Monday, 28 January 2019

Muawiyah RA Minum Arak?


Antara syubhat yang selalu ditimbulkan oleh puak Syiah, pemuja Adnan Ibrahim, Hassan Farhan al-Maliki dan puak ruwaibidhah adalah Muawiyah RA meminum arak. Hadith minum arak ini mereka rujuk di dalam Musnad Imam Ahmad & Majma' al-Zawaid karya Ibn Hajar al-Haithami.
Yang peliknya, mereka tidak lihat kenapa al-Haithami meletakkan hadith ini di bawah tajuk [باب ما جاء في اللبن] yang jelas menunjukkan ia topik membicarakan hadith susu, bukan arak.
Tambahan pula, al-Haithami berkata [وفي كلام معاوية شيء تركته] merujuk pada ucapan Muawiyah RA [وما شىء كنت أجد له لذة] dan juga [ما شيءٌ كنتُ أستَلِذَّهُ] yang menandakan ia kalam atau lafaz tambahan dari Muawiyah RA adalah mungkar dan tidak sahih.

Itu belum sembang bab perawi yang banyak waham dan kesilapan. Hatta Imam Ahmad sendiri yang meriwayatkan hadith ini berkata perawi Zaid bin Hubab adalah soduq tetapi banyak kesilapan. Malah Imam Ahmad sendiri dengan uslub teramat takjub mengingkari hadith Husain bin Waqid dengan berkata [ما أنكر حديث حسين بن واقد]. Maka, masihkah ia dianggap hadith sahih?


Penilaian Imam Ahmad terhadap Zaid bin Hubab. Kata Imam Ahmad, beliau soduq tetapi banyak kesilapan.
Penilaian Imam Ahmad mengenai perawi Husain bin Waqid dengan sighah atau uslub takjub yang bersangatan mungkar.
Ibn Hajar al-'Asqalani dalam Tahzib al-Tahzib membawa kalam Imam Ahmad yang amat mengingkari hadith Husain bin Waqid. Begitu juga riwayat dari al-'Uqaili bahawa Imam Ahmad mengingkarinya. 
Al-Haithami meletakkan hadith ini pada bab Kitab Makanan (كتاب الأطعمة) dan ia di dalam bab membicarakan hadith susu (باب ما جاء في اللبن). Jika ia hadith mengenai arak, kenapa ia ada di bahagian ini? Sekiranya ia sahih, kenapa al-Haithami sendiri tidak menerima dan mengingkari ucapan Muawiyah tersebut?


















Sunday, 27 January 2019

Riwayat Sejarah Mengenai Para Nabi, Para Sahabat & Ulama Perlu Diteliti



Benarkah kita boleh menukilkan secara semberono riwayat tarikh mengenai para Nabi, sahabat & ulama yang mempunyai penghinaan, ghuluw dan lain-lain pada mereka tanpa usul periksa?

Sejarawan Islam bermazhab Syāfi'i, beraqidah Asy'arī dan juga mufti dizamannya, al-Sayyīd Ja'afar Ibn al-Sayyīd Hasan al-Barzanjī al-Madanī [wafat 1177H] berkata:

فإذا كان المروي متعلقاً بالنبي صلى الله عليه وسلم أو بأحد من الصحابة رضي الله عنهم، فإنه يجب التدقيق في رواته والاعتناء بنقدهم

Maksudnya: "Apabila sesuatu yang diriwayatkan berkaitan Nabi s.a.w atau salah seorang sahabat radiallahu'anhum, maka sesungguhnya wajib diteliti pada riwayatnya dan diperhatikan kritikan mereka."[1]
  • Ia jelas suatu kaedah untuk berinteraksi dengan riwayat sejarah mengenai Nabi dan para sahabat yang mana kita perlu meneliti setiap riwayat dan kritikannya. Iaitu yang mana sahih dan saqim.

Al-Barzanjī turut menambah:

ويلحق بهذا ما إذا كان الأمر متعلقاً بثلب أحد من العلماء والأئمة ممن ثبتت عدالته أو تنقصهم وتدليس حالهم على الناس – لأن كل من ثبتت عدالته لا يقبل جرحه حتى       يتبين ذلك عليه بأمر لا يحتمل غير جرحه، كما قال ابن حجر في التهذيب

Maksudnya: "Begitu juga apabila suatu perkara berkaitan dengan penghinaan terhadap salah seorang ulama atau para imam yang telah terbukti keadilannya, atau merendah dan menyembunyikan hal sebenar mereka pada orang ramai – kerana sesungguhnya setiap orang yang telah terbukti keadilannya tidak lagi diterima kecelaannya, sehinggalah jelas timbul perkara melainkan kecelaannya sahaja, sebagaimana diungkapkan oleh Ibn Hajar al-'Asqalānī dalam Tahzīb al-Tahzīb." [2]

  • Kaedah ini juga bermanfaat apabila kita terlintas melihat riwayat tarikh yang mengutuk dan mengeji para ulama yang telah terbukti adil, maka tidak boleh dibuang keadilan itu kecuali didatangkan bukti yang nyata. Ini juga kaedah digunakan oleh Imam Ahmad yang dinukilkan oleh al-Sakhāwī dari al-Marwazī. [3] Maka disini kaedah jarh wa ta'dīl terpakai untuk memurnikan riwayat yang mengeji para ulama yang sudah terbukti adil.

Dr. Dhiyā’ al-‘Umarī menukilkan kalam bermanfaat al-Kāfījī [wafat 879H], seorang ulama tarikh dan tafsir:

يجوز للمؤرخ أن يروي في تاريخه قولاً ضعيفاً في باب الترغيب والترهيب والاعتبار مع التنبيه على ضعفه، ولكن لا يجوز له ذلك في ذات الباري عز وجل وفي صفاته ولا في الأحكام

Maksudnya: "Harus bagi sejarawan untuk meriwayatkan qaul dhaif dalam kitab tarikhnya pada bab al-targhīb wa al-tarhīb, dan mengambil pengajaran serta peringatan akan kelemahannya. Akan tetapi (qaul dhaif itu) tidak boleh pada zat Allah 'azzawajal, pada sifatnya serta hukum-hukam." [4]

Semoga bermanfaat.

RUJUKAN

[1] Al-Barzanjī, al-Tiqāt al-Zahr min Natāij al-Rihlah wa al-Safr fī Akhbār al-Qarn al-Hādī 'Asyar, Dar al-Kutb al-'Imiyah, Cetakan tahun 2018, ms. 18.

[2] Ibid.

[3] Mustafa Ismā'īl al-Sulaīmānī, Ittihāf al-Nabīl bi Ajwibah As'ilah 'Ulūm al-Hadīth wa 'Ilal wa al-Jarh wa al-Ta'dīl, Maktabah al-Furqān, Cetakan tahun 2000, juz. 1, ms. 252.


[4] Dr. Dhiyā’ al-‘Umarī, Buhūth fī al-Tārīkh al-Sunnah al-Musyarrifah, Maktabah al-'Ulūm wa al-Hikam, Cetakan tahun 1415H, ms. 275.

Pelampau Politik Seperti Pelampau Mazhab Abu al-Futuh




Siapa yang mengikuti pertelingkahan mazhab al-Hanabilah dan al-Asya'irah akan mengetahui kisah pelampau terkenal bernama Muhammad bin al-Fadhl al-Isfarayiiniy, lebih dikenali sebagai Abu al-Futuh atau Ibn al-Mu'tamid [wafat 538H].

Kata sejarawan Islam, Dr. Khalid Kabir `AIlal dalam kitab al-Ta'assub al-Mazhabiy (halaman 271), Abu al-Futuh diusir keluar dari kota Baghdad kerana sikap pelampau beliau:

دخل بغداد سنة 515 هجرية، وتفرّغ للوعظ واتخذه وسيلة لإظهار مذهب الأشعري والدعوة إليه، ومهاجمة خُصومه، وقد مارس ذلك علانية وبالغ في التعصب للأشعرية والحط على الحنابلة، فكثُرت بينه وبينهم اللعنات والفتن، وفي سنة 521 هجرية رجمه العوام أكثر من مرة في الأسواق، ورموا عليه الميتات، ولعنوه وسبوه، لمبالغته في إظهار الأشعرية والدعوة إليها، فلما سمع بذلك الخليفة العباسي المسترشد بالله، منعه من الوعظ، وأمر بإخراجه من بغداد

Maksudnya: "Beliau memasuki kota Baghdad pada tahun 515 Hijrah, beliau meluangkan masa dengan berpidato dan menjadikannya sebagai wasilah untuk mempromosi dan menyeru kepada al-Asya'irah. Pidato beliau juga sebagai wasilah untuk menyerang lawannya. Beliau berterusan melakukan hal demikian secara terangan sehingga jelas terpancar ketaksuban pada al-Asya'irah dan menghina al-Hanabilah. Banyak laknat, kutukan dan fitnah terjadi antara beliau dan al-Hanabilah. Pada tahun 521 Hijrah, ramai orang awam melempar lebih dari sekali kepada Abu al-Futuh di pasar-pasar. Mereka membaling bangkai, melaknat dan mencela beliau atas sebab keterlampauan beliau dalam mempromosikan al-Asya'irah dan seruan kepadanya. Ketika mendengar khabar ini, Khalifah `Abbasiyyah waktu itu iaitu al-Mustarsyid Billah telah melarang beliau dari berpidato dan memerintahkan beliau diusir keluar dari kota Baghdad."

Akan tetapi, sikap pelampau beliau tidak terhenti disitu. Selepas al-Murtasyid Billah wafat pada 529 Hijrah, beliau kembali ke kota Baghdad:

لكن لما تُوفي الخليفة رجع أبو الفتوح إلى بغداد واستوطنها، وعاد إلى عادته القديمة، فأظهر الأشعرية وذم الحنبلية، وعادت الفتن واللعنات كما كانت عليه من قبل، فأُخرج ثانية من بغداد، وأُلزم بالمكوث ببلده إسفرايين بخُراسان

Maksudnya: "Akan tetapi apabila wafatnya Khalifah (al-Mustarsyid Billah), Abu al-Futuh kembali dan tinggal di kota Baghdad, beliau kembali melakukan perkara sama yang lepas, mempromosikan al-Asya'irah dan mencela al-Hanabilah. Fitnah dan laknat kembali muncul sebagaimana sebelumnya. Beliau diusir keluar buat kali kedua dari kota Baghdad. Beliau telah menetap di negerinya; Isfarayiin di Khurasan."

Dapat disimpulkan kejadian pelampau politik adalah sama seperti pelampau mazhab sebagaimana diceritakan. Dalam kempen PRU/PRK, banyak kejadian seperti ejekan, cercaan dan sebagainya terjadi dalam semua parti di Malaysia.

Nasib baik Malaysia tiada RUU Pelampau Politik. Kalau ada, dinasihatkan supaya ada klausa untuk diusir pelampau politik ini keluar negeri! ☺

Syiah Berbaju Sufi


Bahayanya kewujudan Syiah sehingga ada dalam kalangan mereka berbaju Sufi. Ada yang tidak percaya, namun hakikatnya ia benar dan banyak terdapat dalam kitab lama berbahasa Parsi.

Di bawah disertakan tiga tokoh Syiah Sufiyyah yang dicela dan dipuji oleh golongan Syiah iaitu:

  1. Abu Hasyim al-Kufi (wafat 150H)
  2. Jabir bin Hayyan (wafat 208H)
  3. 'Abd al-Karim 'Abdak (wafat 210H)

Kata Abu Nu`aim al-Asbahani (wafat 430H) dalam Hilyah al-Awliya', Abu Hasyim al-Kufi seorang wali yang zuhud. Kata al-Mulla Nur al-Din `Abd al-Rahman bin Ahmad al-Jamiy (wafat 898H) dalam Nafahat al-Uns, Abu Hasyim orang pertama yang menyeru kearah kesufiyan dan al-Jamiy mendakwa Abu Hasyim sezaman dengan Sufyan al-Thawri. Muhammad bin al-Hasan (wafat 1033H), tokoh muhaddith Syiah dalam kitab al-Ithna `Asyariyyah memetik kalam Imam Ja`afar al-Sadiq (wafat 148H) mengenai Abu Hasyim:

إنه فاسد العقيدة جداً وهو الذي ابتدع مذهباً يقال له التصوف وجعله مقراً لعقيدته الخبيثة

Maksudnya: "Sesungguhnya Abu Hasyim teramat rosak aqidah dan beliau yang terawal mengadakan mazhab yang digelar al-tasawwuf dan beliau menjadikan mazhab ini sebagai tempat kekal untuk aqidahnya yang buruk itu."

Kata Muhammad Baqir al-Khawanasari (wafat 1226H) seorang ulama tarikh Syiah dalam Raudhah al-Jannat mengatakan Abu Hasyim yang pertama memulakan pergerakan tasawwuf.

Dr. Fallah bin Ismail bin Ahmad ("DFIA") di dalam thesis beliau yang bertajuk "Hubungan Antara Syiah dan Sufiyyah" berkata:

ويظهر لي أن سبب اختيارهم لأبي هاشم هذا، واتهامه بالكفر وأنواع الزندقة لأنه لم يكن شيعيا، بل لأنه كان سنيا متعصبا، وربما كان معاديا للشيعة والتشيع كما أشاروا إليه، ولإنهم قد وصفوه بأنه كان أمويا. ومعلوم أن الأموية لم تكن مذهبا دينيا حتى يوصف أهله بالزندقة، والكفر، والالحاد، وغير ذلك. ولكن الرافضة يسمون أهل السنة والجماعة بالأمويين تارة، وبالعثمانيين تارة أخرى، الى غير ذلك من الألقاب التي اخترعوها وأطلقوها على من خالفهم

Maksudnya: "Jelas bagiku bahawa sebab kenapa mereka (Syiah) memilih Abu Hasyim untuk ditohmah dengan kekufuran dan kezindiqan kerana Abu Hasyim bukan Syi`i tetapi seorang Sunni yang taksub, dan boleh jadi juga beliau menentang keras Syiah dan sifat al-tasyayyu' sebagaimana golongan Syiah sebutkan pada beliau, dan golongan Syiah turut menyifatkan beliau bermazhab Umawi. Sebagaimana maklum bahawa kerajaan Umawiyyah tiada mazhab agama rasmi sehingga penduduknya disifatkan sebagai zindiq, kufur, tidak bertuhan, dan lain-lain. Akan tetapi, golongan Rafidhah kadang-kadang menamakan Ahli Sunnah wa al-Jama`ah sebagai al-Umawiyyun, kadang-kadang al-Uthmaniyyun, dan pelbagai gelaran yang direka dan dihamburkan ke atas sesiapa yang menyelisihi mereka."

DFIA menyimpulkan Abu Hasyim bukanlah Sufi mahupun Syi`i. Jika beliau Sufi kenapa namanya tidak disebut dalam banyak tabaqat ahli tasawwuf? Jika beliau Syi`i kenapa beliau dicerca oleh golongan Syiah? Namanya tidak disebut dalam mana-mana tarikh ahli tasawwuf kecuali kitab Abu Nu`aim al-Asbahani. Justeru, tidak dapat dikenal pasti adakah beliau Sufi atau Syi`i.

Manakala Jabir bin Hayyan dan `Abd al-Karim `Abdak, DFIA mengatakan, walaupun mereka berdua Syi`i dan terjebak dalam manhaj tasawwuf, yang paling ketara sifat kesufian ialah `Abd al-Karim `Abdak:

جابر بن حيان وعبدك، وهذان شيعتان بإثبات وإقرار الشيعة وغيرهم، بل هما من أعيانهم وأئمتهم المشهورين. ويترجح عندي أن أول من لقب بهذا الوصف منهما، وكان جديرا بذلك الوصف هو عبدك، وإن كانت وفاته عقب وفاة جابر. وذلك لما تقدم ذكره من أن جابرا وإن كان قد وصف ولقب بالصوفي فإن سيرته لم تكن كالصوفية من حيث التزهد والتنسك والخمول والانقطاع، كما هو المشهور عن الصوفية، ثم إنه لم يرد ذكره في غير كتب الشيعة، وأمر مهم وهو أن اشتهاره بالعلوم الأخرى وتصنيفه فيها كان أكثر من اشتهاره وتصنيفه في التصوف

Maksudnya: "Jabir bin Hayyan dan `Abdak, kedua-duanya adalah Syi`i berdasarkan bukti dan iqrar jelas dari golongan Syiah dan lain-lain, bahkan mereka berdua adalah ulama terkemuka dan termasyhur mereka. Dan paling rajih disisiku adalah mereka berdualah yang mula-mula mendapat gelaran ini (Sufi), dan yang paling sesuai gelaran Sufi ini adalah `Abdak, sekalipun beliau wafat selepas Jabir. Ini kerana sebagaimana yang telah disebutkan mengenainya, sekalipun Jabir diberi gelaran al-Sufi, akan tetapi riwayat hidupnya tidak seperti golongan Sufi yang lain dari segi kezuhudan dan kesungguhan dalam mengerjakan ibadah soleh, sebagaimana masyhur dalam kisah golongan ahli Sufi, beliau tidak pula disebut dalam mana-mana kitab kecuali kitab Syiah, dan yang paling penting, beliau terkenal dengan ilmu lain dan karyanya ini lebih banyak terkenal berbanding karyanya mengenai tasawwuf."

Beliau turut menambah:

وأما عبدك فقد كان رأسا في التشيع، ورأسا في التصوف، وقد ذكر أنه كان على رأس جماعة شيعية صوفية، وكان إماما لتلك الجماعة وشيخا. ولقد كان لفظ التصوف يطلق في ذلك الوقت على بعض زهاد الكوفة، وعلى رهط من الثائرين بالاسكندرية. ولقد ذكروا أن عبدك كان يقول الإمامة بالتعيين، وكان أيضا لا يأكل اللحم، مما يدل على غلوه في التشيع والتصوف، نص على ذلك الشيعة وغيرهم

Maksudnya: "Adapun `Abdak, beliau merupakan ketua fahaman Syiah, dan beliau juga ketua bagi gerakan tasawwuf, dan boleh jadi juga beliau ketua bagi jemaah Syiah Sufiyyah, beliau merupakan sheikh dan imam bagi jemaah itu, dan mereka pernah menyebut bahawa `Abdak pernah berkata al-Imamah (Imam Syiah) mestilah dilantik, dan beliau juga tidak memakan daging, sebagai bukti keghuluwwannya terhadap Syiah dan tawassuf, sebagaimana dicatatkan oleh golongan Syiah dan lain-lain."

DFIA menyimpulkan bahawa `Abd al-Karim `Abdak yang paling terkenal memakai gelaran Syiah Sufiyyah kerana kerana beliau berasal dari Kufah dan Kufah merupakan pusat terkemuka Syiah Rafidhah yang ekstremis untuk beribadat.

RUJUKAN:
Al-`Alaqah baina al-Tasyayyu' wa al-Tasawwuf, Dr. Fallah bin Ismail bin Ahmad, Jami`ah al-Islamiyyah bi al-Madinah al-Nabawiyyah, Kuliyyah al-Dakwah wa Usul al-Din, 1990.



Kisah 'Alī Mencabut Pintu Kubu Sebagai Perisai Di Peperangan Khaibar

Kisah ini amat popular dalam kalangan Syiah dan juga para penulis artikel. Akan tetapi, kisah ini TIDAK SAHIH.

Kisah ini diceritakan oleh al-Suhailī [wafat 581H] dalam al-Raudh al-Unuf, dengan membawa riwayat dari Ibn Ishāq:

قال ابن إسحاق: حدثني عبد الله بن الحسن عن بعض أهله عن أبي رافع مولى رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: خرجنا مع علي بن أبي طالب رضي الله تعالى عنه حين بعثه رسول الله صلى الله عليه وسلم برايته فلما دنا من الحصن خرج إليه أهله فقاتلهم فضربه رجل من يهود فطاح ترسه من يده فتناول علي عليه السلام بابا كان عند الحصن فترس به عن نفسه فلم يزل في يده وهو يقاتل حتى فتح الله عليه ثم ألقاه من يده حين فرغ فلقد رأيتني في نفر سبعة معي، أنا ثامنهم نجهد على أن نقلب ذلك الباب فما نقلبه

Maksudnya: "Kata Ibn Ishāq: Telah menceritakan padaku 'Abd Allah bin al-Hasan, dari sebahagian keluarganya, dari Abū Rāfi' mawla Rasulullah ﷺ berkata: kami telah keluar bersama 'Alī bin Abī Tālib radiyallahu'anhu ketika mana beliau diutuskan oleh Rasulullah ﷺ dengan panjinya. Ketika kami menghampiri sebuah kubu, telah keluar musuh dari kubu itu dan menyerang 'Alī akan tetapi 'Alī berjaya membunuhnya. Seorang Yahudī telah memukul 'Alī hingga perisai 'Alī hancur dari tangannya. Lalu 'Alī 'alaihissalām bingkas mengambil pintu di kubu tersebut sebagai perisai beliau, dan pintu itu berterusan di tangannya ketika berperang sehingga Allah memberikan kemenangan ke atasnya barulah beliau mencampakkannya. Engkau telah melihat 7 golongan dan aku golongan ke-8, kami berusaha membalikkan pintu itu tetapi tidak berjaya." [1]




Al-Zahabī [wafat 748H] dalam Tārīkh al-Islām mengatakan riwayat ini mempunyai sanad terputus:

رواه البكائي، عن ابن إسحاق، عن أبي رافع منقطعا

Maksudnya: "Diriwayatkan oleh al-Bakkā'ī, dari Ibn Ishāq, dari Abū Rāfi' secara terputus (sanadnya)." [2]

Begitu juga kata murid al-Zahabī iaitu Ibn Kathīr [wafat 774H] dalam al-Bidāyah wa al-Nihāyah:

وفي هذا الخبر جهالة وانقطاع ظاهر. ولكن روى الحافظ البيهقي والحاكم من طريق مطلب بن زياد، عن ليث بن أبي سليم، عن أبي جعفر الباقر عن جابر: أن عليا حمل الباب يوم خيبر حتى صعد المسلمون عليه فافتتحوها وأنه جرب بعد ذلك فلم يحمله أربعون رجلا. وفيه ضعف أيضا. وفي رواية ضعيفة عن جابر ثم اجتمع عليه سبعون رجلا وكان جهدهم أن أعادوا الباب

Maksudnya: “Pada khabar (riwayat) ini jahālah (mempunyai perawi majhul) serta jelas terputus (sanad). Akan tetapi al-Hāfiz al-Baihaqī dan al-Hākim melalui jalur Muttalib bin Ziyād, dari Laīth bin Abī Salīm, dari Abū Ja'afar al-Bāqir, dari Jābir: bahawasanya ‘Alī pernah memikul pintu (sebagai perisai) pada peperangan Khaibar sehingga tentera Islam boleh menaiki di atas pintu itu dan mereka telah memenangi peperangan tersebut. Pernah pintu itu cuba dipikul selepas peperangan tersebut oleh 40 orang tetapi tidak berjaya. Dan riwayat ini juga dhaif. Dalam satu riwayat dhaif dari Jābir, seramai 70 orang telah berkumpul berusaha untuk mengulangi (memikul) pintu itu.” [3]

Kata Ibn Hajar al-‘Asqalānī [wafat 852H] bahawa riwayat ini mempunyai perawi bernama Harām bin ‘Uthmān yang dinilai matruk [4], manakalah al-Zahabī dalam Mīzān al-‘Iktidāl mengatakan riwayat dari Abū Ja’afar dari Jābir adalah mungkar [5].

Terdapat banyak lagi kritikan mengenai kisah di atas. Kata Dr. Dhiyā’ al-‘Umarī mengenai kisah di atas menyimpulkan:

ووردت عدة روايات تفيد تترّس علي رضي الله عنه بباب عظيم كان عند حصن ناعم، بعد أن أسقط يهودي ترسه من يده، وكلها روايات ضعيفة، واطّراحها لا ينفي قوة علي وشجاعته، فيكفيه ما ثبت في ذلك وهو كثير

Maksudnya: “Terdapat pelbagai riwayat yang mengisahkan perihal perisai ‘Alī radiyallhu’anhu dari pintu besar Kubu Nā’im, selepas puak Yahudī menjatuhkan perisai dari tangannya, kesemua riwayat itu dhaif. Mencampakkan riwayat ini bukan bermakna menafikan kekuatan dan keberanian beliau, tetapi memadailah dengan riwayat tsabit yang banyak mengenai beliau.” [6]

[Seruan Terhadap Kisah-Kisah Al-Maghāzī Yang Sahih]

Terdapat seruan dari para sarjana Islam untuk merujuk pada al-Maghāzī (kisah-kisah peperangan) yang sahih. Antaranya dari Imam Dār al-Hijrah (Anas bin Mālik) supaya berpegang pada kitab al-Maghāzī karya Musa bin 'Uqbah [wafat 140H], anak murid Imam al-Zuhrī yang merupakan kitab paling sahih mengenai al-maghāzī. Begitu juga kata Ibn Taimiyyah bahawa penduduk Madīnah paling mengetahui mengenai al-Maghāzī, disusuli penduduk Syām dan Irāq. (lihat petikan kitab)

Justeru, merujuk dan menyemak pada sirah yang sahih dan menukilkannya adalah seruan dan galakan para imam yang perlu kita teladani.

Wallahu’alam

Terjemahan artikel asal:
https://www.islamstory.com/…/%D9%85%D8%A7-%D8%B4%D8%A7%D8%B…

RUJUKAN:
=========
[1] Al-Suhailī, al-Raudh al-Unuf fi Syarh al-Sīrah al-Nabawiyyah li Ibn Hisyām, Dār al-Ihyā' al-Turāth al-'Arabī Beīrūt, Cetakan tahun 2000, juz. 7, ms. 102.

[2] Al-Zahabī, Tārīkh al-Islām wa Wafayāt al-Masyāhīr al-'Alām, Dār al-Kitāb al-'Arabī Beīrūt, Cetakan 1993, juz. 2, ms. 412.

[3] Ibn Kathīr, al-Bidāyah wa al-Nihāyah, Dār Ihyā’ al-Turāth al-‘Arabī, Cetakan tahun 1988, juz. 4, ms. 216.

[4] Ibn Hajar al-‘Asqalānī, al-Isābah fī Tamyīz al-Sahābah, Dār al-Kutb al’Ilmiyah, Cetakan tahun 1415H, juz. 4, ms. 466.

[5] Al-Zahabī, Mīzān al-‘Iktidāl fī Naqd al-Rijāl, Dār al-Ma’rifah Beīrūt, Cetakan tahun 1963, juz. 3, ms. 113.

[6] Dr. Akram Dhiyā’ al-‘Umarī, al-Sīrah al-Nabawiyyah al-Sahīhah, Maktabah al-‘Ulūm wa al-Hikm, Cetakan tahun 1994, ms. 324.


Kisah Pemalsu Hadith Terkantoi


Pemalsu hadith yang terkenal memalsukan hadith secara sanad & matan dahulu bernama 'Umar bin Musa al-Wajīhī al-Himsī al-Ansarī.

قال يحيى الوحاظي: حدثنا عفير بن معدان قال: قدم علينا عمر بن موسى حمص فاجتمعنا إليه فجعل يقول: حدثنا شيخكم الصالح فقلنا: من هذا؟ فقال: خالد بن معدان. قلت له في أي سنة لقيته؟ قال: في سنة ثمان وخمسين ومائة في غزاة أرمينية. قلت: اتق الله يا شيخ! لا تكذب! مات سنة أربع وخمسين ومائة وأزيدك أنه لم يغز أرمينية قط

Maksudnya: "Kata Yahya al-Wuhāzī: telah menceritakan pada kami 'Ufaīr bin Ma'dān, katanya: 'Umar bin Musa Hims telah datang pada kami dan kami berkumpul bersamanya lalu beliau membacakan sebuah hadith: "guru kamu al-Sālih telah menceritakan pada kami". (Belum sempat beliau habiskan hadith itu) kami bertanya: siapakah al-Sālih ini? Jawabnya: Khālid bin Ma'dān. Aku ('Ufaīr bin Ma'dān) menanyakan beliau: pada tahun berapa kamu menemuinya? Jawabnya: pada tahun 158H di peperangan Armenia. Aku menjawab: ittaqillah ya sheikh! Jangan kamu berbohong! Khālid bin Ma'dān mati pada tahun 154H dan aku juga ingin memberitahumu bahawa beliau sikitpun tidak pernah berperang di Armenia!"

Walaubagaimanapun, muhaddith 'Ufaīr bin Ma'dān dalam kisah di atas juga dinilai lemah oleh al-Azajī [wafat 444H] dalam Lisān al-Mīzān (333/4).

P/S: Kalaulah ada jaguh hadith abad ini yang boleh menegur para qussas dan pemalsu hadith secara tuntas!



Ibarat salaf لا يفسرها Merujuk Kepada لا يكيفها

Ramai mengatakan "mafhum" ibarat salaf (لا يفسرها) atau seumpamanya pada riwayat ayat sifat adalah indikasi mereka tidak menafsir...