Monday, 27 April 2020

Ibarat salaf لا يفسرها Merujuk Kepada لا يكيفها

Ramai mengatakan "mafhum" ibarat salaf (لا يفسرها) atau seumpamanya pada riwayat ayat sifat adalah indikasi mereka tidak menafsirkannya = tidak mengetahui maknanya, dan lantas disimpulkan mereka tafwidh makna.

Namun, terdapat riwayat yang sahih bahawa mafhum ibarat diatas adalah (لا يكيفها). Ia berdasarkan ucapan Abu 'Ubaid al-Qasim bin Salam [224H] selepas menukilkan hadith mengenai ayat-ayat sifat:


هذه الأحاديث صحاح حملها أصحاب الحديث والفقهاء بعضهم على بعض، وهي عندنا حق لا نشك فيها، ولكن إذا قيل: كيف وضع قدمه؟ وكيف ضحك؟ قلنا: لا يفسر هذا ولا سمعنا أحدا يفسره


"Hadith-hadith sahih ini dipegang oleh golongan hadith dan para fuqaha sesama mereka dan hadith ini adalah benar disisi kami dan tidak kami meraguinya."

"Namun sekiranya ditanya: Bagaimana Allah meletakkan kakiNya? Bagaimana Allah ketawa? Kami katakan: Ini tidak ditafsirkan dan kami tidak pernah mendengar seorangpun mentafsirkannya."



Ibarat salaf (لا يفسرها) diatas merupakan jawapan kepada soalan "kaif" bagi orang yang bertanya secara terperinci, yang mana boleh menjurus kepada tashbih. Justeru, jelas (لا يفسرها) merujuk kepada (لا يكيفها)

Kalaulah kita katakan salaf tidak mentafsirkan ayat sifat, maka ia bertentangan dengan banyak athar sahih lagi mutawatir bahawa salaf menafsirkan ayat sifat seperti istawa dll, hatta huruf al-muqata'ah sekalipun.

Malahan, al-Qawwam al-Sunnah Abu al-Qasim al-Asbahani [535H] turut mengatakan:


قال أهل العلم من أهل السنة: هذه الأحاديث مما لا يدرك حقيقة علمه بالفكر والروية


"Para sarjana dari kalangan Ahli Sunnah mengatakan: Hadith-hadith ini dimana tidak tercapai hakikat ilmunya (hakikat sebenarnya) dengan fikiran dan telahan."

Ini jelas menunjukkan salaf hanya tafwid kaifiyyah, namun memahami makna dan menerima ayat sifat secara zahir dan beriman tanpa mengubah maksudnya.



Ayat Sifat Adalah Ayat Muhkamat

Ibn Rajab al-Hanbali di dalam Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari menukilkan satu riwayat sahih dari Musannaf Abd al-Razzaq di mana Ibn 'Abbas mengecam orang yang tidak boleh menerima hadith ayat sifat neraka tidak penuh selagi mana Allah tidak meletakkan kakiNya:

وقد صح عن ابن عباس أنه أنكر على من أستنكر شيئاً من هذه النصوص، وزعم أن الله منزه عما تدل عليه: فروى عبد الرزاق في ((كتابه)) عن معمر، عن ابن طاوس، عن أبيه، قال: سمعت رجلاً يحدث ابن عباس بحديث أبي هريرة: ((تحاجت الجنة والنار)) ، وفيه: ((فلا تمتلي حتى يضع رجله)) -أو قال: ((قدمه - فيها)) . قال: فقام رجل فانتفض، فقال ابن عباس: ما فرق هؤلاء، يجدون رقة عند محكمة، ويهلكون عند متشابهه. وخَّرجه إسحاق بن راهويه في ((مسنده)) عن عبد الرزاق. ولو كان لذلك عنده تأويل لذكره للناس ولم يسعه كتمانه


"Telah sahih dari Ibn 'Abbas bahawasanya beliau mengecam ke atas sesiapa yang mengingkari sesuatu dari nas-nas (ayat sifat) ini dengan dakwaan Allah Ta'ala tersisih jauh dari apa yang ditetapkan ke atasNya."

"Diriwayatkan dari Abd al-Razzaq dalam kitabnya dari Ma'mar, dari Ibn Towus, dari ayahnya berkata: Aku mendengar seorang lelaki berbicara dengan Ibn Abbas mengenai hadith Abu Hurairah: (syurga dan neraka saling berbantah) - antara halnya - (neraka tidak akan penuh sehingga Allah meletakkan kakiNya).

"Lalu lelaki itu berdiri dan menggigil (seolah mengingkari maknanya). Berkata Ibn 'Abbas: Apa yang membuatkan mereka takut? Mereka terbuka menerima ayat muḥkam dan binasa pada ayat mutasyabih."

"(Kata Ibn Rajab): Ishaq bin Rahawaih meriwayatkan hadith ini di dalam musnadnya dari Abd al-Razzaq. Kalaulah disisinya (Ibn 'Abbas) mempunyai takwilan sudah tentu beliau menyebutkannya kepada orang ramai dan beliau tidak mampu menyembunyikannya."




Dapat difahami bahawa:

  1. Ibn Abbas mengecam orang yang menghadiri majlisnya dari kalangan awam saat mereka berasa takut mendengar hadith sifat Allah dan gementar seakan mengingkarinya.
  2. Mereka tidak meraih keimanan yang wajib mengenai apa yang sahih dari Nabi s.a.w dan apa yang mereka telah ketahui maknanya dari al-Quran, sedangkan makna itu benar tanpa ada keraguan di dalamnya bagi seorang mukmin.
  3. Sebagian mereka mentafsirkan al-Quran dengan makna lain yang tidak dikehendaki Allah sehingga mereka binasa disebabkannya.


Ibn 'Uthaimin di dalam Majmu' Fatawa beliau menukilkan 3 wajah riwayat mengenai cara bacaan dan maksud (ما فرق) pada hadith di atas. (Rujuk kitab di bawah)



Dapat disimpulkan bahawa memang jelas ayat sifat adalah ayat muhkamat, bukan mutasyabihat.

Wallahualam

Saturday, 21 March 2020

Fahaman Allah Tidak Mendengar & Melihat Adalah Fahaman Jahmiyyah & Muktazilah

Ibn Battah al-'Ukbari [387H] dalam al-Ibanah al-Kubra telah meletakkan satu bab khusus mengenai fahaman ini:

باب الإيمان بأن الله عز وجل يسمع ويرى، وبيان كفر الجهمية في تكذيبهم الكتاب والسنة

"Bab Beriman Bahawa Allah 'Azza Wa Jalla Mendengar Dan Melihat, Dan Keterangan Kekufuran Jahmiyyah Akan Pendustaan Mereka Terhadap Al-Quran Dan Al-Sunnah"

Ibn Battah kemudian menerangkan:

اعلموا رحمكم الله أن طوائف الجهمية والمعتزلة تنكر أن الله يسمع ويرى، وقالوا: لا يجوز أن يسمع ويرى إلا بسمع وبصر وآلات ذلك، وزعموا أن من قال: إن الله يسمع ويبصر لا بحواس مثل حواس المخلوقين، فردوا كتاب الله وسنة نبيه صلى الله عليه وسلم
.
"Ketahuilah [orang beriman] rahimakumullah bahawa puak-puak Jahmiyyah dan Muktazilah mengingkari bahawa Allah mendengar dan melihat.

"Kata mereka [Jahmiyyah & Muktazilah]: Mana boleh Allah mendengar dan melihat kecuali melalui pendengaran dan penglihatan dan alat-alat [untuk mendengar dan melihat]."

"Manakala bagi mereka yang mendakwa sesiapa yang berkata: Sesungguhnya Allah mendengar dan melihat tidak melalui deria seperti deria sekalian makhluk, mereka membalas dengan [hujah] Kitabullah dan Sunnah Nabi s.a.w."



[Al-Ibanah al-Kubra]

☑️Maka jelas disini bahawa fahaman Allah tidak melihat dan mendengar adalah fahaman Jahmiyyah dan Muktazilah.

☑️Mereka [Jahmiyyah & Muktazilah] menganggap mana mungkin Allah boleh mendengar dan melihat kerana ia adalah kemampuan pancaindera makhluk, sedangkan Allah adalah tuhan.

☑️Fahaman ini menurut Ibn Battah al-'Ukbari jelas bertentangan dengan nas naqli seperti dalam Surah al-Syura [11], Taha [46], al-Mujadalah [1] dan banyak lagi beserta hadith Nabi s.a.w.

☑️Iktikad Ahli Sunnah mengatakan Allah mendengar dan melihat #BUKAN melalui deria atau pancaindera seperti makhluk, berdasarkan dalil naqli tersebut.

Manakala Ibn al-Qattan al-Fasi [628H] yang berakidah Asya'irah mutaqaddimin di dalam al-Iqna' fi Masail al-Ijmak juga menukilkan ijmak bahawa Allah melihat dan mendengar serta beberapa ijmak lain seperti ijmak bahawa Allah diatas langit.



Al-Sya'rawi: Istawa, Jalasa, Wajh, & Yad Adalah Sifat Yang Ada Pada Manusia & Allah, Namun Ia Tidak Sama Bagi Allah

Memang banyak ungkapan sifat yang disifatkan Allah pada diriNya diguna pakai juga pada manusia seperti wujud, hayyun, ghaniy, wajh dll. Namun hakikatnya ia tidak sama. Lihat huraian al-Sya'rawi di dalam tafsirnya:

إن صفات الله لا يوجد مثلها في البشر. فليس وجود الإِنسان كوجود الله، وليس غنى الإِنسان كغنى الله، وكذلك لن يكون أبداً كلامك ككلام الله، لأن كل شيء يخص الله إنما نأخذه في إطار {لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ} . وقد بين الحق سبحانه وتعالى أن كلامه لموسى تميز لموسى، ولذلك يقول الحق: {إِنِّي اصطفيتك عَلَى الناس بِرِسَالاَتِي وَبِكَلاَمِي [الأعراف:144] ويجب أن نأخذ كل وصف يوجد في البشر، ويوجد مثله في وصف الله مثل استوى، وجلس ووجه، ويد نأخذ كل ذلك في إطار {لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ}
.

"Sesungguhnya sifat-sifat Allah tidak terdapat sepertinya pada manusia. Kewujudan manusia tidak seperti kewujudan Allah. Kekayaan manusia tidak seperti kekayaan Allah. Begitu juga bicaramu tidak akan sama seperti bicara Allah, kerana sesungguhnya setiap yang dikhususkan Allah [hendaklah diletakkan] pada konteks ayat {لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ}"

"Dan Allah Subhanahu wa Ta'ala telah menerangkan bahawa bicaraNya terhadap Nabi Musa itu berbeza dan khusus untuk Nabi Musa, kerana itu Allah berfirman: Sesungguhnya Aku memilihmu dari manusia lain untuk membawa risalahKu dan untuk berbicara langsung denganKu."

"Dan wajib untuk kita jadikan setiap penyifatan pada manusia, yang terdapat juga pada penyifatan Allah seperti istawa [istiwa], jalasa [duduk], wajh [wajah], dan yad [tangan] hendaklah kita letakkan setiapnya pada konteks ayat {لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ}."


Saturday, 8 February 2020

Al-Syarawi Meraikan Ithbat & Takwil

Apabila kita kata:

"Tangan Allah tidak sama seperti tangan sekalian makhluk."

Ketahuilah kita akan dicop sebagai Wahhabiyyah, Mujassimah & Musyabbihah dengan ucapan di atas. Namun, lihatlah huraian al-Sya'rawi yang meraikan dua aliran ini dengan ulasan yang menarik:

والله سبحانه وتعالى أعلم بذاته فنقف عند الوصف، نعم له يد، وله يدان، وإياك أن تتصور أن كل ما يتعلق بالله مثل ما يتعلق بك؛ لأن الأصل أن لك وجوداً الآن، ولله وجود، لكن وجودك غير وجود الله، وكذلك يده ليست كيدك حتى لا نشبه ونقول: إن له يداً مثل أيدينا، فلنقل إن المراد باليد هو القدرة أو النعمة

"Dan Allah Subhanahu wa Ta'ala lebih mengetahui akan zatNya maka kita berhenti ketika mensifatkan Allah [sekadar yang dikhabarkan]."

"Benar, Allah ada yad [tangan] dan yadan [dua tangan] dan jangan sekali-kali kamu membayangkan setiap apa berkaitan dengan Allah adalah seperti apa yang berkaitan denganmu."

"Kerana secara dasarnya sekarang kamu wujud dan Allah juga wujud, akan tetapi kewujudanmu tidak seperti kewujudan Allah, begitu juga tanganNya tidak seperti tanganmu sehinggalah kita tidak mentashbihNya."

"[Tashbih itu terjadi] apabila kita berkata: Sesungguhnya Allah ada tangan seperti tangan kita. [Akan tetapi] kita katakanlah bahawa maksud tangan itu ialah kekuasaan dan nikmat."


وتأخذ أي مسألة تتعلق بوصف الله إما كما جاءت، بأنه له يداً ولكن ليست كالأيدي، وله وجود لا كالوجود البشرى، وله عين ليست كالأعين، ولكن كل وصف لله نأخذه في إطار ليس كمثله شيء

"Hendaklah kamu menjadikan apa-apa masalah mengenai penyifatan Allah sama ada secara sebagaimana ia datang bahawa Allah ada tangan tetapi tidak seperti tangan sekalian makhluk, Allah wujud tetapi kewujudan Allah tidak seperti kewujudan manusia, dan Allah ada mata tetapi tidak seperti mata sekalian makhluk."

"Namun, setiap apa yang disifatkan Allah hendaklah kita letakkan dalam konteks ayat tiada suatupun yang menyerupaiNya"

[Tafsir al-Sya'rawi | Surah al-Maidah:1]


[Kelas Akidah 123]

Kelas ini diberikan kepada golongan pengtaksub Asya'irah-Maturidiyyah - menjurus kepada fahaman Jahmiyyah dan Muktazilah yang menafikan sifat Allah. Mereka akan melabel anda sebagai musyabbihah atau mujassimah apabila anda mengatakan:

"Allah wujud, manusia juga wujud"
"Allah melihat, manusia juga melihat"
"Allah bercakap, manusia juga bercakap"

Jom kita lihat apa kata tokoh tasawwuf dan tafsir, ulama al-Azhar yang berakidah Asya'irah iaitu Sheikh Muhammad Mutawalli al-Sya'rawi [1418H]:

إذا وجدت صفة لله تعالى ووصف بها البشر فلا بد أن تأخذها في إطار ليس كمثله شيء [الشورى:11]. فلله تعالى وجه لا كالأوجه، وله سبحانه يد لكن ليست كالأيدي، وهكذا. لأن الله تعالى واحد في ذاته، وواحد في صفاته، وواحد في أفعاله. الله موجود وأنت موجود، لكن وجودك ليس كوجوده. الله غني وأنت غني، لكن غناك ليس كغنى الله. غنى الله ذاتي لا ينفصل عنه سبحانه، أما غناك فموهوب


"Apabila kamu dapati sifat bagi Allah Ta'ala yang disifatkan juga bagi manusia, maka hendaklah kamu meletakkannya pada konteks ayat: Tiada sesuatupun yang menyerupaiNya [al-Syura:11]."

"Allah Ta'ala mempunyai wajah tidak seperti wajah sekalian makhluk. Allah mempunyai tangan namun bukan seperti tangan sekalian makhluk. Beginilah [konteksnya]. Kerana sesungguhnya Allah Ta'ala itu Esa pada zatNya, pada sifatNya dan pada perbuatanNya."

"Allah wujud dan kamu juga wujud, namun kewujudanmu tidak seperti kewujudan Allah. Allah kaya dan kamu juga kaya, namun kekayaanmu tidak seperti kekayaan Allah. Kekayaan Allah pada zat yang tidak terpisah dariNya. Adapun kekayaanmu hanyalah sesuatu yang diberikan."


الله خالق وأنت خالق، لكن فرق بين خلقك وخلق الله. خلقك من موجود وخلقه تعالى من عدم. خلقك جامد لا حياة فيه. وخلق الله في حياة فينمو ويتغذى ويتكاثر الخ. فأنت خالق لكن ربك سبحانه أحسن الخالقين


"Allah pencipta dan kamu juga pencipta, namun ada perbezaan antara ciptaanmu dan ciptaan Allah. Ciptaanmu dari sesuatu telah wujud, adapun ciptaan Allah Ta'ala dari sesuatu yang tiada. Ciptaanmu kaku tiada nyawa padanya. Namun ciptaan Allah ada nyawa, lalu ia berkembang, subur dan bertambah hingga keakhirnya. Kamu juga pencipta namun Tuhanmu [Allah] sebaik-baik pencipta."


[Tafsir al-Sya'rawi, Surah Yasin: 78]
https://bit.ly/2Q6RArQ



Cubalah lihat huraian tokoh tafsir ini yang selalu mengajar di masjid-masjid dan juga kuliah di al-Azhar, Mesir. Apabila golongan yang dituduh Wahhabi menggunakan ibarat sebegini terus digelar sebagai mujassimah dan musyabbihah. Adakah kamu juga akan tuduh Sheikh Muhammad Mutawalli al-Sya'rawi sebagai Wahhabi?

Saturday, 16 November 2019

Jalan Khalaf Lebih Ahkam Dan Salaf Tafwidh Makna?

Jika seseorang mengatakan jalan khalaf (Asya'irah-Maturidiyyah) lebih ahkam, dan salaf al-salih mentafwidh makna (menyerah makna) zahir kepada Allah maka kenyataan ini TIDAK TEPAT.  Ibn Hajar dalam Fath al-Bari membidas orang yang mengatakan salaf al-salih tidak memahami ayat sifat Allah serta melakukan tafwidh makna:

وقال غيره قول من قال طريقة السلف أسلم وطريقة الخلف أحكم ليس بمستقيم لأنه ظن أن طريقة السلف مجرد الإيمان بألفاظ القرآن والحديث من غير فقه في ذلك وأن طريقة الخلف هي استخراج معاني النصوص المصروفة عن حقائقها بأنواع المجازات فجمع هذا القائل بين الجهل بطريقة السلف والدعوى في طريقة الخلف وليس الأمر كما ظن بل السلف في غاية المعرفة بما يليق بالله تعالى وفي غاية التعظيم له والخضوع لأمره والتسليم لمراده وليس من سلك طريق الخلف واثقا بأن الذي يتأوله هو المراد ولا يمكنه القطع بصحة تأويله

TERJEMAHAN:

"Orang lain berkata dengan ungkapan: Jalan salaf lebih selamat manakala jalan khalaf lebih bijaksana adalah tidak tepat. Dia menyangka jalan salaf hanya beriman dengan lafaz al-Quran dan hadith tanpa memahaminya, dan jalan khalaf ialah menghasilkan makna daripada nas-nas yang mana makna itu telah dipesongkan daripada hakikatnya dengan berbagai majaz."

"Maka jadilah orang yang berkata demikian jahil tentang salaf dan dakwaan khalaf. Tetapi hakikat sebenarnya bukan seperti yang beliau sangka, bahkan para salaflah yang lebih mengetahui apa yang selayaknya bagi Allah Ta'ala, dan mereka (salaf al-salih) yang lebih membesarkan Allah, dan mematuhi perintahNya, dan lebih berserah pada kehendakNya."

"Tidaklah orang yang mengikuti jalan khalaf itu dapat memastikan bahawa apa yang beliau takwil itu adalah kehendak maksud (dikehendaki Allah), dan beliau tidak dapat memastikan kesahihan takwilannya itu."




Salaf Mentafwidh Makna?

Pengtaksub Asya'irah-Maturidiyyah turut mengatakan salaf al-salih membiarkan ayat sifat Allah sebagaimana ia datang dan zahir ayat sifat Allah seperti yad (يد), 'ain (عين) dan lain-lain adalah ghair murad (غير مراد), iaitu makna zahir bukan makna yang dikehendaki. Sesiapa yang mempercayai zahir lughah maka beliau dari golongan musyabbihah.

Ini bererti sebagai contoh yad (يد) pada ayat sifat Allah (يد الله فوق ايديهم) bukan bermakna tangan. Ini juga bermaksud tafwidh makna, iaitu salaf al-salih tidak mengetahui makna yad lalu menyerahkan makna yad itu kepada Allah. Namun, adakah benar ini adalah metod salaf al-salih?

Al-Zahabi di dalam al-'Uluw li al-'Aliy al-Ghaffar mengatakan metod diatas adalah berasal dari golongan mutakhir ahli kalam, dan ia merupakan maqalah muwalladah/muhdathah (ucapan/ungkapan baru yang tidak makruf):


المتأخرون من أهل النظر قالوا مقالة مولدة ما علمت أحدا سبقهم بها قالوا هذه الصفات تمر كما جاءت ولا تأول مع اعتقاد أن ظاهرها غير مراد
.

TERJEMAHAN:

"Golongan mutakhir dari kalangan ahli kalam berkata dengan maqalah muwalladah yang tidak aku ketahui seorangpun (dari kalangan salaf) mengucapkan mengenainya. Kata mereka (ahli kalam): Sifat-sifat ini dibiarkan sebagaimana ia datang tanpa takwil dengan mempercayai bahawa zahir (iaitu makna zahir) bukanlah makna yang dikehendaki."

Ini jelas menunjukkan bahawa makna zahir itu ghair murad merupakan pandangan golongan mutakhir ahli kalam dan ia bukan method salaf al-salih, sebagaimana dijelaskan oleh al-Zahabi.

Al-Zahabi juga turut membahagi makna zahir sifat Allah ini kepada dua puak:

PERTAMA:

لا تأويل لها غير دلالة الخطاب كما قال السلف الاستواء معلوم وكما قال سفيان وغيره قراءتها تفسيرها يعني أنها بينة واضحة في اللغة لا يبتغى بها مضائق التأويل والتحريف وهذا هو مذهب السلف مع اتفاقهم أيضا أنها لا تشبه صفات البشر بوجه إذ الباري لا مثل له لا في ذاته ولا في صفاته


TERJEMAHAN:

"Tiada takwilan bagi sifat Allah melainkan pengertian khitab (nas) sebagaimana kata salaf: istiwa itu maklum, sebagaimana kata Sufyan dan selainnya bahawa bacaannya ialah tafsirannya iaitu terang dan jelas pada bahasa dan tidak perlu disempitkan dengan takwil dan tahrif, dan ini adalah mazhab salaf akan kesepakatan mereka juga tidak mentashbih Allah dengan sifat manusia dengan apa-apa keadaan, kerana Allah tiada satupun menyerupaiNya sama ada pada zatNya dan sifatNya."


KEDUA:

أن ظاهرها هو الذي يتشكل في الخيال من الصفة كما يتشكل في الذهن من وصف البشر فهذا غير مراد فإن الله تعالى فرد صمد ليس له نظير وإن تعددت صفاته فإنها حق ولكن ما لها مثل ولا نظير


TERJEMAHAN:

"Bahawa zahir sifat Allah yang terbayang dalam imaginasi sebagaimana terbayang pada fikiran adalah dari sifat manusia. Maka ini bukanlah makna yang dikehendaki, kerana Allah Ta'ala itu Esa dan tempat bergantung segala makhluk, Allah tiada bandingannya, sekalipun berbilang-bilang sifatNya maka ia adalah benar, akan tetapi tiada satupun keserupaan dan bandingan bagi sifat-sifatNya."


Poin PERTAMA merupakan manhaj sebenar salaf dalam memahami nas iaitu makna zahir nas itu sudah jelas dan terang. Ini bererti salaf memahami dan mengetahui makna zahir sifat Allah.

Poin KEDUA di atas adalah jawapan al-Zahabi kepada ahli kalam apabila disebut sifat Allah seperti yad, mereka akan terbayang bahawa ia sama seperti sifat dan zat makhluk. Ini adalah salah, kerana Allah tidak menyerupai sesuatupun dari makhlukNya.


Ibn Rajab juga turut berkata:

ومن قال: الظاهر منها غير مراد، قيل له: الظاهر ظاهران: ظاهر يليق بالمخلوقين ويختص بهم، فهو غير مراد، وظاهر يليق بذي الجلال والإكرام، فهو مراد، ونفيه تعطيل


TERJEMAHAN:

"Sesiapa berkata: "(Makna) zahir sifat Allah itu bukan makna yang dikehendaki, maka dikatakan kepadanya: Zahir itu ada dua keadaan: (1) Zahir yang selayaknya untuk makhluk dan ia khusus untuk mereka maka ia bukan makna yang dikehendaki. (2) Manakala zahir yang selayaknya untuk Allah al-Jalal wa al-Ikram, maka ia mempunyai makna yang dikehendaki dan Allah ternafi dari segala kekurangan."


Dapat difahami di atas bahawa makna zahir yang selayaknya ada bagi Allah dan ia difahami pengertiannya tanpa tashbih dan ta'til. Ini kerana Allah ternafi dengan makna zahir yang selayaknya untuk makhluk.







Wallahualam.

Dari nukilan asal: https://www.facebook.com/asianmanx/posts/10213928937728990

Ibarat salaf لا يفسرها Merujuk Kepada لا يكيفها

Ramai mengatakan "mafhum" ibarat salaf (لا يفسرها) atau seumpamanya pada riwayat ayat sifat adalah indikasi mereka tidak menafsir...