Friday, 2 August 2019

Al-Zahabī: Fusūs al-Hikam Tidak Perlu Di Takwil

Banyak kita dapati syarah kepada kitab Fusūs al-Hikam yang mentakwil kalam-kalam kufur Ibn 'Arabi. Namun bagi al-Zahabī, ungkapan di dalam kitab Fusūs al-Hikam tidak perlu ditakwil lagi:


إن كان محيي الدين رجع عن مقالاته تلك قبل الموت، فقد فاز، وما ذلك على الله بعزيز. توفي: في ربيع الآخر، سنة ثمان وثلاثين وست مائة. وقد أوردت عنه في التاريخ الكبير. وله شعر رائق، وعلم واسع، وذهن وقاد، ولا ريب أن كثيرا من عباراته له تأويل إلا كتاب الفصوص


Maksudnya: "Sekiranya Muhyi al-Dīn (Ibn 'Arabī) telah menarik balik maqalah-maqalahnya sebelum mati, maka beliau telah beruntung, dan yang demikian itu tidaklah sukar bagi Allah (untuk mengampuninya). Beliau wafat pada Rabi' al-Akhir tahun 638H. Aku (al-Zahabī) telah menyebut perihalnya di dalam al-Tārikh al-Kabīr (Tārīkh al-Islām). Beliau (Ibn 'Arabī) mempunyai prosa yang cukup puitis, ilmu yang cukup luas, berintelek dan (akal) terkawal. Tiada keraguan bahawa banyak ungkapannya mempunyai takwilan kecuali kitab Fusūs al-Hikam."



Kata muhaqqiq kitab Dīwān Ibn 'Arabī iaitu Sheikh Ahmad Hassan Basaj selepas menukilkan kalam al-Zahabī diatas mengatakan kitab Fusūs al-Hikam mengandungi banyak ungkapan kufur. 



Wallahualam.

Tokoh Tafsir Asyā'irah Menyesatkan Ibn 'Arabī

Pengtaksub Asyā'irah mengatakan tiada ulama tafsir dari kalangan Asyā'irah menyesatkan Ibn 'Arabī dan golongan sufi lain melalui ajaran hulūl, ittihād dan wahdah al-wujūd. 

Disini disertakan kalam Abū Hayyān al-Andalūsī [745H] seorang tokoh mufassir terkenal dengan kitab al-Bahr al-Muhīth fī al-Tafsīr. Manhaj beliau dalam bab al-Asmā' wa al-Sifāt adalah Asyā'irah, iaitu mentakwil ayat-ayat sifat Allah, sebagaimana kata Sheikh Muhammad bin 'Abd al-Rahmān al-Maghrāwī di dalam kitab al-Mufassirūn Baina al-Takwīl wa al-Ithbāt fi Ayāt al-Sifāt (lihat gambar A, B & C).





Abū Hayyān menyifatkan golongan ini sebagai mazhab orang yang dilaknat. Lihatlah ucapan beliau: 


ومن بعض اعتقادات النصارى استنبط من تستر بالإسلام ظاهرا وانتمى إلى الصوفية حلول الله تعالى في الصور الجميلة، ومن ذهب من ملاحدتهم إلى القول بالاتحاد والوحدة: كالحلاج، والشوذي، وابن أحلى، وابن العربي المقيم كان بدمشق، وابن الفارض. وأتباع هؤلاء كابن سبعين، والتستري تلميذه، وابن مطرف المقيم بمرسية، والصفار المقتول بغرناطة، وابن اللباج، وأبو الحسن المقيم كان بلورقة. وممن رأيناه يرمى بهذا المذهب الملعون العفيف التلمساني وله في ذلك أشعار كثيرة، وابن عياش المالقي الأسود الأقطع المقيم كان بدمشق، وعبد الواحد بن المؤخر المقيم كان بصعيد مصر، والأيكي العجمي الذي كان تولى المشيخة بخانقاه سعيد السعداء بالقاهر من ديار مصر، وأبو يعقوب بن مبشر تلميذ التستري المقيم كان بحارة زويلة


Maksudnya: "Dan diantara sebahagian kepercayaan golongan Nasrani yang diseludup masuk melalui wadah Islam secara nyata dan menggabungkan kepada ajaran golongan sufi adalah hulūl Allah Ta'ala (Allah menempati pada makhluk) pada gambaran yang indah. Dan golongan mengikuti pandangan ittihad dan wahdah al-wujud bersama mereka yang mulhid ini ialah:

  1. Al-Hallāj
  2. Al-Syawzī
  3. Ibn Ahla
  4. Ibn 'Arabī
  5. Ibn al-Fāridh
  6. Ibn Sab'īn
  7. Al-Tustārī
  8. Ibn Mutarraf
  9. Al-Saffār
  10. Ibn al-Labbāj
  11. Abū al-Hassan 
  12. Al-Afīf al-Tilmisānī
  13. Ibn 'Ayyāsh al-Māliqī
  14. 'Abd al-Wahid bin al-Mu'akkhar
  15. Al-Aykī al-'Ajamī
  16. Sa'id al-Su'adā'
  17. Abū Ya'kūb bin Mubashshir


Abū Hayyān juga turut menasihati umat Islam yang jahil agar berhati-hati dengan fahaman golongan tersebut:


وإنما سردت أسماء هؤلاء نصحا لدين الله يعلم الله ذلك وشفقة على ضعفاء المسلمين، وليحذروا فهم شر من الفلاسفة الذين يكذبون الله تعالى ورسله ويقولون بقدم العالم، وينكرون البعث. وقد أولع جهلة ممن ينتمي للتصوف بتعظيم هؤلاء وادعائهم أنهم صفوة الله وأولياؤه


Maksudnya: "Sesungguhnya tujuan aku menyenaraikan nama-nama golongan ini adalah sebagai nasihat untuk agama Allah yang Allah ajarkan akan hal ini dan sebagai keperihatinan terhadap kelemahan orang-orang Islam agar mereka berhati-hati akan fahaman buruk dari golongan falsafah yang mendustakan Allah Ta'ala dan RasulNya dan mereka berkata alam ini qadim serta menafikan hari kebangkitan. Namun golongan jahil terpikat dengan golongan yang menyelusuri tasawwuf dengan mengagungkan mereka dan mendakwa mereka adalah golongan yang dipilih Allah dan wali-waliNya." 



Wallahualam.

Ibn Hajar al-'Asqalānī: Ibn 'Arabī Sufi Zindiq

Al-Munāwī [1031H] antara ulama yang senyap ketika ditanya mengenai Ibn 'Arabī. Namun beliau tidak senyap ketika mana menukilkan kalam Ibn 'Arabī mengenai isu adakah orang kafir kekal selamanya diazab dineraka? Kata al-Munāwī:

ما ذكرته آنفا من أن عذاب الكفار في جهنم دائم أبدا هو ما دلت عليه الآيات والأحاديث وأطبق عليه جمهور الأئمة سلفا وخلفا. ووراء ذلك أقوال يجب تأويلها. فمنها ما ذهب إليه الشيخ محي الدين بن العربي أنهم يعذبون فيها مدة ثم تنقلب عليهم وتبقى طبيعة نارية لهم يتلذذون بها لموافقتها لطبيعتهم

Maksudnya: "Apa yang telahku sebutkan sebelum ini bahawa azab golongan kafir kekal selamanya di neraka jahannam berdasarkan dalil al-Quran & hadith-hadith beserta kalam jumhur ulama salaf & khalaf. Namun disebalik pandangan itu, ada pandangan yang mewajibkan takwil. Antaranya pandangan Sheikh Muhyi al-Dīn bin 'Arabī berkata golongan kafir diazab di neraka untuk suatu ketika, kemudian tabiat api neraka itu disongsangkan ke atas mereka & ia berterusan demikian & mereka berlazat dengannya disebabkan tabiat api neraka itu sudah sebati dengan tabiat mereka."



Pandangan Ibn 'Arabī ini jelas menyelisihi pandangan jumhur sebagaimana disebutkan oleh al-Munāwī. Atas sebab itu Ibn Hajar al-Asqalānī dalam Fath al-Bārī mengatakan padangan diatas mewakili pandangan sufi zindiq:

فمن زعم أنهم يخرجون منها وأنها تبقى خالية أو أنها تفنى وتزول فهو خارج عن مقتضى ما جاء به الرسول وأجمع عليه أهل السنة قلت جمع بعض المتأخرين في هذه المسألة سبعة أقوال أحدها هذا الذي نقل فيه الإجماع والثاني يعذبون فيها إلى أن تنقلب طبيعتهم فتصير نارية حتى يتلذذوا بها لموافقة طبعهم وهذا قول بعض من ينسب إلى التصوف من الزنادقة
.

Maksudnya: "Barang siapa yang menganggap orang kafir keluar dari neraka atau neraka itu kekal kosong atau musnah & lenyap, maka dia terkeluar dari kehendak yang dibawa oleh Rasul dan sepakat Ahlussunnah mengenainya. Aku (Ibn Hajar) katakan: Golongan muta'akhkhirin telah mengumpulkan 7 pandangan mengenai masalah ini, salah satunya ini yang telah dinukilkan ijma mengenainya."

"Keduanya, mereka diazab di dalam neraka sehingga disongsangkan tabiat mereka menjadi seperti sifat api sehingga mereka berlazat-lazat dengan api neraka itu disebabkan tabiat api neraka itu sudah sebati dengan tabiat mereka. Inilah pandangan sebahagian golongan yang menisbahkan diri kepada tasawwuf dari golongan zindiq."


.

  • Tiada keraguan tafsiran Ibn 'Arabī ini di dalam Fusūs al-Hikam adalah batil, dan menyelisihi ijma ulama Ahlussunnah wa al-Jama'ah.
  • Malah tafsiran Ibn 'Arabī mengatakan azab orang kafir hanya sementara di neraka, kemudian api neraka itu sebati dengan mereka seolah orang kafir itu kalis dengan api neraka dan berlazat-lazat dengannya adalah tafsiran batil dan merupakan tafsiran sufi zindiq. 

Ibarat salaf لا يفسرها Merujuk Kepada لا يكيفها

Ramai mengatakan "mafhum" ibarat salaf (لا يفسرها) atau seumpamanya pada riwayat ayat sifat adalah indikasi mereka tidak menafsir...