Monday, 27 May 2019

Keramat Wali: Mengeluarkan Orang Dari Perut Buaya & Berjalan Di bawah 'Arash Allah Sambil Berbicara Dengan Allah

Al-Qadhi Yusuf al-Nabhani menukilkan kisah keramat wali sufi bernama Muhammad bin Ahmad al-Farghali mengeluarkan anak perempuan dari perut buaya.

وخطف التمساح بنت مخيمر النقيب فجاء وهو يبكي إلى الشيخ فقال له: اذهب إلى الموضع الذي خطفها منه، وناد بأعلى صوتك يا تمساح تعال كلم الفرغل فخرج التمساح من البحر، وطلع كالمركب، وهو ماش، والخلق بين يديه جارية يميناً وشمالا إلى أن وقف على باب الدار فأمر الشيخ رضي الله عنه الحداد بقلع جميع أسنانه، وأمره بلفظها من بطنه فلفظ البنت حية مدهوشة، وأخذ على التمساح العهد أن لا يعود يخطف أحداً من بلده ما دام يعيش، ورجع التمساح ودموعه تسيل حتى نزل البحر

Maksudnya:

"Seekor buaya telah menyambar anak perempuan ketua pemerah arak. Pemerah arak itu dalam keadaan menangis menemui al-Farghali (memberitahu hal tersebut)."

"Kata al-Farghali: Pergilah ke tempat di mana anakmu disambar oleh buaya itu dan serulah dengan suara tinggimu: wahai buaya kemarilah, ucap al-Farghali. Lalu buaya itu keluar dari laut, ia muncul seperti kapal saat ia berjalan. Orang ramai dihadapannya melarikan diri ke kanan dan kiri, sehinggalah buaya itu berhenti di hadapan pintu rumah."

"Al-Farghali menyuruh tukang besi mencabut kesemua gigi buaya itu, serta memerintahkan buaya mengeluarkan anak perempuan itu dari perutnya. Sang buaya mengeluarkan anak perempuan itu dan anak perempuan itu hidup dan keluar dalam keadaan kehairanan. Al-Farghali membuat perjanjian dengan buaya itu agar tidak lagi menyambar sesiapapun di negeri itu selama mana beliau (al-Farghali) masih hidup. Sang buaya kembali ke lautan dengan air matanya bercucuran."

Al-Farghali juga pernah berjalan dan berbicara dengan Allah di bawah 'ArashNya:

وكان رضي الله عنه يقول: كثيراً كنت أمشي بين يدي الله تعالى تحت العرش. وقال لي: كذا وقلت له: كذا فكذبه شخص من القضاة فدعا عليه بالخرس فخرس حتى مات، وكان آخر عمره مقعداً، ويتكلم على أخبار سائر الأقاليم من أطراف الأرض، ويبدلون له كل يوم

Maksudnya:

"Al-Farghali radiyallahu 'anhu berkata: Aku selalu berjalan di hadapan Allah Ta'ala di bawah 'Arash. Allah berkata padaku begitu begini dan aku pula berkata begitu begini. Salah seorang dari kalangan Qadhi mendustakan kisah al-Farghali dan beliau berdoa agar al-Farghali menjadi bisu. Doa itu dimakbulkan dan al-Farghali bisu sehingga dia mati. Pada akhir umurnya beliau lumpuh, beliau bercakap mengenai kisah-kisah dari seluruh pelosok dunia. Penduduk kawasan itu selalu membawanya satu tempat ke suatu tempat lain setiap hari."



Siapakah al-Qadhi Yusuf al-Nabhani? Kata al-Zirikli beliau adalah Yusuf bin Ismail bin Yusuf al-Nabhani [1265H-1350H], seorang penyair, penulis dan juga dari golongan berstatus qadhi. Kata al-Zirikli lagi:

خلط فيها الصالح بالطالح، وحمل على أعلام الإسلام، كابن تيمية وابن قيم الجوزية، حملات شعواء وتناول بمثلها الإمام الآلوسي المفسر، والشيخ محمد عبده والسيد جمال الدين الأفغاني وآخرين

Maksudnya:

"Karya-karyanya bercampuk aduk dengan yang elok dan tidak elok. ia digunakan untuk menyerang tokoh Islam seperti Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim al-Jawziyyah dengan serangan yang teramat garang, beliau juga turut menyerang tokoh tafsir seperti al-Imam al-Alusi, Sheikh Muhammad 'Abduh dan al-Sayyid Jamal al-Din al-Afghani serta ramai lagi."

Adalah teramat pelik seorang tokoh bertaraf qadhi seperti beliau meriwayatkan kisah ini TANPA sebarang komentar.

Wallahualam

عجائب وغرائب الصوفية
الصوفية في الميزان
أولياء الله وأولياء الشيطان

Friday, 24 May 2019

Lakaran Capal Adalah Tangkal

Menempelkan logo capal di kepala atau kopiah adalah budaya penduduk Maghribī yang asalnya untuk mengambil berkat, tetapi lama-kelamaan mereka menjadikannya sebagai tamīmah (tangkal).

Pengkaji manuskrip lakaran capal dari Bandar Fes, Maghribī iaitu Dr. Muhammad ‘Abd al-Hafīz Khibtah al-Hasanī dalam maqalahnya berjudul Suwar al-Ni'āl al-Nabawiyyah baina al-Mashriq wa al-Maghrib berkata:

“Banyaknya lakaran yang menyempurnakan rupa bentuk capal ini jika diteliti mempunyai asas, ia digunakan oleh penduduk Maghribī dalam segala urusan harian hidup mereka bertujuan untuk mengambil berkat dengan lakaran capal itu, sebagaimana diperoleh manfaat itu yang disebut dan dicatat dalam salah satu syarah kitab Dalāil al-Khairāt karya al-Jazūlī, dinukilkan oleh Abū Hāmid al-Fāsī."

"Kata Abū Hāmid al-Fāsī : kebanyakan orang ramai membuat lakaran capal yang mulia itu dari kertas dan lain-lain, mereka meletakkan lakaran capal itu diatas kepala, rumah dan juga barangan mereka sebagai tangkal.”

[Tamat Petikan]


Sila lihat terjemahan di atas

Lukisan tangkal berlogo capal yang popular pada zaman tersebut

Pengkaji juga turut mengatakan al-Maqqarī [986H-1041H] yang terkenal dengan kitab Fath al-Muta'āl fī Madh al-Ni'āl, di dalam kitab beliau yang lain berjudul Azhār al-Riyādh secara melampau menceritakan faedah lakaran capal seperti menghalang sihir, memudahkan wanita bersalin dan yang paling melampau adalah kapal tidak akan tenggelam!

Wallahualam.

Larangan Menceritakan Pertikaian Para Sahabat Nabi s.a.w

Ramai yang galak berbicara mengenai pertikaian antara para sahabat Nabi s.a.w atas dasar ilmiah & kajian, cuba lihat larangan dari Ibn Battah [387H] ini:

ولا تنظر في كتاب صفين والجمل ووقعة الدار وسائر المنازعات التي جرت بينهم ولا تكتبه لنفسك ولا لغيرك ولا تروه عن أحد ولا تقرأه على غيرك ولا تسمعه ممن يرويه فعلى ذلك اتفق سادات علماء هذه الأمة من النهي عما وصفناه منهم : حماد بن زيد ويونس بن عبيد وسفيان الثوري وسفيان بن عيينة وعبدالله بن إدريس ومالك بن أنس وابن أبي ذئب وابن المنكدر وابن المبارك وشعيب بن حرب وأبو إسحاق الفزاري ويوسف بن أسباط وأحمد بن حنبل وبشر بن الحارث وعبدالوهاب الوراق

Maksudnya: "Janganlah kamu merenung pada kitab kisah peperangan Siffin, Jamal, negara yang berperang, dan seluruh pertikaian yang terjadi antara para sahabat. Janganlah kamu menulis untuk dirimu dan juga orang lain. Janganlah kamu meriwayatkan kisah itu dari orang lain, membacakan kepada orang lain, dan mendengar apa yang diriwayatkannya. Inilah yang disepakati oleh pimpinan ulama umat akan larangan yang telah kami gambarkan. Mereka itu adalah:

  1. Hammad bin Zaid [179H]
  2. Yunus bin 'Ubaid [139H/140H]
  3. Sufyan al-Thawri [161H]
  4. Sufyan bin 'Uyainah [198H]
  5. 'Abdullah bin Idris [192H]
  6. Malik bin Anas [179H]
  7. Ibn Abi Zi'b [159H]
  8. Ibn al-Munkadir [130H]
  9. Ibn Mubarak [181H]
  10. Syu'aib bin Harb [196H/197H]
  11. Abu Ishaq al-Fazari [188H]
  12. Yusuf bin Asbat [195H]
  13. Ahmad bin Hanbal [241H]
  14. Bishr bin al-Harith [227H]
  15. 'Abd al-Wahhab al-Warraq [251H]


كل هؤلاء قد رأوا: النهي عنها والنظر فيها والاستماع إليها وحذروا من طلبها والاهتمام بجمعها

Maksudnya: "Kesemua ulama ini berpandangan: Larangan untuk merenung dan mendengar kisah pertikaian para sahabat, mereka juga mentahzir orang yang meminta untuk mengetahui dan berminat untuk mengumpul kisah pertikaian para sahabat."

Wallahualam.

Al-Ibanad al-Sughra karya Ibn Battah



NOTA: Larangan Ibn Battah disini merujuk secara spesifik kepada Kitab Siffin & Jamal karangan pelampau Syiah iaitu Nasr bin Muzahim [212H]. Namun ia juga menunjukkan larangan secara umum berdasarkan ijma' para ulama agar menahan diri dari berbicara mengenai pertikaian para sahabat.

Ibarat salaf لا يفسرها Merujuk Kepada لا يكيفها

Ramai mengatakan "mafhum" ibarat salaf (لا يفسرها) atau seumpamanya pada riwayat ayat sifat adalah indikasi mereka tidak menafsir...