Friday, 2 August 2019

Ibn Hajar al-'Asqalānī: Ibn 'Arabī Sufi Zindiq

Al-Munāwī [1031H] antara ulama yang senyap ketika ditanya mengenai Ibn 'Arabī. Namun beliau tidak senyap ketika mana menukilkan kalam Ibn 'Arabī mengenai isu adakah orang kafir kekal selamanya diazab dineraka? Kata al-Munāwī:

ما ذكرته آنفا من أن عذاب الكفار في جهنم دائم أبدا هو ما دلت عليه الآيات والأحاديث وأطبق عليه جمهور الأئمة سلفا وخلفا. ووراء ذلك أقوال يجب تأويلها. فمنها ما ذهب إليه الشيخ محي الدين بن العربي أنهم يعذبون فيها مدة ثم تنقلب عليهم وتبقى طبيعة نارية لهم يتلذذون بها لموافقتها لطبيعتهم

Maksudnya: "Apa yang telahku sebutkan sebelum ini bahawa azab golongan kafir kekal selamanya di neraka jahannam berdasarkan dalil al-Quran & hadith-hadith beserta kalam jumhur ulama salaf & khalaf. Namun disebalik pandangan itu, ada pandangan yang mewajibkan takwil. Antaranya pandangan Sheikh Muhyi al-Dīn bin 'Arabī berkata golongan kafir diazab di neraka untuk suatu ketika, kemudian tabiat api neraka itu disongsangkan ke atas mereka & ia berterusan demikian & mereka berlazat dengannya disebabkan tabiat api neraka itu sudah sebati dengan tabiat mereka."



Pandangan Ibn 'Arabī ini jelas menyelisihi pandangan jumhur sebagaimana disebutkan oleh al-Munāwī. Atas sebab itu Ibn Hajar al-Asqalānī dalam Fath al-Bārī mengatakan padangan diatas mewakili pandangan sufi zindiq:

فمن زعم أنهم يخرجون منها وأنها تبقى خالية أو أنها تفنى وتزول فهو خارج عن مقتضى ما جاء به الرسول وأجمع عليه أهل السنة قلت جمع بعض المتأخرين في هذه المسألة سبعة أقوال أحدها هذا الذي نقل فيه الإجماع والثاني يعذبون فيها إلى أن تنقلب طبيعتهم فتصير نارية حتى يتلذذوا بها لموافقة طبعهم وهذا قول بعض من ينسب إلى التصوف من الزنادقة
.

Maksudnya: "Barang siapa yang menganggap orang kafir keluar dari neraka atau neraka itu kekal kosong atau musnah & lenyap, maka dia terkeluar dari kehendak yang dibawa oleh Rasul dan sepakat Ahlussunnah mengenainya. Aku (Ibn Hajar) katakan: Golongan muta'akhkhirin telah mengumpulkan 7 pandangan mengenai masalah ini, salah satunya ini yang telah dinukilkan ijma mengenainya."

"Keduanya, mereka diazab di dalam neraka sehingga disongsangkan tabiat mereka menjadi seperti sifat api sehingga mereka berlazat-lazat dengan api neraka itu disebabkan tabiat api neraka itu sudah sebati dengan tabiat mereka. Inilah pandangan sebahagian golongan yang menisbahkan diri kepada tasawwuf dari golongan zindiq."


.

  • Tiada keraguan tafsiran Ibn 'Arabī ini di dalam Fusūs al-Hikam adalah batil, dan menyelisihi ijma ulama Ahlussunnah wa al-Jama'ah.
  • Malah tafsiran Ibn 'Arabī mengatakan azab orang kafir hanya sementara di neraka, kemudian api neraka itu sebati dengan mereka seolah orang kafir itu kalis dengan api neraka dan berlazat-lazat dengannya adalah tafsiran batil dan merupakan tafsiran sufi zindiq. 

No comments:

Post a Comment

Ibarat salaf لا يفسرها Merujuk Kepada لا يكيفها

Ramai mengatakan "mafhum" ibarat salaf (لا يفسرها) atau seumpamanya pada riwayat ayat sifat adalah indikasi mereka tidak menafsir...