالقوي في حديثه. أقول: ومن هنا تبين لي أن هذا الأثر ضعيف و الله تعالى أعلم، فإن أصبت فمن الله و إن أخطأت فمن نفسي ومن الشيطان

Maksudnya: "Isnad hadith ini dhaif kerana ada `Amru bin Syimr dan Jabir al-Ju'fiy. Pertama: `Amru bin Syimr al-Ju'fiy al-Kufiy adalah Syiah. Kata al-Zahabi: kata al-Jawjazaniy: seorang yang menyimpang dan pendusta. Kata Ibn Hibban: Dia Syiah Rafidhah suka mencela sahabat dan al-Bukhari pernah berkata tentangnya bahawa dia mungkarul hadith. Kata Yahya bin Ma'in: tidak boleh ditulis hadithnya. Kedua: Jabir bin Yazid bin al-Harith al-Ju'fiy al-Kufiy salah seorang ulama Syiah. Kata al-Nasa'ei: matruk. Kata Ibn Ma'in: tidak boleh ditulis hadithnya dan tiada nilainya. Kata Abu Daud: hadithnya tidak kuat bagiku. Aku katakan: disini jelas bagiku bahawa athar ini dhaif dan Allah sahaja yang tahu, jika aku tepat maka ia dari Allah dan jika aku salah ia dariku dan juga syaitan."


Kisah ini juga turut diberi komentar oleh muhaddith Mesir iaitu Sheikh `Ali bin Ibrahim Hashish. Katanya:

لقد بيَّنا من طرق هذه القصة الواهية أن أسانيدها تدور على الكذابين والمتروكين والمتن متناقض في تحديد ديانة الذمي بين نصراني ويهودي والقصة لا تثبت وعدالة الإسلام معلومة من غير هذه القصة الواهية

Maksudnya: "Telah kami jelaskan jalan kisah lemah ini bahawa isnadnya berlegar antara perawi pendusta dan matruk dan matan kisah pula tidak konsisten dalam menetapkan agama zimmi tersebut antara Yahudi dan Nasrani dan kisah ini tidak tsabit dan keadilan Islam sudah sedia maklum tanpa melalui kisah yang lemah ini."

(Rujuk: https://bit.ly/2CygT1j)


Manakala Dar al-Ifta Jordan juga turut mengatakan kisah ini bermasalah dari segi isnad dan matan lebih-lebih lagi di dalam kisah ini ada riwayat hadis yang bercanggah dengan hadis sahih Nabi s.a.w (https://bit.ly/2Q6H4Pk)

Jom kita lihat huraian dari segi sanad:

أما من حيث الإسناد، فقد قال ابن الملقن رحمه الله: "في إسناد هذا الحديث ضعفاء، أولهم أسيد بن زيد الجمال، قال يحيى: هو كذاب. الثاني عمرو بن شمر الجعفي وهو ضعيف جدا. وقال الشيخ تقي الدين بن الصلاح: هذا الحديث لم أجد له إسنادا يثبت" انتهى من "البدر المنير" (9/599)

Maksudnya: "Dari segi isnadnya, kata Ibn al-Mulaqqin [wafat 804H] rahimahullah: pada isnad hadith ini banyak kelemahan, pertamanya Usaid bin Zaid al-Jammal kata Yahya bin Ma'in: beliau adalah pendusta. Keduanya `Amru bin Syimr al-Ju'fiy adalah tersangat dhaif. Kata al-Sheikh Taqiy al-Din al-Salah [wafat 643H]: hadith ini tidak aku dapati isnad yang tsabit" -tamat petikan - (al-Badr al-Munir 599/9)."


Kesimpulan:

(a) Kisah Baju Besi

  1. Berdasarkan huraian diatas, didapati kisah ini jelas mencapai darjat dhaif jiddan atau hampir mencapai darjat matruk dan maudhu' kerana kewujudan perawi yang dinilai pendusta, matruk dan ditohmah sebagai Syiah. Manakala dari segi matan pula bertentangan dengan hadith sahih yang lain menurut Dar al-Ifta' Jordan. 
  2. Sebagaimana kata Sheikh `Ali bin Ibrahim Hashish bahawa keadilan Islam sudah jelas dan maklum tanpa melalui kisah tidak sahih ini.

(b) Hadis (من آذى ذميا) Riwayat al-Tabarani
  1. Jika diterima hadis-hadis di atas (hadis mengenai kafir zimmi), tafsiran klasik ulama mengenai maksud muslim, kafir zimmi, kafir mustaman, kafir mu'ahad dan sebagainya sudah tidak relevan lagi di masa ini.
  2. Ini kerana ulama kontemporari dan pemikir Islam moden telah menyemak isu kerakyatan (al-muwatanah). Pengelasan istilah klasik seperti (muslim, kafir zimmi, kafir mu'ahad dan kafir musta'man) sudah tidak lagi diguna pakai di negara yang mempunyai majoriti penduduk muslim di masa sekarang. Tambahan pula, istilah dar al-harb & dar al-Islam turut juga berubah jika istilah di atas berubah.
  3. Menurut konsep fiqh al-muwatanah, mereka di atas tergolong dalam "konsep kewarganegaraan" yang bersama-sama menjaga kedaulatan negara dari musuh dan sebagainya. Inilah yang dibahaskan oleh al-Qaradhawi, Rashid al-Ghannouchi, Dr Jaser Audah, Sheikh Muhammad Abu Zahrah dan lain-lain berdasarkan Sahifah Madinah (Piagam Madinah). [Rujuk Penang Institute: https://bit.ly/2LWE8X6]
  4. Sememangnya hak bukan Islam sudah terjamin di dalam undang-undang kita. Ia adalah tugas pemerintah Islam untuk memastikannya adil dan terlaksana. Tidak perlu menggunakan riwayat palsu atau tiada asalnya untuk menjustifikasi hujahan kita. Untuk bacaan tambahan mengenai hak bukan Islam dan dalil-dalilnya, boleh lihat disini.


Justeru, adalah wajar penulis menyemak kembali hadis dan kisah yang ingin digunakan sebagai hujah dan juga tafsiran/istilah klasik atau moden mengikut naratif dan lanskap pemerintahan pada masa sekarang. Amaran keras dari al-Hafiz al-`Iraqi [wafat 806H] sangat berguna sebagai nasihat bersama ketika menukilkan hadis:

وإن اتفق أنه نقل حديثاً صحيحاً كان آثماً في ذلك، لأنه ينقل ما لا علم له به

Maksudnya: "Jika sekalipun disepakati bahawa hadis yang dinaqalkan itu sahih dia tetap berdosa, kerana dia menaqalkan hadis tanpa ada ilmu pengetahuan padanya." [Al-Ba`ith `ala al-Khalas, ms 147]

Ini jelas sebagai amaran yang keras bagi mereka yang ingin menukilkan hadis, perlulah meneliti dengan teliti dari segi sanad dan matan beserta huraian ulama hadis mengenainya. Sekalipun niat penulis artikel ini adalah baik, namun tiada yang baik pada hadis dan kisah yang palsu yang tiada asalnya.

Wallahualam.

Tuesday, 11 June 2019

Pertelingkahan Para Sahabat: Diam Sekalipun Hendak Menyebut Perkara Kebaikan

Membicarakan isu pertikaian antara sahabat, sekalipun menyebut perkara baik juga dikhuatiri boleh menyebabkan hasutan, pergolakan dan tidak puas hati.

Kerana itulah para salaf al-salih mengunci mulut mereka jika ditanya mengenai hal ini. Kata Sheikh Ziyab S'ad al-Ghamidi:

أن هذا القول خلاف الأصل المقرر عند عامة السلف والخلف، وهو السكوت عما شجر بين الصحابة رضي الله عنهم، سواء كان الحديث عنهم عن حسن ظنٍ أو سوء ظن لما في ذلك من درء للمفسدة الحاصلة وسدّ للذريعة المفضية للشبه والفتنة كما هو معلوم من الواقع بالضرورة

Maksudnya: "Bahawasanya ucapan ini (menyebut hal kebaikan para sahabat dalam isu fitan) asalnya khilaf sebagaimana ditetapkan disisi salaf dan khalaf, iaitu berdiam diri akan pertelingkahan yang berlaku dalam kalangan sahabat radhiyallahu'anhum, sama ada berbicara mengenai mereka secara husnu zan atau su'u zan, kerana (berdiam diri) itu menyingkirkan mafsadah yang terhasil dan (sebagai) sad li al-zari'ah untuk perkara syubhat dan fitnah, sebagaimana sedia maklum berlaku sekarang."

Rujuk: http://www.albainah.net/Index.aspx?function=Item&id=1699&lang=

Ada benar kata Sheikh Ziyab S'ad al-Ghamidi diatas. Menyebut perihal para sahabat dalam isu fitan secara husnu zan juga boleh mencetuskan provokasi, kerana apa yang kita sebut mungkin baik bagi kita tetapi tidak bagi sesetengah pihak.

Benarlah kata-kata al-'Awwam bin Hawsyab [wafat 148H]:

أدركت من صدر هذه الأمة بعضهم يقول لبعض: اذكروا محاسن أصحاب رسول الله -صلى الله عليه وسلم لتأتلف عليها القلوب، ولا تذكروا ما شجر بينهم فتحرّشوا الناس عليهم

Maksudnya: "Aku telah mengenali ulama terawal umat ini, mereka berkata antara satu sama lain: sebutkanlah kebaikan para sahabat Rasulullah s.a.w, moga-moga hati berasa harmoni. Janganlah kamu menyebut pertelingkahan diantara mereka (dikhuatiri) orang ramai mengobarkan hasutan sesama mereka ke atas para sahabat."



Wallahualam.

Sunday, 2 June 2019

Mazhab Maliki: Mengkhususkan Ziarah Kubur Pada Hari Raya Adalah Bid'ah

Kata si fulan mengenai amalan menziarahi kubur pada Hari Raya:


"Hanya Wahhabi yang kata bid'ah menziarahi kubur pada Hari Raya. Tiada ulama yang kata ia bid'ah."


Jika ucapan di atas disandarkan kepada Wahhabi, yang kononnya diasaskan oleh Muhammad Ibn 'Abd al-Wahhab [wafat 1206H], maka si fulan perlu menyemak kembali adakah benar tiada ulama membid'ahkan amalan menziarahi kubur pada Hari Raya, sebelum gerakan Wahhabi dilancarkan?

Sebenarnya, jika kita semak nukilan para ulama, sudah ada ulama sebelum Muhammad Ibn 'Abd al-Wahhab yang membid'ahkan amalan ini. Jom kita semak:


  • Ibn al-Haj al-Maliki [wafat 737H]
Ulama bermazhab Maliki ini berkata di dalam kitabnya al-Madkhal:

انظر رحمنا الله تعالى وإياك إلى مكيدة إبليس اللعين كيف يتبع السنن واحدة واحدة ويلقي لمن يقبل منه وسوسته حججا لترك تلك السنة واستعمال غيرها بما يظهر لهم أنه عبادة وهو في الباطن محرم بين، أو بدعة بينة، يرى ذلك ويعلمه من له نور

Maksudnya: "Lihatlah (moga Allah mengasihi kami dan kamu) akan tipu daya iblis terkutuk  bagaimana mereka (iblis) mengikuti sunnah satu-persatu dan melemparkan was-was sebagai hujah terhadap orang yang ingin mengamalkan sunnah, agar mereka (manusia) meninggalkan sunnah serta mengamalkan selainnya, kerana bagi mereka secara zahirnya ia adalah ibadat, walhal secara batinnya ia haram yang jelas, atau bid'ah yang jelas. Itulah hakikatnya dan hanya orang yang mempunyai nur mengetahuinya."

Kata Ibn al-Haj, sunnah selepas solat hari raya ialah bersegera pulang menemui ahli keluarga atau jiran tetangga ketika 'Aid al-Fitr, atau bersegera menyembelih binatang sembelihan ketika 'Aid al-Adha:

ألا ترى أن السنة قد وردت في العيد بإسراع الأوبة بعد الصلاة إلى الأهل، وما ذاك إلا لقطع تشوف الأهل لورود صاحب البيت وذكاة الأضحية إن كانت واجتماعهم وفرحهم بذلك في ذلك اليوم

Maksudnya: "Tidakkah kamu lihat bahawasanya telah tercatat sunnah pada hari raya untuk bersegera kembali kepada tetangga selepas solat? Ia tidak lain untuk memastikan kesediaan menerima ketibaan tetangga (pada hari 'Aid al-Fitr) dan menyembelih binatang sembelihan (pada hari 'Aid al-Adha). Berhimpun dan bergembiralah mereka pada hari tersebut."

Kata Ibn al-Haj, adalah sifat iblis menipu manusia sehingga manusia menganggap menziarahi kubur selepas solat hari raya adalah ibadah atau sunnah:

ومن عادته الذميمة أنه لا يأمر بترك سنة حتى يعوض لهم عنها شيئا يخيل إليهم أنه قربة

Maksudnya: "Dan diantara adat kebiasaan tercela iblis/syaitan ialah ia tidak menyuruh meninggalkan sunnah, sehinggalah ia menggantikan untuk mereka (manusia) sesuatu amalan dan mengaburi mereka bahawa ia adalah qurbah (amalan yang mendekatkan diri pada Allah)."

Iblis telah mengubah pemikiran manusia dengan mengatakan menziarahi kuburan pada hari tersebut adalah amalan baik (sunnah) dan menambah kecintaan pada si mati:

عوض لهم عن سرعة الأوبة زيارة القبور قبل أن يرجعوا إلى أهليهم يوم العيد وزين لهم ذلك وأراهم أن زيارة الأقارب من الموتى في ذلك اليوم من باب البر وزيادة الود لهم وأنه من قوة التفجع عليهم، إذ فقدهم في مثل هذا العيد، وفي زيارة القبور في غير هذا اليوم من البدع، والمحرمات ما تقدم ذكره في زيارة القبور

Maksudnya: "(Iblis) telah menggantikan (amalan) untuk mereka agar segera menziarahi kuburan sebelum mereka pulang menemui ahli tetangga pada hari raya dan iblis telah mencantikkan amalan tersebut (sehingga) manusia merasakan amalan menziarahi kuburan saudara-mara yang telah mati pada hari tersebut sejenis amalan kebaikan, menambah kecintaan pada si mati kerana ia suatu ketekadan dialami oleh mereka (yang mana jika ditinggalkan) mereka tidak mendapat manfaat pada hari raya ini, (seakan) menziarahi kuburan selain pada hari raya ini adalah bid'ah, dan ia antara perkara-perkara haram sebagaimana telah dikemukakan mengenai ziarah kuburan."

Kata Ibn al-Haj, ia menjadi makruh dan haram. Makruh apabila meninggalkan sunnah, iaitu melewatkan diri untuk tidak segera pulang menziarahi keluarga dan tetangga. Ia juga menjadi haram kerana pada hari raya lazimnya perempuan akan memakai pakaian tercantik dan berhias menonjolkan diri di kawasan perkuburan untuk tatapan orang ramai.


فكيف به في هذا اليوم الذي فيه النساء يلبسن ويتحلين ابتداء، ويتجملن فيه بغاية الزينة مع عدم الخروج فكيف بهن في الخروج في هذا اليوم فتراهن يوم العيد على القبور متكشفات قد خلعن جلباب الحياء عنهن، فبدل لهم موضع السنة محرما ومكروها، فالمكروه في كونه أخرهم عن سرعة الأوبة إلى الأهل؛ لأنها السنة كما تقدم، والمحرم ما يشاهد الزائر من أحوالهن في المقابر على الصفة المذمومة المتقدمة، ثم انظر رحمنا الله وإياك إلى هذه المفاسد المذكورة كلها لم يقنع الشيطان

Maksudnya: "Bagaimanakah halnya pada hari ini perempuan berpakaian dan berhias, awalnya mencantikkan diri mereka dengan perhiasan paling cantik tanpa menonjolkan diri mereka. Tetapi kenapa pada hari raya mereka keluar mendedahkan diri di kuburan, menanggalkan rasa malu dari diri mereka? Syaitan telah mengubah untuk mereka tempat sunnah sebagai haram dan makruh. Makruh - melewatkan diri dari bersegera pulang menziarahi tetangga, kerana ia sunnah sebagaimana telah disebutkan. Haram -  apa yang disaksikan oleh penziarah kubur akan keadaaan perempuan dikawasan perkuburan atas sifat tercela sebagaimana telah disebutkan. Lihatlah (moga Allah mengasihi kami dan kamu) akan perkara mafsadah yang disebutkan tadi, setiap perkara itu masih belum memuaskan syaitan." 


Ibn al-Haj juga turut mengatakan ia adalah fitan yang menimpa ramai manusia. Alim-ulama hanya mendiamkan diri. Mereka sekadar manasihati tetapi tidak mengingkari perbuatan tersebut:

وقد يفتتن بهن كثير من الناس، ويسكت لهن العالم وغيره ويعظونهن ولا ينكرون عليهن ذلك فإنا لله وإنا إليه راجعون

Maksudnya: "Ramai orang telah ditimpa fitan (akan perbuatan perempuan tersebut), orang alim dan lain-lain berdiam diri akan perbuatan itu. Mereka menasihati perempuan tersebut tetapi tidak mengingkari akan perbuatan perempuan tersebut. Inna lillahi wa Inna Ilaihi Raji'un."

Kitab Ibn al-Haj al-Maliki yang membicarakan perkara bid'ah yang menular pada zamannya.

  • Muhammad 'Abd al-Salam al-Nasiri [wafat 1239H]
Ulama Maghribi ini berkata dalam kitabnya al-Mazaya fima Hadatha min al-Bid'i Bi Ummi al-Zawaya:

نص الفقهاء على أن زيارة القبور يوم العيد مكروهة، لأن العيد يوم سرور للمسلمين، وزيارة القبور تتنافى السرور المطلوب، لأن رؤيتها تورث الحزن

Maksudnya: "Para fuqaha telah mencatatkan bahawasanya menziarahi kuburan pada hari raya adalah makruh, kerana hari raya hari untuk bergembira bagi orang Islam, (manakala) menziarahi kuburan menidakkan kegembiraan yang dituntut (dalam Islam), kerana menyaksikan (menziarahi) perkuburan itu menyebabkan kesedihan."

  • Abu al-'Abbas al-Wansharisi [834H-914H]
Kata ulama Algeria bermazhab Maliki ini di dalam kitabnya al-Mi'yar al-Mu'rib:



تخصيص زيارة قبور القرابات في الأعياد بــدعـــة عظيمة إن كان الاعتقاد أن في ذلك اليوم زيادة على غيره من الأيام وان كان لتفرغه ذلك اليوم من اشغاله فوجد فرغة فلا باس بدلك نص عليه القاضي أبو الوليد بن رشد في "جامع البيان" في زيارة القرابة الأحياء في الأعياد وكذلك الأموات

Maksudnya: "Mengkhususkan ziarah kubur kaum kerabat pada hari perayaan adalah bid'ah besar sekiranya mempercayai ia menambah (sesuatu yang baik) ke dalam agama berbanding hari-hari lain. Sekiranya pada hari itu beliau berkelapangan maka tidak mengapa beliau menziarahi kuburan sebagaimana dicatatkan oleh al-Qadhi Abu al-Walid bin Rushd dalam kitab "Jami' al-Bayan" mengenai ziarah kaum kerabat yang masih hidup dan mati pada hari raya."


Ibarat salaf لا يفسرها Merujuk Kepada لا يكيفها

Ramai mengatakan "mafhum" ibarat salaf (لا يفسرها) atau seumpamanya pada riwayat ayat sifat adalah indikasi mereka tidak menafsir...